QALISYA berlindung di bawah tempat perhentian bas seraya menggigil kesejukan. Payungnya diletak ke lantai. Hujan itu masih lagi tidak mahu berhenti. Jiwanya terasa amat sakit, dan sakit itu tidak mampu diungkapkan bagaimanakah rasanya. Dia tidak pernah menyangka bahawa hatinya akan terluka kerana lelaki itu.
"Jantan tak guna. Kau tunggu kat akhirat nanti aku tuntut semua pahala kau!" Ujar Qalisya. Tapak tangannya ditiup-tiup. Bajunya yang kering pun sudah kembali kuyup lagilah menjadikan dia tidak tahan dengan kesejukkan itu.
Cahaya lampu itu membuatkan matanya berpinar. Ada bayang yang keluar daripada cahaya itu. Mata Qalisya melihatnya dengan tidak jelas.
Hud meletakkan tangannya pada pipi Qalisya yang sejuk. Tubuh yang menggigil itu membuatkan dia tidak senang. Baru dia hendak mengangkat Qalisya, isterinya itu sudah terjatuh ke dalam dakapannya.
Qalisya dibawa ke bilik tetamu rumah itu. Pakaian Qalisya ditukarkan dengan yang baru. Rambut Qalisya pula dilap-lapnya agar lebih cepat kering. Pakaian yang basah itu dimasukkan ke dalam bakul baju kotor. Lantai yang lembab itu Hud mop sebelum dia kembali duduk di birai katil. Tangan Qalisya masih sejuk dan Hud lantas meniup agar menerima sedikit haba.
"Kenapalah kau ni degil sangat, Sya? Tak reti menunggu, cepat marah... . Aku cuma tak suka orang lain dekat dengan Haura, permintaan aku tak susah pun."
Tangan itu ditiup Hud sekali lagi. Lagi dan lagi sebelum diletakkan di sisi. Kemudian dia mengelus rambut Qalisya pula. Tangan hangatnya diletakkan ke telinga sejuk Qalisya.
Hidung Qalisya dicuitnya sebelum dia tersenyum kecil.
"Kau buat apa hah?" Soal Qalisya yang perlahan-lahan membuka matanya. Senyuman Hud terus hilang. Jari telunjuknya yang berada di atas hidung Qalisya ditarik dan dipulas membuatkan Hud menjerit kuat.
"Sakitlah, Qalisya! Lepaskan jari aku!" Pinta Hud yang semakin kuat jeritannya apabila Qalisya semakin kuat memulas jarinya.
"Ambik kau, jantan tak guna!"
Dia berhenti memulas jari telunjuk Hud apabila dia tersedar sesuatu. "Ni kat mana?"
Hud mengurut dan meniup jarinya yang masih terasa sakit dipulas Qalisya. "Mana lagi? Rumah akulah."
"Rumah kau? Lagi?! Eh tak ada, tak ada. Aku nak balik sekarang." Balas Qalisya yang sudah mahu turun dari katil.
Tangan Qalisya ditarik Hud. "Tak payahlah, duduk je sini. Hujan kat luar tu tak berhenti lagi tahu tak?"
"Dah tu? Nak aku duduk sini sampai esok? Hantar je aku balik." Qalisya berpeluk tubuh. Dia berkeras juga mahu pulang. "Kalau kau tak nak hantar tak apa, bagi je aku duit. Aku tak boleh nak guna duit aku pasal dompet dalam kereta. Kereta stuck."
"Oh, boleh juga tu. Kejap aku ambil duit." Ujar Hud sebelum melangkah keluar daripada kamar. Tidak lama kemudian dia kembali semula ke kamar Qalisya.
"Nah, ni je aku ada." Hud menghulurkan not sepuluh kepada Qalisya.
"Lah... banyak ni je mana cukup. Rumah kau dengan aku tu jauh."
"Ish, ini je aku ada. Kalau tak kau tidur je lah kat sini. Esok boleh gerak sama-sama." Balas Hud yang berbaju tidur hitam.
"Kalau macam tu bak kunci kereta Kancil kau. Aku pinjam bawa balik rumah."
"Okey, then macammana nak masuk rumah kalau kunci pun tak ada?" Hud sudah mula berpeluk tubuh.
"Kau kan ada kunci rumah aku."
"Mana ada, aku dah pulangkanlah."
Qalisya terus melabuhkan punggung di sebelah Hud. Dia juga turut sama berpeluk tubuh seperti orang di sebelah.
Kedua-dua buku limanya digenggam dan ditunjukkan kepada Hud. "Ei, kau tahu tak aku ni tengah geram? Geram dengan diri aku sendiri?!"
"Pasal kunci tu ke?" Soal Hud yang berpura-pura serius. Dia mahu tertawa melihat air muka Qalisya.
"Yalah, takkan pasal..."
"Tak ada, tak ada." Qalisya menggelengkan kepalanya dengan laju. "Pasal kau, pasal Haura pun aku geram jugak. Tapi biarlah, esok pun nak bercerai. Jadi lantaklah kauorang berdua."
Hud menarik tangan Qalisya. "Sorry lah, aku tak tahu kenapa aku sensitif sangat tentang Haura. Aku terlalu risau kalau ada apa-apa jadi dekat dia."
Qalisya menarik kedua-dua tangannya dan mengejek Hud melalui air mukanya.
"Aku dengan Haura dah kahwin sejak enam tahun lepas, kami kahwin tanpa restu daripada mummy aku."
Qalisya terus menoleh kepada Hud yang sedang merenungnya. Dia sedikit terpana dengan kenyataan itu, memang ada ke zaman sekarang ni hubungan perkahwinan yang tidak direstui oleh orang tua? Dia juga turut mengalihkan tubuhnya agar bertentangan dengan Hud.
"Mummy nampak baik bila dia layan Haura waktu aku ada, tapi bila dekat belakang... dia seksa Haura, dia buat Haura keguguran. Dia tak nak Haura kandungkan anak aku."
Qalisya menopang dagunya dengan kedua-dua tangannya. "Ada ke mak buat perangai macam tu?"
Hud menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. "Ada. Mummy aku."
"Mak mertua akulah?" Soal Qalisya yang membuatkan Hud tertawa kecil.
"Ya, mak mertua kau." Jawabnya. "Aku tak tahu yang mummy punca Haura keguguran, Haura pula tak pernah bagitahu. Kalau bukan sebab ketelanjuran dia berbicara... mungkin sampai sekarang aku masih tak tahu. Sejak daripada hari tu, aku dah tak percayakan mummy aku lagi."
"Macam-macam yang mummy buat untuk pisahkan kami bila dah kantoi tu. Tapi alhamdulillah, kami masih bertahan."
"Sebab tu aku tak bagi orang luar masuk sebab bagi aku ini semua salah satu rancangan mama sampai aku lupa, kau isteri aku juga. Sorry, Sya."
Qalisya menarik tangan Hud yang sedang mengusap lengannya. "Tak apalah, lagipun aku tak bolehlah nak bertindak macam tu. Dah lah kau paranoid, nak nak pulak aku buat macam tu... lagilah kau takut, kan?"
Hud menganggukkan kepala dan menarik tangannya yang dipegang Qalisya. Kali ini dia pula yang menarik tangan Qalisya dan mengusapnya.
"Kau... ada ayah?" Soal Qalisya yang mula mendakap bantal sambil melihat Hud.
Hud menganggukkan kepalanya. "Tapi dia dah meninggal dunia setahun sebelum aku kahwin dengan Haura."
"Oh... ." Balas Qalisya sebelum membawa ruang sepi antara mereka. Matanya melihat wajah lelaki itu tidak berkelip. Tangannya yang diusap Hud dibawa mengelus pipi lelaki itu. "Kenapa muka kau tak berapa nak macam lelaki Melayu? Muka kau macam kacukan, macam Cina atau Korea."
"Sebab ayah aku orang Korea. Han Chang Min, tapi itu nama dia sebelum masuk islam lah. Dah convert to muslim, nama dia Han Muhammad." Balas Hud. "Sebab tu lah pelabur kat Alamanda tu ramai orang Korea, sebab papa orang Korea."
Qalisya berkerut kening. "Apa kaitan papa kau dengan Alamanda? Bukan Alamanda tu keluarga Zarif punya ke?"
Hud menelan liurnya. Dia terlupa langsung tentang itu.
"Hud?" Soal Qalisya.
"Er... sebab... ayah aku dulu pun kerja kat Alamanda sebagai penterjemah bahasa. Jadi mudahlah untuk Alamanda tu tarik pelabur daripada Korea." Jawab Hud seraya menurunkan tangan Qalisya yang berada di pipinya.
Qalisya kembali menopang dagunya untuk melihat Hud. "Handsome lah kau ni, Hud."
Hud tertawa kecil seraya menggelengkan kepalanya. "Iya, kau pun cantik Qalisya."
Qalisya menolak bahu Hud sambil tersenyum kecil. Tercuit hatinya dengan balasan Hud. "Kau nak hadiah tak? I mean, hadiah pertama dan terakhir kita sebagai suami isteri?"
"Hadiah? Hadiah apa?" Hud menggaru kepalanya yang bingung.
Tangan Qalisya menutup kedua-dua kelopak mata Hud dan meletakkan tangannya di pipi Hud. "Jangan buka mata tau."
Hud melepaskan tawanya. "Iya, cepatlah bagi hadiahnya. Nervous ni nak dapat hadiah."
"Satu... ."
"Satu... ." Hud mengikut Qalisya mengira. Apabila Qalisya mengira lagi dia akan menirunya. "Dua... ."
"Tiga. Jangan buka mata tau." Pesan isterinya.
Qalisya menarik wajah Hud dan mengucup bibir lelaki itu untuk masa yang agak lama. Selepas itu barulah Qalisya perlahan-lahan menarik kembali wajahnya. "Dah boleh buka mata sekarang."
"Kau terkejut ke, Hud? Sorry!" Ujar Qalisya sambil ketawa besar. Air muka Hud menjelaskan betapa terkejutnya lelaki itu dengan hadiahnya.
"Hei, kau okey tak?" Qalisya menampar lembut pipi Hud. Lelaki itu masih lagi kaku sebelum...
Qalisya ditolak Hud sehingga terbaring di atas bantal. "Aku pun ada hadiah untuk kau."
"Yakah? Mana?" Soal Qalisya sambil melihat ke kiri dan kanan. Mencari hadiah yang dimaksudkan Hud.
QALISYA dan Hud berjalan masuk ke dalam isi perut kereta mewah lelaki itu. Hud berkemeja hitam manakala Qalisya pula berbaju kurung milik Haura.
Langsung tiada suara yang keluar daripada mulut mereka berdua. Baik Qalisya, baik Hud, masing-masing hanya sibuk dengan fikiran masing-masing.
Qalisya memejamkan mata saat Hud mendekati wajahnya yang turut membalas akan 'hadiah'nya. Balasan yang lebih romantis berbanding apa yang dia berikan.
"Itu... hadiah aku untuk kau." Kata Hud sebelum berjalan keluar daripada kamarnya.
Qalisya melihat beberapa orang pasangan sedang berjalan keluar daripada mahkamah dan hendak menuju ke parkir. Dia khayal dan tidak sedar namanya dipanggil oleh Hud disebelahnya.
"Sya." Panggil Hud lagi berserta dengan goncangan pada bahu Qalisya.
"Kita memang confirm ke nak bercerai?" Soal Qalisya.
"Apa?" Hud menoleh kepada Qalisya. Tadi dia sedang menyemak semula keterangan pda borang itu.
"Tak. Tak ada apa. Jom?"
Hud menganggukkan kepalanya.
Dia dan Hud berjalan seiringan sambil matanya melilau melihat pasangan-pasangan yang sedang menuruni tangga. Ada yang bersedih, ada juga yang gembira, ada juga yang sedang bergaduh.
Qalisya menarik lengan Hud daripada meneruskan langkahnya untuk menaiki tangga tika itu.
"Why?" Hud menyoal.
"Lepas ni kita akan bawa haluan kita masing-masing. Aku harap kau halalkan semua makan minum aku yang pernah kau bagi."
"Aku halalkan semuanya, Sya. Aku nak minta maaf kalau aku tak sempurna dalam menjaga kebajikan kau." Balas Hud sambil mencapai tangan Qalisya.
"Tak ada manusia yang sempurna pun kat dunia ni. Kita berdua ada kekurangan masing-masing." Qalisya mengukir senyumnya kepada Hud.
Hud membalas senyuman nipis itu dan kembali menaiki tangga. Sekali lagi tangan Qalisya menghalangnya.
"Kita memang... nak bercerai kan?"
Soalan itu kembali mengganggu fikiran Hud. Sudahlah dari tadi jiwanya tidak tenang mengenangkan apa yang mereka berdua lakukan pda malam semalam. Kaki Hud menuruni anak tangga itu sehinggakan tinggi mereka berdua jadi sama.
"Why did you ask that question?" Hud menyoal serius.
Qalisya menggelengkan kepalanya. "Saja, memerlukan kepastian. Lepas dah lafaz, tak boleh nak diundurkan balik."
Hud tidak membalas, dia cuma mengecilkan matanya sahaja. Qalisya pula merasakan bahang pada wajahnya kerana Hud tidak membalas.
Dia menarik lengan Hud untuk mereka berdua segera naik ke atas dan berjumpa dengan peguam. "Jom naik, kita dah lambat ni."
Hud terus menarik lengan Qalisya dan sekali gus menarik wajah Qalisya untuk dia memberikan lagi hadiahnya buat kali kedua kepada wanita itu.
Qalisya merangkul kemas tubuh Hud dan turut memberi balasan hadiah yang sama Hud berikan kepada dirinya. Apabila mereka sudah kembali sedar, pelukan itu dilepaskan Qalisya. Banyak mata yang memerhati mereka berdua.
"You still... wanna divorce?" Soal Hud.
Qalisya menggelengkan kepalanya dengan laju. "Don't want."
"Me too." Balas Hud sebelum Qalisya menariknya ke dalam pelukan yang erat.
Share this novel