BAB 26

Drama Series 41228

SEHANGAT asmara. Wajarkah itu dikatakan? Jiwa dan raganya bergelora pada detik dia kembali teringatkan tentang itu. Namun benarkah ia seperti yang dia fikirkan? Kerana sudah seminggu lebih dia kembali ditinggalkan keseorangan di sini. Masih sepi tanpa sebarang berita.

"Hud, kau nak ke mana dengan beg-beg tu semua?" Qalisya menarik selimut sehingga ke paras dada. Matanya terkulat-kulat melihat jam di telefon lelaki itu yang baru menunjukkan pukul 4 pagi.

"Aku kena balik Malaysia, Haura... aku tak tahu apa yang jadi tapi sekarang ni dia kat hospital. ICU." Ujar Hud yang seperti ayam berak kapur kelakuannya. Resah.

"Jadi kau nak balik Malaysia?"

"Habis tu? Kau nak aku duduk sini dan biarkan isteri aku yang entah apa dah jadi pada dia?"

Qalisya menggigit bibir. Dia tahu Hud tidak sengaja naik suara kepadanya. Mungkin sedang cemas dan bimbang jika ada sesuatu buruk akan terjadi kepada Haura.

"Aku nak ikut kau balik... boleh ke, Hud?" Soal Qalisya dengan lembut.

"Apasal kau mengada-ngada sangat, hah? Aku dah kata kan kau kena duduk sini sampai kau sembuh? Berapa banyak kali aku nak kena ulang? Kau ingat aku tak penat ke ulang-alik Malaysia-Korea? Kau ingat aku ni cop duit je bila nak pergi ke Korea dan bila nak pulang semula ke Malaysia?"

Telefon yang berada di tangan Qalisya dirampas suaminya. Dia menjeling wajah Qalisya sebelum menghempas pintu kamar.

Bibir Qalisya tercebik-cebik seraya matanya sarat dengan cecair hangat. Bodohkah dia kerana terlalu awal dia mengaku kalah? Atau hatinya buta kerana perasaannya terhadap lelaki itu?

Skrin telefonnya kembali dijelingnya. Tiada sebarang notifikasi yang muncul. Nafasnya dihela perlahan.

Betapa terluka hatinya apabila dia terkenangkan malam itu. Mereka sama-sama tertawa. Mereka juga sama-sama mahu. Namun mengapa Hud menyakitkan hatinya sesudah itu? Atau mungkin... Hud hanya mempergunakan dia sahaja.

Qalisya menyarung kot musim sejuknya sambil berjalan ke rak kasut. Sudah lama dia terperap di dalam kamar. Makannya sedikit. Tidurnya banyak. Sememangnya hati yang terluka hanya bisa diganti dengan tidur yang mati. Kerana alam mimpi lebih indah dari dunia nyata.

"Wah! Cantik betul cuaca hari ni. Qalisya melihat matanya yang sembap melalui kamera telefon. "Mata sembap pun cantik."

Kedua-dua tangannya ditolak masuk ke dalam poket. Bibirnya dipaksa senyuman lebar. Korea. Negara yang tidak asing daripada berjalan kaki. Jadi tidak pelik jika rakyat-rakyatnya lebih sihat berbanding dengan rakyat Malaysia. Sambil berjalan, dia pelik melihat reaksi orang sekeliling yang bertembung dengannya. Mengapa?

Kadangkala dia akan berpaling ke belakang, mungkinkah Hud sedang memberi kejutan dengan memunculkan dirinya daripada belakang?

Kakinya kembali berjalan lagi. Lagi, dan lagi. Mata orang sekeliling masih memandangnya dengan pelik. Tidak tahan dengan pandangan-pandangan itu, dia terus berlari anak untuk melihat dirinya di hadapan cermin kedai.

Rambutnya kusut masai. Wajahnya tampak comot. Kedua-dua kakinya tersarung dengan kasut yang berlainan. Dan barulah hidungnya tersedar tentang bau masam badannya.

Qalisya menoleh ke kiri dan kanannya. Mungkin manusia sekelilingnya menyangkakan bahawa dirinya adalah orang tidak waras.

Kedua-dua tangannya terus menekup wajah. Dia malu kerana orang sekeliling menahan tawa apabila melihat keadaan dirinya.

Air matanya tidak berhenti mengalir sehinggalah dia tiba di rumah. Tubuhnya meluru masuk ke bilik dan menghidupkan pancuran air saat tiba di biik mandi.

"Kenapa aku, Hud?"

"Kenapa kau masuk bilik aku malam tu?"

"Kenapa kau tak ceraikan aku saja pada hari tu?"

"Kenapa? Kenapa? Kenapa?!"

Qalisya melemparkan semua barang-barang mandiannya ke lantai tanpa dia sedari mangkuk kaca kecil itu terjatuh ke lantai dan pecah.

Perlahan-lahan dia mengambil serpihan kaca yang sudah pecah itu dan merenung lama padanya.

"Kenapa kau bodoh sangat, Qalisya Irdeena?" Soal Qalisya dengan matanya yang masih belum beralih daripada melihat serpihan kaca itu.

Entah kenapa tangannya tidak merasa pedih walaupun sudah ditoreh-toreh dengan serpihan kaca tadi. Darah pekat mengalir deras bersama-sama pancuran air.

Dahinya disandar pada dinding. "Bodohnya kau, Qalisya. Kau memang bodoh."

Kakinya berjalan sama laju seperti bagasi yang dibawanya. Kaca mata hitamnya dipakai. Tangan kirinya berbalut kemas dengan kain pembalut.

Terpulanglah kepada lelaki itu mahu memarahinya atau tidak. Untuk apa lagi dia mendengarkan arahan lelaki tersebut jika dirinya hanya ingin dipergunakan?

"Hello, tuan Zarif. This is me, Qalisya."

"DAH lama i tak jumpa you, Sya. You nampak lebih kurus daripada dulu. But doesn't mean you tak cantik. You are so pretty, more than before. You single lagi ke, Sya?" Tanya lelaki yang matanya bersinar-sinar memandang gadis dipujanya selama ini. Kepulangan yang secara tiba-tiba itu bagaikan memadam segala gelora rindu di dada.

Qalisya meneguk jus mangga di hadapannya. Sangat kena jus itu dengan cuaca di Malaysia. Ternyata negara sendiri itu lebih indah daripada negara orang.

"Tuan Zarif dari waktu i sakit... sampailah i dah sembuh. Ada je benda yang nak dipujinya. Bukan tuan yang patut tanya saya, tapi saya. Tuan Zarif tu... dah berpunya ke belum?" Soalnya dengan nada gurauan. Rambutnya sudah diwarna dan didandan seperti dahulu sebelum dia berangkat pulang ke Malaysia. Rasanya seperti Qalisya yang lama sudah kembali.

Zarif menggaru belakang kepalanya sambil menoleh ke arah lain. "Kita tanya dia... dia boleh tanya kita pulak... ." Zarif dan Qalisya sama-sama tertawa.

"Takkan tak faham-faham lagi? Kita ni... tengah tunggu orang tulah." Sambungnya lagi.

"Siapa? Ayla?"

Zarif berdecit dan mengerling wajah gadis di hadapannya. "Kacau daun betullah you sebut nama dia."

"Aik, kenapa? Bukan tuan Zarif suka Ayla ke? Dia tu kan georgous, bijak, pandai bergaya... sesuailah tu dengan tuan Zarif." Qalisya melontar jawapan. Bukan dia lupa pun bahawa Zarif menyukai dirinya.

"Ish, you... sedap eh tuduh-tuduh i suka Ayla tu? Bila masa entah i suka dia. Dah lah suka menempel kat i. Naik rimas i dibuatnya. Kalau you lainlah, you nak menempel sampai masuk badan i pun boleh tau Sya."

Qalisya menghambur tawanya tatkala dia melihat gelagat Zarif menjelaskan kata-katanya.

"Orang tua-tua kata, kalau nak sesuatu perkahwinan tu kekal lama... kita kena cari orang yang sayang kita. Bukan kita yang sayang dia. Kan Ayla tu sayang... sangat pada tuan Zarif?" Usik Qalisya yang mengakhirinya dengan tawa kecil.

Zarif menggeleng laju apabila teringatkan Ayla. Hendak dibandingkan Qalisya dan Ayla? Sudah tentulah Ayla akan ketinggalan jauh! Bukanlah Ayla tidak cantik, Ayla juga cantik seperti Qalisya namun hatinya sudah terpaut lama pada Qalisya dan Ayla pula langsung tidak bisa menarik hatinya sepertimana yang Qalisya lakukan. Lagak gayanya umpama primadona. Penuh elegan dan bijaksana.

"For now, you ada plan apa-apa ke? Yalah, dah lama sangat you duduk kat Amerika kan?" Zarif menyoal.

Qalisya menidakkan soalan tersebut. Perancangan? Entahlah. Sebenarnya dia fikir dia mahu melarikan diri daripada lelaki yang bergelar suami kepadanya. Namun, dia juga tidak punya wang yang banyak terus kekal menganggur di sini. Duit yang tinggal di dalam bank akaunnya pun adalah duit yang datangnya daripada Hud dan dia tidak akan menggunakannya. Jadi dia mesti bekerja.

Qalisya kembali menoleh ke arah Zarif. "Kenapa tuan Zarif tanya saya macam tu? Tuan nak ambil saya bekerja semula di Alamanda tu?"

Zarif memetikkan jarinya seraya mengangguk laju. "Do you wanna join us?"

"15k per month?" Soal Qalisya.

"Why not? Alamanda are doing better right now."

Terus Qalisya menaikkan tangannya untuk berjabat salam dengan Zarif. Tanpa ragu-ragu lelaki itu menyambut tangannya.

Hud meletakkan baju kotor Haura ke dalam bakul pakaian. Senyuman yang diukir Haura memancing bibirnya untuk turut berjangkit sama.

"Terima kasih awak, sebab tak pernah letih jaga saya." Suara lembut Haura menyapa telinga Hud. Matanya melihat Hud yang sedang menadah tapak tangan untuk diletakkan bedak sebelum bedak itu diratakan pada wajahnya. "Awak memang suami yang baik."

Mendengarkan pujian itu, Hud kembali tersenyum. "Sama-sama, sayang."

"Hud..."

"Apa? Apa yang lagi kau nak? Eh, aku ni dah lambatlah. Bini aku tengah nazak kat Malaysia tu, kau faham tak?!" Soalnya kepada Qalisya yang sedang duduk dibirai katil.

Qalisya menggeleng kecil. "Aku cuma nak cakap pada kau Hud yang aku sayangkan kau. Tolong jaga diri kau baik-baik tau. Aku akan tunggu kau kat sini."

Telefon di tangan Qalisya direntapnya dengan kasar. Matanya menjeling tajam wajah itu.

"Saya tengok fon awak asyik berbunyi je sejak awak balik ke Malaysia. Awak busy eh kat Korea tu?" Soal Haura sambil mengusap wajah suaminya. "Saya minta maaflah sebab minta Irfan tipu awak tentang ICU tu, tapi... saya rindu sangat dengan awak tau. Dah tak sabar sangat nak tengok muka awak waktu tu juga."

Mata Hud bergerak melihat wajah Haura. Namun fikirannya teringat Qalisya. Matanya menjeling telefonnya yang terletak di atas meja sisi katil. Sudah lama juga Qalisya tidak menghubunginya. Sihatkah Qalisya di sana?

Kot kelabu diselangi tali leher reben biru terletak elok pada tubuh Qalisya. Uniform baharu hotel itu telah membuatkan dirinya tampak anggun.

Dia terus berlari anak keluar dari rumah apabila jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Habislah! Mana mungkin dia lewat pada hari pertamanya bekerja!

Mujur Zarif sudi meminjamkan sebuah kereta untuk kegunaannya bergerak ke sana dan ke mari. Keretanya sudah ditolak masuk ke dalam bengkel. Terlalu lama sangat tidak digunakan, jadi rajuk sama tuan.

Pintu kaca itu dibuka luas untuk Qalisya ketika wanita itu ingin melangkah masuk ke dalamnya. Dekorasi di lobi utama itu sudah berubah. Tampak lebih cantik dan lebih moden. Punggungnya dilabuhkan pada salah satu kerusi empuk di lobi. Memang diarahkan Zarif untuk tunggu disitu sehingga lelaki itu tiba.

"Selamat pagi, tuan muda." Sapa pekerja yang menjaga pintu hotel kepada lelaki yang berkot hitam sambil menyorong masuk wanita yang berkerusi roda. Gelak tawa mereka tidak putus. Dari jauh mereka seperti pasangan yang sangat bahagia.

Sangka Qalisya tuan muda yang dimaksudkan adalah Zarif. Cepat-cepat dia menoleh ke belakang.

"Awak, janganlah tolak slow sangat. Saya malulah dengan semua orang kat sini. Awak tak malu ke ada isteri cacat macam saya, hah?" Soal Haura dengan memek muka yang mencuit hati Hud yang sedang menolaknya.

"Apa pula nak malu? Bukan sayang hodoh pun..." balas Hud sambil berbisik ke telinga Haura.

"Betul ke ni saya tak hodoh? Sekejap. Saya nak teropong, nak tengok ada tak perempuan yang tengah usya-usya awak."

Haura menggunakan tangannya sebagai teropong yang dimaksudkan sebelum mereka berdua sekali lagi tertawa bersama-sama.

Walaupun hanya dari belakang, Qalisya bisa menebak bahawa Hud sedang mengucup dahi Haura. Tercebik-cebik bibirnya menahan sebak di dada.

"Jadi Haura dah sedar? Sebab tu ke kau tinggalkan aku, Hud?"

Qalisya kembali mengangkat wajahnya untuk melihat kelibat dua orang itu. Sekelip mata sahaja Hud dan Haura sudah hilang 'ditelan' lif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience