Bab 25 : Alang Kasturi

Action Series 305

Seorang dato’ berpangkat tinggi tersedar dari pengsannya, dia tadi sedang dalam perjalanan nak ke sarang pertemuan rahsia dengan kliennya namun diserang dari belakang sebelum diculik.

Dia dapati, tangan dan kakinya terikat ketat. Dia juga berada di sebuah bangunan lama yang usang.

Derapan tapak kaki kedengaran beserta dengan bau harum seakan-akan sengaja mahu dia sedar akan kehadirannya.

Dia tahu akan bau itu, bau harum kasturi. Dia mula panik, derapan jantung mula laju mula terjerit-jerit meminta tolong.

Muncullah seorang wanita berseluar kargo hitam, berjaket kalis air warna ungu, memakai ear muff warna kuning dan ditangannya memegang sebilah Keris Alang.

Membuntang mata lelaki tua itu setelah mengetahui siapa yang telah menculiknya, dia mula menggigil dan merayu tetapi langsung tidak diendahkan.

Siapa saja yang tak kenal si Alang Kasturi, si penghukum yang dihantar untuk menghukum mati kepada pengkhianat-pengkhianat Tuan Deris.

Namanya banyak kali disebut namun hanya si mati dan saksi si mati saja yang tahu identiti sebenarnya.

“Kau! Kau anak angkat si Deris tu kan?! Celaka, kau dengar sini! Aku boleh bagi kau duit, atau apa-apa saja! Aku boleh bagi kau lebih! Hoi, kau dengar tak!!?” teriak lelaki tua itu mula mengesot-esot cuba melarikan diri.

Si Alang Kasturi berjalan Dan beridiri Di belakang lelaki tua itu, dia menarik kolar baju lelaki tua itu hingga bangun berposisi melutut dan mula menghunuskan pucuk keris ke bahu kirinya, terus dia gentar dan menjerit kuat.

Pucuk keris ditikam tepat ke celah tulang selangka menembusi jantung si pengkhianat itu terus mati serta merta.

Dibiarkan kerisnya tertanam disitu sementara dia menangkap gambar lelaki tua itu untuk dihantar ke Tuan Deris.

Setelah Tuan Deris membalas dengan emotikon senyum dan tangan yang menunjukkan ibu jari maka selesailah tugasnya.

Keris itu dia tarik semula, minyak kasturi yang sengaja dilumur mengeluarkan bau harum didalam tubuh mangsa.

“Amara,” Pak Jeff memanggil dari pintu masuk bangunan usang itu.

“Megapuri.” Arah Pak Jeff akan lokasi yang seterusnya.

Dia memang tak dengar disebabkan earmuff yang tebal itu, tapi disebabkan dia memerlukan benda itu jugalah dia mula belajar membaca gerak- geri mulut.

Setiap jawapan yang diberi hanya menggunakan anggukan atau gelengan, dia tak pekak tapi hanya tak nak mendengar dunia lagi.

Keris Alang yang comot dengan darah dia lap dengan kain sebelum dicampak pada mangsanya tadi, tugas seterusnya diberikan pada Pak Jeff yang akan menguruskan setiap pengkhianat Tuan Deris yang dah menjadi mayat.

Amara menunggang Yamaha R7 hitam menuju ke sebuah megapuri seorang klien baru Tuan Deris, diparkirnya ke sebuah bangunan mewah.

Dia mematikan enjin, topi keledar dia buka sebelum menyarungkan earmuffnya semula. Senjatanya telah dia simpan dalam beg galas, kaki melangkah masuk kedalam bangunan itu menuju ketingkat yang dinyatakan dalam mesej tadi.

“Oh, ni ke Alang Kasturi? Dari jauh dah bau!” teruja nada Tuan Leon, rakan niaga Tuan Deris yang baru.
Dia datang bersama anaknya Lucas, yang nampak gelisah apabila ternampak Amara. Kakinya tak henti bergoncang menandakan yang dia bimbang akan sesuatu.

“Hmm, tak macam yang aku sangkakan. Oh, ini kerisnya!” Tuan Leon segera bangun dan membelek-belek tubuh Amara sebaik saja dia mendekati kearah mereka. Saat dia nak menyentuh keris milik Amara terus Amara bergerak selangkah kebelakang membuatkan Tuan Leon tersengih tawa.

“Aku tak tahu anak kau perempuan,” kata Tuan Leon kembali duduk dan minum air yang telah dihidang oleh pembantuya rumahnya.

Sebuah fail kontrak berada diatas meja kopi berada ditengah antara dia dan Tuan Deris.

“Aku pun tak tahu kau ada anak, bila kau ‘kahwin’?” Tuan Deris membalas soalan sambil menajam pada anak lelaki Tuan Leon.

Sebenarnya dia pantang juga bila kliennya datang bawa anak lelaki.

Bagaikan sebuah ancaman baginya. Tetapi dia yakin, dengan adanya Amara posisinya lebih kukuh berbanding mereka yang sengaja tunjuk anak lelaki sebab pengecut.

“Hei, benih baik ni!” puji Tuan Leon sambil mengerling kearah Amara. Dan Tuan Deris perasan akan hal itu.

“Amara, Tuan Leon ada hadiah untuk kau. Ikutlah dia,” arah Tuan Deris dan Amara mengangguk.

“Lucas, kita boleh berbincang pasal kontrak ni sementara bapak kau bagi hadiah kat Amara.” Kata Tuan Deris memberikan senyuman tersirat.

Lucas sekadar mengangguk sambil tertunduk saja, tangannya tak duduk diam gusar tak semena.

Tuan Leon bingkas bangun, “Kau bincanglah seeloknya dengan anak aku,” dia menggenggam tangan Amara dengan senyuman.
“Dia tu banyak kena belajar.”

Tuan Leon menarik Amara masuk ke dalam lif, Lucas sempat mengangkat pandangan pada ayah kandungnya buat kali terakhir. Ya, Kali terakhir.

Tuan Deris menyembunyikan senyuman, dia tahu akan pandangan Lucas terhadapan Tuan Leon. Serupa dengan pandangannya terhadapn Tuan Sujama dulu. ‘Jangan risau, semuanya akan berakhir.’

“Umur berapa?” tanya Tuan Leon, Amara tak menjawab sebab dia tak dengar pakai earmuff.

Pipi Amara dicubit begitu juga dengan dagunya, baginya Amara bukanlah wanita jenis yang dia suka tapi dia ingin tahu lebih dalam lagi tentang si Alang Keris yang telah meragut nyawa 13 buah Keluarga termasuklah musuhnya sendiri.

Baginya, cara Tuan Deris meluaskan kuasanya agak kejam tetapi berkesan.

Menghantar pembunuh peribadinya secara tiba-tiba bukan sebagai amaran tetapi ancaman.

Dan bila dia dapat berita musuhnya sendiri, salah seorang mangsa Tuan Deris terus saja dia berminat nak jadi rakan kongsi.

TING!

Lif terbuka, Amara bahunya dipegang oleh Tuan Leon dengan tergesa-gesa masuk ke tingkat dimana tersimpannya barang kemas dan pakaian yang mahal-mahal.

Dan entah kenapa, Tuan leon dapat rasa kepalanya berdenyut dan rasa pening tak semena, dia tak endahkan.

“Choose anything you want,” kata Tuan Leon dengan nada bangga akan hasil koleksi untuk mana-mana wanita yang datang ke megapurinya.

Dah semestinya Amara bukan orang pertama yang hadir ke sini.

Amara berjalan dengan wajah kosong, dia tak memandang ke kanan dan kiri sebaliknya melurus tanpa melihat gantungan pakaian mewah di sekelilingnya.

Sampailah dia terdengar bunyi jatuh ke lantai beserta dengan erangan, barulah dia pusing kembali.

Tuan Leon terduduk melutut memegang kepalanya, pandangan mata mulai kabur dan rasa mamai.

Tak mungkin, tak mungkin dia terperangkap di megapurinya sendiri melainkan ada pengkhianat diantara pekerjanya.

Amara semakin mendekatinya, keris alang dia tarik dari sarung dan jantung Tuan Leon mula berdebar laju.

Tubuhnya tak dapat nak bergerak, nafasnya tercungap-cungap. Bila dia mendongak pandang Amara, dia tahu dia telah tersilap langkah dengan menjemput pencabut nyawanya sendiri.

“K..kau…” wajah bengis diberikan rasa sakit hati.

Amara berdiri dibelakangnya, seperti biasa menjalankan tugasnya dengan menyalang tubuh mangsanya hingga mati.

Kejadian itu disaksikan oleh Tuan Deris dan Lucas melalui CCTV yang berada di dalam bilik itu.

“Tengok, Amara aku profesional. Tak ada organ yang terburai dan darah yang banyak comotkan lantai macam yang aku janjikan. Tahniah, sekarang kita serta-merta sah jadi rakan niaga!” ucap Tuan Deris sambil menghulurkan tangan untuk berjabat tangan.

Lucas yang terpaksa menelan takdir cuba menenangkan dirinya, mata mula berkaca namun ditahannya.

Tangan Tuan Deris dia sambut dan mula berjabat tangan tanda kemenangan untuk mereka berdua.

Tuan Deris tersenyum menyeringai, dia tahu si Lucas ini tak sama macam bapaknya. Tapi dia yakin dia boleh gunakan Lucas sebagai keuntungannya.

Lif terbuka, Amara datang bersama kesan darah Tuan Leon pada kerisnya membuatkan Lucas memusing pandang kearah tingkap menajam muntah.
“Bagus, macam yang aku janjikan duit tu aku hantar terus ke bank akaun kau.” Ucap Tuan Lucas berlagak tenang.

Amara selalunya kalau ada klien lain minta bunuhkan musuh, dia akan bawa keris yang masih basah dengan darah sebagai bukti.

Tapi Lucas, macam tak perlu. Dia lain dari klien Tuan Deris yang lain.

Ya, memang dia kejam bunuh bapak sendiri demi ambil alih sebuah syarikat pelancongan yang terkemuka, tetapi cadangan ini datangnya dari Tuan Deris.

“Kau tak lupa janji kau kan?” Tuan Deris mengingatkannya semula, Amara mengesat darah Tuan Leon dengan tisu sebelum dibuang saja atas meja kopi.

“Tak, aku tak lupa. Tuan dengan cik, saya jemput datang ke pulau minggu depan. Kita bincangkan semuanya kat situ, terima kasih sekali lagi. Kat bawah ada bufet, makanlah puas-puas.” Kata Lucas tak mahu memandang mereka sebab tengah mengalir air mata.

“Baiklah, jom makan! Ahahaha, bodoh betullah si Leon tu!” Tuan Deris tawa mengejek sambil memaut bahu Amara masuk ke dalam lif meninggalkan Lucas yang dah menangis teresak-esak rasa dirinya kejam. Nak menyesal pun dah tak guna.

Tuan Deris pandang ke pinggan Amara, dia makan sashimi, sushi, salad mozarela dan daging stik.

Tuan Deris pula banyak ambil daging kambing.

“Kalau aku tak alergik pada makanan laut, mungkin aku boleh rasa sikit yang kau punya,” komen Tuan Deris.

Amara malas nak layan, dia lapar. Penat tengok muka orang nazak dan mati harini.

Tuan Deris ni pula, dengan mudah saja jadikan dia pembunuh upahan semata-mata nak ambil rakan kongsi yang baru.

Tapi Lucas tadi, dia macam tak sanggup nak tengok Tuan Leon dibunuh tadi.
Tapi dia sendiri yang setuju tanpa banyak soal akan cadangan oleh Tuan Deris itu.

Ya, dia ada tengok fail peribadi Tuan Leon.
Pemerdagangan wanita, penjualan organ, penggubahan wang haram dan segala kerja kotor dia akan upah orang buat untuknya.
Paling besar jenayahnya tanpa orang lain tahu kecuali Tuan Deris ialah, pengedaran dadah rentas negara.

Memang layak untuk mati, tapi Lucas. Ada sesuatu mengenainya, yang buat Amara rasa dia ada sebab sendiri.

Usai makan, mereka berpisah jalan.

Amara menunggang ke sebuah rumah duplex yang dihadiahkan oleh Tuan Deris setelah dia minta pada hari lahirnya yang ke-25.

Kejiranannya sepi, sebab Amara memang pilih rumah yang tak ada jiran lagi.

Masuk saja kedalam, kasut butnya dibuka.

Beg dan keris dia letak atas meja, peti sejuk dia buka dan sebotol air tebu dia teguk minum.

Dapur yang bersambung dengan ruang tamu itu, hanya ada satu saja sofa dan ruang yang lain dia jadikan tempat untuk berlatih meninju dan bersenam.

Mata merenung kearah beg karung yang dijadikan beg tinju itu.

Terdengar bunyi tangisan didalamnya, dia kearah karung itu lalu membuka ikatan terus jatuh lelaki yang merupakan seorang staf di tren tempoh hari. Entah dah berapa lama staff itu ada dalam karung dan jadi punching bag Amara.

Wajah dan seluruh tubuhnya penuh lebam, darah dihidung kering. Bibirnya kering akibat dehidrasi.
Lelaki yang dijadikannya beg tinju itu duduk terketar-ketar saat melihatnya.

Amara duduk di sofa merenung lelaki yang sungguh degil untuk bercakap benar itu, dia menghulurkan air tebunya pada lelaki itu dengan teragak-agak dia ambil dan minum dengan gelojohnya.

Habis satu botol terus lelaki itu merayu lagi, “Cik tolonglah cik! Saya…saya jujur kalini! Saya…”

“Soalan yang sama,” Amara memintas sambil menurunkan earmuffnya bersedia untuk dengar kebenaran.

Lelaki itu menatapnya dengan rayuan, cukup sudah dirinya dijadikan beg tinju selama berhari-hari. Dia tak sangka nasibnya akan jadi seperti ini pada wanita yang berjaya mengalahkan si kembar yang telah pun menjadi mangsa pemerdagangan organ.

“T…tapi aku tak rasa kau…kau tak akan percaya…Kau takkan!” terketar-ketar tubuh lelaki itu ingin mengucap kebenaran.

Seakan-akan ada lagi yang menakutkan dari Amara hingga dia bertahan dari meluahkan kejujuran.

“Dia pakai tongkat?” Amara meneka dan hal itu membuatkan lelaki itu tercengang.

Lelaki itu dapat agak, Amara tahu dan hanya nak memastikan kebenaran saja.

Dia akhirnya mengangguk memberi jawapan.

“Mata dia…” Amara cuba memancing.

“Buta sebelah,” lelaki itu memintas jawab lalu tertunduk tak berani lagi nak memandang Amara yang dia dapat rasakan aura kemarahannya.

Bertongkat dan buta sebelah, sudah cukup bukti untuk dia mengetahui siapa dalang disebalik penyerangan di tren tempoh hari.

“Apa arahan dia?” Amara tanya lagi seakan-akan itu soalan terakhirnya.

“Bunuh orang bernama Bunyamin. Kalau gagal, dia kata nak letupkan badan kami semua hidup-hidup. Tolong…tolonglah! Kami tak ada pilihan!” rayu lelaki itu lagi agar Amara memahami situasinya yang juga terperangkap antara hidup dan mati.

Amara terdiam dari tadi, dalam hati rasa lega. ‘Akhirnya…akhirnya aku ada sebab untuk tumpaskan Deris.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience