KTAK! KTAK! KTAK!
Sekarang pukul 3 pagi, bunyi gigi Mak Ros yang bergerigi setiap malam buat Amara terjaga. Dia menekan pipi bahagian gigi yang bergerigi itu agar berhenti. Buakn itu sahaja, Bun pula keluar dari bilik berjalan sambil tidur.
Dua beranak ini macam manalah sebelum dia ada dulu? Ibunya gigi bergerigi setiap malam yang anaknya berjalan sambil tidur. Kadang-kadang tu hampir saja Bun nak tertonggeng jatuh melalui tingkap, mujurlah Amara sempat menghalangnya.
“Kau ni Bun, gigi umi bunyi kuat pun kau tak terjaga dari tidur,” bebel Amara sambil memeluk pinggang Bun lalu mendukungnya bawa masuk kedalam bilik tidur.
Bukan sekali dua, tapi berkali-kali Bun berjalan sambil tidur keluar dari bilik tidur dan merayap sekitar rumah. Kalau tak membahayakan diri tak apa, ni terpijak perut Amara lah, masuk bilik air hampir jatuh licinlah, pegang pisau di dapurlah.
Kata Mak Ros, orang yang berjalan sambil tidur tak boleh dikejutkan. Sebab banyak risikonya. Jadi apa yang dia boleh buat hanyalah, memastikan dia berjalan sambil tidur tanpa membahayakan dirinya sendiri.
Nak menunggu si Bun ni masuk balik bilik dah kena tunggu satu hal, sebab tulah dia asyik tertidur dalam kelas bukannya sebab tolong Mak Ros berniaga.
Pagi itu seperti yang dijanjikan, mereka ke pusat beli-belah.
“Mar,” panggil Mak Ros pada Amara yang mula mengelamun dan nampak mengantuk itu/
“Huh?”
“Tak sedap ke?” tanya Mak Ros risau pada makanan yang dibelinya.
“Eh, sedap!” jawab Amara pendek.
Bun teringin nak makan makanan Korea, mereka dua beranak tak reti nak pesan jadi Amara yang tolong pesankan. Sebelum ini mana mereka pernah keluar bersuka ria sangat, sebab masing-masing sibuk.
Tiket wayang pun Amara belikan, ini kali pertama dua beranak ini menonton filem di pawagam. Seronok Mak Ros tengok Bun, teruja benar dengan filem yang ditayangkan, dia lebih tengok Bun daripada filem menarik di hadapan. Terasa sebak di hati, bagaikan mimpi hidup mereka rasa tenang.
Mulanya sekali seminggu, sekarang setiap kali nak makan luar Amara diajak oleh mereka dua beranak untuk ke pusat beli-belah lagi. Rasanya mereka dah ketagih berseronok ni, samalah macam Amara dulu pergi pekan lepak sampai tak sedar dah Subuh.
Perniagaan Mak Ros pula bertambah baik, gerai ditukar baru dan dah ada mesin adunan. Apa-apa cadangan Amara, Mak Ros ikut dan pertimbangkan. Kadang-kadang idea mereka berdua bila bergabung itulah buat gerai Mak Ros makin maju.
Share this novel