Bab 29 : Ugut

Action Completed 1933

Para tetamu menatap pada wanita yang berpijama dengan wajah mamai berjalan ke barisan bufet, dia ambil pinggan dan memilih sarapannya tanpa mempedulikan pandangan orang sekeliling.

“Err, siapa tu?” tanya salah seorang tetamu pada staf.

“Oh, tu anak angkat Tuan Deris. Dia tinggal di tingkat 19,” jawab staf disitu buat tetamu lain yang dengar terkejut.

Hotel Buana Deris Amara buat macam rumah, kalau lapar datang saja ke tingkat 2, nak bersiar-siar dia gunakan saja kereta Go-Kart ronda-ronda kawasan hotel takpun lepak saja dalam bilik.

Sebab bilik dah ada macam-macam.

Tambahan lagi, disebabkan kejadian tempoh hari Tuan Deris menyuruhnya bekerja dari rumah saja.

Dia diberikan seutas jam tangan oleh Tuan Deris, tiap kali jam itu bergetar dia perlu datang ke BBT(Bilik Bawah Tanah) untuk menjalankan tugasnya sebagai Alang Kasturi atau pun mesej dari Pak Jeff. Tuan Deris rasa, lebih selamat buat macam ni.

Sekurang-kurangnya dia dapat saksikan sesi menyalang pengkhianatnya depan-depan.

Memang staf hotel dah biasa dengan kehadiran Amara yang selalu berbaju tidur, berambut kusut masai, memakai penutup telinga, dan berselipar gebu merah jambu. Kadang-kadang ada juga tetamu tanya, kalau-kalau Amara ni istimewa ke sebab pakai pelindung telinga.

***

“Dah siap Amara?” tanya Tuan Deris pada Pak Jeff yang dah mengiringi Amara keluar dari lobi.

Mereka masing-masing memakai pakaian yang kemas dan formal sebab hari ini nak melawat ke rumah peribadi Tuan Lucas.

Amara memakai kemeja satin hitam, seluar slack hitam disarungkan pula dengan tali pinggang kulit lembu, dan berkasut but hitam paras buku lali.

Rumah peribadi Tuan Lucas terletak di sebuah pulau yang dibeli oleh Tuan Leon sempena hari lahirnya yang ke-18 dulu.

Untuk ke sana, Tuan Lucas dah sediakan bot untuk mereka.

“Hurp! Aku mual,” kata Tuan Deris sambil kepala berbaring ke riba Amara. Pak Jeff dah hulurkan minyak angin untuknya.

“Tuan nak muntah ke?” tanya Pak Jeff risau. Orang tua ni kejam bukan main lagi tapi atas laut mabuk macam perempuan mengandung.
“Tak nak, aku cuma kena tutup mata saja buat sementara waktu ni. Kejutkan aku kalau dah sampai,” kata Tuan Deris rasa lemau.

Amara mengerling kearah lain, sebiji macam Bun. Teringat pula waktu kampung mereka di landa banjir dulu, naik bot tak sampai seminit dah loya rasa pening kemudian muntah-muntah.

Dalam 25 minit mereka akhirnya sampai ke destinasi, patutlah Tuan Leon beli pulau yang terpencil ini. Mudah terlindung daripada batu-batu besar dan rimbunan pokok.

Tuan Deris sempat memuji rekaan futuristik rumah tiga tingkat Tuan Lucas yang berbentuk cangkerang.

“Selamat datang, masuklah.” Tuan Lucas yang berbaju kemeja biru laut dan seluar slack putih itu menyambut mereka penuh mesra.

Bagi Amara, Tuan Lucas ni teliti juga orangnya. Dia menghidangkan makanan yang berbeza untuk mereka disebabkan alergik Tuan Deris terhadap makanan laut.

Yang pasti Amara tahu, dia dan Tuan Lucas memiliki minat yang sama.

Amara sekadar mendengar perbualan antara Tuan Lucas dan Tuan Deris, yang pasti mereka dah setuju dengan perjanjian kontrak masing-masing.

Tuan Lucas kemudian mengajak mereka ke garaj di mana kereta-kereta mewah tersimpan, Tuan Deris dah rambang mata tak tahu nak pilih mana satu hadiah tanda persahabatan mereka.

“Tengoklah tu, Jeff! Pilihkan untuk aku, tolong pilihkan untuk aku!” teruja Tuan Deris sambil menggoncang-goncangkan bahu Pak Jeff yang sekadar menggeleng kepala.

Bukannya tak ada kereta di hotel, belambak. Itu pun hasil rampasannya dari musuh yang tumpas.

Tuan Lucas tersenyum senang melihat kepuasan Tuan Deris, dia beralih pada Amara pula. “Cik Amara, yang ini cik punya.”

Kain gelap yang menutupi motosikal Kawasaki Ninja H2r ditarik oleh Tuan Lucas, Amara sekadar mengangguk dan merenung kosong. Fikir Tuan Lucas, mungkin hadiahnya membosankan.

Lagipun, wanita ini anak angkat Tuan Deris. Pasti dia sudah memiliki segala-gala yang dia perlu dan mahukan selama ini.

“Tuan Deris, saya nak pinjam Cik Amara kejap boleh. Ada lagi satu hadiah saya nak bagi,” Tuan Lucas meminta izin.

Tuan Deris sekadar angguk masih dalam dilema untuk memilih kereta.

Tuan Lucas lalu membawa Amara ke pejabatnya, dia mengeluarkan sebuah kotak baldu warna merah jambu dan didalamnya terdapat satu set pengilat bibir dan minyak wangi berjenama dari luar negara.

“Saya dapat dari kawan waktu tinggal di Kensington dulu, err, mungkin diorang ingat saya ada kekasih. Tapi membazir kalau disimpan saja,” beritahu Tuan Lucas rasa teragak-agak.

Amara melepaskan pelindung telinganya, dia mengeluh panjang rasa kasihan melihat keupayaan Lucas demi menjamin kepercayaan Tuan Deris.

“Kau baik Lucas.”

Tuan Lucas tergamam, kali pertama wanita ini bersuara dengannya. Lambat-lambat dia nak menjawa, “Oh, terima kasih.”

“Tapi, aku rasa macam tak layak terima semua benda ni.” Kata Amara sambil menutup kotak itu buat Tuan Lucas terpinga-pinga.

“K…kenapa?” Tuan Lucas hairan, apatah lagi apabila Amara mula bergerak menutup pintu pejabatnya buat dia rasa cemas dan mula berjaga-jaga.

“Sebab, aku tengah menentukan nasib kau sekarang ni,” kata Amara dengan nada Yang berpura-pura hiba.

Tuan Lucas dah rasa lain macam, jantungnya berdegup kencang.

Dengan terketar-ketar dia menarik laci meja lalu mengeluarkan sepucuk pistol dan diacukan ke arah Amara.

Amara menoleh padanya dengan pandangan yang melontarkan rasa kasihan terhadap nasib Tuan Lucas, wajah Amara yang nampak mati buat Tuan Lucas ketakutan.

“Kau…kau dasar pengkhianat!” maki Tuan Lucas terketar-ketar tangan memegang senjata buat kali pertamanya.

“Bukan aku, tapi dia. Aku hanya jalankan tugas,” beritahu Amara sekadar berdiri sambil merenung keadah lelaki yang telah dia percaya perdayakan.

“Kalau macam tu, berapa kau nak? Aku boleh bayar, apa yang kau nak aku boleh bagi! Apa saja!” bentak Tuan Lucas dengan berang.

Terasa dirinya bodoh, membawa sendiri musuh masuk ke sini.

“Apa saja, betul?” tanya Amara inginkan kepastian.

“Ya, apa saja!” ulang Tuan Lucas lagi, sebab sejujurnya dia tak mahu meyakiti orang lain sebagaimana ayahnya lakukan selama ini.

Amara kemudian mengeluarkan sekeping foto lalu ditunjukkan padanya, luruh hati Tuan Lucas.

Perlahan-lahan pistol diturunkan, air mata mengalir deras melihat foto ibunya yang masih hidup. Dia ambil, untuk lihat dengan lebih dekat.

Amara menyembunyikan senyuman, dia duduk di sebuah kerusi agar lebih mudah nak dia terangkan rancangan yang seterusnya.

“Mama…mama masih hidup!” Tuan Lucas terduduk sambil memegang dadanya rasa sebak.

“Bapak kau jual mak kau pada Bon Long, kawan rapat dia, untuk langsaikan hutang. Dia dapat bonus dan dengan bonus itu dia dapat bina syarikat pelancongan yang kau jalankan sekarang,” terang Amara.

Tuan Lucas memejam mata rasa sakit mengingat kembali akan kisah silam, di mana dia dipisahkan secara paksa dari ibunya waktu dia kecil lagi oleh Tuan Leon demi membayar hutang.

Bukan itu sahaja, dia diajar oleh Tuan Leon sendiri tentang perniagaan haram dan kotor ini agar mudah dapat keuntungan yang pantas.

“Mak kau jadi gila, jadi diorang campak mak kau tepi jalan. Dan kalau kau nak tahu, Tuan Deris kutip mak kau untuk gunakan dia supaya kau tunduk lepas ni,” beritahu Amara buat Tuan Lucas bangkit menatapnya penuh marah.

“J…Jadi, apa tujuan kau?” Tuan Lucas mengesat hingusnya. Dia yakin Amara tidak berpihak pada Tuan Deris kalau dah dia beritahu hal ini. Apa motifnya?

“Rasanya kita sama, kau nak halalkan apa yang bapak kau haramkan selama ini. Sebab tu kau nak bagi pada ‘hadiah-hadiah’ yang bapak kau rompak tu,” kata Amara tahu di mana sumber pendapatan kenderaan mewah yang Tuan Leon miliki.

“Tu semua dia beli guna duit rasuah, aku tak nak simpan!” tegas nada Tuan Lucas sedikit kecewa mengingat sikap tamak ayahnya.

“Sia-sia, Tuan Lucas. Apa yang bapak kau buat selama ni akan kekal dengan kau, lebih-lebih lagi bila kau dah jadi rakan kongsi Tuan Deris. Ini semua perangkap,” balas Amara lagi saja membangkitkan kemarahan Tuan Lucas.

Ini semua hanyalah sebuah umpan, Amara tahu Tuan Lucas bukanlah seperti Tuan Leon dan Tuan Deris. Dia berniat nak ubah semuanya, tapi untuk menjernihkan semula lumpur tak mudah.

“Tuan Lucas, kalau tuan gunakan pistol tu sama saja nasib tuan. Kita sama-sama mati,” pesan Amara.

Tuan Lucas mengeluh panjang lalu meletakkan senjatanya atas meja, dia merenung gambar ibunya yang kini berada di sebuah rumah orang tua. Ibunya nampak sugul, kebingungan dan kecelaruan.

Sekurang-kurangnya, mama masih hidup. Dia sebagai anak masih ada peluang nak memberi kehidupan yang baru pada wanita malang itu.

“Apa rancangan Tuan Deris? Sama macam 10 Keluarga yang kau dah bunuh tu?” Tuan Lucas tanya seakan-akan tanda redha.

Soalan itu buat Amara berpuas hati, “Buat pengetahuan kau sekarang tinggal 4, hanya 3 Keluarga yang setuju. Lepas kau tandatangan kontrak, dia akan suruh kau bekerjasama dengan 3 Keluarga yang dah taat setia dengan dia. Akhir sekali dia akan suruh kau bayar duit perlindungan setiap bulan,”

“Duit perlindungan? Hotel yang dia bina tu kan dah ada fungsinya!” keliru Tuan Lucas.

“Ya, betul, disebabkan diorang tak bersetujulah tersisa lagi 4 Keluarga. Tuan Deris suka guna cara kotor, dia ada mata di mana-mana untuk korek rahsia mereka sebagai ugutan. Dan aku nasihatkan kau supaya jangan pedulikan 4 Keluarga ini, sebab diorang sama saja macam Tuan Deris. Buat saja hal kau,” pesan Amara.

“Dah tu…mama aku?” Tuan Lucas menatap Amara penuh harapan.

“Mudah, aku berjanji aku akan pulangkan mak kau sebagai perjanjian damai antara kita lepas semua ni berakhir,” jawab Amara memberikan sepenuh kepercayaannya pada Tuan Lucas.

Masing-masing punya syak wasangka, namun terselit di hati ingin mengubah segala-galanya.

Share this novel

Nurasy
2025-07-22 00:07:30 

HAHAHAHA tibe terserlah sisi kanak-kanak Deris disitu


NovelPlus Premium

The best ads free experience