Bab 37 : Restu

Action Completed 1933

“Macam yang aku cakapkan, bukannya aku tak nak. Dah kalau keadaan dia macam ni, boleh ke dia jadi isteri?” soal Hj. Salleh setelah mendengar penerangan daripada Mak Ros tentang situasi Amara.

“Lah, kenapanya? Anak saya pun belum tentu boleh jadi suami yang sempurna, mereka boleh sama-sama belajar,” bela Mak Ros.

Di ruang tamu itu, keluarga Hj. Salleh menerima kedatangan Amara dengan baik namun setelah mendengar situasinya masing-masing rasa khuatir dengan persetujuan Hj. Salleh yang mementingkan kesempurnaan itu. Memang semua orang dah tahu dia jenis jaga keturunan. Tak boleh ada cacat cela sikit.

“Setakat pelindung telinga ni, bukannya buat dia cacat pun. Lama kelamaan dia baiklah kalau kami kahwin nanti,” beritahu Bun.

Dia mula memandang Hj. Salleh dengan pandangan tajam bila benda kecil seperti ini dijadikan alasan.

Hj. Salleh sebenarnya pelik, Amara tak seperti yang dia jumpa dulu.

Tak berkata sepatah pun, tak merespon satu ayat pun dari perlian serta ejekannya. Apa traumanya terlalu kuat sampai jadi tak betul sebegini?

“Cacat fizikal tu aku tak kisah sangat, tapi kalau dah cacat mental mesti dia jatuh ke anak sekali,” kata Hj. Salleh menyebabkan Mak Ros terus berdiri bangun dengan wajah marah.

Hal itu juga membuatkan Hjh. Kalsom dan Mak Melati terkejut akan tindakannya yang seakan memberontak, tetapi mereka memang dari tadi tak mampu nak membalas apa sebab segala keputusan memang berada di tangan Hj. Salleh selama ini.

“Bun, bawa Amara ke kereta. Kita balik!” arah Mak Ros dengan nada marah terus Bun bangun bersama Amara keluar dari situ dengan kecewa.

“Eh, makanlah dulu sebelum balik,” pujuk Hjh. Kalsom rasa serba salah.

“Tidurlah dulu sehari dia,” tambah Mak Melati pula namun tak diendah.

Hj. Salleh yang juga tercengang akan tindakan Mak Ros sekadar senyap meluah rasa ego.

“Ayah nak hina saya atas kesilapan saya selama ni silakan, sampai saya mati pun tak apa. Tapi jangan hina anak-anak saya, mereka bukan bahan gurauan,” setelah menyatakan itu sambil menatap berang pada ayahnya terus dia berpaling keluar dari rumah tak mengendahkan pujukan dan halangan dari kakak dan ibunya.

Hjh. Kalsom menjegil pada suaminya, “Awak tidur luar malam ni!”

Dalam kereta, Bun sempat mencuri pandang pada Mak Ros yang berada di kerusi pemandu masih tersisa rasa tak puas hati manakala Amara dah tertidur di belakang. Tak pernah dia nampak umi marah macam tu sekali seumur hidupnya, dia juga tak sangka uminya akan bersikap begitu pada Hj. Salleh yang selama ini dia mengikut saja kemahuan.

“Bun, kalau diorang call jangan angkat. Walaupun itu dari mak long,” pesan Mak Ros.

Dia sekadar mengangguk.
“Dan lupakan Pohon Beringin, bina Pohon Beringin kamu sendiri. Bina untuk Amara, buat yang baru ikut apa yang Amara suka. Mungkin dengan cara itu, Amara cepat sembuh dari masa lalunya.” Beritahu Mak Ros, hal itu buat Bun membisu.

Adakah ini bermakna, Pohon Beringin di resort itu dah tak bermakna buat umi lagi?

3 Hari Kemudian,
Amara yang baru cuci muka sebelum nak makan itu dipandang dengan mata yang bulat oleh Hj. Marzuki yang sedang bercakap dengan seesorang melalui telefon rumah. Seakan mendengar sesuatu yang dahsyat.

Amara duduk di meja makan bersama-sama dengan Kak Mira, Budi yang datang sambil membawa seteko teh turut duduk bersama-sama.

“Cakap dengan siapa tu?” Kak Mira tanya.

Amara geleng, dia juga baru bangun tapi nampak macam babah dah borak lama dengan lama dengan orang di dalam talian itu.

PAK! Ganggang telefon diletak kuat buat mereka semua menatapnya serentak, terkejut dibuatnya.

“Babah dah kenapa? Janda sebelah ajak kahwin ke?” Budi tanya terus Kak Mira terkekek ketawa sambil menampar bahu Budi yang dah menyembunyikan senyuman.

“Tak, bukan! Diorang nak datang tengah hari ni,” jawabnya membuatkan yang lain bertambah bingung.

“Siapa? Andartu yang datang kedai Kak Mira haritu ke?” usik Budi lagi buat Kak Mira menekup mulut menahan tawa.

‘He eh, babah ni. Sejak bila jadi playboy?’ soal Amara dalam hati.
“Bukanlah! Aku dah tua dah, dah tamat tempoh dah! Rombongan untuk Amara, diorang nak datang tengah hari ni!” teriak Hj. Marzuki sambil menghentakkan kaki rasa panik.

“HAH?!” serentak mereka bertiga terkesima.

Terus Kak Mira bangun mengambil fon nak hubungi Mak Ros manakala Budi pula nak hubungi Bun. Amara yang terkebil-kebil tak tahu nak buat apa, sebab perutnya sedang berkeroncong minta diisi.

“Kau duduk sini lagi buat apa! Pergilah mandi dulu, bersiap-siap! Ya Allah!” mengucap panjang Hj. Marzuki sambil menarik Amara bangun menyuruhnya mandi.

“Hah, ya ke?” Kak Mira meluah rasa terkejut lalu menatap Hj. Marzuki. “Babah, Mak Ros kata dia pun tak tahu apa-apa pasal Hj. Salleh nak datang meminang.”

“Aik?! Mari sini fon,” minta Hj. Marzuki dan fon bertukar tangan terus berbual panik Hj. Marzuki dengan Mak Ros. “Ya, tengah hari ni! Ayah Ros tak beritahu apa-apa ke sebelum ni? Ha, yalah-yalah. Datanglah dulu.”

Budi keluar dari bilik dengan wajah panik, “Bu…Bun pun tak tahu. Tapi dia dah on the way ke sini.”

Tak ada angin, tak ada ribut. Hj. Salleh sekeluarga datang ke rumah Hj. Marzuki.

Di ruang tamu, sedang Hj. Salleh dan Hj.Marzuki saling membalas pantun, Bun ada bersama-sama dengan mereka manakala Kak Mira dan Amara berada dalam bilik sekadar memasang telinga.

Mak Ros menarik tangan Mak Melati masuk ke ruangan dapur di mana Budi tengah bancuh air untuk dihidangkan pada tetamu nanti.

“Akak, apa jadi ni? Kenapa tak beritahu Ros?” Mak Ros malas nak keruhkan keadaan di situasi yang begini. Sebab Hj. Marzuki tak tahu apa jadi tentang mereka tempoh hari, hanya cakap perkahwinan akan diteruskan saja.

“Hihihi…” Mak Melati tersengih macam kerrang busuk.

“Apa hihihi? Jawablah!” bengang Mak Ros sambil menampar bahu kakaknya.

“Ni semua sebab bonda lah,” beritahu Mak Melati sambil tersandar ke dinding sambil menyilang tangan tanda puas hati dengan apa yang terjadi selama 3 hari ini.

“Kenapa dengan bonda? Bonda cakap apa kat ayah?”

“Bonda tak cakap apa-apa, dia membisu depan ayah sejak kejadian tu. Padan muka ayah, nak kena bagi ‘Silent Treatment’ baru boleh berfungsi otak tu.”

“Lah, macam tu je? Bukan selama ni bonda akan buat macamtu dekat ayah tiap kali merajuk?” hairan Mak Ros.

“Kalini ayah betul-betul terasalah tu. Terus ajak kami ramai-ramai pergi rumah Hj. Marzuki. Kononnya nak ajak jumpa je, tapi siap belikan cincin belah rotan lagi fahamlah kami dia rasa bersalah,” terang Mak Melati.

Mak Ros mengulit senyuman, entah nak ketawa atau rasa kasihan bila ayah diperlakukan begitu oleh bonda. Tapi dia lega, dan berharap kehidupan Amara lebih baik darinya.

Dalam bilik, Amara mula terasa pelik pada dirinya. Jantungnya mula berdegup kencang tak henti dari tadi, apatah lagi bila ada Hj. Salleh datang ramai-ramai dengan sanak saudara lagi buat dia rasa gelabah tak menentu. Dia dari tadi duduk depan pintu cuba mendengar perbualan antara babah dan bakal ayah mertuanya di luar.

“Ahahahah! Haa, tau pun kau debar! Dulu kau gelakkan aku kan, rasakan!” ejek Kak Mira buat Amara mencebik rajuk. Bukannya nak tolong tenangkan, lagi diusik lagi adalah. “Dah lah, mari duduk sini,” ajak Kak Mira sambil menepuk-nepuk ke tilam.

Bosan, sebab suaminya ada di luar bersama-sama dengan Hj. Marzuki, anak-anak pula tengah main di luar. Biasanya hari Sabtu memang Kak Mira sekeluarga akan tinggal di rumah Hj. Marzuki.
Amara bangun lalu duduk di tepi kakaknya dengan wajah sugul, Kak Mira tersenyum melihat wajahnya yang penuh dengan kerisauan.

Rambut Amara yang panjang dia selit ke belakang telinga, terasa lega dia masih tinggal seorang adik yang tak lama lagi bakal berumah tangga. Dia faham akan situasi Amara sekarang ini.

“Kau ingat tak dulu-dulu, waktu sekolah menengah kita ada cakap nanti nak kahwin kat tasiklah, kat istana lah, dan kau tak habis-habis cakap nak kahwin pakai gaun kembang,” kata Kak Mira terkenangkan masa dulu.

Masa mereka masing-masing fikir kahwin itu hanyalah sebuah roda kehidupan setiap manusia, tak ada selok-belok atau penambahan. Habis belajar kahwin, lepas kahwin ada anak dan cucu-cicit. Macam senang saja. Tak tahu pun akan siratan duri disebalik perjalanan tersebut yang akan mereka hadapi.

Kak Mira mengusap-usap kepala Amara, seakan-akan inilah kali terakhir dia akan buat begini pada Amara setelah dia masuk ke alam perkahwinan nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience