Bab 30.2 : Serangan Gerila

Action Completed 1933

Habis aiskrim, terus mereka gerak ke sebuah karnival berdekatan.

Dalam banyak-banyak gerai permainan, Amara memilih sebuah gerai di mana dia perlu melontarkan damak pada belon.

POM!

Bunyi letupan kecil dari belon memeranjatkan Amara terkejut dan menjerit kecil, terus saja Tuan Deris menekup kedua-dua belah telinganya sambil tarik bawa dia jauh sikit dari gerai itu.

“Kau ni bodoh ke? Pakailah tempat telinga kau tu!” marah Tuan Deris tangan tak lepas dari menutup telinga Amara.

“Tertinggal kat motor,” jawab Amara sendu.

Tuan Deris mendengus kasar, dia ternampak sebuah gerai kait yang menjual pelbagai kraftangan.

Dia membelikan Amara sebuah penutup telinga berbentuk bunga mawar warna merah jambu sebelum kembali ke gerai tadi.

Kali ini, Tuan Deris yang mainkan untuknya. Tak sangka Tuan Deris mahir baling damak, semuanya kena pada belon tambahan lagi dengan sorakan orang ramai buat Tuan Deris sedikit bangga dengan kemenangannya.

Hadiah kemenangannya adalah sebuah anak patung harimau yang besar, dia berikan pada Amara.

Amara memeluk patung itu erat dan buat kali pertamanya Tuan Deris dapat lihat senyuman di wajah Amara.

“Kau suka?’ Tuan Deris bertanya. Amara angguk sambil tersenyum manis buat hati Tuan Deris merasakan sesuatu yang tak pernah dia alami sebelum ini.

“Ayah awak ke? Hebatlah dia!” puji salah seorang pemain disitu.

Amara sekadar menggaru kepalanya, dia hanya berpura-pura gembira supaya Tuan Deris mempercayainya.

“Tangkap gambar boleh, ayah awak orang pertama berjaya pecahkan semua belon,” kata penjaga kedai menyuruh mereka duduk dekat.

“Erh, tapi…” Tuan Deris rasa kekok namun Amara selamba saja memeluknya seperti dia memeluk babah.

Tuan Deris terpaku, tak pernah-pernah Amara berperangai sebegini. Dan dia juga tak tahu kenapa dirinya boleh akur dengan semua ini.

Amara menariknya pula ke gerai-gerai permainan yang lain dan tanpa disangka-sangka mereka berjaya mengutip banyak hadiah kemenangan. Dan nampaknya, Tuan Deris ketagih nak menang. Setiap kali kalah dia akan membayar ulang sampailah menang.

Amara sampai terpaksa menariknya pergi dari sini kalau tak asyik nak bertekak saja dengan penjaga gerai. Amara pula dah tak muat tangan nak pegang hadiah, kebanyakannya patung saiz besar. Mereka sempat masuk Rumah Hantu dan naik karusel sebelum duduk berehat.
Tuan Deris memerhatikan Amara yang sedang mengira hadiah seperti anak kecil.

Pada masa yang sama dia rasa dirinya juga berubah seperti budak kecil.
‘Begini rupanya ada anak,’ bisik hatinya.

Tuan Deris, Pak Jeff yang besarkan tanpa kasih sayang ibu.

Tuan Sujama hanya menganggapnya sebagai anak didikan. Dan Bun pula Tuan Deris anggap sebagai penuntut waris saja. Sebab itu dia naik gila bila dapat tahu akan niat Tuan Sujama nak mewariskan segala-gala yang dia ada pada Bun.

Sejak dari itulah dia anggap Bun, anak kandungnya sendiri sebagai musuh utama.

Dan di dalam fikirannya, hadirnya Amara buat orang lain memandang hormat padanya. Dia berharap agar Amara boleh lupakan janji diantara mereka, dan hidup dengannya seperti anak yang betul.

Dia yakin dengan adanya anak perempuan makin ramai rakan kongsi yang akan memberikan apa saja demi merebut kekuasaannya. Tanpa mereka tahu itu semua hanyalah perangkap.

Jam tangan Amara bergetar bunyi menyedarkannya dari lamunan yang panjang, “Kita kena balik sekarang tuan.” Kata Amara dengan cuak.

Jam tangan itu bergetar tanda amaran, mesej dari Pak Jeff menyatakan bahawa hotel mereka sekarang diserang oleh sekumpulan penceroboh yang menyamar sebagai tetamu.

“Serang?” hairan Tuan Deris.
Mereka bergegas ke motosikal, enjin dihidupkan lalu ditunggang laju.

Tak sempat mereka nak pakai topi keledar, Amara pula hanya pakai penutup telinga. Penuh satu motosikal dengan anak-anak patung hadiah.

“ Ada orang kejar!” teriak Tuan Deris setelah perasan ada dua buah kereta mengekori mereka daripada belakang.

Amara melajukan motosikal, dia masuk ke sebuah lorong perumahan yang agak sempit sebelum membelok masuk ke dalam hutan. Dua buah kereta tersebut tak sempat nak mengejar apatah lagi menyelusup masuk ke laluan hutan yang sempit.

Amara yang menunggang di dalam hutan membuat pusingan U kini berada jauh di belakang dua buah kereta tersebut.

Tuan Deris sempat terjelir sambil ketawa pada dua buah kereta itu sebelum mereka berjaya meloloskan diri.

Setibanya di hotel, keadaan kacau-bilau. Di lobi, si penceroboh yang nampak seperti tetamu biasa sedang menyerang staf dengan sebilah pedang. Staf perempuan yang bermati-matian dari tadi sudah kehabisan peluru pistolnya.

“Kurang ajar!” teriak Tuan Deris sambil menendang si penceroboh itu kuat hingga terhentak ke dinding dan pada masa yang sama staf perempuan tadi memukul kepala penceroboh dengan pasu bunga hingga pecah.

“Diorang ada kat Tingkat 20, tuan!” kata si staf yang telah tercedera.
4 orang pengawal datang memberikan Pak Jeff selaras senapang manakala Amara diberikan sebilah pedang, mereka masuk kedalam lif dan butang 20 ditekan.

Setelah pintu lif terbuka, mereka terdengar bunyi tembakan dari dalam bilik pejabat. Mereka dapat lihat Pak Jeff yang telah ditemba
ke bahu rebah kelantai mengerang kesakitan.

Tuan Deris bersama 4 pengawal yang lain melepaskan beberapa das tembakan. Pada masa yang sama Amara berlari sambil melibas pedangnya ke bahagian pergelengan kaki penceroboh hingga semuanya tumbang memberikan jalan untuk Tuan Deris ke pejabatnya.

Amara menarik Pak Jeff ke tepi untuk memeriksa keadaannya, mujur dia dia masih hidup. Tuan Deris mengarahkan pengawal untuk periksa apa yang hilang sebelum mengalih pandangan pada Amara dan Pak Jeff, “Pergi ke BBT!” arahnya.

Amara akur terus ke Bilik Bawah Tanah, ternyata tempat Dr. Adrian pun diserang oleh penceroboh yang sedang mencuri bekal ubat-ubatan.

“Berhenti curi ubat yang aku curi!” teriak Dr. Adrian yang terkapai-kapai bila kolar bajunya digenggam sebelum diangkat ke udara.

Dengan pantas Amara menusuk pedangnya ke bahagian perut penceroboh itu terus Dr. Adrian di lepaskan ke bawah.

Terbatuk-batuk Dr. Adrian sambil terduduk ketakutan, “Jangan bagi diorang buka bilik bedah!” teriak Dr. Adrian risau.

Amara melompat tendang dua penceroboh yang cuba memaksa buka pintu bilik bedah itu sekaligus, dilibasnya pantas mengena bahagian dada dan leher sebelum ditusuknya ke perut hingga tumpas.

Dia kearah Dr. Adrian membantunya untuk berdiri bangun, wajahnya nampak teruk dengan luka dan lebam. “Kenapa kau lambat?! Sikit lagi diorang nak curi organ,” bebel Dr. Adrian.

Amara buat muka toya.

3 HARI KEMUDIAN

Pak Jeff lengannya terpaksa dianduh setelah kejadian itu, kawalan terhadap BBT telah diperketatkan. Apa yang Tuan Deris tak faham sekarang, kenapa pejabatnya yang mereka sasarkan.
“Bila kita nak jemput mereka?” tanya Pak Jeff.

Mereka sekarang berada di bilik pejabat untuk berbincang mengenai rancangan Tuan Deris.
“Aku nak buat persediaan dulu, kau berdua pergi habiskan melawat mana-mana rumah Keluarga yang tinggal.” Arah Tuan Deris pada Pak Jeff pada Amara.

“Bon Long pun termasuk ke?” Pak Jeff tanya.

“Ya, dia pun sama! Kalini aku takkan bagi muka dah pada sesiapa. Kalau diorang membentak, terus bagitahu aku!” kata Tuan Deris dengan nada bengis.

Pintu diketuk, seorang lelaki berbaju pengawal keselamatan masuk. Amara tersandar, itulah dia. Itulah lelaki yang bertanggungjawab keatas dua letupan yang berlaku dibawah arahan Tuan Deris.

“Syamsul! Makin berisi kau aku tengok,” sapa Tuan Deris sambil bersalaman mesra dengan lelaki itu.

Syamsul, dia seorang penagih dan pengedar dadah dulu. Hidupnya senang sekarang ini dengan berkat kesetiaannya pada Tuan Deris selama ini.

Dia tak memerlukan pangkat yang tinggi, asalkan dompet tebal dan wanita cantik sebagai upah.
Habis bermesyuarat, dia dan Dr. Adrian ke Tingkat 2 untuk makan tengah hari.

“Eh, kau tak rasa ke Pak Jeff tu pelik? Dia asyik nak suruh Tuan Deris cepatkan tarikh saja, entah-entah yang serang kita 3 hari lepas kerja dia.” Kata Dr. Adrian sambil duduk di meja bersama-sama dengan Amara.
Amara mengangkat sebelah kening sebagai jawapan.
“Betullah! Mesti hotel ni pun dia nak ambik, ingat aku tak tahu ke? Aku kerja sini dulu sebelum kau tau. Drama anak-beranak tu aku dah tahu lah,.” Dr. Adrian berseloroh dan mula merendahkan suaranya, “Tuan Sujama tu kacip Pak Jeff. Takkanlah tak ada rasa apa-apa bila tengok kepala kawan sendiri kena penggal?”

Amara tercengang, kalau dah begitu mungkin betul apa yang Dr. Adrian ni. Tapi Pak Jeff setia sekali dia lihat terhadap Tuan Deris. Apa yang dia dengar, Pak Jeff yang membesarkan Tuan Deris.

“Kau pun rasa macam tu kan?” soal Dr. Adrian, tapi wajah toya diberikan buat Dr. Adrian mengehela nafas panjang. “Aku tahu aku ada ADHD, tapi kau tu bukannya bisu dan pekak pun!”

Dr. Adrian menjebik, selama ini dia banyak bercakap dengan Amara tapi satu jawaban pun Amara tak berikan. Tapi dia tahu Amara mendengarnya, sebab itu dengan Amara saja dia boleh nak borak panjang macam orang muda lain. Borak dengan Pak Jeff, asyik mengangguk

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience