Bab 22

Action Series 305

Bun tersedar, lehernya rasa pedih akibat peluru damak yang Amara tembak ke lehernya.

Aik, hilang? Damak itu hilang, dan dia berada di bilik rehat klinik haiwan tempat dia bekerja. Keliru, macam mana dia boleh berada di sini?

Mata dikerling kearah jam tangannya, dah masuk waktu Subuh. Kejadian malam semalam masih segar diingatan, apa yang terjadi buat dia kebingungan.

“Amara…Amara,” ucapnya nama itu berkali-kali bukan saja dalam fikiran.

Dia menggahkan diri untuk masuk ke bilik loker sebab bersambung dengan bilik mandi, terkejut ada penolong veterinar disitu tengah tidur sambil peluk salah seekor kucing klien yang menginap di klinik mereka untuk satu malam.

Cahaya dari lampu bilik rehat buat penolong veterinar itu terjaga menyilaukan matanya, “Urhhh…siapa tu? Oh, doktor…Subuh dah ke?”

Bun menghela nafas lega, “Hei bangun! Siapa yang bawa aku ke sini? Hei, bangunlah!” dia menepuk-nampar bahu staf itu yang masih mamai.

“Erh…tak tahu. Tak kenal.”

“Tak kenal? Rupa dia macam mana? Cantik tak?” beria-ria Bun mengejutkan staf yang keletihan sebab kucing klien tak boleh nak tidur jika tak dipeluk semalaman.

“Cantik apanya…lelaki, tua…”

Bun mengerut dahi, lelaki tua?
Fikirannya kacau, dia mandi dan solat Subuh dulu sebelum pulang. Dia minta cuti untuk sehari, mujur tak ada temu janji dengan mana-mana klien hari ini.

Dia kembali ke stesen LRT, semuanya nampak seperti biasa saja. Dan orang-orang jahat yang cuba membunuhnya semalam dah hilang entah ke mana.

Bun terduduk lemau di bangku depan landasan tren, buntu.
Fonnya berdering, panggilan dari Ardi dia angkat.

‘Weh, jangan lupa harini Jumaat. Aku ambil kau kat klinik macam biasa ya,’ kata Ardi.

“Tak, aku tak ada kat klinik. Ambil aku kat rumah sewa,” beritahu Bun.

‘Eh, kenapa? Kau sakit ke?’ risau Ardi, baru sehari kereta baru rosak dah sakit.

“Taklah, aku saja ambil cuti, jumpa nanti,” talian dimatikan.

‘Amara, mana kau?’

Seperti yang dijanjikan, Bun dan Ardi bersama-sama ke masjid untuk Solat Jumaat. Ardi perasan, tiap kali tengah dengar khutbah Bun sentiasa merenung pada mana-mana bapa yang datang dengan anak lelaki mereka ke masjid.

Dia faham, Bun mana pernah datang ke masjid dengan ayahnya selama ini. Dan teringat waktu sekolah rendah dulu, dia sering datang bawa ayahnya untuk jemput Bun jalan kaki ke masjid untuk menunaikan Solat Jumaat bersama-sama.

Habis saja khutbah, Ardi ingin mengajaknya lepak mamak tapi lain pula permintaannya.

“Balik kampung kau? Oh yalah, umi kau tinggal kat resort atuk kau kan!” kata Ardi.

“Aku rindu umi, aku ok aje kalau kau nak ikut,” mendatar saja wajahnya sambil pakai topi keledar.

Ardi mengecil kan mata sambil tersengih dengan perangai Bun ini, “Kau nak aku ikut ke tak nak?!”

“Ikut kaulah nak ikut ke tak nak, kau tumpangkan aku kan! Takkan nak balik hari pula!” Bun berdecit.

Ardi geleng kepala, geli hati dia dengan perangai Bun yang dingin ini tapi malu ini. Tu yang suka mengusik tu, mungkin sebab itulah dia dan Bella putus sehari sebelum majlis graduasi mereka.

Ardi yang baru nak hidupkan enjin motosikal, terkedu lihat topi keledar yang dipakai terbalik oleh Bun.
Bun pandang Ardi pelik bila ditenungnya dengan wajah toya.
“Aku tahu aku kacak, pandang lama-lama tak akan membuatkan kekuatan kacak aku melekat pada kau,” ucap Bun.

“Ya, aku tahu kawan aku ni kacak sungguh. Tapi aku tak percaya benda-benda karut ni,” sengih Ardi

“Huh?” Bun mengerut dahi tak mengerti maksudnya.

“Aku pernah dengar kalau pakai baju terbalik boleh elak sihir, tapi pakai helmet terbalik hanya boleh elak kewarasan saja. Kau betulkan topi keledar tu sekarang, aku tak nak bawa orang gila naik atas moto aku,” beritahu Ardi.

Bun yang tercengang cepat-cepat membetulkan topi keledarnya, tak perasan sebab banyak sangat berfikir.

“Dah betulkan dah? Kang nanti orang masjid tak dapat nak beza aku bawa doktor veterinar ke terbawa balik Marsupilami,” usik Ardi lagi terus kepalanya diluku oleh Bun.

Enjoy ye korang!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience