Bab 12

Action Series 305

Azan Subuh berkumandang mengejutkan Amara yang malas benar rasa nak bangun sebab sejuk yang amat.

Rumah kayu kalau waktu pagi begini memang sejuk macam pasang penghawa dingin tapi kalau masuk waktu tengah hari dah macam sauna.

Dia ambil beg kecil berisi barang mandian dan pakaian baru, kunci kereta ATV yang diberi oleh Naufal semalam dia ambil dari atas meja solek. Pintu dikuak, sebuah kereta ATV dia hidupkan enjinnya lalu di pandu masuk ke dalam kawasan Chalet Serambi.

Dia berhenti di masjid berdekatan untuk mandi di situ, selesai mandi dan solat dia meronda-ronda kawasan ini sementara menunggu waktu sarapan disediakan di ruang buffet. Apa yang dia dapati, walaupun tempat ini dipanggil chalet tetapi layak diberi 5 bintang. Macam-macam tempat disediakan seperti spa, pasar malam bertemakan melayu klasik, aktiviti memanah, berkuda dan taman permainan kanak-kanak.
Waktu sarapan, paling Amara suka bahagian bar salad. Punyalah nak rasa sangat buah zaitun, sedap rupanya. Amara selalunya nampak dalam filem barat saja, selalu letak dalam koktel. Dia ambil mana-mana yang tak pernah dia rasa sebelum ini, tengok-tengok penuh satu pinggan untuk sarapan saja.

“Sedapnya, Ya Allah! Terima kasih wujudkan makanan yang sebegini!” Amara mengucap syukur.

Dia mula jatuh cinta dengan salad, cuma cara dia campur macam-macam tu dah mengubah tujuan salad diwujudkan. Buat mukbang salad pula disitu.
Selesai makan, dia ke ruang pentas persembahan pula. Memang staf dah mula sibuk sebab malam esok majlis tertutup itu akan diadakan. Meja dan kerusi dah tersusun mengikut rancangan, hanya tinggal hias saja.

Dia nampak beberapa pemuzik sedang berlatih diatas pentas. Nampaknya Hj. Salleh memang nak mengikut tema chaletnya, Melayu Klasik. Banyak penggunaan songket, kain batik dan barang-barang tradisional. Uniform staf lelaki dan perempuan pun bercorak kain batik. Dan apa yang dia faham mengenai staf di chalet itu, staf perempuan dipanggil Dayang manakala yang lelaki dipanggil Awang.

Hari ini dia merayau saja, tengah hari dia pergi ke spa tradisional yang diuruskan oleh Hjh. Kalsom. Dengan kuasa kad keramat VIP, dia masuk dan menerima rawatan yang tak pernah dia rasa selama ini.
“Huyoo berkilat!” teruja Amara bila kuku tangannya dirawat dulu sebelum dikilatkan oleh staf terlatih itu. “Sekarang aku faham kenapa Kak Mira suka kerja lebih masa dan lepak bandar, kat kampung mana ada benda-benda macam ni kecuali urutan tradisional,” komen Amara.

Usai buat rawatan ke spa, tubuh badannya terasa ringan dan segar. Fahamlah Amara kenapa wanita-wanita cantik di luar sana yang nampak elegan dan berkelas kelihatan ‘mahal’. Sebab apa yang dia perhatikan selain dia, pengunjung-pengunjung di spa berbeza sekali darinya. Perbualan mereka pula lebih kepada bisnes dan kesihatan.

Dan entah kenapa jauh di sudut hati, dia rasa tempat ini tak sesuai dengannya. Dia hanya beruntung saja bertemu dengan Mak Ros untuk merasai hal-hal yang seperti ini.
“Amara?”
Seseorang menegur dari atas pentas, rupanya guru muzik dan juga sahabat baik ibunya Cikgu Salma.

“Eh, cikgu!” Amara terus menyalam dan memeluk mesra. Tak sangka boleh jumpa cikgu sekolah rendahnya dulu kat sini, kecil betul dunia.

“Ya Allah, sihat sungguh awak ni Mar,” puji Cikgu Salma sambil mencubit-cubit pipi dan lengan Amara yang tembam itu.

“Alhamdullillah, rezeki banyak masuk. Yang cikgu pula kenapa nampak makin kurus?” Amara memulang soalan.

“Jaga anak, ni pun suami cikgu baru ambil anak-anak cikgu pergi makan tadi. Keluarga Mar pun ada sini ke?” Cikgu Salma meninjau-ninjau mencari kelibat sahabat baiknya itu.

“Eh tak, Mar aje kat sini. Ikut bos, bos anak tauke chalet ni. Saya ikut aje,” beritahu Amara sambil matanya tertarik pada sebuah biola berwarna putih terletak di atas meja tak jauh dari sini. Itu milik Cikgu Salma, tak sama macam ibunya yang memiliki biola rekaan lama milik arwah datuk Amara.

“Bos? Pn. Melati ke?”

“Pn. Rosmawati, dia ada kedai cucur labu kat pekan,” jawab Amara dengan nada bangga.
Cikgu Salma sedikit terkejut bila nama itu disebut olehnya, “Cucur labu? Lah, yang kedai merah tu bos awak punya ke? Cikgu selalu suruh anak cikgu je masuk belikan, tak perasan pula awak kerja situ,” beritahu Cikgu Salma.

“Kedai tu baru beberapa bulan je buka. Yang cikgu pula, ikut persembahan kena nanti?”
“Ha ah, tapi dah alang-alang ada awak ni…” Cikgu Salmah tersenyum lebar.

Amara terkebil-kebil, “Huh?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience