Bab 39 : Kinda Awkward

Action Completed 1933

Dengan sekali lafaz saja, Amara sah bergelar isteri.

Mak Ros dan Kak Mira dah menangis masing-masing, sebak dalam kegembiraan. Mereka hanya jemput keluarga dan kawan terdekat saja disebabkan Amara yang kurang selesa dengan kebisingan.

Bun menyarungkan seutas gelang emas jagung ke pergelengan tangan Amara manakala Amara menyarungkan sebentuk cincin perak ke jari manis kanan Bun dengan selamba Bun menyalam tangan Amara buat yang lain mula kecoh.

“Amara Yang cium tangan, bukannya awak. Awak tu suami!” tegur Hjh. Kalsom buat yang lain tertawa galak.

Amara dah garu-garu kepala sebab dia pun tak perasan, Bun terpinga-pinga sedar akan kesalahannya terus membetulkan cara bersalaman.

Keluarga kedua-dua belah pihak mula mengusik sakan akan pengantin baru ini. Amara nampak kekok tapi Bun tak sabar-sabar nak mencium dahi Amara.

“Ha, cium dahi pulak. Lekas, aku nak ambil gambar ni. Bun, kau tu muka jangan gelojoh sangat!” sampuk Ardi yang ditugaskan sebagai jurugambar tak berbayar.

“Eh, takyah lah. Nantilah,” jawab Amara rasa malu-malu.

“Apa pula nantilah?”

“Orang nak ambil gambar ni, pose lah cantik-cantik sikit buat tebal album!”

“Amara, dekatlah sikit janganlah jauh sangat dengan suami tu!”

Mulalah berbelas-belas komen membebel pada Amara yang dah tertunduk malu itu, Budi dah halakan kipas kearah Amara tahu tengah panas sekarang. Bun pula dari tadi ternanti-nantikan penerimaan Amara.

“Pegang tangan cepat,” arah Bella yang dari tadi merakam saat-saat manis mereka. Suami Bella dah menggeleng kepala, tak sangka isterinya jenis kepoh juga di majlis orang.

Bun bertindak menggenggam kedua-dua tangan Amara yang tak duduk diam itu lalu mengucup dahinya lama-lama buat Amara terpaku.

Cahaya kamera bersilang-ganti dengan keriuhan tetamu dan keluarga. Semuanya memuji dan mengusik buat suasana lebih meriah.

Petang itu, Amara dan Bun datang melawat ke tanah perkuburan.

Baru sahaja keluar dari kereta, Amara terus tertunduk tak mampu nak memandang ke batu nisan yang tertulis nama insan tersayangnya.

Bun yang juga keluar dari kereta bersama dua keping buku Yaasin, dia tahu sukar inilah tempat paling sukar untuk Amara datang berbanding nak bertemu dengan babah dan Kak Mira. Dan itu adalah kerananya, Bun sentiasa fikir itu semua adalah berpunca darinya. Jadi dengan Langkah yang ringan, dia memaut tangan Amara lalu memimpinnya masuk ke kawasan tanah perkuburan itu.

Kubur ibu dan adiknya Musa kelihatan bersih sekali, pasti babah atau Kak Mira kerap datang melawat.

Mereka berdua memulakan bacaan Yaasin, tengah ralit Bun baca dia perasan yang Amara mula berhenti setelah satu muka surat habis dibaca.

Dia mula termenung, dahinya berkerut dan tiba-tiba jatuh pengsan.

“Amara!” Bun berhenti, lalu mendapatkan Amara. “Amara!” panggil Bun lagi sambil mengusap ubun-ubun isterinya dengan panik.
Wajah Amara nampak pucat, dia pengsan. Bun dapat agak, pasti memorinya berputa kembali sehingga dia pengsan begini.

Amara dia dukung lalu dibaringkan di sebuah pondok kecil berdekatan dengan pagar masuk kawasan kubur. Dia mengipas-ngipas wajah Amara disebabkan cuaca yang agak panas. Terpaksalah dia seorang saja yang sambung membacakan Yaasin.

Amara tersedar beberapa minit kemudian, dia menggagahkan diri untuk bangun menyandar dan nampak Bun dah habis baca Yaasin untuk kedua-dua arwah.

Matanya sekadar merenung Bun, kemudian memandang jari-jemarinya yang dah berinai dan bercincin di jari manis.

Hatinya terasa sesuatu yang tak dapat nak diungkap sebelum ini.

‘Ibu, Amara dah kahwin. Musa, kau dah dapat abang baru.’ Bisik hatinya sambil melemparkan pandangan ke langit senja.

Dalam kereta, mereka menuju ke sebuah chalet yang telah di tempah sebagai penginapan sementara buat 2 hari sebelum majlis bersanding di Resort Serambi.
Kira hari kedua tu bertolak ke resort waktu petang, sekali dengan keluarga Amara.

Bun lepas solat Maghrib dia terus mandi, sebab petang tadi lepas melawat kubur terus tertidur sebab penat pandu kereta.

Keluar saja dari bilik mandi, dia dapati Amara berada di beranda sedang menikmati angin malam.

Bibir mengukir senyuman, dia berjalan menuju kearah Amara.

Langsir beranda dia selak sebelum merangkul tubuh Amara daripada belakang.
Amara diam, dia mengeluh panjang penat dengan perangai Bun yang tak pernah dia nampak sebelum ini.

Terfikir juga dia, sebelum ni dengan Bella dia macam ni juga ke?

“Kau boleh sabar tak? Kita tak bersanding lagi tau,” kata Amara dengan nada mendatar mengingatkannya sambil jari telunjuk menolak dahi Bun agar menjarakkan sikit diri.

Bun tak berganjak sambil tersenyum dan berkata dengan nada rengekan, “Tapi kita dah nikah. Ke lepas sanding…?”

“Kau pergi masuk tidur sekarang, nanti terlepas Subuh pula,” arahnya lagi.

Bun berdecit meleraikan rangkulannya, “Cara kau cakap tu macam aku esok kena pergi sekolah aje. Kau sedar tak Bun yang depan mata kau ni dah jadi suami kau ni?”

“Ya, aku tahu…” Amara menoleh kearah Bun yang hanya berseluar sweatpants kelabu, rambutnya separa basah dilitupi oleh kain tuala.
Amara menelan air liur, dia lalu menolak tubuh Bun masuk kedalam seraya menutup slide pintu beranda dengan panik.

“Woi! Apahal kau kurung aku kat dalam ni? Takkan kau nak tidur luar kot?” hairan Bun sambil cuba bukan pintu slide balik namun Amara kuat menahannya.

“Kau tidur dulu, aku nak…”

“Buka pintu ni, luar tu banyak nyamuklah!” panggil Bun dengan mulut dimuncungkan.

“Kau tidur je lah dulu! Aku nak tengok bulan kejap!” kata Amara lagi, sebab jantungnya tengah berdebar-debar tak semena sekarang ini.

Bun berhenti, dia menatap Amara di balik kaca pintu. Entah kenapa dia rasa bersalah terus tersengih, dahi menekap ke kaca pintu. “Aku janji aku tak buat apa-apa kat kau. Betul.”
Ayat pujukannya buat wajah Amara merah merona, terus dia memusing tubuh membelakangi Bun rasa malu. Rambut dan gaun tidurnya beralun ditiup angin malam, mata menatap bulan terang berharap agar dirinya tenang.

Bun pula masih menantinya di dalam, ada sesuatu yang bermain di benak pemikirannya.
“Amara,” panggilnya lembut.
“Hrm?”
“Kau jujur dengan aku,”
“Apa?”
Bun tahu dia sendiri pun tak mahu nak memetik nama itu, tapi dia betul-betul nak dengar jawapan dari mulut Amara sendiri.

“Waktu kau dengan Deris, aku tahu kau diberi apa saja. Sebab itu apa yang umi pernah beritahu, jadi sekarang aku nak tahu, waktu kau dengan dia kau pernah tak bersama dengan lelaki yang lain?”
Amara terdiam sejenak, terasa itu satu soalan gurauan namun nadanya kedengaran serius.

Dan entah kenapa, setelah menghadam soalan itu baik-baik terus buat Amara nak tergelak.

“Kenapa? Kau ingat aku simpan anak ikan ke?” sengih Amara sambil menoleh pandangnya yang wajah dah sugul.

“Iye lah, aku yakin kau bukan jenis macam tu tapi…aku bukan nak tuduh, aku cuma…”

“Ya, aku faham,” Amara menyela. “Tapi memang tak ada.”

Bun menyembunyikan senyuman, dia kenal Amara dah lama. Dia cuma nak dengar dari mulut dia saja.

Pintu slide dia tolak buka perlahan buat Bun tercengang akan tindakannya, Amara kemudian melangkah masuk membiarkan angin malam memenuhu ke ruangan bilik disimbahi dengan cahaya terang dari bulan.

“Aku dah mengantuk, kejutkan aku Subuh. Risau kalau-kalau aku tidur mati nanti,” pesan Amara sebelum ke katil lalu berbaring tidur ke katil.

Bun tersenyum lebar apabila niat baiknya diterima. Dia terus melompat ke katil dengan girang, tangan dilebarkan untuk memeluk Amara namun di berikan amaran awal-awal. “Jangan peluk, tidur.”

Bun menjebik, wajahnya disembamkan ke belakang tubuh Amara rasa selesa.

Haa, yang itu takpe.

‘Sebab aku risau nanti aku yang melebih-lebih pula,’ bisik hati Amara.

Share this novel

Nurasy
2025-07-23 11:48:26 

HAHAHA nervous sangat Bun sampai cium tangan bini,


NovelPlus Premium

The best ads free experience