Kereta berhenti di salah sebuah rumah teres di kawasan perumahan yang nampak bahaya itu.
Dahlah mat rempit dan penagih dadah banyak lalu lalang disitu, kegiatan maksiat dan penjualan barang haram pun dibuat secara terbuka.
Amara memandang kearah rumah bergaraj yang akan dia huni selama setahun, nampak usang. Tiada pagar yang tinggi atau kunci yang kukuh. CCTV atau system penggera pun tiada. Semua tingkap tidak berlangsir, seolah-olah mudah mangsa nak tengok dari luar.
Senang cerita, rumah ini telah direka untuk men’jemput’ perompak atau penyangak masuk kedalam.
“Ingat apa yang aku pesan ye, nah,” Tuan Deris menghulurkan sebuah beg bimbit tebal berwarna merah jambu padanya. Dia yang pilih, sebab fikirnya semua perempuan suka warna itu.
Amara ambil, segala maklumat terisi di dalam beg tersebut. Dia menelan air liur rasa gugup.
“Ingat, Dr. Adrian perlukan yang segar. Aku bagi kerja mudah je untuk kau, tak perlu bunuh pun. Tapi kalau kau nak bunuh pun tak jadi masalah.” Kata Tuan Deris sambil tersengih buat Amara berdecit geram terus keluar dari perut kereta.
Dia sehelai sepinggang, hanya dompet berisi kad identiti dan kad debit. Sebab Tuan Deris kata semua keperluan dah ada dalam rumah sewa itu.
Termasuklah kenderaan untuk Amara pergi ke tempat kerja nanti, sebuah motosikal Wmoto RTR 50.
Kerja yang dia dapat hanyalah sebagai samaran kehidupannya. Tempat kerjanya agak jauh Dari rumah sewa.
“Jangan mati pulak ye! Jenuh pula aku nak cari pekerja baru, babai!” ucap Tuan Deris sambil melambai sebelum beredar pergi dari situ.
Amara menghela nafas panjang, dia menolak pagar berkarat sebelum menutupnya tanpa kunci. Segala apa yang di pesan dan diajari oleh Tuan Deris dia ingat dalam kepala.
Dia membuka kunci rumah lalu masuk kedalam, selesa rupanya. Lengkap dengan perabot dan cukup kemudahannya, dapur penuh dengan makanan segera siap ada mesin basuh pinggan lagi.
Bilik air pula siap ada tab mandi dan pemanas air, bilik tidur pun lengkap denga meja solek dan bilik pakaian. Bilik pakaian buat dia tergamam, banyak baju seksi. Semua pakaian yang ada dalam bilik itu adalah mengikut saiznya. Ada je pakaian lelaki tercampur sekali. Mungkin milik pemikik Yang dulu.
Dia ke garaj pula, banyak barang berharga. Rumah ini sememangnya dipenuhi dengan barang berharga, tempat selayaknya untuk dirompak.
Dia duduk di ruang tamu, beg bimbit dia buka untuk lihat isi di dalam.
Terdapat sebuah fon pintar, tablet, selonggok fail, alat kejutan elektrik, pistol bius, sebotol cecair klorofom dan sarung tangan kulit.
Terkebil-kebil dia tengok pistol bius depan mata, rasanya dia tak berani nak guna walaupun Dr.. Adrian dah ajarkan. Mungkin pada waktu terdesak saja.
Telefon pintar Amara hidupkan, dah ada nota untuk dia seperti kata laluan akaun bank dan emel.
Terkejut juga dia dalam bank ada RM 3000.
Dia buka ikatan yang mengikat dokumen berisi rekod jenayah yang bakal menjadi mangsanya nanti, dia baca stau persatu dan setiap jenayah yang mereka lakukan membuatkan Amara terkedu.
‘Jual anak untuk beli kereta, rompak nenek, tikam ibu sendiri demi duit untuk beli permainan video, penyeludupan dadah, menyeksa haiwan dan sebagainya. Mereka semua nampak macam masyarakat biasa di mata orang lain, padahal binatang.’
Nampaknya Tuan Deris benar-benar memberikannya bukti terperinci tentang jenayah setiap mangsa, dan rekod ini adalah sah.
Seakan-akan Tuan Deris ambil maklumat daripada seorang polis.
Dia terdongak sambil tersandar lesu, ‘Ok, Amara. Selamat datang ke dunia gelap.’
Share this novel