QALISYA dan Zarif sama-sama menjamu selera dengan bakal pelabur hotel selepas habis bermesyuarat. Lelaki berwarganegara Korea itu sangat menyenangi mereka berdua. Kadangkala lelaki itu menyakat Qalisya dan Zarif kerana tampak sangat serasi dua orang pemuda-pemudi tersebut.
Walaupun lelaki itu berasal dari tanah Hanbok, namun bibirnya boleh bertutur di dalam bahasa Melayu. Qalisya dan Zarif amat menyenanginya.
"Saya sangat tidak sabar dengan pembukaan cawangan Alamanda yang seterusnya. Saya belum pernah lagi pergi ke Pulau Langkawi, i think Alamanda would be the ticket for me to go there."
Qalisya dan Zarif berpandangan antara satu sama lain berserta senyuman.
"Mestilah, Lee sajang. Rugi tau dah datang Malaysia tapi tak ke Pulau Langkawi. Kalau dah ke sana, mesti dah tak nak ke sini lagi." Jawab Zarif.
"Jongmal?"
"Dae." Balas Qalisya yang membuatkan seisi dewan makan kecil dan privasi itu riuh dengan tawa.
"Awak sangat pandai, Sya. Suatu hari nanti, pergilah ke Korea pula. Saya akan bawa kamu berdua ke Jeju-do."
"Jeju-do?" Zarif menyoal.
"Pulau Jeju." Ujar si gadis. Zarif langsung mengangguk kepala. Sudah lama dia ingin ke situ, cumanya tidak menyempat saja.
"Sya, macammana dengan persiapan untuk ocassion KL fashion week? Everything is on track ke?"
Qalisya mengangkat wajahnya. Siang tadi dia baru saja habis bermesyuarat dengan lelaki korea itu dan dari petang pula dia sibuk dengan persiapan majlis besar. Rasa tidak cukup tangan, tapi Zarif lah puncanya!
Majlis itu akan berlangsung di Alamanda satu bulan saja lagi. Dia membuka fail dan memeriksa segala jadual sebelum kembali menutupnya.
"Buat masa sekarang, dewan tu dah siap 80 peratus. Ada beberapa masalah kecil, tapi boleh diselesaikan dalam masa yang singkat. Dua minggu lagi semua model-model tu dah boleh datang praktis kat Alamanda." Jawab Qalisya dengan mata yang berat. Ngantuk betul matanya bila dia terpaksa berjaga malam tadi.
"I harap dengan cara ni, sales Alamanda akan meningkat dan nama Alamanda makin dikenali. Thanks Sya, kalau bukan sebab you promote kan Alamanda pada pereka fesyen terkenal tu... i tak tahulah nak buat apa lagi untuk naikkan lagi nama Alamanda." Balas Zarif.
"Kalau you mengantuk, tidurlah kat bilik. I tak larang." Sambung Zarif lagi. "I tahu you letih."
Selepas Zarif keluar daripada ofis Qalisya, automatik kepalanya dijatuhkan ke atas meja. "Penatnya..."
Qalisya mencapai telefonnya untuk dia mengunci jam. "Lima minit je, Sya... lima minit je."
Qalisya terjaga dari lelapnya apabila telefonnya berbunyi. Bunyi notifikasi khas yang diset olehnya itu membuatkan dia terpaksa juga menjengah skrin telefon. Ia merupakan notifikasi daripada kumpulan pengurus-pengurus hotel.
'I tak sempat datang untuk buat kitchen monitoring. May i ask miss Qalisya replace me?'
Keluhan yang panjang bergema di ofisnya. "Haah memang aku je yang kena buat semua kerja kat hotel ni. Kauorang semua cuma lepak, dan makan gaji buta !"
Gadis itu bingkas bangun dan keluar daripada ofis dalam keadaan marah tanpa membalas pun mesej itu daripada pengurus bahagian restoran hotel.
Wajahnya tegang tika melangkah masuk ke bahagian dapur. Dan apa yang lebih menambah minyak di api kemarahan hatinya adalah apabila Hud dan dia sempat bertatapan untuk sesaat. Apabila dia mula membuat pemantauan bahan-bahan masakan yang ada, Hud pula pergi meninggalkan dapur.
"Hari ni ada complain lagi ke?" Soal Qalisya kepada sause chef. Dia baru sahaja memeriksa bahan basah bersama-sama dua orang pembantu tukang masak.
"Hari ni tak ada, yang last dua minggu lepas tu je lah." Balas wanita itu. Qalisya mengangguk sebelum mengambil sudu dan merasa sos yang berada di dalam kuali. Perlahan-lahan kepalanya mengangguk.
Bunyi jeritan di belakang mereka berdua membuatkan Qalisya terus berpaling ke belakang. Ada api besar di kuali yang digunakan untuk menggoreng sesuatu. Sudahlah saiz kuali besar, api juga ikut sama saiz dengan kuali.
"Janganlah jerit, ambillah pemadam api tu!"
Gadis yang menjerit tadi terus menadah air di dalam bekas sementara seorang lelaki berlari ke stor untuk mengambil pemadam api yang dimaksudkan oleh Qalisya.
Terbuntang mata Qalisya apabila melihat gadis itu sudah siap menadah air, pantas dia berlari untuk menahan gadis itu.
Hud terus mencelupkan apronnya untuk sesaat dua ke dalam besin yang menyimpan air bersih untuk mengemop lantai sebelum bertindak untuk menolak tangan gadis itu daripada menyimbah air tadahanya ke dalam kuali tersebut.
Pantas tangannya meletakkan apron lembabnya ke atas kuali yang terbakar tadi.
"Ini api minyak tahu tak? Dah gila ke nak guna air?" Jerkah Hud kepada gadis yang memakai topi chef. Gas dapurnya terus dimatikan. Kepulan asap-asap putih keluar daripada bawah apronnya.
Terbata-bata Qalisya apabila air tadi termasuk ke dalam lubang hidungnya. Pedih sungguh!
Hud dan saus chef kumpulan kedua itu terus memandang Qalisya.
Qalisya dan Hud saling berpandangan tajam sambil tangan Qalisya memerah bajunya yang lencun.
"Apa?" Soal Hud dengan wajahnya diangkat tinggi.
"Apa?" Qalisya menyoal kembali dengan nada memerli.
"Siapa suruh kau berdiri situ? Bukan salah aku."
Qalisya terus bercekak pinggang dan kembali memandang tajam ke mata Hud. "Can you at least say sorry to me? Faham tak sakit?"
Hud tidak membalas, dia berdiri kaku saja sambil melihat kepulan asap yang semakin pudar. Qalisya semakin panasan.
"Mana api? Mana api? Ni saya dah bawakan pemadam api."
Pemadam api itu lantas dirampas oleh Qalisya dan terus menyembur pemadam api itu kepada Hud.
Habis berdebu separuh sisi badan Hud dek semburan tersebut. Qalisya terus membaca nama jenis pemadam api itu.
Qalisya menoleh kepada lelaki disampingnya. "Lain kali sebelum belajar memasak, rajin-rajinkan dulu membaca jenis pemadam api yang betul untuk padam api minyak."
Pemadam api itu diberikan semula pada lelaki tadi sebelum Qalisya keluar daripada situ.
"Puas hati aku!" Bibir Qalisya tersenyum tak berhenti apabila terkenangkan rupa Hud yang hanya separuh badan berdebu putih.
Dia jadi teringat untuk meninjau keadaan ballroom yang akan digunakan untuk acara terkemuka itu. Walaupun uniformnya sudah lencun pada bahagian hadapan, ia langsung tidak mempatahkan Qalisya yang betah untuk membuat lawatan.
Habis sahaja dia membuat lawatan. Dia membuat ringkasan sebelum berangkat pulang.
Sebulan sudah berlalu. Malam itu hotel banyak menerima tetamu-tetamu yang akan memenuhi kerusi di ballroom Alamanda. Antara tetamu jemputan yang terdiri daripada kalangan staf hotel adalah Qalisya, Ayla, Zarif berserta dua orang lagi.
Nama Qalisya dan Zarif ditempatkan bersebelahan dan di hadapan sekali. Qalisya yang duduk disitu menjadi tumpuan beberapa orang kerana kecantikan yang ada pada dirinya. Sebenarnya gadis itu tidak berminat langsung dengan bidang fesyen, dan tidak berkemahuan untuk hadir di dalam acara pada malam itu. Tapi kerana asyik didesak Zarif, dia terpaksa mengalah.
Zarif kelihatan begitu tertarik dengan persembahan-persembahan model di pentas. Qalisya pula banyak menguap. Malam itu, Zarif banyak berbual dengan Ayla kerana gadis itu turut sama menunjukkan minatnya terhadap dunia fesyen.
"Tuan Zarif, saya nak ke restoran sekejap. Nak beli air. Tuan Zarif nak?" Soal Ayla.
Qalisya terus menoleh kepada mereka berdua. "I nak."
"I offer tuan Zarif je." Balas Ayla sebelum bangkit.
Qalisya turut sama bangun dan berjalan keluar daripada ballroom itu.
"Qalisya Irdeena." Panggil Ayla yang berkerlip dress nya.
"Apa?" Jawab gadis tersebut.
"You rasa, apa nama baby lelaki yang sesuai untuk tuan Zarif?"
Qalisya menggelengkan kepalanya. "Kau ni dah kenapa? Tanya soalan pelik-pelik."
"Ish, jawab je lah i tanya tu."
"Entah lah. Malas lah aku nak layan kau." Balas Qalisya yang hanya berblazer kuning terang.
Ayla mejedakan langkahnya, dia tersenyum lebar. "Aku akan kalahkan kau, Qalisya. Kau tak akan dapat Zarif."
"Malam ni, aku akan tidur dengan Zarif. Lepas tu, bila bangun je... aku akan paksa Zarif untuk kahwin dengan aku! Yes!" Ujarnya. "Ya Allah, permudahkanlah aku untuk berkahwin dengan lelaki terkaya pada abad ini. Amin."
Qalisya melihat jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 9. Lagi sejam sahaja sebelum restoran mulai ditutup.
"Plain water satu."
"I pun nak plain water." Ujar Ayla yang baru muncul di sebelah Qalisya.
Usai membuat bayaran, Qalisya dan Ayla berjalan seiringan untuk kembali ke ballroom semula.
"Kejap!"
Qalisya menyerahkan botol minumannya kepada Ayla. "Aku nak ke tandas. Tolong pegangkan kejap."
"You ni, macam-macamlah!" Bebel Ayla seraya menyambut botol air itu daripada tangan Qalisya. Qalisya tergesa-gesa masuk ke dalam tandas.
Ayla melihat sekeliling yang sunyi sepi tanpa orang. Botol air Qalisya didakap ke dada manakala botol di tangannya dibuka tutupnya dan memasukkan sesutu ke dalamnya. Botol air itu digoncang Ayla sehinggalah pil itu sudah sebati dengan air di dalamnya.
"Thanks." Qalisya mengambil botolnya daripada tangan Ayla sebelum meneruskan langkah.
"Wah! Sedap you dah minta tolong i, now you tolong i pula pegangkan botol ni. I pun nak pee pee.... ."
Qalisya menjongket sebelah bibir mendengarkan ayat itu. "Tak malu."
"Lantaklah." Jawab Ayla sebelum menghilang ke dalam tandas. "Eh, jangan salah botol eh. Yang kanan tu botol i!"
Tergeleng-geleng kepala Qalisya sambil melihat Ayla. Kedua-dua botol diperhatikan. Tiada beza. Sama saja. Bibir itu kembali terjongket.
"Nurse boleh balik dulu, nanti saya..."
Botol air yang berada di tangan Qalisya habis jatuh ke lantai apabila dilanggar oleh seseorang.
Qalisya menjeling Hud sebelum mengutip botol-botol air yang jatuh di lantai tadi.
"Jalan tu jangan pakai kaki je, pakai mata tu sekali!" Bebel Qalisya sambil memandang Hud atas bawah.
Hud merampas botol air daripada tangan Qalisya dan meneguknya.
"Takat air macam ni, beribu aku boleh belilah."
Hud mencampak botol itu ke wajah Qalisya dan meninggalkan Qalisya yang tercengang-cengang.
"Kau memang gilalah, Hud!" Jerit Qalisya yang bergema di lobi. "Ei, geramnya aku!"
Qalisya mengutip semula botol yang terjatuh ke lantai.
"Bak botol i." Pinta Ayla. "Amboi, haus betul you ya sampai separuh dah habis? Ish! Ish! Ish!"
Ayla merampas botol yang masih penuh dengan air itu daripada tangan Qalisya. Qalisya masih dengan amukannya dibiarkan Ayla bersendirian.
Ayla memberikan botol air tadi kepada Zarif. Dia melihat Zarif minum air tersebut sambil menyimpan seribu harapan.
'Tak lama lepas ni, kau mesti akan rasa mengantuk yang amat sangat, Zarif. Masa tu, aku akan bawa kau ke bilik dan... argh! Tak sabarnya nak tunggu suprise untuk esok pagi!' Bisik hati Ayla. Bibirnya tersenyum tidak lepas.
Qalisya mengambil tempatnya semula. Tisu di dalam poket bajunya diambil dan dilap pda permukaan botol sebelum dia meneguknya. Haus betul tekaknya dek kerana panasannya. Diteguknya air itu tidak berhenti sehingga licin untuk menyejukkan 'bahang' di dada.
Mata Hud mula berkelip-kelip. Kepala dan kantuk matanya terasa berat. Dia mencari air suam dan terus meneguknya.
Qalisya menyentuh kepalanya yang terasa berat. Matanya mahu terlelap dan sukar dibuka. Selepas sepuluh minit berlalu, dia terus meminta izin untuk pulang ke rumah.
"You nak i hantarkan?" Soal Zarif dengan risau apabila melihat keadaan Qalisya.
Ayla terus berkerut kening. 'Kenapa dia tiba-tiba mengantuk? Jangan-jangan...'
"It's okay, tuan Zarif. I boleh drive." Balas Qalisya berserta senyuman. Cepat-cepat dia keluar daripada situ.
Hud menggosok matanya berulang kali. Betul-betul dia tidak dapat menahan rasa mengantuk itu. Dilihatnya jam di dinding dapur. Dia berjalan ke ofis dapur dan kemudiannya mencari sesuatu.
Matanya sempat terlelap sambil tangannya mencari kad khas yang berada di bawah simpanannya dan Zarif. Dimana kad tersebut boleh mengakses ke semua bilik di hotel ini. Namun dia adalah pemilik bilik VVIP di Alamanda. Ada lima bilik VVIP di Alamanda, dua daripadanya berpenghuni tetap dan bakinya digunakan untuk tetamu istimewa hotel.
Tit! Tit!
Qalisya terus menolak pintu bilik peribadinya di hotel selepas kad Qalisya telah menyentuh skrin pad kekunci bilik. Tanpa menukarkan bajunya, Qalisya terus merebahkan diri ke atas katil.
Hud berjalan sambil bersandar pada dinding. Kepalanya sudah mula terasa sakit. Kadnya disentuh pada skrin pad kekunci bilik itu. Bunyi telefon yang berdering tidak dihiraukannya, badannya dihempas ke katil. Sekejapan sahaja dia sudah masuk ke alam lena.
Share this novel