Hari yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba, malam itu berdorong- dorong kereta mewah masuk ke lorong rahsia menuju ke Hotel Buana Deris dan setelah semua kereta tetamu masuk laluan itu ditutup kemas dan dikawal ketat oleh beberapa orang pengawal bersenjata.
4 Keluarga memenuhi lobi, para staf menjemput mereka masuk ke dalam dewan yang dihias indah dan mewah bak istana.
Sebuah meja makan yang panjang dipenuhi dengan pelbagai hidangan makanan yang menyelerakan, pintu dewan makan telah dikunci dan dijaga oleh pengawal.
Tuan Deris, Pak Jeff, Amara, dan Dr. Adrian berada di pentas tangga memerhatikan para tetamu sedang makan.
“Mana Syamsul?” tanya Tuan Deris pada Pak Jeff yang tangannya masih beranduh.
“Katanya ke tandas tadi, mungkin tersesat lagi,” jawab Pak Jeff.
Dr. Adrian mencuri pandang pada Pak Jeff dengan curiga, Amara memandangnya yang tak habis lagi syak pada Pak Jeff.
“Kau pergi cari dia, terlepas pula majlis kematian diorang ni nanti.” Arah Tuan Deris dan Pak Jeff akur berlalu pergi. Setelah itu, dia beralih pada Amara pula lalu berbisik, “Psstt, Amara. Kau ikut si Jeff tu.”
Amara mengerut dahi setelah membaca ayat dari mulutnya, dia lalu menoleh ke arah Dr. Adrian yang menunjukkan ibu jari tanda dia yang mengadu tentang rasa curiganya pada Pak Jeff.
“Aku nak kau bawa kepala dia pada aku,” arah Tuan Deris sambil menghulurkan sebilah parang bersarung padanya. Itu parang yang sama dia guna untuk Tuan Sujama.
Amara ambil, hatinya tiba-tiba rasa tak tenang. Dia memandang kearah tetamu yang masih tak sedar ini hanyalah sebuah perangkap, tetapi pada masa yang sama dia tak tahu yang Tuan Deris turut berniat untuk membunuh Pak Jeff.
Amara tak berkata apa-apa, dia berlalu pergi.
Tuan Deris tersenyum lebar lalu memegang sebuah mikrofon yang dihulur oleh salah seorang staf, “Hadirin sekalian!”
Dia mula memberikan ucapan alu-aluan pada tetamunya yang sudah bersorak seronok akan majlis ini, pada masa yang sama staf-staf yang bertugas mula menuang air teh yang telah dicampur dengan ubat tidur ke dalam cawan tetamu
* * *
“Jangan nak mengarut!” teriak Amara dengan marah sambil mengekori Pak Jeff yang sedang melekit dan memasang bom masa ke seluruh dinding hotel ini. Bukan itu saja, dia sudah awal-awal menyembunyikan bom di setiap penjuru hotel termasuklah bilik bawah tanah.
“Pergi ke bumbung, tempat ni akan runtuh beberapa minit saja lagi. Akan ada orang yang datang ambil kau,” beritahu Pak Jeff dengan tenang.
“Tunggu, Pak Jeff! Kalau betul Pak Jeff memang rancang semua ni kenapa bahaya kan Bun? Sebab Bun anak dia ke?” soal Amara penuh curiga.
“Tak,” ujar Pak Jeff.
“Tapi kau yang hantar maklumat tentang Bun dekat Keluarga kan?! Supaya diorang buru Bun,” anak mata menjegil pada Pak Jeff inginkan kepastian.
“Itu sebahagian daripada rancangan. Perangkap. Deris merancang untuk bunuh terus Bun, tapi kalau Bun di tangan musuh Deris, Bun akan digunakan sebagai ugutan walaupun nota yang aku beri itu hanyalah helah. Kau tahu kan, diorang sangka Deris sembunyikan anaknya daripada diorang?” terang Pak Jeff.
Tanpa pengetahuannya, Pak Jeff lagi licik daripada Tuan Deris.
“Tapi kau membahayakan Bun,” tegas Amara.
“Amara, biarpun sudah bertahun-tahun kau hidup dengan Deris kepercayaan dia pada aku tak sama macam kau,” kata Pak Jeff dengan nada kecewa. “Sejak awal lagi, TUAN DERIS TELAH MERANCANG UNTUK KAU MELANGGAR PERJANJIAN TU."
Tersirap darah Amara medengarnya, hatinya sakit bagai ditusuk dengan beribu belah parang. ‘Merancang? Orang tua tak guna tu memang sengaja nak aku langgar perjanjian?!’
“Aku jumpa Bun, dan aku lega. Aku lega aku tak nampak Deris atau Sujama didalam dirinya. Aku hanya nampak Rosmawati,” ujar Tuan Deris dengan nada hiba.
Sebab Tuan Deris sering dihantui oleh kelibat Bun yang masih hidup senang akibat perjanjiannya dengan Amara. Dia fikir Bun suatu hari nanti akan memancung kepalanya juga dan ambil segala-gala yang dia ada.
Tuan Deris menatap Amara penuh harapan, “Kalau dia tak mungkiri janjinya terlebih dahulu, aku mungkin tak akan suruh kau pergi ke tren hari itu. Dan Bun akan mati,” Beritahu Pak Jeff lagi.
“Tak mudah nak beritahu tentang kebenaran pada kau dibawah pemantauan Tuan Deris, tapi aku tahu kau dapat tahu kebenaran lepas culik staf tren haritu. Tentang serangan hari itu pun aku tahu, kau berkomplot dengan Tuan Lucas.”
Amara tertunduk sambil memejam mata rasa tak sangka, memang dia merancang untuk menjauhkan Tuan Deris dari hotel ketika itu.
Dengan membawanya bersuka ria, daripada menonton wayang sehinggalah ke taman tema hanya sekadar untuk mengalih perhatiannya.
Tanpa dia tahu, Pak Jeff sebenarnya yang telah menghasut Tuan Deris untuk mengekori Amara atas alasan Amara mungkin bersubahat dengan mana-mana musuh.
Ketiadaan Tuan Deris ketika itulah yang memudahkan Pak Jeff untuk memusnahkan segala jejak Amara yang terlibat dengan Deris. Sama seperti dalam perancangan Amara yang sepatutnya hanya dia yang tahu.
Dan dia juga sempat menghubungi Tuan Lucas, menyuruhnya agar beri arahan pada penyerang-penyerang naik ke pejabat untuk menyerangnya.
Dengan cara itu saja dia dapat menambah kepercayaan pada Tuan Deris terhadapnya.
“Tuan Lucas pun sama?” Amara mengangkat sebelah kening.
“Dia ingat aku bekerjasama dengan kau, budak tu memang lurus bendul,” ejek Pak Jeff.
“Kalau macam tu…Ikutlah kami, Pak Jeff.” Ajak Amara sambil memaut lengan Pak Jeff seakan-akan babah yang dirinduinya.
Pak Jeff terdiam, air mata bergenang cuba ditahannya.
Bunyi letupan yang kuat dari bawah tanah menggegarkan bangunan hotel ini, berselang-seli dengan bunyi teriakan orang ramai.
Amara yang terkejut terus menekup telinga, Pak Jeff segera menyarung penutup telinganya.
“Amara, sekarang!” arah Pak Jeff sambil menolaknya pergi.
Amara dengan berat hati menyalam tangan Pak Jeff yang sudah terkesima sebelum gugur air matanya.
Dia kemudian melepaskan tangan Pak Jeff yang sentiasa bersamanya ketika dia berduka menghadapi kehidupan bersama Tuan Deris terus berlari menuju ke tangga setelah lif habis musnah dek letupan bom tadi.
Keadaan kacau bilau di dewan makan, setelah semua tetamu meminum teh semuanya pengsan tidak sedarkan diri.
Setelah itu, Pak Jeff menyuruh pengawal-pengawalnya menembak mereka semua bertubi-tubi hingga meja dibanjiri dengan darah. Puas hatinya, melihat pengikut setia Tuan Sujama akhirnya mati.
Tiba-tiba muncul Syamsul terhuyung-hayang berjalan ke arah Tuan Deris dengan pisau yang tercacak dibahagian perutnya.
Dr. Adrian menekup mulut mula ketakutan dengan keadaan Syamsul, “Syamsul! Apa yang jadi? Mana Jeff? Mana Amara?!” soal Tuan Deris dengan berang.
Tak sempat nak beritahu, lif meletup menggegarkan bangunan hotel ini membuatkan staf mula menjerit cemas dan berlari tanpa tujuan.
Bunyi letupan itu berulang-ulang disekelilingnya mereka bersama jeritan staf-staf di luar. Dr. Adrian dah perpaut pada Tuan Deris disebabkan terlalu takut dan panik.
“Tuan! Semua pintu terkunci tuan!” teriak salah seorang staf buat Tuan Deris kebingungan dan ketakutan.
Dr. Adrian cuak, dia mula berlari menuruni tangga dan cuba memecahkan pintu kaca dewan namun tersekat.
Kedaaan menjadi tegang apabila lampu candelier bergoncang kuat sebelum jatuh menghempas ke tubuh tetamu yang sudah pun menjadi mayat. Habis pecah berderai kaca hiasan lampu tersebut terkena orang disekitarnya.
Tuan Deris berlari masuk ke tangga kecemasan, terdengar bunyi tapak kaki yang deras dari atas. Dia fikir itu Amara atau Pak Jeff.
Asap tebal berkepul di dalam bangunan itu, kebakaran yang dahsyat telah berlaku, dinding dan siling mulai runtuh, dan haba panas menyerang kulit.
Pada masa yang sama, Amara berjaya naik ke bumbung hotel.
Angin kuat dari bilah kipas sebuah helikopter menerbangkan debu dan asap membuatkan Amara melindungi matanya dnegan lengan.
Amara dapat rasa getaran dari letupan bom yang semakin mendekatinya dari bawah.
Juruterbang mengawal helikopter turun perlahan menghampiri ke paras bangunan agar lebih dekat dengan Amara, pintu dikuak dan Amara terlopong bila disambut oleh Tuan Lucas.
Ini bukan sebahagian daripada perancangan, tapi dia syukur. Mungkin sebahagian dari rancangan Pak Jeff.
“Selamat malam Amara, jom naik!” kata Tuan Lucas sambil menghulurkan tangannya.
Amara menoleh, jantungnya berdegup kencang risau akan keadaan Pak Jeff.
“Amara, cepat!” panggil Tuan Lucas tergesa-gesa sebab api semakin marak ke langit.
Dengan hati yang berat, dia menyambut tangan Tuan Lucas lalu ditarik masuk ke dalam. Tuan Lucas mengarahkan juruterbang untuk beredar dari sini.
BOM!
Bunyi letupan yang kuat hingga bergema ke langit bersama api yang marak menyebabkan telinga Amara berdesing sakit, helikopter pula hampir hilang kawalan, Kebakaran yang dahsyat bersama bunyi letupan itu sekaligus menyeru memori 8 tahun yang lalu dan bayangan Morgana yang dibakar hidup-hidup dalam kereta membuatkannya pitam.
Tuan Lucas cuak bila Amara tiba-tiba pengsan tidak sedarkan diri. Juruterbang berjaya menjauh dari bumbung dan ancaman bawah lalu beredar dari situ.
Tuan Deris yang tadi sedang mengejar Amara berjaya ditangkap oleh Pak Jeff, “Celaka kau Jeff! Pengkhianat!” tengkingnya sambil menghayunkan tongkatnya kea rah Pak Jeff.
Pak Jeff dengan mudah mengelakkan diri lalu dengan pantas memeluk tubuh Tuan Deris erat, dia lalu mengeluarkan bom tangan, mengemaskan lagi pelukan mereka.
Dinding kanan dan kiri dah hancur bersama maraknya api, siling pula habis ranap dan runtuh.
Dia berbisik pada Tuan Deris, “Ini untuk Sujama.”
Picu bom ditarik, mereka sama-sama hancur di dalam letupan tersebut sebelum ditimbuni runtuhan bangunan Hotel Buana Deris.
Share this novel