Bab 7

Action Series 305

Bun sekadar duduk di perpustakaan ketika waktu rehat, dia hanya makan roti dan minum air masak.

Di sekolah barunya, dia lebih kerap ke perpustakaan berbanding lepak dengan rakan sekelas. Pandangan budak-budak sekolah sini bila dapat tahu dia dari mana membuatkan dia di pinggirkan.

Loceng berbunyi, dia masuk semula ke kelas. Duduk saja di kerusi, geng kelas sebelah mengerumuninya. Dia malas nak layan, tangan mengalih muka surat dari novel bahasa inggeris yang dipinjamnya dari perpustakaan tadi.

“Woi, aku dengar mak kau yang jual cucur labu kat kolej kediaman tu kan?” kata ketua geng disitu. bun tak menjawab.

“Orang kampung memang berlagak eh? Aku agak buku macam ni hanya ada kat pekan saja kot, kat tempat kau tak ada kan?!”

Dia masih tak menjawab.

“Aku pun dengar, yang mak kau dulu penari ronggeng kan?” kata si ketua lagi membuatkan yang lain ketawa galak.

Kalini anak mata bergerak merenung tajam pada budak lelaki yang sering mengganggunya sejak kali pertama dia menapak di sekolah ini. Bukan itu sahaja, duit dalam dompetnya sering hilang sebab budak-budak ni curi. Itu semua idea Fakhrul, dialah ketuanya.

Bila Bun tak buat apa-apa mulalah naik minyak.

“Tak,” pendek jawapan Bun.

“Huh?!” teruja mereka bila Bun akhirnya bersuara.

“Siapa yang kata ibu aku penari ronggeng?” kalini nada Bun keras.
Reaksinya buat Fakhrul tersenyum sinis, dia memang tahu cara nak tarik perhatian Bun.

Kata pelajar perempuan, Bun payah sangat nak keluarkan suara. Bercakap dan diajak berbual pun tak nak. Sebab itu dia sendiri yang akan buat Bun ni keluarkan suara.

“Aku, aku yang cakap.” Fakhrul mengakuinya sambil tersenyum sinis.

Hati Bun membuak-buak panasnya, dia memukul kepala Fakhrul dengan buku novel yang tebal itu hingga wajah Fakhrul terteleng ketepi membuatkan yang lain tersentap diam.
Fakhrul yang juga tergamam memandang Bun dengan rasa gelisah, apatah lagi mata Bun bagaikan langsung tiada jiwa.

Dia baru nak balas balik, tapi guru kelas Bun dah sampai. Dia mendengus geram, “Kalini kau selamat!” ugut Fakhrul sebelum beredar sekali dengan gengnya.

Gurunya yang nampak sekilas terus mendapatkannya, Bun malas nak panjangkn hal. Dia hanya cakap mereka ajak main bola di padang.

Hal ini takkan berakhir, malang sekali tidak.

Waktu Bun dalam perjalanan pulang, Geng Fakhrul dah menunggunya di tepi parit.

Lima lawan satu, Bun tahu apa akan jadi pada nasibnya namun dia awal-awal dah pegang pisau lipat dan disembunyikan dalam genggaman tangannya dari tadi.

‘Maaf ibu, kalau Bun tak buat macam ni anak ibu akan ditindas!’ bisik hati Bun berharap kalau kejadian ini kecoh satu pekan ibunya akan memaafkannya.

“Haa, samseng kampung dah mari!” Fakhrul dan gengnya menyambut kedatangan Bun.

Belum apa-apa, Fakhrul dah memberi satu tumbukan ke perut Bun hingga dia terkulai duduk.

Yang lain tertawa galak bersorak lancang untuk Fakhrul. Fakhrul kalini nak menumbuknya buat kali kedua, dan dengan peluang itulah Bun berniat nak menggunakan senjatanya.

“Woi!”

Suara seseorang dari belakang mengejutkan mereka, Bun juga terkejut akan kehadiran Amara.

“Hei kakak! Berambus dari sini, jangan campur hal lelaki. Pergilah main masak-masak kat tempat lain,” kata Fakhrul hairan dengan tetamu tak diundang itu.

Amara yang penat baru balik dari PLKN itu menghela nafas panjang, “Akak kira sampai tiga, kau orang tak balik rumah kau orang kena. Cepat, 1!” Amara mula mengira.

Ugutannya membuatkan yang lain tertawa, Bun pula masih terkebil-kebil seakan tak percaya yang Amara berada dihadapannya. Setelah sekian lama berkhidmat diPLKN akhirnya Amara kembali lebih awal dari yang ditetapkan tarikhnya.

“Apa kau nak buat kalau aku…” tak sempat Fakhrul nak berbicara, satu tumbukan padu mengena wajahnya hingga jatuh pengsan.

Yang lain senyap, hanya sekadar bunyi cengkerik menemani mereka.

Amara pandang yang lain, “Siapa lagi nak?”

Semua geleng dan mula mengundur ke belakang, Amara mendekati dan yang lain mula memegang sesama sendiri takut menjadi mangsa seterusnya. Amara duduk bertinggung, poket seluar Fakhrul di seluknya. Jumpa dompet!

“Huyooo!! Banyaknya duit! Akak ambil…akak tinggalkan RM10 untuk awak ye, terima kasih!” ucap Amara sambil menarik lengan Bun untuk bangun.

Bun masih tercengang sebenarnya, bagaikan mimpi sebab Amara tiba-tiba muncul dihadapannya.

“Kau orang …angkatlah dia bawak balik rumah. Bun, jom. Motosikal akak ada kat luar pagar sekolah,” ajak Amara lalu meninggalkan mereka yang masih dalam keadaan terkejut merenung pada Fakhrul yang tidak sedarkan diri.

Motosikal lama milik Hj. Marzuki dihidupkan, dipakaikan topi keledar pada Bun yang masih tercengang itu. “Awal akak balik,” nadanya mendatar namun dalam hati lega.

“Akak dapat tawaran Tingkatan 6 kat sekolah kau. Isnin ni akak masuk,” beritahu Amara.

“Sekolah sini? Tap..tapi..akak…”

“Akak tinggal dengan kaulah nanti. Akak dengan mak kau dah bincang benda ni dari minggu lepas lagi, kat kampung mana ada sekolah untuk Tingkatan 6. Dah, lambat pula kau nak Solat Jumaat nanti.” Kata Amara sambil menunggang motosikal dengan laju.

Bun menyembunyikan senyuman, pisau lipat dia campak ke semak-samun.

‘Ibu, Bun tak nak jadi macam dia…Bun tak akan,’ kalimat itu mula terpahat dihatinya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience