Hari pertama dia bekerja di Salon Mayang, tempat ni nampak kecil namun ramai pelanggan yang datang. Tak menang tangan jugalah Amara.
“Pekerja baru ke kak?” tanya salah seorang pelanggan lelaki di situ. Lama dia memerhati Amara yang senyap saja buat kerjanya, kalau tanya pun dia sekadar memberi jelingan tajam.
“Ha ah, baru mula hari ni.” Kata Kak Yong, pengurus kedai ini.
Amara baru tahu Salon Mayang ini dibina atas nama Tuan Deris. Dan Kak Yong serta staf disini juga kerja di bawah Tuan Deris
“Tinggal kat mana?”
“Yang kau sibuk tanya dia tinggal mana dah kenapa? Kau dah siap kan? Lekas bayar!” gertak Kak Yong.
Lelaki itu sekadar sengih sambil mencampakkan duit atas kaunter, sempatlah Kak Yong kasi carutan padu padanya.
Tepat pukul 6, tamatlah kerja Amara.
Dengan motosikal dia tunggang pulang kerumah, dalam perjalanan dia perasan pelanggan lelaki tadi mengekorinya dengan motosikal.
Amara menelan air liur cuba menenangkan diri, ini kerja pertamanya. Jantungnya berdebar tak henti. Dia risau kalau-kalau dia gagal, dia bakal jadi mayat. Tapi niatnya bersetuju untuk kerja dengan Tuan Deris bukanlah untuk mati begitu sahaja, ada orang yang dia nak hidup.
Tambahan lagi, lelaki itu bukannya orang baik. Dalam rekod jenayah yang Amara baca semalam, lelaki itu menjual adiknya demi membayar hutang. Bukan itu saja, dia pernah masuk penjara atas kesalahan memecah masuk sebuah tadika bertujuan untuk culik budak. Sebelum ini dia merompak dan pecah masuk rumah orang, tak pernah kena tangkap.
Dia berpura-pura tak nampak dan berlagak seperti tiada ada apa. Sampai saja kerumah, dia bawa motosikalnya masuk kedalam garaj.
Pintu garaj ditutup secara automatik, disebabkan lambat nak menutup penuh, melalui garaj dia terus ke ruang dapur.
Dan dari situ, si penyangak itu sempat merangkak masuk kedalam sebelum pintu garaj tertutup sepenuhnya.
Tersenyum lebar dia saat memandang motosikal Amara, dalam kepala dah fikir berapa banyak duitlah yang dia akan dapat jika jual motosikal ini. Barang-barang dalam garaj ni juga sama, dia akan jual demi keuntungan.
Tapi sebelum itu, dia nak 'rasa' pekerja baru di Salon Mayang tadi.
Sombong betul, sepatah pun tak bercakap.
Lelaki itu berjalan dengan berhati-hati agar tapak kakinya tak didengari oleh Amara.
Gadis itu ada di dapur sedang minum air.
Nafsunya membuak-buak ingin memiliki gadis sombong ini, baru je nak terkam peluk Amara terlebih dahulu memusing lalu merenjatnya guna alat perenjat elektrik. Lelaki itu jatuh terbaring menggelupur ke lantai sebelum pengsan.
Amara nafasnya tak menentu, sebab dia tahu nasib lelaki ini bagaimana setelah dia menelefon Dr. Adrian nanti.
Terlebih dahulu, dia mencari tali rafia dari dalam stor. Takut tak sempat nak hubungi Dr. Adrian, mamat ni dah bangun.
Tiba-tiba, ada seorang lagi lelaki entah dari mana memanjat masuk ke tingkap dapurnya sambil tersengih sinis membawa sebilah parang.
Amara mula cuak, dia ingat hanya seorang saja yang dia harus selesaikan hari ini.
Paling buat dia panik adalah, dia dapat dengar bunyi enjin Dari beberapa buah motosikal di luar rumahnya dengan suara-suara lelaki yang sedang tertawa galak sambil berbual rancak.
“Dia bawa geng!!” bengang Amara.
Dengan pantas dia mengambil penumbuk batu lesung yang terletak di atas para dapur lalu di campak ke kepala lelaki berparang itu terus jatuh tertonggeng ke lantai.
Parang sempat Amara rampas, dia merenjat lelaki itu hingga pengsan.
Datang pula penceroboh dari pintu rumah sedang berlari kearahnya, disebabkan penceroboh itu tiada senjata Amara secara refleksnya menghentam tubuh lelaki itu sekuat hati hingga menghempap ke dinding.
Penceroboh itu, mengaduh kesakitan rasa senak di bahagian dada terus terduduk rasa sakit di bahagian bahu pula akibat terseliuh.
Dia terdengar bunyi tapak kaki nak masuk ke ruang dapur, dengan parang dia menetak bahagian pergelengan kaki si penceroboh itu hingga jatuh tertiarap habis luka.
Dia merenjat lelaki itu hingga pengsan sebelum melangkah ke luar dari situ berniat nak ke bilik tidur, malang sekali rambutnya direntap oleh seorang lagi penceroboh.
“Pandai melawan rupanya, garang betul!” komen si penceroboh yang masuk melalui pintu depan. Sempat dia kunci semula agar Amara tak lari keluar.
Dengan parang masih di tangan, Amara pantas menyiat tangan yang merentap rambutnya.
Penceroboh itu menjerit kesakitan terus darah menitik ke lantai, Amara menendang penceroboh yang berani mengasari rambutnya tadi sekuat hati hingga berlanggar ke bucu meja makan. Sekali lagi menggunakan perenjat elektrik.
Penceroboh terakhir yang mengunci pintu tadi tersirap darah melihat perlakuan Amara yang tak seperti dia sangkakan.
Dengan panas hati dia menyepak parang di tangan Amara hingga tercampak ke tepi bersama-sama dengan alat perenjat elektrik, beberapa tumbukan padu diberikan mengena ke bahagian perut dan wajah Amara yang tak sempat nak elak itu.
Lagatnya seperti seorang peninju tomoi.
Amara duduk terkulai, darah mengalir keluar dari hidung. Kolar bajunya dicengkam, hati Amara sakit lihat wajah penceroboh yang tersenyum bangga akan kelakuannya itu.
Dia tahu lelaki itu, dia baca rekod jenayah lampaunya.
‘Menculik kanak-kanak kemudian jadikan mereka pengemis, belasah ibu sendiri sebab tak belikan motosikal baru, jenayah amang seksual terhadap kanak-kanak, merompak dan menceroboh. Durjana…’
NGAP!
Amara bertindak menggigit hidung lelaki itu terus melaung kesakitan, dia gigit sekuat hati sebelum berlaku pergelutan diantara mereka.
Penceroboh itu berjaya menolaknya kuat hingga terhempap ke dinding, Amara mengaduh sakit. Dia nampak sebuah labu sayong menjadi penyeri sudut rumah itu, diambilnya lalu dihayunkan ke kepala penceroboh itu hingga pecah berderai ke lantai.
Penceroboh itu mula terhuyung-hayang rasa sakit dampening akibat hentakan yang kuat itu, Amara menarik kabel wayar pengecas fonnya lalu dililit keleher penceroboh itu sebelum menjerut. Mulanya terkapai- kapai, kini kini sedarkan diri.
Selesai…Amara terduduk lemah mengesat darah yang mengalir dari hidungnya.
Dia ambil fon dari dalam poket seluar lalu menekan nombor Dr. Adrian untuk melaporkan hal ini.
Dalam 20 minit begitu, Dr. Adrian bersama pasukannya datang dengan sebuah van jenazah sebagai kenderaan samaran mereka.
Terkejut dia bila sampai di tempat kejadian, bergelimpangan mangsa yang tidak sedarkan diri di ruang tamu dan dapur.
“Woi, lima orang sekaligus kau bagi kat aku ni! Mana nak muat satu van!” rungut Dr. Adrian sambil menggoncangkan bahu Amara yang terduduk merenung kosong dikerusi meja makan tak respon dari tadi.
Kepalanya pun tengah berpinar sekarang ni, kena tumbukan tomoi tadi sebab dia pun kali pertama berada di dalam situasi begini.
Pak Jeff turut datang melawat setelah dia dengar Dr. Adrian mendapat panggilan pertama daripada Amara.
“Amara? Amara ok tak?” tanya Pak Jeff manakala Dr. Adrian dah mengarahkan anak-anak buah Tuan Deris mengangkat semua penceroboh ini masuk kedalam van.
Amara tak menjawab, asyik duduk sambil tangan sebelah menopang dahi. Dia menguap, rasa letih.
“Meh sini, aku tengok!” Dr. Adrian buka beg kecemasannya lalu membelek-belek wajah Amara yang dah kelihatan penat nak buka mata itu.
“Hrm, teruk juga.” Itu saja komennya. Dia lalu menyarungkan sarung tangan getah, “Lepas aku rawat kau, aku belanja kau makan sebagai ganjaran. Tak sia-sialah Tuan Deris kutip kau untuk tolong aku buat kerja ni!” ceria saja nada Dr. Adrian.
Tak sangka dalam masa sehari aje dia dah dapat 5 mangsa, dia dah bayangkan angka yang banyak dalam akaun banknya. Tak sia-sia dia menaruh kepercayaan kepada Tuan Deris yang menawaran keuntungan yang tinggi padanya sebelum kejadian serangan gerila itu berlaku.
Pak Jeff memandang mangsa-mangsa yang dipapah masuk kedalam van, ditindan saja antara satu sama lain.
“Semua, hidup lagi?”
“Yup! Sebab tulah aku nak bagi ganjaran kat Amara. Kalau hidup lagi, segar-segarlah organ nak dijual pada klien kita nanti. Bagus Amara, bagus!” Dr. Adrian menepuk-nepuk kepala Amara rasa bangga.
Pak Jeff sekadar memerhati, risau dia pada Amara.
Sejujurnya dia tak mahu libatkan orang luar dalam kegiatan haram Tuan Deris ini lagi namun terpaksa dia menerima takdir yang Amara adalah orang luar terakhir baginya.
Share this novel