Bab 31 : Pengakuan

Action Completed 1933

Amara memarkir Kawasaki Ninja H2R dihadapan sebuah bar, dia masuk kedalam menemui penjaga kaunter. Ditunjukkan sekeping kad VIP terus penjaga kaunter itu mengangguk faham.

Dia membawa Amara masuk ke dapur, sebuah pintu di lantai dia tekan kata laluan sebelum tarik buka memecah kesunyian dek bunyi muzik yang berdentum kuat dari bawah,
“Sila,” jemput si penjaga kaunter itu padanya.

Amara menuruni tangga masuk ke dalam sebuah ruang bawah tanah yang luas dan bising dengan muzik rancak. Bau-bauan alkohol menusuk ke hidung, datang seorang penari gelek menyambutnya. “Nak jumpa Bon Long kan? Mari-mari,” ajaknya sambil memimpin tangan Amara menyelusuri keramaian manusia yang sudah khayal dengan dadah dan alkohol.

Biarpun memakai pelindung telinga, muzik rancak yang kuat itu tetap dia dengar.

Dia dibawa ke sebuah bilik berkunci, di mana Bon Long menyimpan barang-barang terlarangnya dalam peti besi. Dia datang membawa mesej pada Bon Long tentang Kontrak Perlindungan, namun Bon Long sekadar tertawa galak.

“Kau cakap sama tuan kau, dia bukan Tuan Sujama. Tuan Sujama tak pernah paksa aku tanda tangan apa-apa kontrak dengan dia pun. Aku jadi sahabat baik bapak dia sebab bapak dia kasi layanan 5 bintang pada aku waktu aku sembunyi dekat hotel bapak kau dulu,” beritahu Bon Long sambil menghembus asap curut ke udara.

Amara dah dapat agak, ini jawapan Bon Long. Benarlah kata Dr. Adrian, mana-mana pengkhianat Tuan Deris yang telah dia bunuh adalah pengikut setia Tuan Sujama. Apa Amara peduli, sama aje buat kerja jahat.

“Baliklah! Cakap sama tuan kau, aku tak mau tunduk pada dia! Aku pun dah kayalah, ada bodyguard kanan dan kiri!” gertak Bon Long dengan nada angkuh.

Amara ambil fail berisi surat perjanjian itu sebelum berniat nak beredar dari situ, baru pegang tombol pintu dia dapat mesej dari Pak Jeff. Dan mesej itu buat Amara mengerut dahi rasa tak percaya,
‘Bon Long dapat Bunyamin, ada dalam peti besi.’

Mulanya dia ragu-ragu sebab, macam mana Pak Jeff tahu tentang Bun?

Dengan pantas dia berlari lalu melompat terkam kearah Bon Long yang tengah duduk terus sama-sama terjatuh dari kerusi, pisau belati dia hunus ke leher Bon Long menjadikannya sebagai tebusan mengugut pengawal peribadi Bon Long.

“Buka peti besi, sekarang!” teriak Amara dengan mata yang membara.

“Apa kau buat?! Kalau kau nak ‘barang’ aku boleh kasilah!” terketar-ketar Bon Long risau dengan pisau belati Amara yang tajam sudah mencalar bahagian kerongkongnya.

“Buka sekarang, atau aku sembelih kau buat kebab! Aku mati, kau pun mati.” Bisik Amara mengugutnya lagi buat Bon Long mula gementar.

“Tepi! Tepi semua!” arah Bon Long pada pengawalnya agar menurunkan pistol.
Dia kemudian membuka bilik peti besi, terlopong Amara bila dia dapati Bun ada di dalam bilik tersebut.

Dia terbaring dilantai tak sedarkan diri, masih memakai uniform kerjanya.
Sebuah kot jubah putih dengan logo klinik dan ada stetoskop di dalam poketnya.

Dia menarik Bon Long masuk ke dalam bilik sebelum mengunci, dia menendang tubuh Bon Long hingga rebah ke lantai.

Dengan geram dia menikam kedua-dua tapak kaki Bon Long yang memakai selipar nipis. Bon Long menjerit kesakitan, apatah lagi orang di luar tak dapat nak masuk hanya sebab Bon Long saja yang tahu kata laluan bilik peti besi ini.

“Adoi, kenapalah bodoh sangat aku pakai selipar dalam kelab!” Bon Long menangis kesakitan.

‘Hm, aku pun tertanya-tanya,’ bisik Amara dalam hati. Dia menelefon Tuan Deris sambil memeriksa keadaan Bun yang tidak sedarkan diri.

“Amara, kau kat mana?” tanya Pak Jeff dalam talian.

“Kami dalam peti besi,” cemas nadanya melihat wajah pucat Bun. Dia memeriksa pakaian Bun, dompet tiada fon pun tiada.

“Tinggal saja situ, aku dah beritahu Tuan Deris. Aku datang bukan seorang,” beritahu Pak Jeff sebelum talian dimatikan.

Dia beralih pada Bon Long,“Oi, apa yang kau bagi dia hah?!” tanya Amara sambil membetulkan posisi Bun berbaring.

“Apa yang kau risaukan sangat dengan anak Deris ni hah? Kau tu cuma anak angkat, ingat kami semua tak tahu ke hah?!” jawab Bon Long.

“Tahu? Tahu dari mana?” Amara mencengkam kolar baju Bon Long yang darah pada kakinya sudah membanjiri lantai.

“Kami yang setia pada Tuan Sujama ni, dapat maklumat yang Deris sembunyikan anak dia dari kami supaya kami tak bunuh waris dia yang seterusnya. Dia tahu ramai yang berdendam dengan dia sebab tu dia tak bagitahu pasal anak kandung dia, kalau anak dia mati dan tak ada pengganti dia akan cari kami juga nanti!” panjang lebar Bon Long meluahkan kebenaran tapi Amara rasa masih rasa ada sesuatu yang tak kena.

Dia faham kalau mereka tahu yang Amara bukan anak sebenar Tuan Deris, mereka tahu Tuan Deris tak akan bela anak perempuan sebab tiada guna untuknya.

“Siapa yang beritahu? Siapa yang bagi maklumat pasal Bun?” Amara tegas bertanya akan soalannya lagi.

“Kami tak tahu, tapi semua dapat maklumat yang sama. Ada nota juga cakap, kalau dia tak ada waris kami boleh ambil alih!” beritahu Bon Long lagi.

Mustahil, Amara rasa keliru sekejap. Dia tahu Tuan Deris mensasarkan Bun sebab takut kejayaannya dirampas oleh anak sendiri, tapi pengikut setia Tuan Sujama sangka Tuan Deris sedang menyembunyikan pewarisnya dari mereka.

Mungkin sebab itu mereka rasa kesetiaan mereka tercalar dan pada masa yang sama punya hati yang tamak untuk mengambil alih hotel.

Tapi apa yang buat Amara tak faham sekarang, siapa yang beri maklumat pada mereka tentang Bun?

“Kiranya kau orang ni, bukanlah taat setia sangat pada Tuan Sujama. Hanya nakkan hotel Tuan Sujama sajalah ya,” teka Amara.
Bon Long sengih macam kerang busuk, “Itu hotel banyak untung,” terus Amara menampar wajahnya kuat.

Pintu peti besi terbuka, asap peluru memenuhi ruang peti besi. Pak Jeff datang bersama sepasukan pengawal terlatih menyerang kelab ini habis-habisan dengan senjata yang meragut nyawa semua yang ada di dalam kelab ini.
Barang milik Long Bon juga akan dirampas menjadi milik Tuan Deris.

Bon Long terlopong saat melihat kelabnya habis musnah sekelip mata. Pelanggan-pelanggan tetap semua dah terkulai di lantai hilang nyawa,
“Keluar dari sini Amara,” arah Pak Jeff sambil melepaskan tembakan tepat ke kepala Bon Long. “Bawa Bun keluar dari sini, jangan keluar selagi aku tak mesej kau.”

Amara kekeliruan, dia bersilih ganti pandang Bun dan Pak Jeff.
Dia bingung kenapa Pak Jeff melindungi Bun.

Tanpa berkata apa-apa, dia dukung Bun berlari keluar dari situ.
Tubuh Bun dia dudukkan atas motosikal sebelum menunggang laju pergi dari situ.

Pada masa yang sama, Pak Jeff mengangkat talian dari Tuan Deris. “Tuan, Bon Long serang Amara dengan geng dia. Aku terpaksa tembak.”

“Kurang ajar! Amara mana?!” tengking Tuan Deris yang masih dalam perjalanan ke sini.

“Ramai yang sasar dia tadi, aku suruh dia lari bersembunyi dulu,” beritahu Tuan Deris sambil memeriksa isi bilik peti besi takut Bun ada tinggalkan apa-apa kesan.

Dia keluar dari bilik itu, sebatang rokok dia nyalakan.

Dia melihat ruang bilik ini, dinding dipenuhi dengan lubang peluru dan lantai dibanjiri dengan darah.

Inilah apa yang Tuan Deris mahukan. Kuasa. Keganasan. Dia mahu tunjuk dirinyalah yang patut mereka tunduk hormat. Dia mahu tumpaskan semua pengikut setia Tuan Sujama dan memilikinya dengan cara paksa.

Asap rokok dia hembus ke udara, seakan-akan inilah rokok pertama buat kali terakhirnya. Dia dah lama berhenti disebabkan Tuan Sujama, sahabat sejatinya mempunyai paru-paru yang lemah. Tapi hari ini, dia tahu kalau dia berhenti merokok pun ajalnya tetap akan tiba tak lama lagi.

‘Kita tak pernah ada kisah yang baik dalam hidup kita Sujama, tapi sekurang-kurangnya kita boleh hentikan mimpi ngeri ini sama-sama demi kehidupan orang lain,’ hatinya bermonolog.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience