Bab 17

Action Series 305

Tangisan hiba tak terhenti sejak dari rumah tadi, Kak Mira dah banyak kali pengsan terpaksa dipapah oleh Bella manakala Hj. Marzuki terpaksa dipimpin oleh rakan-rakannya termasuklah ayah kepada Morgana kerana kaki tak mampu lagi nak berjalan mengiringi jenazah isteri serta anaknya ke kubur.

Waktu Solat Jenazah tadi pun dia tak mampu nak menahan esakannya.

Pemergian Hj. Maria dan Musa sekaligis menyuramkan penduduk kampung, si pemain biola kampung dan si ceria Musa sudah tiada. Tiada buat selama-lamanya.

Lepas hari kremasi Morgana, Amara terpaksa menelan realiti di mana ketiga-tiga manusia yang paling dia sayang telah tiada di muka bumi ini.

Mak Ros serta ibu kepada Morgana terpaksa mengawalnya daripada menghalang keranda menuju ke kawasan kubur. Dia hilang kewarasannya ditambah pula dengan trauma akan bunyi yang kuat seperti hon kenderaan atau belon yang pecah.

Ardi dan Bun sama-sama bantu mengangkat keranda Musa, masing-masing wajah dah basah dengan air mata.
Baju bahagian bahu Ardi dah basah dek kesatan air mata manakala Bun wajahnya tiada emosi namun air mata tak henti mengalir.

Ketika kedua-dua jenazah sampai kedestinasi, sempat Bun menatap kearah Amara, dia sedang menangis didakapan uminya. Dia seperti budak kecil, duduk di atas riba Mak Ros sambil dipeluk erat.

Ini kali pertama, dia lihat air mata Amara.

Malam itu, keluarga Morgana telah pulang petang tadi. Yang tumpang tidur di rumah adalah, Bun, Mak Ros, Bella, Ardi dan kawan-kawan rapat Kak Mira.

Bun tak boleh tidur langsung malam itu, semua tertidur lena akibat keletihan namun dia saja yang rasa segar-bugar mata.

Terdengar bunyi tapak kaki, dia menolak tangan Ardi yang memeluknya sejak tertidur tadi sebelum mengintai ke luar bilik.

Dia nampak Amara sedang keluar dari rumah, rasa tak sedap hati dia mengekori Amara senyap-senyap.

Paling dia risau, Amara berkaki ayam berjalan menuju ke kawasan perkuburan Islam.

‘Apa akak nak buat?’ tertanya-tanya Bun, fikirnya nak melawat sekali lagi.

Amara mula berlutut di hadapan kubur ibunya, dia peluk, bagaikan memekuk tubuh ibunya. Beralih pula pada kubur Musa, dia peluk.

Kemudian mula menggali-gali buat Bun yang tergamam panik terus berlari menghentikannya.
“Akak! Kak Mar, sedarlah kak!” panggil Bun sambil menarik tangan Amara dari menggali kubur Musa.

“Tepi!” teriaknya sayu sambil menolak tubuh Bun hingga jatuh terduduk. Dia menggali gali berharap dapat bertemu dengan adiknya semula.

“Akak berhenti! Amara!” teriak Bun sambil menggenggam kedua-dua bahu Amara agar mata mereka bertatapan.

Amara menangis tersedu-sedan memohon dengan matanya agar Bun melepaskannya.
Bun tertunduk memejam mata, dia lebih tak sanggup melihat Amara bersedihan begini. Sedih sampai hilang kewarasan, bagaikan Amara yang dia kenali sebelum ini sejak kecil telah hilang dimatanya.

“Amara,” dia mengusap air mata Amara. Panggilan ‘kak’ telah hilang sebaik saja Amara yang sedih dan nampak lemah ini muncul dihadapannya.

Dia tak pernah nampak Amara menangis teruk sebegini macam budak kecil.

Tubuh Amara dia tarik kedakapannya, kepala Amara terlentok kebahu Bun seakan-akan jiwanya dah kosong. Emosinya tak stabil. Apa yang ada dalam fikirannya sekarang adalah, dia nak jumpa umi dan Musa. Dia nak makan Mi Calong dengan mereka, dia nak peluk dan kucup ibunya puas-puas dan peluk Musa erat-erat.

Lama dia menangis di bahu Bun, Bun membiarkan saja asalkan Amara berhenti sambung kerja gilanya.

Puas dia menangis, hati Amara perlahan-lahan tenang. Dia tertunduk menekup wajahnya, malu.
Sebab dia sedar dia tak pernah menujukkan perangainya yang sebegini depan Bun.

“Jom, jom balik,” pujuk Bun dengan nada lembut.

Amara angguk, wajah masih ditekup tak mampu nak tengok wajah Bun sekarang.

Baru nak berdiri bangun, bunyi dentuman guruh yang kuat menyebabkan Amara terkejut terus pengsan kedakapan Bun.

“Akak, akak?” Bun yang hairan dengan Amara yang tiba-tiba tak sedarkan diri menggoncang-goncangkan tubuhnya.

Disebabkan hujan mula menitik, terpaksalah dia menggendong Amara dan berjalan kaki pulang ke rumah.

2 Minggu kemudian…

Hj. Marzuki yang tengah bersiap-siap nak pergi ke ladang tebu terdengar bebelan harian anak sulungnya pada Amara. Dia asyik berkurung di dalam biliknya tanpa berbuat apa-apa.

Banyak perubahan berlaku setelah kematian isteri dan anak bongsunya, Amira jadi baran manakala Amara kemurungan.

“Kau ingat kau seorang je sedih? Aku dengan babah pun sedihlah! Pergilah kerja, kau ingat kau kecil lagi ke nak babah tanggung?!” marah Kak Amira.

Lepas Kak Mira hantar anaknya ke sekolah asuhan di pekan terus dia balik kampung nak melawat babah dan Amara.

Hj. Marzuki tak boleh nak cakap apa, sebab dia juga terluka. Tapi Kak Mira, dia juga terluka dan memaksa dirinya untuk menerima kematian mereka dengan cara yang sebegini.

“Bangun! Keluar dari bilik kau Dan cari kerja!” tengking Kak Mira sambil mengheret Amara memaksanya keluar dari bilik.

“Janganlah kasar sangat dengan adik awak tu,” tegur Hj. Marzuki. Sikap kasar dan panas baran anak sulungnya tak mampu dia lawan lagi, sebab hatinya pun dah luluh dan penat.

“Bangun lekas!” kata Kak Mira sambil menolak tubuh Amara kuat hingga terlanggar ke dinding membuatkan bingkai kaca berisi badik warisan pusaka datuk mereka jatuh pecah berderai ke lantai.

Amara dihumban keluar oleh Kak Amira, “Jangan balik ke rumah selagi kau tak dapat kerja.”

“Kakak, sudahlah tu,” pujuk Hj. Marzuki sambil mengutip kaca-kaca yang beredari. Badik warisan dia letak atas meja konsol berdekatan sebelum menyapu lantai.

“Kalau terkurung dalam rumah ni nak jadi apa? Dia dah besar, takkan babah pula yang nak tanggung dia?!” bebel Kak Mira pada Hj. Marzuki pula.

Disebabkan Amara tak mahu bebelan Kak Mira berpanjangan pada babahnya, dia yang masih berbaju tidur menggagahkan diri bangun dan berjalan pergi. Berat kakinya nak melangkah, tak tahu ke mana hala tujunya.

Dia berjalan daripada Zuhur sampailah ke senja, sekadar memusing satu kampung macam zombi dan kembali semula ke rumahnya. Orang-orang kampung yang mengenalinya sekadar memerhati dari jauh, sebab sudah menganggap yang dia dah tak betul. Macam orang gila.

Tersentak dia bila nampak ada sebuah kereta yang tak dikenali parkir depan rumahnya, tanpa ragu-ragu dia memanjat tangga berfikir mungkin kawan atau salah seorang pelanggan babahya.

“Ha, balik pun,” tegur satu suara garau yang menyambutnya di ruang tamu.

Amara terpaku, lidahnya kelu. Mata merenung lama pada seorang lelaki yang buat jantungnya berdebar tak menentu, apatah lagi senyuman sinis lelaki durjana itu menyimbah kegelisahan dihatinya.

“Babah!” Amara segera berlari ke bilik Hj. Marzuki dengan cemas.
Alangkah terkejutnya dia apabila terlihat Hj. Marzuki serta kakak sulungnya terbaring tak sedarkan diri diatas katil. “Babah, kakak!” teriaknya cuba mengejutkan mereka.

Tuan Deris dah tertawa sinis membuatkan hati Amara membuak-buak barannya, “Apa kau buat dekat diorang hah?!” herdiknya sambil merenung tajam pada lelaki yang pernah menyakiti Mak Ros dulu.

Tidak, dia adalah pembunuh.

Kerana dialah Embun mati, kerana dia jugalah Mak Ros hampir putus asa dengan kehidupannya.

“Tetamu datang macam ni ke kau layan? Dah lah air pun tak hidang,” sengaja Tuan Deris menyebut perkataan ‘air’ sambil mata terarah pada tiga cawan the yang terhidang di atas kopi, manakala hanya satu saja yang tak terusik.

“Apa yang kau buat? Kau letak racun?! Jahanam kau!” teriak Amara garang ingin menerkam Tuan Deris.

Malang sekali Tuan Deris dengan pantas menendang bahagian perutnya hingga tubuhnya terhentak ke meja konsol di belakang habis perhiasan dan segala apa yang ada atas meja terabur ke lantai.

“Kalau bukan sebab kau…” Tuan Deris memijak dada Amara dengan kasut butnya. “Aku takkan masuk penjara.”

Amara mencakar-cakar kaki Tuan Deris yang memijaknya, dia mula terbatuk-batuk dan mengerang kesakitan.

“K..kau! Kenapa…?!” Amara kebingungan akan kehadiran Tuan Deris dan tindakannya. Dalam kesakitan yang dialami, matanya ternampak Badik Sengat Pari yang tadi terjatuh berdekatannya.

“Apa yang kenapanya? Aku datang nak bunuh kau lah, nak buat apa lagi!” jawab Tuan Deris malas nak borak panjang.

Tanpa Tuan Deris perasan, Amara dapat menggapai badik yang sudah terbuka dari sarungnya. Dengan pantas dia menggigit kaki Tuan Deris dengan kuat hingga Tuan Deris menjerit kesakitan, setelah tubuhnya bebas dia melibas badik itu kewajah Tuan Deris.

Tuan Deris tak sempat mengelak, sengat pari berjaya melukai bebola mata kanannya.

“ARGHH! TAK GUNA!!!” Tuan Deris mula menghamburkan kata-kata kesat pada Amara.

Dengan kesempatan itu, Amara mula memberikan beberapa tumbukan kewajahnya hingga Tuan Deris jatuh terduduk, darah memancut dan menitik ke lantai.

“Kau bunuh keluarga aku!!!” herdik Amara terus mencengkam kolar baju Tuan Deris ingin menumbuk wajah lelaki durjana itu habis- habisan.

“Hahahaha!! Diorang hidup lagilah, bodoh!” kata Tuan Deris dengan sebelah mata sudah berdarah membasahi pipi.

Amara tersentak, dia menyoal dengan menajam mata mata Tuan Deris. Sakit hatinya bila Tuan Deris tersenyum lebar menampakkan gigi-giginya menganggap apa yang terjadi sekarang hanyalah satu permainan.

“Diorang bukan target sebenar aku tapi anak dan bini aku!” Tuan Deris mengaku.

Hal itu membuatkan Amara lagi marah, dia mengutip badik itu kambali lalu menghunus badik ke leher Tuan Deris pula membuatkan lelaki itu tertawa galak merenung tajam padanya.

Separuh wajahnya dah basah dengan darah dari mata kanan.

“Bunuhlah aku, bunuh! Bunuhlah aku kalau kau nak nyawa Ros dan Bun melayang juga ahahaha!!” kata Tuan Deris dengan nada berlagak.

Amara tergamam, dia risau kalau-kalau ayat Tuan Deris sekadar nak pancing dia supaya berhenti.

“Jangan nak bohong!” herdik Amara sambil menekan badik itu ke leher Tuan Deris sebagai tanda amaran. Jantungnya dah berdegup kencang, niat nak mengelar leher lelaki durjana ini berbolak-balik didalam mindanya.

“Ros dan Bun, ada dekat kedai kan? Ehehehehe…orang-orang aku pun ada kat sana. Bila-bila masa aje diorang boleh tembak kepala diorang berdua,” ugut Tuan Deris.

Amara tangannya terketar-ketar, matanya bergerak-gerak tak tentu hala. Pada masa yang sama, fon Tuan Deris berdering memecah kesunyian. Tuan Deris tersenyum sinis, nafas Amara pula tak keruan.
“Anak-anak buah aku call, kalau aku jawab diorang mati. Kalau aku tak jawab pun diorang mati,” sengih Tuan Deris pada Amara yang mula rasa panik.

Apatah lagi bunyi deringan fon milik Tuan Deris yang bagaikan bom pemasa itu membingitkan telinganya.

‘Kenapa…kenapa semua ni terjadi pada aku? Deris…Deris!’

Tuan Deris suka, dia benar-benar suka akan emosi ketakutan.

Lebih- lebih lagi yang terpancar di wajah mangsanya. Sebab mereka nampak lemah. Dan ketika mereka lemahlah, dia menjadi kuat.

“Aku ubah fikiran,”

Anak mata menatap Tuan Deris penuh tanda tanya, lelaki itu mengangkat talian dan menyuruh anak-anak buahnya beredar dari kedai dengan kadar segera. Amara keliru.

“Antara nyawa diorang, atau kau jadi anak aku.”

“Kau merepek apa? Bapak aku dah mati kau racunkan!" Amara menggertaknya.

“Diorang tak mati, cuma tidur. Kalau tak percaya cuba dengar nafas diorang,” beritahu Tuan Deris lagi.

Amara mengerut dahi rasa tak percaya, dia mengintai kebilik. Benar, mereka masih bernafas. Ada sikit Rasa lega di hati.

Dengan kesempatan itu, Tuan Deris menggenggam pergelengan tangannya lalu memusing dan menyebabkan badik terlepas dari tangannya.

Amara mengaduh sakit, Tuan Deris menghentak kepalanya ke kepala Amara hingga pengsan. Pening kepala, keras juga kepala budak ni.

Sempat dia melihat ke badik yang telah mencederakan mata kanannya, dia tertawa galak.

Siapa sangka gadis yang tiada dalam kamus hidupnya ini telah melukakannya dengan begotu mudah sekali.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience