Amara yang berada di dalam kereta hitam dipandu oleh Pak Jeff sekadar merenung kosong, beg pakaian tak lekang dari pegangannya.
Pak Jeff mengerling pada Amara melalui cermin pandang belakang, senyap saja gadis itu sepanjang perjalanan menuju ke hotel.
Kasihan, terpaksa meninggalkan keluarga kerana telah membuat sebuah perjanjian dengan Tuan Deris yang licik itu.
Kerana sebuah perjanjian, nyawa jadi pertaruhan.
Pak Jeff mulanya ragu-ragu akan tindakan Tuan Deris yang tiba-tiba mengambil gadis biasa ini menjadi anak angkatnya, dia tahu itu bukan niat sebenar Tuan Deris.
Sebab keluarga Tuan Sujama, hanya anak lelaki saja yang boleh mewariskan segala harta pusaka. Anak perempuan tak akan diberi apa-apa pun.
Jadi Pak Jeff meneka, Tuan Deris fikir dengan mengambil anak angkat perempuan kuasanya akan kukuh di mata musuh-musuhnya yang berebut nak rampas wilayah bapanya. Bun pula terus dia lupakan.
Tapi kasihan, nyawa orang-orang yang tersayang menjadi taruhan. Amara tiada pilihan. Sama ada menjadi anak pungut Tuan Deris atau orang sekelilingnya mati dibunuh.
Lagipun, Tuan Deris memerlukan orang yang setia.
Sampai saja di hotel, Amara diiringi oleh Pak Jeff naik ke tingkat 19.
Amara pelik, kenapa pekerja-pekerja hotel kaku saja dari tadi. Bagaikan menunggu pengumuman dari seseorang.
Ting! Pintu lif terbuka, suasana menjadi hening dan bau asap peluru dan darah bercampur-baur menusuk ke hidung Amara terus ditekupnya.
Pak Jeff tahu suasana ini akan mengejutkan Amara, dia memimpin tangan Amara agar jalan bersamanya.
Sedang mereka berjalan di koridor, Amara tercengang melihat mayat- mayat yang bergelimpangan di lantai bersama darah membanjiri koridor. Dinding pula penuh dengan kesan lubang tembakan seperti baru tadi berlawan membalas peluru.
Kaki Amara rasa lemah, dia terpaksa memegang lengan Pak Jeff agar tetap berdiri stabil sebab terlalu dahsyat dengan suasana di hadapannya.
Amara mula bersenandung lagu P. Ramlee, Di Mana Kan Ku Cari Ganti sambil memejam mata bagi mengalih tumpuannya sepanjang perjalanan di koridor itu
Pak Jeff membiarkan saja.
Masuk saja ke pejabat dan mendengar bunyi pintu ditutup, terus Amara menarik nafas dalam-dalam sebelum membuka matanya. Dia melilau sekeliling, bilik ini bersih tak seperti keadaan Di kuar kecuali kerusi kulit di meja kerja.
Ada kesan torehan disitu.
“Ha, sampai dah. Selamat datang ke Hotel Buana Deris, walaupun belum jadi official, silalah masuk dan duduk. Buat macam rumah sendiri,” jemput Tuan Deris dengan mesra sambil menghisap curut.
Bajunya basah dengan darah, darah siapa Amara tak tahu. Apa yang dia tahu, Tuan Deris sedang merehatkan lengannya diatas sesuatu yang berbentuk seperti bola ditutup dengan kain satin berwarna ungu terletak di atas meja kopi.
Pak Jeff mengarahkan Amara untuk duduk di sofa sementara dia bancuh kopi, Tuan Deris duduk berhadapan dengan Amara.
Kain berisi sesuatu bentuk bola itu berada diantara mereka buat Amara tertanya-tanya, sebab bau dia pelik.
“Jadi, kau kata kau nak buat perjanjian dengan aku kan? Tak apalah, aku suka perjanjian. Sebab aku benci pengkhianat!” kasar nada Tuan Deris apabila menyebut perkataan ‘Pengkhianat’ itu.
Pak Jeff yang sedang bancuh kopi itu sekadar mendengar walaupun hatinya sedang memendam hiba.
Amara tertunduk, hatinya gundah-gulana sebaik saja menapak ke hotel ini.
Sebenarnya sejak dia melangkah keluar dari rumah lagi hatinya dah gelisah. Sempat dia bertekak dengan Kak Mira lepas membuat keputusan untuk menetap di bandar, Hj. Marzuki rasa tak sedap hati nak melepaskan Amara namun keputusan Amara muktamad.
Dia bohong, dia kata ada tawaran kerja tapi tak beritahu kerja apa.
Dia berjanji akan melawat sebulan sekali atau dua bulan sekali.
Amara sempat mencuri pandang pada penutup mata warna hitam milik Tuan Deris akibat kehilangan anak mata dek terkena amukan Badik Sengat Pari Amara tempoh hari. Rugi tak tikam dua-dua mata sekali haritu.
“Kau cakap, aku cuma kena kerja dengan kau dalam bahagian penjualan organ saja kan. Boleh, tapi aku nak mangsa-mangsa aku semuanya ada rekod jenayah,” terang Amara dan hal itu membuatkan Pak Jeff terkedu.
Tuan Deris tersengih, dia tahu gadis ini kuat sifat simpatinya. Tapi dia, empati pun tiada.
“Boleh, tak ada masalah. Orang-orang yang nak kena korek badan ni pun semuanya perangai macam jahanam. Demi kau, aku sanggup sediakan fail untuk kau, nak?!” Tuan Deris menyindir.
“Ya, buat macam tu.” Jawab Amara tanpa emosi.
Senyuman Tuan Deris mula pudar, nampaknya gadis ini serius.
Air dihidang, Pak Jeff sekadar berdiri di tepi.
Tuan Deris ambil secawan kopi yang masih panas berasap lalu dihirup minum. Dan hal itu membuatkan Amara perasan sesuatu.
Dia tengah takut. Takut dengan Amara. Mungkin Masih trauma dengan serangan Amara tempoh hari.
Dia tak tahu apa yang ada di dalam fikiran Tuan Deris sekarang, yang membuatkan dia takut pada Amara. Padahal dia yang berkuasa di dalam situasi sekarang ini.
“Aku pun benci pengkhianat, sekurang-kurangnya kalau ada surat perjanjian aku yakin kau boleh setia pada janji kau. Kan?” Amara cuba bermain minda, sebab tujuannya datang kesini hanyalah untuk mengamankan kehidupan orang-orang yang dia sayang.
Tuan Deris menyandar sambil merenung Amara tajam, asap curut berkepul-kepul keluar dari mulutnya. Kemudian bibirnya perlahan-lahan tersenyum menyeringai, “Aku suka kau. Layak jadi anak aku, ehehehe!”
Tawa sinisnya menyebabkan Amara kini menerima nasib akan keputusannya sendiri.
“Sebab kalau kau khianat aku, akan jadi macam ni!” kata Tuan Deris sambil menyelak kain yang menutup kepala Tuan Sujama menyebabkan Amara menjerit sebelum pengsan.
Tuan Deris ketawa galak hingga bergema satu pejabat.
Dia tak sangka rancangannya berjaya. Hotel ini akhirnya menjadi miliknya, segala-gala yang dibina oleh bapanya sendiri kini berada di tangan.
Pak Jeff hanya mampu memejamkan matanya, tak sanggup nak melihat kepala sahabat karibnya yang telah dipenggal oleh anaknya sendiri demi merebut kekuasaan.
Dan segala kekacauan yang terjadi di tingkat 19 dan 20 adalah kerana serangan gerila yang dilakukan oleh Tuan Deris sendiri bersama-sama dengan penyokongnya.
Pintu dikuak, semua menatap kearah seorang lelaki berkaca mata yang tercungap-cungap berlari ke sini. Baju bedah yang comot dengan darah pun tak sempat nak ditukar.
“Mana?!” teruja nada Dr. Adrian sambil melepaskan sarung tangan getahnta lalu dicampak ke dalam tong sampah yang dipegang oleh tukang cuci di luar.
Orang-orang yang tumpas di koridor ini akan di bawa ke bilik bedah untuk di jual organ-organ mereka.
“Hah, sampai dah pun kau dokter. Ni, pembantu baru kau,” beritahu Tuan Deris sambil menghembus asap curut ke udara.
Dr. Adrian terbatuk-batuk lalu menekup hidungnya dengan dengan, “Tuan, merokok tu akan menyingkatkan usia tuan. Baik berhenti,” nasihatnya sambil membelek-belek wajah Amara. Dia rasa sangsi, gadis ini nampak lemah.
“Yalah-yalah. Eh, kau ni kalau aku tengok setia juga dengan bapak aku kan?” sengaja Tuan Deris bertanya sambil menepuk-nepuk kepala Tuan Sujama atas meja kopi.
Dr. Adrian sekadar mengerling, “Dia bagi saya duit, saya jalankan tugas saja. Samalah macam tuan, kalau tuan nak cari orang buat kerja saya ni nak ambil masa pula untuk uji kesetiaan. ” Jawab Dr. Adrian bersahaja, dia tahu Tuan Deris ni pantang bila dengar perkataan setia. “Dia ni…boleh ke?”
Ragu-ragu Dr. Adrian terhadap Amara, gadis baru yang akan membantu ya dalam penjualan organ ini nanti
“Kau rasa siapa yang butakan mata aku belah kanan ni?” Tuan Deris mengangkat sebelah kening.
Dr. Adrian terkesima, “Lah! Budak ni ke?!”
Siapa sangka, yang membutakan mata Tuan Deris hanyalah seorang gadis biasa. Tapi, dia masih ragu-ragu kenapa gadis ini Tuan Deris biarkan hidup. Siap bawa ke pangkalan rahsia mereka lagi. Dan setahu dia, Tuan Deris pernah berkahwin dan ada anak lelaki buknnya perempuan. Fikir ya Tuan Deris akan bawa balik anak lelaki ya namun salah tekaannya.
“Untuk kerja pertama dia, biarlah aku yang bawa dia ke ‘rumah sewa’ tu,” Pak Jeff menawarkan diri.
Rumah sewa yang dimaksudkan adalah, sebuah rumah teres yang dikelilingi oleh penjenayah. Mereka jadikan tempat ini sebagai pancingan bagi mana-mana perompak yang mencuri masuk kedalam rumah sewa tanpa mengetahui yang itu adalah perangkap. Amara, adalah umpan yang sesuai.
Pembantu Dr. Adrian yang dulu seorang lelaki, tapi sebab tak banyak mangsa yang nak pecah masuk rumah seorang lelaki maka terpaksalah mereka cari seorang perempuan sebagai umpan.
“Tak payah, kalini biar aku yang uruskan,” tegas Tuan Deris membuatkan Pak Jeff curiga.
Share this novel