Hari demi hari, kehidupan Bun tak lagi macam sebelum ini.
Kehadiran Amara buat dia rasa selamat, geng Fakhrul tak lagi mengganggunya hanya sekadar memerhati dari jauh.
“Tak kak! Sumpah kak bukan saya!” Fakhrul menangis teresak-esak, kakinya sudah lenguh asyik berlutut dari tadi.
Mana tidaknya, waktu belajar Amara boleh datang kekelasnya dan berbohong kata Guru Disiplin nak jumpa. Kalau dah akak Tingkatan 6 yang panggilkan, bulat-bulat saja gurunya percaya. Dengan semudah itu Amara mengheretnya ke belakang bangunan sekolah lama dan mengugutnya untuk bercakap perkara yang sebenar.
“Betul kak, bukan saya yang curi!” terketar-ketar Fakhrul bila Amara mengugutnya dengan menggunakan gambar Fakhrul hisap rokok di sekolah. Entah masa bila Amara ambil pun dia tak tahu. Yang penting kalau bapanya tahu mati dia, apatah lagi bapanya bekas pencen askar.
“Betul ni? Kalau tak siapa yang curi duit derma kelas aku hah? Kau tahu tak tabung derma tu untuk kawan aku yang ayah dia dah meninggal?” marah Amara.
“Tak kak! Sum..sumpah bukan saya…T..tapi saya rasa saya tahu siapa! Akak kena percaya saya!” rayu Fakhrul. Hingus yang mengalir dia kesat dengan baju.
Amara duduk dikerusi, merenung si Fakhrul yang wajahnya benar-benar buat orang memang nak tumbuk saja bertalu-talu.
“Siapa? Bagi aku nama,” arah Amara.
Situasi itu Bun nampak, dia menggaru-garu kepalanya yang tak gatal. Dia terlihat kelibat Amara datang ke kelas Fakhrul beberapa minit yang tadi, kemudian Amara patah balik bersama-sama Fakhrul buat dia rasa tak sedap hati. Dia pun bagi alasan nak ketandas untuk mengekori mereka berdua.
‘Nasib kaulah Fakhrul, samseng kampung sebenar dah mari.’ Bisik Bun.
Baru seminggu Amara di sekolah, namanya dah kecoh diantara pelajar sekolah menengah dan pelajar Tingkatan 6.
Waktu rehat, Fakhrul datang menemuinya di kelas. Bun memandang Fakhrul pelik, cuak saja riak wajahnya. “Kau nak apa?”
“N..Ni, aku bayar balik duit kau yang aku ambik,” Fakhrul menghulurkan wang itu padanya.
Bun mendengus, menyembunyikan senyuman terus bangun dan keluar dari kelas. Laju saja Fakhrul mengekorinya dari belakang.
“Tak payah, simpan saja.”
“Tak boleh! Kau kena ambil,” bersungguh Fakhrul mendesaknya.
“Anggap saja anak kampung ni sedekah pada pengemis pekan,” sindir Bun buat Fakhrul berdecit.
“Kalau macam tu, kau nak kemana?!”
“Perpustakaan, kau dah kenapa?” hairan Bun bila Fakhrul mengekorinya.
“Aku ikut, jom!”
Bun berhenti, Fakhrul berhenti. Bun merenung Fakhrul yang tak mahu bertentang mata dengannya. “Kak Mar suruh kau ikut aku ke?” teka Bun.
“Tak adalah! Dia suruh aku jaga kau aje!” mendengar pengakuan itu buat Bun bercekak pinggang sambil menjilat bibir yang kering.
“Kak Mar cakap macam tu?” macam tak percaya tapi memang ya.
Fakhrul angguk.
“Bagitahu aku apa yang kau buat?” tahulah dia, Fakhrul diugut. Fakhrul menceritakan segala-galanya dan hal itu buat Bun tersengih tawa.
“Ini…kali pertama aku nampak kau senyum.” Beritahu Fakhrul buat senyuman Bun bertukar kendur.
“Sudahlah, jangan ikut aku! Cakap kat Kak Mar, aku dah maafkan kau. Tapi satu je aku nak tahu, siapa tuduh umi aku penari ronggeng?” kalini Bun bernada serius.
Fakhrul tertunduk, rasa bersalah menyelubunhinya.
“A…aku. Aku yang buat cerit…”
PAK! Sekali lagi wajah Fakhrul ditamparnya dengan buku, mujurlah buku yang dipegang oleh Bun kalini nipis sikit.
Malam itu, Bun tengah siapkan kerja sekolahnya. Pintu menghadap ruang tamu dibiar terbuka, supaya perbualan Amara dan ibunya kedengaran.
Sekarang ini, Mak Ros sedang buat adunan cucur labu. Disebabkan dapur mereka sempit, ruang tamulah tempat aktiviti mereka guna seharian. Amara pula sedang mengait untuk dijual di sekolah.
“Terima kasih Mar, memang budak-budak lebih suka guna beg kertas berbanding plastik,” beritahu Mak Ros.
“Budak-budak sekarang anggap benda-benda macam tu estetik. Benda-benda kecil dan ringkas, diorang sndiri boleh viralkan,” kata Amara.
Mak Ros mencuri pandang pada Amara, ada sesuatu yang ingin dia katakan tapi agak malu. “Err, Sabtu ni kita tengok wayang nak?”
“Wayang?” Amara berhenti mengait, dan fokus pada Mak Ros.
“Yalah, perniagaan kita laku. Mar pun mesti letih tolong umi kat gerai, kita lepak-lepaklah Sabtu ni nak?” ajak Mak Ros, penggunaan umi digunakan.
Sebab Mak Ros dah menganggapnya seperti anak sendiri.
Setelah kehilangan Embun, anaknya yang berada didalam kandungan selama 3 bulan buat dia murung berbulan- bulan. Tetapi kehadiran keluarga Amara beejaya mengubat hatinya.
Apatah lagi Hjh. Maria menyuruhnya untuk menganggap anak-anaknya sebagai anak Mak Ros juga.
“Mar ok aje, Bun tu pun kena tengok dunia luar juga. Lagipun…” suaranya tiba-tiba diperlahankan dari Bun. “Lepas budak-budak ni habis peperiksaan percubaan, Morgana nak datang sini. Nak bawa Bella dan Ardi sekali, kira nanti kami berlima nak lepak-lepak kat bandar sama-sama.”
“Ohhh!” Mak Ros tersengih-sengih. Lupa pula Bun dan ada kekasih jarak jauh. Selalu juga nampak Bun main balas-balas mesej dengan Bella. Tak Bella, Ardi. Siapa je lagi Bun ada selain mereka berdua.
“Eh, macam mana hubungan diorang berdua tu? Bun pun tak cakap apa-apa dengan umi,” kalini mereka berbisik.
“Bella kata macam dating dengan budak nerd, Bella suruh hantar gambar muka sebab rindu, dia pergi hantar gambar kerja sekolah!” adu Amara buat Mak Ros menahan tawa.
“Alah, kali pertama bercinta kekoklah sikit. Belum atas pelamin lagi eheheh!” balas Mak Ros terus mereka berdua gelak gatal.
Bun yang berpura-pura tak dengar itu mengemam bibir menahan geram, sabar sajalah
Share this novel