Bab 42. 1

Action Completed 1933

Tepat pukul 4, mereka kembali ke tempat perhentian bas berdekatan rumah mereka.

Masih ada masa, tapi perjalanan ke rumah dekat saja. Bun dari mula lagi, matanya memerhatikan leher Amara.

Bukan apa, Amara tak pernah ikat rambut. Seumur hidupnya tak pernah nampak leher Amara dengan jelas sebegini membuatkan hatinya berdegup kencang sejak balik dari masjid tadi.

“Laparlah, kau tak lapar?” Amara tanya.

“Lapar, lapar sangat,” jawabnya sambil memeluk manja lengan Amara.

“Makan kat kedai hari tu nak? Yang dekat dengan taman permainan tu,” ajak Amara.

“Oh erm, kalau kau nak mihun sup aku boleh buat kat rumah,” kata Bun cuba memancing.

“Mana ada bahan, jomlah. Alang-alang boleh bungkus buat makan malam sekali,” Amara menarik tangan Bun yang dah mengangguk kecewa.

Malang sekali kedai itu tutup, “Lah, setiap jumaat tutup rupanya.” Kecewa Amara.

“Kalau macam tu, jom balik,” ajak Bun dengan nada gembira.

“Ok, tapi kita tengok tak taman permainan tu kejap,” minta Amara.

Dia rasa kasihan pada Bun, mesti penat sangat hari ini tu yang nak balik cepat tu.

Bun sekadar mengangguk, mereka ke taman permainan yang usang itu. Terkejut melihat kondisi tempat ini yang penuh punting rokok di tanah, gelongsor yang disembur cat dengan ayat-ayat kotor dan bau yang kurang menyenangkan.

“Rasanya tempat ni dah lama ditinggalkan, polis dah buat rondaan dan budak-budak yang selalu buat kotor tempat ni dah tak datang lagi,” beritahu Bun sambil duduk di buaian dan berayun perlahan.

Buaian di tepinya dah tercabut jadi tak bolehlah Amara nak berbuai di sebelahnya.
“Tapi, takkanlah tak ada komuniti yang datang bersihkan? Kesian kat budak-budak, diorang mesti lepas keluar tadika nak main sini,” berang Amara.

“Alah, kalau bersihkan pun apa gunanya. Kita bukan ada anak,” jawab Bun dan hal itu membuatkan Amara tercengang.
Dia memandang Bun yang dah mengalih pandangan ke tempat lain, perasaannya memang tak dapat nak disembunyikan. Dan entah kenapa Amara rasa nak tergelak dengan kelakuannya yang menyembunyikan sesuatu yang jelas terungkap di wajah.

“Kau nak anak ke?” Amara tanya, mata menatap Bun sambil menyilang tangan inginkan kepastian.

“Aku ikut kau aje, yang tanggung sakit engkau,” balas Bun dengan mulut memuncung.

“Persoalannya sekarang ni, kau tu, nak ke? Nak ke tanggung beban aku yang nanti akan sakit untuk dapatkan anak nanti? Waktu aku hamil, pantang dan lepas beranak nanti kau akan letih jaga aku tau,” beritahu Amara berharap yang Bun memahami maksudnya.

“Kau memang tak percaya aku kan?” nada Bun tak puas hati.

Amara tergamam dengan kata-katanya.

Dia tidak meragukan keupayaan Bun sebagai seorang suami, dia cuma takut. Dia juga tak punya pengalaman dalam perkahwinan, dan dia sedar mereka sama-sama sedang belajar erti alam perkahwinan.

Bun bangun dari buaian lalu berjalan dan berdiri betul-betul hadapan Amara, wajahnya serius menatap isterinya yang penuh tanda tanya.

“Aku rasa kau berfikir terlalu jauh, overthinking, sejak dulu lagi. Kau lupa ke apa yang aku pernah cakap kat kau dulu? Yang kau rasa budi dan jasa ini akan berubah lepas Pohon Beringin jadi milik kau, dan aku akan usaha, walaupun aku kena letupkan apa-apa empayar lagi yang menghalang kebebasan kau.”

Amara terdiam, matanya terkebil-kebil akan kata-kata Bun.

Dia nampak awan mendung di langit yang bertukar gelap. Bunyi guruh seraya kilat menyebabkan Amara segera menekup telinganya, dia ingin melarikan diri masuk kedalam lubang gelongsor namun ditahan oleh Bun.

“Kau jangan lari, Amara,” Bun menggenggam kedua-dua lengan Amara sebelum memeluknya erat.

Hujan melimpah lebat ke bumi, guruh mula sambar-menyambar membuatkan Amara yang terperangkap didakapan Bun terpaksa menyembamkan wajahnya ke dada Bun.

Amara cuba sebaik mungkin untuk menahan dirinya daripada pengsan, dia bertindak memeluk tubuh Bun erat sambil tangan mencengkam bahagian belakang Bun.

Makin kuat bunyi guruh, makin tangannya mencengkam kuat hingga kuku terkena isi belakang Bun.

Bun tidak mengadu sakit atau membuat apa-apa bunyi, bibirnya terkumat-kamit melantunkan doa syifa penyembuh ke telinga isterinya.

‘Aku dah selamat! Aku dah selamat! Tiada lagi si durjana itu, tiada lagi orang yang patut aku bunuh! Aku selamat….aku selamat…’ Amara berkali-kali mengulang ayat itu di mindanya. Sedaya upaya dia cuba melawan mimpi ngeri yang sepatutnya sudah terhapus dari memori.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience