Bab 11

Action Series 305

Loceng pintu masuk berbunyi, seorang lelaki berbaju melayu Teluk Belanga warna kelabu masuk kedalam kedai.

“Selamat datang…” Amara tersentak apabila melihat pelanggan yang tak pernah dia lihat sebelum ini.

Lelaki tua itu memerhati setiap sudut ruang kedai ini, dia menatap lama pada papan menu. Kedai ini ringkas saja rekaannya, tema Retro dan menggunakan warna merah, putih dan jingga. Lagatnya seperti seorang pengkritik makanan, berjalan sambil kedua-dua belah tangan di belakang menilai segala-galanya. Sejujurnya memang segala-gala dalam dan luar kedai ini dia dan Mak Ros yang rekakan. Papan menu pula Amara reka guna Photoshop.

“Ada apa kat sini?” tanya lelaki tua itu.

‘Bukan main lama kau tenung menu tadi, baru belajar mengeja ke?’ kutuk Amara dalam hati.

“Cucur labu dan air, kami cuma ada tiga jenis air. Pakcik nak kombo atau cucur saja?” tanya Amara sambil tersenyum manis.

Pada masa yang sama Bun keluar untuk tanyakan sesuatu namun kaget melihat lelaki tua itu dihadapannya, mereka bertentang mata buat Amara yang berdiri dikaunter antara mereka terkebil-kebil. Kenal ke?

Lelaki tua itu pandang Bun dari atas ke bawah buat Amara rasa tak sedap hati, kemudian lelaki tua itu memesan dua bungkus cucur labu dan menghulurkan sepucuk kad jemputan pada Bun sebelum beredar keluar.

“Uish, dia naik kereta mahal lah! Kad apa tu?” tertanya-tanya Amara sambil mengelap tangannya sebelum membelek-belek kad yang nampak mewah itu.

“Ni…Umi mana?” tanya Bun.
“Kat atas, kenapa?” hairan Amara, kebetulan Kak Ros turun kebawah setelah nampak kereta yang dikenalinya depan kedai tadi.

“Umi,” tunjuk Bun kad itu pada uminya sebab dia ragu-ragu akan kehadiran orang tua itu.
Wajah Mak Ros yang berubah buat Amara kekeliruan, kenal ke?

“Itu…atuk. Bun, tokwan datang!” ceria nada Mak Ros namun ada terselit rasa bimbang.

Bun mengerut dahi tak memahaminya, “Tu tokwan?”

“Tokwan?!” Amara melopong, nampaknya benar mereka dua beranak ni keturunan orang kaya.

Rupanya mereka dijemput untuk ke Chalet Serambi untuk mengadakan majlis hari lahir Hj. Salleh, iaitu penguasaha chalet dan ayah kepada Mak Ros.

“Umi nak pergi ke?” nada Bun seakan-akan tidak bersetuju.

“Bun, tokwan jemput kita maksudnya kita mungkin boleh balik semula ke Pohon Beringin! Kita dapat jumpa abang, Bun tak rindu abang?” beriaya-iya nada Mak Ros meyakinkannya.

“Tak, umi. Bun tak ingat apa-apa pasal diorang,” dengus Bun.

Mak Ros menggenggam kedua-dua bahu anak lelakinya, “Bun. Kehidupan kita mungkin berubah, tokwan halau umi sebab umi kahwin dengan ayah. Bukan salah tokwan, umi yang salah. Kalau dah tokwan sendiri yang hantarkan kad ni, maksudnya diorang dah terima kita. Kan Amara!” dia beralih pada Amara dengan mata yang berkaca.

Amara hanya mengangguk tersenyum, walaupun kurang jelas dengan situasi keluarga mereka.

Malam itu lepas Amara selesai lipat baju, dia mengetuk pintu Bun sebelum masuk kedalam untuk bawa masuk pakaian Bun yang baru diangkat dari penyidai.

“Oi, sudah-sudahlah tu belajar. Berhenti kejap, dan lipat baju kau ni! Kau fikir aku bibik kau!” sengaja Amara cari pasal.

“Nantilah,” pendek jawapan.
Amara menggaru-garu kepala yang tak gatal, dia duduk di katil Bun.

“Keluar,” arah Bun masih tak lekang di meja belajar.
“Tak nak,” jawab Amara.
“Umi!!” teriak Amara.
“Umi takde, bluekk!!” Amara menjelir.

Bun bengang terus bangun dan cuba menarik kaki Amara untuk mengheretnya keluar, malang sekali badan Amara lebih berat darinya.

“Ishh! Keluarlah!” marah Bun.
Amara menarik kakinya, disebabkan Bun hilang keseimbangan dia terduduk jatuh kelantai terus tubuhnya dikepit dengan kaki Amara. Tak kena buli dengan Ardi, mesti Amara yang buli.

“Lepaslah! Akak pun pergilah belajar!” Bun terkapai-kapai cuba melepaskan diri. Memang dia benci diperanak-anakkan oleh Amara, tapi memang Amara kuat darinya.

“Akak memang dah bodoh, belajar pun tak guna. Hei, ceritalah kenapa kau tak nak jumpa tokwan kau,” tanya Amara.

Bun menaik muka masam, dia berdecit sambil menyilang tangan rasa tak puas hati. Selagi dia tak beritahu, Amara memang tak akan melepaskannya. Tapi entah kenapa, Amara macam tahu beban yang berat di hati Bun.

“Bun, kau dengar umi kata apa kan? Itu kesilapan dia, kesilapan di masa lalu. Apa yang dia buat sekarang ni nak tebus kesalahan dia,” beritahu Amara dengan nada memujuk.

“Akak tak faham, jagalah tepi kain sendiri!” kata Bun supaya Amara sakit hati dengannya, tetapi Amara bagilah kata-kata kesat atau carutan bukannya dia kisah. Sebab dia tahu Bun tak bermaksud begitu.

“Bun, kalau aku lempang muka kau sampai patah gigi tapi kau yang kena minta maaf kat aku, kau rasa logik tak?” pertanyaan Amara buat Bun terdiam seketika.

Disebabkan hidupnya sejak lahir dipenuhi duri dan luka, dia rasa semua orang jahat di matanya. Siapa saja yang ada didalam hidupnya selain keluarga Hj. Marzuki dan Ardi?
Dia tak nak apa yang dah dibaiki oleh uminya berubah hanya sebab satu perkara. Hidup uminya pernah dirampas dulu, jadi dia tak yakin kalau dirinya anak dari seorang lelaki yang berhati binatang ini akan diterima oleh keluarga umi.

Air matanya tiba-tiba mengalir deras, “Aku bukan keluarga diorang.”

Amara terkebil-kebil, dia melepaskan tubuh Bun yang dikepitnya dari tadi.

Kepala Bun dia usap terus terlentok ke riba Amara dan menangis semahunya. Amara mengusap kepalanya agar tenang, buat masa sekarang hati dua beranak ini masing-masing tersisa rasa sakit akan masa lalu.

“Bun, kau ada umi. Umi terima kau, dan kau terima umi. Itu cukup.” Nasihat Amara.

Bun menangis teresak-esak, dia rasa dirinya adalah anak kotor. Anak yang lahir dari keturunan yang buruk, paling dia takut adalah jika perangainya sama macam Deris.

Sebab dia tak mahu umi takut akan bayangnya Yang sepersis dengan Deris.

Mak Ros yang baru pulang terdengar perbualan mereka dari luar terduduk memeluk diri, tak pernah dia mendengar luahan hati Bun selama ini. Mungkin hatinya sudah lama memendam, jika dia yang berada disamping Bun ketika ini mungkin pergaduhan besar bakal berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience