BAB 20

Drama Series 41228

QALISYA meletakkan tangannya di belakang kepala sambil sebelah kakinya pula diletakkan di atas lutut. Matanya melihat siling kosong itu sambil berbaring. Dia tidak kenal pun lelaki bernama Hud itu namun mengapa dia seperti mengenalinya?

"Siapa dia, ya? Tak pernah nampak pun sebelum ni." Bibirnya digigit sebelum mulutnya berdecit. "Tapi betul ke aku isteri dia? Entah-entah dia salah orang."

Hud membuka pintu wad Qalisya dan berjalan masuk bersama-sama dengan doktor Hazwani. Qalisya terus bangun dan berpeluk tubuh.

"Qalisya, how are you feel now? Much better?" Soal Hazwani.

"Doktor kenal ke siapa lelaki ni?" Soal Qalisya yang masih bingung dan sedikit tegas. "Takkan doktor nak cakap pasal saya depan lelaki stranger ni? Suruhlah dia keluar dulu."

Hazwani dan Hud saling bertatapan sebelum Hud meninggalkan wad tersebut. Ikutkan hati, dia pun tidak mahu berada di situ. Bersama-sama dengan seorang pengkhianat dirinya.

Selepas pintu itu ditutup dengan Hud, barulah Hazwani mendekati Qalisya yang sedang duduk bersila di atas katil. "Qalisya, awak ingat bila tarikh hari ni?"

Qalisya membuka sepuluh jarinya dan mula mengira tarikh. "2 Jun 2015? Kan? Betul tak?"

"Salah, hari ni 25 Disember 2015."

Matanya terbuka luas. "Oh my God, jadi doktor nak cakap yang... ."

"Kanser awak dah naik ke tahap dua, Qalisya. Kita kena buat pembedahan dengan cepat. Awak dah mula alami simptom yang teruk, otak awak dah mula gagal untuk sampaikan arahan... dan awak juga dah mula hilang ingatan. Sebelum kanser awak bertambah parah, lebih baik kita bertindak untuk kecutkan sel kanser tu."

Qalisya menggeleng-geleng laju kepalanya. "Saya takut, doktor. Saya takut dengan pembedahan tu."

"Suami awak dah pun setuju untuk hantar awak pergi ke luar negara bagi menjalani radiosurgeri pisau gamma. Takkan ada pisau atau benda yang akan menyakitkan awak, Qalisya."

Berkerut dahi Qalisya apabila dia mendengar satu patah perkataan itu. "Suami? Siapa?"

"Lelaki tadilah, Hud."

"Hud?"

Lengan Hazwani digenggamnya. "Lelaki tu! Lelaki tu! Macammana saya boleh berkahwin dengan dia?!"

Hazwani tertawa kecil melihat reaksi wajah Qalisya yang masih bingung dan marah dalam satu masa, dia juga sudah masak dengan perangai kelakar pesakitnya itu.

"Manalah saya tahu, awak yang kahwin dengan dia. Bukan saya. Awak dah pernah mengandung dah pun, takkan tak ingat?"

"Mengandung?! Maksud doktor... ada baby... dalam perut saya ni?! Macam tu ke?" Soal Qalisya sambil menarik tangan Hazwani untuk diletakkan pada rahimnya.

"Macam-macamlah awak ni, dah lah tu... saya nak arrange kan jadual untuk pembedahan awak. Petang nanti saya akan discharge kan awak." Hazwani membalas.

"Petang? Sekaranglah, doktor. Saya bosan, mati kutu saya kat sini."

"Baik, nanti saya bagitahu pada suami awak."

"Ei... suami... geli je aku." Bebelnya sendirian. "Doktor, ingatan saya ni bila nak pulih?"

"Dua tiga hari kang eloklah tu." Balas doktor wanita itu sebelum keluar daripada wad.

Qalisya hanya melihat Hud disebelahnya yang sedang memandu kereta. Lelaki itu tampak dingin. Akalnya tengah berfikir bagaimana mereka boleh berkahwin. Kerana cintakah? Jika kerana cinta mengapa lelaki itu hanya diam membisu sejak tadi?

Qalisya memusingkan badannya menghadap Hud sambil berpeluk tubuh. "Hei, kau ni betul ke suami aku?"

Hud hanya menjeling dan mendengus kasar. "Kalau betul pun asal? Kau tak percaya?"

"Ish, berlagak yang amat!" Qalisya membalas, dia berpura-pura meludahkan liurnya bagi menunjukkan rasa geramnya.
"Macammana kita boleh kahwin? Aku tak rasa kita ni... saling... mencintai..." Qalisya tidak sanggup meneruskan ayat, dia jadi mahu termuntah dengan perkataan 'cinta'. Mulutnya ditekup. "Satu sama lain."

"Malaslah aku nak cakap tentang ni, Qalisya. Ingatan kau pun akan kembali pulih selepas beberapa hari ni, jadi aku rasa tak perlu nak bazirkan waktu aku untuk bagitahu." Hud masih bernada dingin. Dia langsung tidak melihat Qalisya.

"Ey... sombong betul." Qalisya mula menjongket bibir. Dia kembali memandang hadapan.

"Slot pembedahan kau mungkin akan dimasukkan untuk bulan hadapan, jadi aku nak kau ready. Bila-bila masa saja aku akan hantar kau ke Korea untuk jalani radioasurgeri tu. Kau pergi sorang."

Qalisya tertawa kecil. "Aku ni dah nak mati dah lah, tak perlu pun nak bazirkan duit kau untuk hantar aku pergi ke sana. Simpan jelah duit kau, aku tak nak terhutang budi." Dia kembali mendakap tubuh.

Kereta Hud diseret ke bahu jalan dengan sekelip mata sampaikan berlanggar kepala Qalisya dengan cermin kereta lelaki itu.

"Hei, lelaki tak guna. Kau tahu kan kepala aku ni sakit? Kenapa kau..."

Hud menolak Qalisya dengan kuat ke pintu kereta. Dia merenung tajam pada mata bulat itu. "Aku takkan biar kau mati, faham?"

"Jangan balik Malaysia selagi kau belum sembuh. Aku benci tengok kau sakit, sebab kau kena sihat sepenuhnya dan tanggung semua kesalahan kau!"

Qalisya mendengus kuat dan menolak bahu Hud. "Hei, aku tak kenal pun siapa kau tapi kalau kau ni memang suami aku... jadi kau sepatutnya tahu kenapa aku buat macam tu dan patut beri sokongan kepada aku! Bukannya nak tengok aku menderita!"

"Apa yang kau buat tu salah, Qalisya! Kau dah salah orang! Alamanda tak sejahat macam apa yang kau fikirkan!"

Qalisya memburaikan tawanya tanpa henti sambil memandang Hud. "Jadi maksudnya kau tak pernah ambil tahu pun lah siapa diri aku ni walaupun aku adalah isteri kau! Suami jenis apa kau ni kalau tak nak ambil tahu tentang kisah hidup isteri kau sendiri?"

Dagu Hud ditarik Qalisya agar lelaki itu mendekat dengannya. "Kau dengar sini ya, Hud. Selagi mana aku hidup, selagi tu aku akan terus berazam untuk hancurkan Alamanda. Aku akan berhenti bila aku dah gila atau mati saja!"

Mereka berdua saling berbalas renungan yang menikam sebelum Qalisya mengambil barang-barangnya dan keluar daripada kereta Hud. Hud menghentak stereng keretanya tanda tidak puas hatinya. Tanpa menoleh ke belakang, dia terus menolak gear untuk jalan.

Qalisya tetap datang ke Alamanda walaupun jam sudah menunjukkan pukul 12 tengahari. Berserta dengan lagaknya dia berjalan masuk ke Alamanda. Penumbuknya dikepal lama, anginnya mula tidak kena bila dia berada di situ.

Sedang dia berjalan hendak menuju ke lif, tiba-tiba tubuhnya dilanggar dengan seseorang.

"You cuba nak tunjuk yang you ni tak ada adab ke, Irfan?" Soal Qalisya kepada lelaki yang berdiri di sebelahnya. "You lupa ke siapa i?"

"Takkanlah i lupa, cik Qalisya? Cik Qalisya kan GM dekat hotel ni." Balas Irfan yang membuatkan Qalisya tersenyum sinis dengan jawapannya.

"Baguslah kalau you tahu perbezaan taraf kita. Dan sedar... yang you cuma salah seorang daripada anjing-anjing dekat hotel ni."

Kali ini Irfan pula tersenyum sinis sebelum tertawa besar. "Anjing? Mungkin betul, i salah seorang daripada anjing-anjing peliharaan you dan tuan Zarif kat Alamanda ni. Tapi you jangan ingat i tak tahu... apa yang you dah buat dalam diam pada hotel ni , cik Qalisya."

Qalisya menoleh ke arah Irfan. Keningnya terjongket sebelah memandang lelaki itu. "Mestilah you kena tahu, Irfan. You ingat nama Alamanda ni naik sebab you ke? No... sebab i. I yang naikkan nama Alamanda ni dalam diam. Sebab tu you cuma layak jadi anjing kepada i dan tuan Zarif sahaja."

Matanya menjeling Irfan dan berjalan masuk ke lif, apabila Irfan mahu masuk dia lantas menahan langkah lelaki itu dengan tangannya.

"Ops... sorry, i tak boleh nak dekat dengan anjing sebab najis, kan?"

Irfan menganggukkan kepala tanda setuju. "Betul juga apa yang cik Qalisya cakapkan tu. Apa-apa pun hati-hati cik Qalisya... sebab tak semua anjing baik perangainya. Bila-bila masa sahaja anjing-anjing ni akan gigit tuan mereka."

"Oh ya? Itu kalau anjing orang lain kut, sebab kalau anjing tu anjing i... belum sempat anjing-anjing tu nak gigit, i dah hapuskan dulu seekor demi seekor." Balas Qalisya sebelum pintu lif tertutup rapat. Tubuhnya bersandar pada dinding dengan nafas yang terasa tidak cukup.

"Tak guna kau, Irfan. Berani sungguh kau nak ugut-ugut aku?"

Saat pintu lif terbuka, dia terus bertembung mata dengan kedua-dua orang lelaki itu. Zarif dan Hud. Dia melihat Hud sedang memakai pakaian yang sama seperti dirinya. Perlahan-lahan dia keluar daripada lif.

"Sya, kenapa you masuk kerja? You kata you migrain hari ni." Zarif terus menarik Qalisya dekat dengannya. Tangan Qalisya dielus-elusnya. "Migrain you dah hilang ke?"

Qalisya menganggukkan kepalanya. "Dah. Thanks for your concern."

"Mestilah i risau, you kerap sangat cuti lately sebab asyik jatuh sakit. That's why i tak kisah kalau you nak ambil cuti panjang. You patut kisahkan tahap kesihatan you, Sya."

Hud menjeling Qalisya dan Zarif sebelum berjalan masuk ke dalam lif. "Zarif, aku tunggu kat bawah."

"Hud tu siapa?" Soal Qalisya. "Berani betul dia naik kat atas ni."

Zarif hanya tertawa. "Biarlah dia, lagipun dia cuma datang jenguk i kat ofis sebab kitaorang dah lama tak berjumpa. Dia pun busy sebab jaga wife dia yang sakit tu."

Kali ini Qalisya pula yang tertawa. "Macamlah sakit sangat wife dia tu. Macam elok je orangnya."

"You... pernah jumpa Haura ke? Kenapa you kata macam tu sedangkan Haura tengah terbaring kaku dekat rumah?"

"Haura?" Soal Qalisya. "Bukan wife dia... ah! Nevermind. I ada kerja, i masuk ofis dulu ya tuan Zarif?"

Zarif menganggukkan kepalanya dan menekan butang lif lagi. Matanya memerhatikan langkah Qalisya sehinggalah wanita itu masuk ke dalam pejabatnya.

Sorry korang i amend buat kali ketiga. Biasolahh i manusia maaa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience