TELEFON yang berdering kuat mengganggu lena Qalisya yang sungguh nyenyak. Sudah lama dia tidak dapat tidur dengan sangat lena. Lagu deringan itu membuatkan dia sempat berfikir di alam mimpi.
"Tu bukan phone i..." ujar Qalisya sambil menukar posisi lenanya. Hari ini hari cutinya, jadi dia mengambil kesempatan untuk tidur dengan lebih lama.
"Sayang..." Hud berpaling ke belakang mendakap tubuh dihadapannya. Mulutnya mengukir senyuman. "Nanti saya mandikan awak, ya?"
"Hm?" Soal Qalisya yang menyembapkan wajahnya ke 'bantal' nya. "Mandi?"
"Ya, sayang. Mandi."
"Tuan Zarif ni gatal lah." Jawab si gadis.
"Zarif?"
Hud dan Qalisya terus membuka mata dan mengangkat wajah masing-masing. Terkebil-kebil memandang satu sama lain sebelum...
Mereka berdua sama-sama menjerit dengan kuat kerana terkejut yang amat. Hud menjerit sekali lagi apabila melihat selimut yang membaluti tubuh mereka berdua.
"Haish!" Qalisya terus merampas selimutnya dan membaluti tubuh manakala Hud pula laju bergolek turun ke lantai sambil menarik cadar katil, sehingga koyak cadar itu demi untuk melindungi dirinya yang sedang aib tanpa sehelai benang.
"Kau! Kau buat apa kat sini ni Hud?" Telunjuk Qalisya meluru tepat ke arah Hud sebelum terlopong melihat pakaian mereka yang bertaburan di lantai. "Oh my God! What is this?!" Dia jadi tergamam.
Hilang suara gadis itu untuk berkata-kata sedangkan jiwanya memberontak hendak mengungkapkan sesuatu.
"Aku buat apa? Eh kau tu buat apa kat dalam bilik aku?!" Jawab Hud sebelum mengutip pakaiannya yang berada di lantai.
Qalisya mula turut sama mengutip pakaiannya di lantai. Matanya terbuka besar apabila Hud memijak sesuatu.
"Aku ingat memang original besar, rupanya... span je lebih."
"What?!" Pakaian dalamnya terus dirampas daripada Hud. "Hei!"
Ketika Hud hendak melangkah menuju ke bilik air, dia terus menarik cadar itu. Mujur Hud membalut kemas cadar itu pada tubuhnya. "Kau ni dah kenapa?"
"Kau nak buat apa pulak masuk kat dalam bilik air tu?"
"Suka hati akulah, itu bilik air aku. Bukan bilik air kau!"
"Bilik air kau?!" Qalisya segera menaikkan telunjuknya pada nombor yang tertera pada pintu kamar.
Membulat mata Hud apabila melihat nombor tersebut. Dia terus melompat-lompat ke arah rak kasut. Dia jadi teringat akan sesuatu.
Kad akses ditala pada pad kekunci pintu. Hud cepat-cepat menanggalkan kasut sebelum tersadung akan sesuatu.
"Argh!"
Hud mengusap lengannya yang sakit tercucuk sesuatu. Dengan mata yang tertutup dia meraba 'benda' itu sebelum dia merebahkan diri ke katil.
Kasut tumit Qalisya yang terbalik itu disentuhnya.
"Inilah benda yang cucuk lengan aku semalam." Dia menelan liur dan menoleh ke kiri dengan lambat-lambat.
Lelaki itu kembali melompat kepada Qalisya. "Sumpah aku tak tahu macammana aku boleh ada kat sini, Sya." Ujar Hud. Mata Qalisya sudah berkaca. "Sya, sorry aku tak tahu macammana aku..."
"Kau melampau kan, Hud? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan aku?!" Soal Qalisya yang masih teresak-esak.
"So... sorry weh, sumpah aku tak tahu. Aku tak ada niat buruk atau terfikir untuk apa-apakan kau. Percayalah."
"Habis tu, macammana kau boleh ada dekat sini? Bilik ni bilik vvip lah, tak semua orang boleh masuk!"
Hud meramas rambutnya tanda tidak puas hati. "Aku tak tahu!"
"Kalau aku termengandung nanti... memang masaklah." Kata Qalisya yang masih bersisa tangisannya. Mereka berdua sudah penat bergaduh antara satu sama lain.
Selepas ditenangkan Hud berkali-kali barulah Qalisya mula berhenti menangis.
"Kita tak buat apa-apa pun semalam dan kau tak akan mengandung. Faham?"
Qalisya mendengus seraya tersenyum sinis. "Next period aku tinggal lagi dua minggu je. Kalau aku tak period, siaplah kau!"
Hud menggelengkan kepalanya. Suis pengering rambut dimatikan. "Aku kata takkan tu, tak akan lah."
"Bak sini kad kau. Aku nak check macammana kau boleh masuk ke sini."
"Entah-entah kau ikut aku dari belakang, lepas tu bila aku masuk bilik ni... kau pun ikut masuk. Memang sengaja pun nak masuk ke bilik ni!"
Hud menelan liur. "Kau jangan nak melampau eh, Sya. Kau tu... badan pun papan, ada hati ingat aku nak kat kau."
"What? Papan? Aku ni badan type model tau. Tapi yalah, lelaki mawas macam kau ni manalah nak tahu kan badan model tu macammana."
Hud menggelengkan kepalanya. Malas hendak melayan perasaan Qalisya. Dia meletakkan mesin pengering rambut itu ke tempatnya dan meletakkan tuala di atas kerusi. Kad aksesnya diberikan kepada Qalisya.
Qalisya membaca nombor pada kad akses tersebut.
"Amboi... sewa bilik no 1, kaya betul."
"Zarif yang bagi."
Qalisya terus mengangkat wajahnya. "Sayang betul kan tuan Zarif tu pada kau? Sampai boleh bagi kad bilik no 1 hotel ni pulak tu."
"Kau ni siapa sebenarnya dengan tuan Zarif?" Sambungnya lagi seraya mengelilingi Hud sama seperti hari pertama dia melihat Hud.
"Sibuk nak jaga tepi kain orang dah kenapa? Kau jangan nak perasan sangatlah si Zarif tu suka kau. Dia tu tak suka kau."
Qalisya meletakkan tangan-tangannya di bahu. "Oh my God, tolonglah... bila masa pula aku perasannya?"
Lelaki itu berjalan ke pintu. Terus Qalisya menarik tangan Hud. "Check dulu kalau-kalau ada orang."
"Bilik aku tu kat sebelah ni je, Qalisya. Kau tak payah risaulah, tak ada siapa pun perasan." Jawab Hud sebelum mengangkat panggilan telefon.
Hud melihat ke kiri dan ke kanan sebelum melangkah keluar daripada bilik itu.
"Macammanalah dia boleh masuk dalam bilik aku ni? Entah-entah dia memang sengaja tak?"
Mundar-mandir Qalisya berjalan. "Tapi kalau Hud sengaja nak masuk bilik ni, takkanlah dia pun terkejut sama. Betul tak?"
Geli-geliman Qalisya membayangkan wajah Hud yang selekeh dan tidak terurus itu. "Kalau aku mengandung, macammana? Takkan aku nak kena kahwin dengan dia?"
"Argh, tak nak kahwin dengan Hud! Dia tu dah lah tak handsome! Selekeh! Lelaki gila! Mawas!"
Jarinya dipetik. "Kalau aku mengandung, aku akan gugurkan budak tu sebelum Hud tahu. Aku akan bagitahu lepas aku dah siap-siap buang budak tu."
"Betul! Gugurkan je budak tu."
Dia berpaling ke kiri dengan tangan di dagu. "Tapi macammana kalau aku tak mengandung pun nanti? Maksudnya aku dengan dia tak ada buat apa-apa pun lah."
Qalisya menyentuh kepalanya yang tiba-tiba terasa sakit. Tubuhnya mula menggigil dan terasa kebas pada beberapa bahagian badan. Dia bergerak dengan langkah perlahan sebelum terjatuh ke lantai.
Mujur tangan kirinya tidak kebas, jadi dengan tangannya yang itulah dia guna untuk mencapai ubatnya di dalam laci. Selepas menelan ubat, dia masih lagi kaku di situ sehingga rasa kebas itu hilang.
Tangannya naik berjabat salam dengan pelabur daripada Turki. Zarif tidak berada di Alamanda sekarang, lelaki itu sedang menghadiri kursus perhotelan yang baru. Walaupun Zarif boleh saja menghantar Qalisya sebagai wakil, tetapi dia mahu mengumpul pengetahuan itu sebelum daripada Qalisya.
Banyak yang mereka berdua bincangkan sebelum Qalisya membawanya pergi bersiar-siar di dalam kawasan Alamanda. Daripada lobi, kolam renang, padang golf, arked permainan dan banyak lagi sehingga yang terakhir sekali restoran.
Tuhan saja tahu betapa berdebarnya rasa di dada Qalisya waktu itu. Kalau bertentang mata dengan Hud, mungkin dia situ juga dia akan berpura-pura pengsan.
Cakap tentang Hud, sudah lama dia tidak nampak kelibat lelaki itu di hotel. Tidak pasti sama ada dia yang terlalu banyak meluangkan masa di dalam bilik atau Hud yang tidak datang bekerja.
Ketika berada di restoran, dia banyak kali menjinjangkan lehernya untuk mencari kelibat lelaki tersebut. Pelik. Kebiasaannya Hud terlalu mudah untuk dijumpai.
"Hello, Mr. Ekin! How are you?!" Sapa Hud yang muncul dari belakang Qalisya. Dia bersalaman dengan lelaki Turki itu.
Tanpa bertanya izin, kerusi kosong di sebelah Qalisya diisinya.
"What happened to your handsome face, Hud?" Lelaki itu menggelengkan kepalanya. "I hardly know you."
Hud ketawa dengan agak besar. Buat pertama kalinya Qalisya mendengarkan lelaki itu tertawa. Tawanya membuatkan dia berasa sesuatu. Rasa tenang. Seperti baru lepas melihat anak-anak kecil ketawa.
Hud dan Ekin berborak panjang dan itu menjanggalkn Qalisya yang cuma seorang perempuan di meja.
Makanan sudah dibawa ke meja. Mereka bertiga menjamu selera bersama-sama. Usai makan tengahari, Qalisya membawa Ekin masuk ke bilik VVIP di sebelah biliknya.
"Please call me if you need anything, Mr. Ekin." Ujar Qalisya sebelum menundukkan kepala dan meletakkan tangan di dada. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik.
Pintu itu ditarik Qalisya. Terjerit kecil Qalisya jadinya bilamana Hud turut berada di hadapannya.
"Kau memang suka buat jump scare eh, Hud?" Qalisya tertunduk memegang lutut. Lemah kakinya bila melihat 'mawas' itu.
"Jaga Mr. Ekin tu betul-betul. Di tu nampak je okay, tapi sebenarnya sensitif." Kata Hud dan berjalan pergi dari situ. Gadis itu kemudiannya hanya berpeluk tubuh.
"Eleh... macamlah kenal sangat Mr. Ekin tu." Qalisya menjawab. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Kakinya pantas mengejar lelaki itu.
"Tiga hari saja lagi, Hud."
Hud menghentikan langkahnya. Mengerti dengan apa yang cuba disampaikan oleh Qalisya.
"Dia akan datang. Jangan risau."
"Macammana kau boleh yakin sangat, hah? Yang nak kena menanggungnya nanti... aku tahu?!"
Hud menarik lengannya yang disentuh Qalisya. Kesan itu dilap dengan apronnya. "Tiga hari tu tak lama mana pun lah. Aku kata tak akan tu... memang tak akan lah."
Qalisya melihat sekeliling mereka berdua yang sepi tiada orang. "Aku perlukan kepastian, Hud! Aku takut!" Suaranya perlahan sahaja menyatakan itu.
Nafas Hud dihembus perlahan-lahan. "Aku... mandul. Faham? Mandul."
Qalisya ternganga besar sebelum dia melepaskan tawanya.
"Seriuslah? Kau? Kau man..." Qalisya sambung ketawa lagi. Dia langsung tidak boleh menerimanya.
Hud menutup mulut Qalisya. Dia bimbang jika didengari oleh orang lain.
"Ya, aku memang man. Dul. Puas hati kau?"
Qalisya berpeluk tubuh sambil ketawakan Hud yang sudah berjalan meninggalkannya.
"Lah.. mandul rupanya, patutlah yakin semacam." Qalisya masih mahu tertawa.
Sekejap sahaja fikirannya sudah berubah. Wajahnya kembali berkerut seribu. "Macammana kalau dia cakap macam tu sebab tak nak bertanggungjawab?"
"Hud! Hud tunggu aku!" Jerit Qalisya yang berlari ke arah lif.
Share this novel