Mak Ros menangis teresak-esak di pelukan Hjh. Maria, kehilangan bayinya hampir-hampir buat dirinya putus asa dengan kehidupan.
Keluarga Hj. Marzuki mempelawanya untuk tinggal berteduh di rumah sehinggalah habis waktu pantang. Deris, orang-orang kampung dah menangkapnya.
Dia kini dipenjara selama 3 tahun dibawah Seksyen 312.
“Abang! Ab…abang!” Musa yang berusia 3 tahun mengajak Bun main dari tadi, bila tak layan diduduknya atas riba sampailah Bun mendapatkan perhatiannya.
Bun memang asyik mengelamun saja, jiwanya seperti kosong setelah menghadapi penderaan mental dan fizikal dari ayah kandungnya. Paling sakit dia rasa dirinya tak berguna untuk melindungi satu-satunya ibu yang dia ada.
Dia lebih rela berpisah dari ibunya jika itulah yang ayahnya inginkan, sebab dia tak mahu ayahnya yang bengis itu mengganggu hidup ibunya lagi.
Tetapi dia sedar, hal itu akan membuatkan hidup ibunya lebih terseksa.
Kak Mira menghidangkan minuman pada teman-teman babahnya. “Amara balik bila?” soal Hj. Marzuki.
“Petang nanti baru balik, dia ada dua subjek harini,” beritahu Kak Mira .
“Oh yalah, dah masuk musim peperiksaan SPM minggu ni.”
Kak Mira masuk semula kedapur, dua kawan sekolahnya yang membantunya di dapur mula bertanya soal kejadian itu.
“Hei, sungguhlah Mar pukul ayahnya si Bun tu? Dengan kayu hoki pula tu.”
“Aku ingat baran bapak kau turun kat kau aje, rupanya dekat adik kau juga.”
Kak Mira malas nak layan, dah tersebar luas dah pasal kejadian itu apatah lagi saksi ramai.
Sikap baran mereka anak beranak bukannya tak kena tempat, apatah lagi memang sejak sekolah dia dan Amara dikenali ramai sebab anak tauke tebu.
Bila Bun kali pertama sekolah pun, mereka berdua yang sering bersamanya. Tu yang ramai orang ingat Bun ni adik mereka. Bun pula jenis senyap, orang buli berat sangat mulut nak dibukanya.
Kak Mira mengintai ke bilik Musa, suka sangat dengan kehadiran Bun. Semua mainan nak ditunjuknya pada Bun yang sekadar diam bagai patung. Kasihan, umur masih muda tapi jiwanya diseksa dengan situasi begini.
Share this novel