BAB 13

Drama Series 41228

BOTOL kecil itu dihulurkan kepada Hud yang sedang mengurut kaki Haura. Perlahan-lahan Hud mendongakkan kepalanya untuk melihat gerangan tersebut.

"Irfan terjumpa benda ni kat laci berkunci dalam ofis Qalisya. Abang tengoklah sendiri." Hud menyambut botol kecil itu daripada tangan Irfan.

"Irfan yakin, Qalisya masukkan julap kat dalam hidangan atau minuman kita untuk buat guest kat Alamanda tu sakit. Dia nak jatuhkan kita, bang."

"Botol ni bersusun banyak gila kat dalam kat ofis dia. Kecil ada, besar pun ada." Tambah Irfan sambil berpeluk tubuh. "Tapi Irfan masih tak tahu lagi macammana dia masukkan ke dalam makanan kita. Dia bukan selalu pun masuk ke dapur, Irfan syak dia ada orang dalam."

Hud hanya mendiamkan diri. Dia meletakkan botol kecil itu di sebelah.

"Kenapa abang diam? Inilah masanya untuk abang buang Qalisya daripada Alamanda!"

"Kita bincang lain kali jelah. Kau tak nampak ke aku tengah buat apa ni?"

"Kenapa setiap kali Irfan cakap tentang Qalisya abang macam mengelak? Irfan tak faham. Qalisya tu pengkianat Alamanda, bang." Sambung Irfan yang mulai naik berang.

"Qalisya tu satu hal, ni pula pasal Zarif. Sampai bila abang nak Zarif tu duduk kat tempat abang? Zarif tu orang luar, entah-entah dia tu sebenarnya berkomplot dengan Qalisya nak jatuhkan Alamanda. Itu yang kes tak pernah nak settle. Abang sepatutnya letak Irfan dekat tempat Zarif tu, Irfan ni adik ipar abang, adik kepada isteri abang."

"Irfan!" Hud terus mendongak memandang lelaki tersebut. "Alamanda is mine and it's up to me to do anything. Abang nak buang Irfan pun boleh kalau abang nak. Don't you dare to order me."

Irfan memberi renungan yang tajam pada wajah Hud. "Bang, salah ke Irfan cakap? Abang takkan tak nampak lagi yang apa Irfan buat selama ni adalah untuk Alamanda? I am doing better than Qalisya and Zarif!"

"Alamanda tu abang punya. Sukahati abanglah nak buat apa pun. Kau tengok baik-baik sekarang... kakak kau tengah terbaring kaku kat sini. Kau rasa Alamanda tu penting sangat ke kalau nak dibandingkan dengan nyawa Haura? Kakak kau?"

"Irfan tahu, tapi Irfan tak nak Qalisya duduk lama kat Alamanda. Dia tu licik, bang... macam-macam yang dia boleh buat." Balas Irfan sambil bercekak pinggang.

"Dah lah, Fan... aku penatlah nak jaga kakak kau, nak jaga Alamanda, nak ambil tahu pasal Qalisya. Aku ni manusia biasa je, Irfan. Aku tak mampu nak jaga semuanya." Hud mengurut kepalanya yang berat. "Kau carilah betul-betul tentang Qalisya tu. Kasi habis. Kalau memang betul Qalisya bersalah, aku naikkan jawatan kau."

Irfan menahan bibirnya dari menguntum senyum. Memang itu yang dia mahukan. Dia mahu mendapatkan Alamanda sepenuhnya. Usai 'menebas' Qalisya daripada kedudukannya, dia mahukan kedudukan Zarif pula.
"Irfan akan cari, dan Irfan yakin memang Qalisyalah punca ramai guest hotel yang sakit. Nanti Irfan inform abang lagi." Sambung Irfan sebelum pamit pergi dari bilik tidur Hud.

Hud membaling botol jauh ke sudut kamar. Kalau benarlah Qalisya orangnya yang dia cari selama ini, memang masak dia kerjakan. Sudah lama dia mendiamkan diri tentang hal itu. Selama ini dia hanya memberi peluang untuk orang itu memunculkan diri tapi tidak ada langsung tanda-tanda itu.

Beberapa jam selepas itu, barulah Qalisya datang ke rumahnya. Betapa terkejutnya dia apabila melihat si pelaku itu muncul di depan matanya. Sudahlah dia pantang jika ada orang luar ke rumahnya, kerana bimbang Haura akan diapa-apakan. Ditambah pula dengan Qalisya yang menjadi gunting dalam lipatan. Semakin bertambah api marahnya pada hari itu.

Hujan lebat pada malamnya langsung tidak membuatkan Hud terasa mengantuk. Kasut tumit tinggi yang terletak di rak sebelahnya dicapai. Jarinya mengelus kasut yang kilat itu.

"Argh!" Lengannya pedih dicucuh sesuatu. Tangannya meraba-raba benda yang mencucuk lengannya sambil mata yang tertutup rapat. Betapa beratnya kantuk mata Hud ketika itu sampaikan dia tidak mampu menahannya lagi. Sempat dia tertidur di situ sebelum ke katil.

Dia bangkit dan tangannya meraba-raba mencari katil. Kepalanya sakit bagaikan baru dipukul sesuatu. Dia cuba membuka matanya, kepalanya diketuk-ketuk agar menghilangkan rasa sakit itu. Sekujur tubuh itu ditenungnya dengan pandangan yang sangat kabur.

"Haura?"

Hud merebahkan diri ke atas katil. Matanya separa terbuka. Pipi itu disentuhnya. "Sayang."

Dahi itu dikucupnya. Kemudian pipi Haura diciumnya. Kemudian dia menarik dagu itu untuk mengucup bibir itu pula.

Qalisya menarik 'bantal' tidurnya agar lebih mendekat. Wajahnya disembam ke leher Hud.

"I miss you, Haura." Ujar Hud dengan suara yang tenggelam timbul. Dia masih gagal hendak membuka matanya seluas-luasnya. "Esok pagi jelah saya mandikan awak, okey?"

Qalisya hanya mendengung. Terasa hangat bantal yang dipeluknya. Pelukannya semakin dikemaskan.

Petir berdentum kuat membuatkan Hud kembali ke dunia nyata. Kasut Qalisya kembali ditenungnya.

Hud lantas membaling kasut itu sebelum meramas rambutnya. "Kenapa? Kenapa malam tu terjadi?!"

"Aku tak sengaja malam tu, Sya." Tambah Hud lagi sambil menekup wajahnya. "Aku ingatkan itu Haura. Haura! Haura tu isteri aku!"

"Macammana aku nak bagitahu kau yang Haura tu isteri aku? Dia sama macam kau. Tapi dia lebih daripada kau."

Hatinya berbelah bahagi. Dia marahkan Qalisya sebagai pengkhianat Alamandanya, namun dia juga serba salah kerana kesilapannya yang merenggut maruah Qalisya.

"Nak ke kau jaga budak tu, Hud?" Hud mengetuk lembut akan dahinya. "Qalisya si pengkhianat. Tapi dia tengah kandungkan anak kau."

Keesokkan harinya, dia menghubungi Qalisya. Keputusannya sudah bulat. Dia tidak mahu lagi mengambil tahu tentang Qalisya dan juga bayi itu. Buat apa untuk dia terus mempunyai hubungan dengan wanita yang mengkhianati dirinya? Lebih baik dia putuskan sebelum keadaan menjadi lebih teruk di masa hadapan.

"Kau boleh gugurkan budak tu sekarang. Aku dah tak nak ambil tahu lagi tentang anak haram tu dan kau mulai saat ini." Ujar lelaki itu dengan serius dan terus mematikan talian. Tidak ada A ataupun B, dia memang tidak mahu tahu lagi tentang anak itu.

Qalisya terjaga tatkala malam menjelma. Kepalanya masih tersisa rasa berat. Matanya berkelip-kelip sambil ingatakannya cuba mengingati sesuatu.

Bau hanyir seperti darah menimbulkan rasa cemasnya. Ada darah di atas lantai itu.

"Tolong i..." panggilnya dengan suara yang tidak berapa jelas. Perutnya masih terasa nyeri. Jam tangannya dijeling. Sudah pukul 12 malam dan rupanya tiada seorang pun yang datang ke ofisnya hari ini. Dia kembali terbaring di atas lantai. Rasa sakit itu semakin kuat.

"Hud."

Matanya terpejam rapat. Tubuhnya menggeletar. Matanya tidak tahan lagi mahu menahan tangis. Sakitnya bagaikan rasa hendak mati. "Sakit sangat!"

Tangannya terkapai-kapai mahu mengambil telefonnya.

Hud terjaga dari lenanya tatkala bunyi deringan telefonnya menyapa telinga.

"Hei, kau ni tak reti nak tidur ke? Atau kau dah nak mati sangat sampaikan tak boleh nak call esok?" Soal Hud dengan ton suara yang sangat menyebalkan hati.

"Hud, perut aku sakit sangat." Balas Qalisya sambil menekan-nekan perutnya.

"Habis tu? Kau nak aku buat apa? Urut perut kau? Kenapa kau tak guna je julap kau tu? Biar lancar sikit penghadaman kau."

"Hud, tolonglah aku... sumpah Hud, sumpah perut aku sakit sangat-sangat."

"Kalau kau betul-betul sakit... kau call ambulans, kau call doktor. Aku ni bukan doktor, macammana aku nak tolong kau?"

Qalisya terus menangis teresak-esak di situ. Perutnya terlalu sakit dan Hud pula bermain-main dengan sakitnya. Dia cuba untuk bangun tapi tidak boleh. Badannya terasa sangat berat. Sekali lagi dia tenggelam dari sedar.

Pintu ofis itu ditolak perlahan. Pipi itu disentuhnya. Melihat Qalisya yang langsung tidak memberi respon membuatkan dia cemas. Tubuh Qalisya dikendongnya. Lelaki itu berlari-lari dengan pantas, dia bimbang nyawa Qalisya terancam!

Selepas pintu lif terbuka, Hud dan pasukan pembantu medik saling berlari mendekati antara satu sama lain dan kemudiannya meletakkan Qalisya ke atas katil.

"Jangan sesiapa pun bagitahu pada orang lain terutamanya Zarif." Ujar Hud sambil meletakkan Qalisya. Dia terus berpaling ke belakang seraya bercekak pinggang. "I am tuan muda Hud, jadi dengar arahan ni. Ingat, i will fired you if you do so!"

Terpinga-pinga staf yang berkumpul di situ. Semua pelik dengan pengakuan ketua chef hotel itu yang sudah menghilangkan diri ke dalam ambulans.

Hud melepaskan keluhan yang panjang selepas lori ambulans itu bergerak. Tangan Qalisya digenggamnya.

"Molar pregnancy?" Soal Hud sebelum menggeleng perlahan. "Molar pregnancy tu apa doktor?"

"Molar pregnancy ni dalam bahasa melayunya, kehamilan anggur. Kehamilan anggur ni terjadi disebabkan uri dan janin yang tak dapat berkembang dengan baik kerana terlebih satu set kromosom yang datang daripada ayah. Kita panggil kehamilan anggur sebab dia berbentuk seperti buah-buah anggur di dalam rahim. Kita kena buang cepat sebelum dia mula merebak menjadi kanser di dalam rahim."

"Tapi wife saya alami morning sickness tu sama je macam orang lain, bahkan lebih teruk. Sangat teruk. Boleh tak kalau saya minta untuk doktor periksa sekali lagi? Mungkin wife saya cuma alami bleeding yang biasa?"

Wanita itu menggelengkan kepalanya. "Untuk wanita yang mengalami molar pregnancy memang akan mengalami morning sickness yang sangat extreme, macam yang encik kata... wife encik alami morning sickness yang sangat teruk. Dan hasil daripada imbasan ultrabunyi, encik boleh tengok ada benda bulat-bulat ni di dalam uterus puan Qalisya."

Hud melihat arah pen itu digerakkan. Liurnya ditelan. "Jadi, lepas ni nak kena buat apa?"

"Kita kena bersihkan rahim puan Qalisya."
Hud merenung wajah yang sedang mengulit mimpi itu. Tangannya bergerak mengusap kepala Qalisya.

Jam tangannya sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Dahi si isteri dikucup dengan lama sebelum mata lelaki itu terjatuh melihat jari Qalisya.

"Kalau ada sesuatu jadi pada budak ni, kita akan terus bercerai kan?" Soal Qalisya tika mereka melangkah keluar daripada pejabat agama.

"Iya." Balas Hud sebelum mencari sesuatu di dalam poketnya. Qalisya terus mengangguk laju dan berjalan meninggalkan Hud.

"Qalisya."

"Apa lagi, Hud?" Sebal nada itu menyoal dirinya.

"Cincin kau."

Kotak baldu biru itu ditolak kepada lelaki itu. "Aku tak perlukan cincin kedai dua ringgit ni lah, Hud. Tangan aku ni padannya dengan emas betul je!" Balas Qalisya sebelum kembali meneruskan langkah.

Lengan Qalisya ditarik Hud. Jari manis Qalisya ditarik oleh lelaki tersebut dan menyarungkan cincin tadi.

"Aku ni memang kuli kat dapur je, tapi tak miskin lagilah kalau takat nak belikan kau cincin belah rotan ni."

Jari telunjuk Qalisya dituju pada wajah Hud. "Kalau naik ruam kat jari aku, siaplah kau."

Hud tertawa kecil tatkala melihat cincin itu tersarung pada jari Qalisya. Dia mengerling jam sekali lagi dan meninggalkan hospital.

"MAKSUDNYA anak saya selama ni tak wujud pun lah? Saya tak mengandung?" Soal Qalisya dengan dahi yang berkerut. Terkejut dia pagi itu apabila dia diberitahu akan ditolak masuk ke dalam dewan pembedahan untuk mencuci rahimnya.

"Bukan puan tak mengandung, cuma baby tu tak boleh nak berkembang sebab ada tumor disebelahnya." Balas jururawat itu sambil menulis sesuatu pada failnya.

Qalisya masih lagi tercengang walaupun jururawat itu sudah keluar daripada wadnya.

"Apa ni? Jadi selama ni... aku tak bercakap dengan anak aku pun?"

"Hei budak, kau scam aku?!" Soal Qalisya sambil tertawa sinis memandang abdomen. "Kau tahu tak disebabkan kau aku terpaksa kahwin dengan lelaki hodoh tu?!"

"Kejap. Lelaki hodoh tu. Si Hud tak guna! Berani betul dia tak tolong aku semalam?! Dia suruh aku call ambulans sendiri?! Dia tahu tak aku ni dah nyawa-nyawa ikan? Tak guna betul!"

Bibirnya tersenyum luas. "Kalau aku dah buang kau, maksudnya... alahan tu akan hilang! Yes! Yes! Alahan tu akan hilang! Jadi aku bolehlah racun semua orang kat Alamanda tu."

Senyumnya mati. Perutnya disentuh. "Hei budak, nanti kau... akan tolong tarik aku masuk syurga juga kan?"

"Kau tak boleh nak marah aku tau! Bukan aku nak buang kau dengan sengaja, siapa suruh kau tak boleh berkembang?" Dia meletakkan tangannya di dagu sebelum memetik jari. "Kejap!"

"Molar pregnancy tu apa?"

"Tak boleh jadi embrio sebab... kromosom terlebih. Kromosom bapa terlebih?!" Qalisya membuntangkan matanya.

"Ah... i see. Jadi itu masalah bapak kaulah, bukan salah aku. Jadi kau boleh terus tarik aku masuk syurga ya nanti, bapak kau tak apa. Biar je dia masuk neraka. Siapa suruh dia tak tolong kita kan? Lantaklah dia, padan muka."

Qalisya tertawa sendirian sambil mengusap perutnya. Namun sesaat dua kemudian, matanya berkaca.

"Kau... takkan lupakan aku, kan?" Qalisya memandang perutnya.

"Kan?"

"Mesti sunyi hidup aku lepas ni, kau dah tak ada... aku dah tak ada sesiapa lagi yang boleh diajak berborak." Qalisya menepis air matanya yang mengalir.

"Walaupun kau belum lahir, aku nak namakan kau Najmi. Najmi bin Hud Ukasyah Arman."

"Bintang saya. Najmi." Qalisya mengelus-elus lagi perutnya. "Bintang yang muncul pada waktu malam di Alamanda."

Perlahan-lahan Qalisya merebahkan diri sambil meletakkan tangan di belakang kepala dan meletakkan kaki kanannya di atas lutut kiri. "Gempak gak en aku tafsir nama kau? Fiuh, dah macam drama."

Bunyi pintu dikuak membuatkan Qalisya terbangun. "Siapa?..."

Cepat-cepat Qalisya merebahkan diri dan menyelubungi dirinya. "Haish, dia ni... sibuk betul. Orang tengah in drama mode ni."

"Morning." Sapa Hud sambil membawa beg kertas dan diletakkan di atas meja.

Qalisya membuat bunyi dengkuran yang sangat kuat. Hud melabuhkan punggung di hadapan Qalisya. Selimut itu ditariknya.
"Sya, bangunlah. Dah pukul lapan pagi dah ni." Bahu itu digoncang lembut.

Perlahan-lahan Qalisya membuka matanya. Terus dia menarik bahunya daripada disentuh. Tangannya dinaikkan ke atas, dia mengeliatkan tubuh.

"Argh!" Qalisya terus memegang perutnya, wajahnya berkerut. 'Sakit nak mampus!'

"Eh, Sya... kau okey tak? Aku panggilkan doktor kejap." Tangan Hud diletakkan di atas tangan Qalisya.

"Ish kau ni, pegang-pegang... aku pang kang." Ujar Qalisya seraya menaikkan tangannya. "Borang cerai mana borang cerai?"

"Sabarlah, kau belum gugur pun lagi." Ujar Hud sambil membaringkan Qalisya semula. "Makan ni, aku dah buatkan sarapan."

Qalisya menolak bekas itu untuk jauh daripadanya sebelum sempat Hud mengeluarkannya.

"Kau ni dah lah jadi suami pun tak function, takkan sebagai bapak pun kau tak function jugak? Aku nak kena buang budak ni lah. Aku kena puasa. Dah lah kau tak tolong bawa aku pergi hospital, ambil tahu..."

"Oh, aku lupa... kau kan dah tak nak ambil tahu lagi pasal aku ataupun budak ni, sebab itulah kau tak tahu kan?" Ujar Qalisya sambil menepuk tangannya sekali.

"Sekarang ni, daripada kau sibuk-sibuk berpura ambil tahu pasal aku dan budak yang tak menjadi ni... baik kau pergi daftarkan penceraian kita." Sambungnya sambil membuat isyarat untuk Hud pergi daripada situ.

Hud tidak sempat membalas apa-apa, tiba-tiba saja ada seorang doktor masuk.

"Kita masukkan ubat dulu ya?"

"Ubat?" Qalisya menjeling Hud disebelahnya. Memang tadi jururawat sudah memberitahunya terlebih dahulu.

"Ubat yang tu ke?" Soal Qalisya dengan nada yang perlahan kepada doktor itu.

"Ya, untuk besarkan laluan. Kita akan masukkan kat bawah."

Kaki Qalisya mula ditarik oleh jururawat di hadapannya.

"Stop!" Jerit Qalisya sekuat hati sebelum melarikan dir ke dalam bilik air.

Semua terpana apabila Qalisya terus melulu ke dalam bilik air.

"Saya... saya... nak buang air dulu." Ujar Qalisya sambil menekup wajahnya. Dia malu kerana ada Hud di situ.

Hud berpura-pura mencapai telefonnya dari poket. "Ya, Zarif?"

Lelaki itu terus berjalan laju keluar daripada wad tersebut. Dia faham yang Qalisya tidak ingin dia berada di situ.

Pintu bilik air itu dibuka perlahan-lahan dengan Qalisya. Kepalanya menjenguk mencari kelibat Hud. Nafasnya dihela tatkala bayang lelaki itu sudah hilang.

"Sorry..." ujar Qalisya dengan tersenyum kambing. "Suami saya dah keluar eh?"

"Dah." Balas doktor wanita itu. Qalisya mengangguk laju dan tersenyum sebelum baring di atas katil.

Qalisya termundar-mandir ke sana sini. Badannya merasakan sesuatu. "Kenapa sakit sangat perut ni?!" Qalisya mengelap peluh di dahinya. Perutnya terlalu sakit sampaikan dia mula menggigil. Berdiri, duduk atau baring semuanya tidak kena.

"Najmi, aku ingat kandungkan kau je aku dah cukup sakit. Rupanya nak buang kau lagi sakit!" Ujar Qalisya sambil berpaut pada besi katil. Sesekali dia akan melepaskan keluhan yang panjang.

"Kau okey tak ni?" Soal Hud yang tiba-tiba sahaja muncul di belakangnya. Dari tadi dia lihat Qalisya membongkokkan tubuhnya. Sekejap duduk, sekejap baring.

Terus Qalisya berdiri tegak bagaikan tiada apa. "Apa? Aku okey je. Kau tak nampak ke aku ni elok je tengah berdiri?"

Hud menggelengkan kepalanya. Tangannya menarik tubuh Qalisya dan mendakap dengan kemas. Kepala Qalisya ditarik agar bersandar pada bahunya.

"Aku tahu kau sakit." Ujar lelaki itu. "Aku minta maaf, kau alami semua sakit ni disebabkan aku."

Qalisya tidak membalas. Dia sedaya upaya menahan sakitnya dihadapan Hud. Tubuh Hud ditolak menjauh. "Aku okey jelah. Kau je over."

Bunyi keluhan kecilnya membuatkan Hud menjongket kening kanannya.

Wajah Qalisya berkerut-kerut, dia sudah tidak tahan lagi. Sudah tiba rasa untuk meneran pula. Tangannya terkapai-kapai mahu mencapai tangan Hud.

"Hud... sakit sangat semua ni... . Aku dah tak tahan dah."

"Iya, aku tahu." Balas Hud sambil mengusap belakang badan Qalisya.

Hud membantu Qalisya untuk duduk di atas katil. Masih berkerut-kerut muka itu menahan sakit. Peluh di dahi Qalisya dilapkan. Qalisya masih disandarkan pada bahunya.

"Cepatlah Hud panggilkan doktor, aku dah nak mati dah ni!"

"Jangan cakap macam tu, tak ada matinya buat D&C ni." Ujar Hud sambil menekan butang merah.

Hud membaringkan Qalisya di atas katil apabila beberapa orang jururawat datang. Tangan Qalisya menggenggam tangannya dengan kuat semasa mereka menuju ke dewan pembedahan. Sempat Hud mencium dahi Qalisya sebelum katil itu masuk ke dalam dewan pembedahan.

"Hud! Aku namakan anak kita ni Najmi, tau!"

Hud terus berpaling ke belakang melihat Qalisya yang sedang mengangkat kepala untuk melihat dirinya. Qalisya masih mahu mengujarkan sesuatu namun pintu sudah tertutup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience