Bab 43 (Tamat)

Action Completed 1933

Seorang kanak- kanak perempuan terpusu- pusu menuruni tangga, kakinya laju berlari mendapatkan adiknya yang dah membebel tak henti dari tadi.

"Ish, kakak ni! Orang dah lambat ni!" marah budak lelaki berusia 5 tahun itu dengan wajah masam.

Kakaknya yang penat ambil kopiahnya yang tertinggal tadi menyarungkan kekepalanya dengan kasar, "Eh, Musa Yang tertinggal kakak pula yang kena marah! Cepatlah, ayah dah tunggu tu!"

Disebabkan nada kakaknya yang garang macam harimau itu terus dia berlari masuk kedalam perut kereta.

"Hati-hati, kang Musa jatuh lagi nanti," tegur Bun pada anak lelakinya.

Sempat dia melambai pada cahaya Mata pertamanya bersama Amara yang kini berusia 9 tahun, Morgana. Baru 9 tahun, tapi lagatnya macam orang dewasa.

"Jaga ibu tau, Jangan lupa kunci pintu." Pesan Bun.

"Ayah, elok- elok ayah. Musa jangn tertido pulak!" Morgana memberikan amaran pada adik lelakinya tiap kali Sembahyang Jumaat.

Musa terjelir saja menyakatnya, sebab kalau dekat dah sah- sahlah kena cubit dengan kakaknya.

Kereta bergerak pergi, bunyi gesekab viola kedengaran di master bedroom terus Morgana naik ke tingkat atas.

Pintu dikuak, "Ibu!" panggil Morgana manja.

Gesekan biola itu mendendangkan lagu P. Ramlee - Jangan Tinggal Daku, dalam banyak-banyak lagu memang ibunya sering memainkan lagu ini.

Amara berhenti menggesek, angin dai tingkap yang terbuka luas bertiup tenang menghembus ke wajah tembam Amara. Dia yang berada di katil sedang sarat mengandung anak ketiga.

Tatkala menatap wajah Morgana, sebak teringatkan arwah ibu.

"Morgana, sini." Panggil Amara lembut pada puteri sulungnya.

Morgana dengan gembira Naik ke katil lalu memeluk ibunya erat seraya itu Amara mengusap ubun-ubunnya. Telinga ditekap ke perut Amara, dahinya berkerut.
"Ibu, adik ni jahatlah!"

"Kenapa pula?" lembut nada Amara menjawab.

"Dia tendang kepala kakak,"

Amara sengih, "Dia tengah mainlah. Kakak dengan Musa pun macam tu juga dulu."

"Hrmm, kalini dapat adik lelaki. Ibu nak bagi nama apa? Macam, macam kakak, ibu kata nama kakak ikut nama kawan ibu, nama Musa ikut Paksu, yang ni pula?"

Morgana memang Banyak berceloteh, sebijik macam maknya dulu. Musa pula ulat buku, tapi kuat mengusik manalah tak bergaduh saja budak berdua ni.

"Erm...ibu bagi nama...Jefri."

"Jefri? Macam nama orang tua aje tu," Komen Morgana.

"Sedaplah, klasik. Dah, sambung main lagu semalam. Kakak dah pandai kan sikit- sikit?" Amara menghulurkan biola pada Morgana.

"Dah, tapi lenguh tangan kakak. Tapi kakak dah nak pandai dah!" girang saja nadanya terus turun dari katil.

Biola digesek, ternyata bakat arwah ibunya turun ke cucu.

Amara menghela nafas tenang, tangan mengusap-usap perutnya yang berisi cahaya mata itu.

'Ibu, Musa, Pak Jeff...Amara masih hidup, hidup sebab korang...terima kasih'.

22 Jul 2025
6:36 pm
TAMAT

TAMAT, ok tak?

Share this novel

Nurasy
2025-07-23 12:23:32 

AWWWWW~ Big clap for our writer!!! Nice ending!!!


NovelPlus Premium

The best ads free experience