HARI-HARINYA berjalan seperti yang selalu. Sunyi dan sepi tiada ganti. Waktu bekerjanya sudah lama tamat, namun entah mengapa dia tidak pulang-pulang. Bukannya dia sambung membuat kerja-kerjanya pun.
Butang lif ditekan Qalisya. Lemah sungguh rasa badannya hari ini. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Kepalanya terasa pusing ekoran dengan pergerakan lif. Baru dia tersedar akan sesuatu, dia masih belum menjamah apa-apa makanan langsung untuk sehari suntuk ini.
Pintu lif terbuka. Kening Qalisya hampir bertaut apabila dia masih lagi melihat lantai yang berkarpet biru. Terus jarinya menekan butang lif tutup.
Tiba-tiba sahaja, pintu lif tadi terbuka kembali lalu mempamerkan seorang lelaki bertubuh sasa. Mendengarkan bunyi pintu lif terbuka, Qalisya jadi mengangkat wajah mahu melihat gerangan tersebut.
Lelaki itu mempamerkan muka kaget dan merenung lama wajah Qalisya sebelum memetik jari.
"Cik ni staf hotel, kan?" Soal lelaki tersebut.
Qalisya yang bersandar pada lif perlahan-lahan menegakkan diri sebelum menganggukkan kepala. "Iya, betul tu. Kenapa, encik? Encik ada masalah untuk diadu ke?"
"Ada, saya rasa air-cond kat bilik saya tu rosaklah. Sebab saya dah turunkan suhu tu paling minima dah, tapi masih tak rasa sejuk. Boleh cik tolong saya check, kan? Kut saya salah tekan ke sampaikan tak sejuk-sejuk air-cond tu." Balas lelaki tersebut dengan wajah yang sedikit tidak puas hati.
Walaupun letih tubuh Qalisya ketika itu, dipaksakan juga untuk pergi memeriksa ke bilik yang dihuni oleh lelaki tersebut. Sambil berjalan menuju ke bilik yang dihuninya, lelaki itu masih mahu mengomen tentang suhu panas di kamarnya.
"Kami sentiasa buat pemeriksaan sebelum guest check-in our hotel. Mungkin ada yang kami terlepas pandang semasa membuat pemeriksaan tu. But, it's okay... i will solve this problem by tonight. Lepas dah periksa, i akan call staf i." Balas Qalisya.
Kad bilik ditala pada pad kekunci dan perlahan-lahan Qalisya mengikuti lelaki itu masuk ke dalam. Apabila lelaki itu mahu menutup pintu biliknya, terus Qalisya berpaling ke belakang.
"Encik tak perlu pun tutup pintu tu, senang nanti kalau staf saya nak masuk." Pesan Qalisya sambil meletakkan beg tangannya dan kemudian mengambil alat kawalan pendingin hawa kamar. Butang pada alat kawalan jauh itu ditekannya, namun pendingin hawa itu masih sama. Suhu yang keluar daripadanya masih tidak berubah.
Lelaki tersebut mengikut arahan Qalisya untuk tidak menutup pintu. Dia hanya berdiri sahaja disebelah pintu.
Qalisya berpaling ke belakang mencari sesuatu. Sebuah kerusi diambil lalu dipanjat. Cahaya dari telefon digunakan untuk dia memeriksa bahagian dalam pendingin hawa. Semuanya baik. Tiada habuk yang menghalang. Perlahan-lahan dia turun semula daripada kerusi.
"Saya rasa air-cond ni memang dah rosak, tapi encik jangan risau... saya akan tukarkan encik dengan bilik baru nanti. Ada apa-apa lagi yang saya boleh tolong?" Soal Qalisya dengan kedua-dua tangannya bercekak di pinggang.
Lelaki itu menganggukkan kepalanya. "Ada. Saya rasa tilam awak ni macam ada pepijatlah. Habis gatal-gatal satu badan saya bila baring."
"Pepijat?!" Soal Qalisya yang hampir naik berang. Dahinya berkerut. Bukan dia marah pada tetamu hotel itu, tetapi kepada staf-staf yang bertugas membersihkan bilik-bilik di hotel ini.
Qalisya terus menuju ke arah katil dan menarik semua cadar. Ditelitinya satu per satu untuk mencari pepijat yang dikatakan lelaki tadi.
Qalisya menanggalkan kasutnya dan memanjat katil. Dia masih leka mencari pepijat itu dan tanpa sedar lelaki tadi sedang berdiri dibelakangnya.
"I still haven't found the bugs that you told me about." Ujar Qalisya yang sedang marah, nadanya cuba untuk dikawal.
Kecur liur lelaki itu melihat setiap inci tubuh Qalisya. Sudahlah Qalisya memakai skirt separas lutut, semakin membuatkan nafsunya membuak-buak.
Qalisya menjerit kecil apabila punggungnya disentuh seseorang. Terus dia berpaling ke belakang dan melihat pintu yang sudah tertutup rapat.
"Qalisya Irdeena..."
Qalisya cepat-cepat mahu turun daripada katil, namun tangan lelaki itu pantas menyambar pinggang Qalisya sehinggakan Qalisya terus jatuh terbaring di atas katil.
"Kau dah lupa aku ke?"
"Kau siapa?!"
"Kau dah lupa aku siapa?" Lelaki itu menyoal sinis. "Ini akulah, Azhar. Suami Syikin, pemilik rumah anak yatim tu."
Terus mata Qalisya membuntang. Trauma di rumah anak yatim itu bagaikan berputar kembali di fikirannya.
"Jangan sentuh aku!" Jerit Qalisya yang terbaring di dalam stor kerana ditolak Azhar dari belakang. Waktu itu dia baru sahaja selesai membersihkan laman rumah yang sudah meninggi semaknya.
"Jangan sentuh kau? Qalisya sayang... semua gadis kat rumah ni dah jadi milik aku. Tinggal kau sorang je yang belum. Kau tak nak ke jadi wanita sejati? Aku boleh bagi kau rasa macammana indahnya jadi wanita sejati."
Kedua-dua tangan Qalisya ditahan dengan Azhar. Azhar memang bertubuh sasa sejak muda lagi, kerana itu semua gadis di rumah anak yatimnya akan mudah 'dirampas' dengan Azhar. Tidak berdaya hendak melawan kekuatan lelaki tersebut.
Qalisya menggelengkan kepalanya agar dia kembali semula ke alam realiti. Kedua-dua tangannya sudah dicengkam dengan Azhar.
"Bertahun-tahun aku tunggu kau, Qalisya. Mana kau pergi setahun ni, sayang? Aku macam orang gila bila kau larikan diri malam tu." Ujar Azhar seraya menghembus nafasnya pada leher Qalisya.
"Lepaskan akulah! Lelaki gila!" Jerkah Qalisya seraya meludah ke wajah Azhar.
Tangan Azhar menepis kesan tersebut dengan penuh rasa marah. Semakin Qalisya memberontak, semakin geram dia pada Qalisya.
"Tolong!"
Bergegar kepala Qalisya apabila wajahnya ditampar kuat dengan Azhar. Apabila dia mahu menjerit lagi, Azhar terus menekup mulut Qalisya.
"Tolong... tolong... siapa je boleh dengar 'tolong' kau tu sekarang?"
Qalisya cuba menggerakkan tubuhnya daripada tahanan Azhar. Kudrat lelaki itu sangat tinggi, dan dia juga tidak punya tenaga untuk melawan.
Qalisya hanya mampu menangis apabila lelaki itu mencium bau dirinya. Mulutnya masih lagi ditekup dan tangannya masih dihimpit dengan lengan Azhar.
Apabila Azhar mula mahu mengucup bibirnya, Qalisya terus menghentakkan kepalanya pada kepala Azhar dengan sangat kuat hinggakan dirinya sendiri merasakan hendak pitam. Terus Azhar mengangkat tubuhnya daripada Qalisya, dan pada saat itulah Qalisya pantas turun daripada katil.
Apabila pinggangnya ditarik sekali lagi dengan Azhar, sepantas kilat Qalisya menyiku leher Azhar pula sebelum dia berlari keluar daripada kamar.
Butang lif ditekan-tekan sehingga ia terbuka luas, sempat Qalisya menoleh ke belakang sambil melangkah masuk ke dalamnya.
Qalisya memeriksa kesan merah di dahinya melalui pantulan cermin di dalam lif. "Azhar... kau masih hidup lagi rupanya."
10 TAHUN YANG LALU...
"Qalisya kau nak ke mana?" Soal Azhar ketika Qalisya sedang memasukkan beberapa helai pakaian ke dalam beg pakaiannya. Waktu itu dia baru sahaja habis menjalani peperiksaan SPM.
Bahu Qalisya disentuh Azhar dibalik cahaya malap ruang tamu rumah. Laju Qalisya mengilas tangan lelaki itu sehinggakan Azhar merintih kesakitan.
"Kalau kau sentuh aku lagi, aku tak teragak-agak nak bagitahu bini kau yang kau dah rogol semua gadis kat dalam rumah ni. Kau tak nak duduk merempat tepi jalan lagi, kan?" Soal Qalisya dengan muka garangnya. "Kalau kau tak nak kembali jadi pengemis, kau jangan berani nak halang aku keluar daripada sini!"
Azhar menahan Qalisya daripada mengemaskan semua pakaian yang tinggal. "Kau nak pergi mana, sayang? Kau ingat KL ni selamat sangat?!"
"Lagi bagus aku keluar dari sini daripada aku nak kena hadap lelaki gatal dan perogol macam kau!" Jawab Qalisya dengan keras namun nadanya perlahan. Bimbang didengari oleh gadis-gadis yang lain pula.
Tubuh Qalisya didakap Azhar dengan lebih kuat. "Kau nak lari mana? Kau beria-ria sangat nak keluar dari sini kenapa, eh?"
"Lepaskan aku, aku cakap!"
"Tak mau... tak mau lepaskan sayang..."
Geli-geliman Qalisya dibuatnya apabila Azhar menyentuh dirinya. Entah dari mana kekuatan dirinya datang, tubuh Azhar yang sasa berada dibelakang terus ditolak menghempas dinding. Dalam sekelip mata Qalisya berpaling menghadap Azhar dan menumbuk leher lelaki itu sehingga Azhar pengsan. Detik itu diambil Qalisya untuk meloloskan dirinya pergi.
Qalisya menjerit sekuat hati apabila memorinya kembali berputar. Kerana perbuatan Azhar, dia hilang rasa hendak mempercayai lelaki. Bimbang jika semua lelaki akan sama seperti Azhar. Perosak maruah gadis-gadis di dunia ini.
"QALISYA ni memang suka ponteng waktu bekerja ke?" Soal Hud kepada Zarif. Sudahlah hari ini mereka ada mesyuarat eksekutif hotel. Walaupun sudah diberitahu seminggu yang lalu, Qalisya tetap tidak menghadirkan diri pada mesyuarat hari ini tepat pada waktunya. Amarah Hud bertambah apabila Zarif sering menggunakan alasan yang sama untuk melindungi Qalisya.
"Tenanglah, Hud. Qalisya kan sakit, faham-fahamlah sikit." Balas Zarif sambil mencuri pandang pintu bilik mesyuarat. Dia sebenarnya berharap agar Qalisya cepat memunculkan diri.
"Dah tahu orang tu sakit, macam dah nak mati... yang kau beria juga nak ambil dia bekerja dah kenapa? Lepas tu, menyusahkan orang terpaksa menunggu dia." Ujarnya dengan sombong. Kepalanya tunduk memandang tali leher.
Mulut Zarif terus tersenyum apabila Qalisya menolak pintu bilik mesyuarat. Tambah pulak Qalisya mengenakan mekap pada pagi ini, bertambah berbunga hatinya melihat Qalisya.
Senyuman Zarif dijeling Hud sebelum matanya melihat Qalisya. Dia tidak suka apabila Qalisya mengenakan sebarang mekap, bukanlah kerana Qalisya tidak cantik namun semua mata akan tertumpu pada wajah itu.
Zarif sekali lagi mempamerkan senyumannya pada Qalisya saat Qalisya melabuhkan punggung di sebelah.
Mesyuarat itu berjalan dengan lancar. Pembentangan Qalisya sebagai pengurus besar Alamanda sangat memuaskan hati Hud dan Zarif sebagai pengerusi dan naik pengerusi Alamanda. Skrin mega di dalam bilik mesyuarat itu ditutup, petanda mesyuarat sudah tamat. Seorang demi seorang eksekutif hotel melangkah keluar daripada situ.
Selepas melihat skrin telefon,Zarif mula tergesa-gesa bangun. "Sya, i pergi dulu. Ada hal sikit. You jangan lupa ambil ubat you ikut waktu tau."
Qalisya mengangguk-angguk kepala sambil memandang Zarif yang berperangai resah.
Bebola mata Hud terus menoleh ke arah Qalisya. "See you in my office, Qalisya."
Qalisya terus mendongak, melihat lelaki yang memberi arahan tadi sedang menapak keluar dari situ.
"Se... sekarang ke?" Soal Qalisya yang teragak-agak namun tidak dibalas Hud. Tiba-tiba bahunya dilanggar dengan seseorang.
Ayla berpeluk tubuh menjeling Qalisya. "You ni tak padan dengan sakit, kan? Dah sakit pun masih lagi nak menggatal dengan tuan Zarif? Kenapa, eh? You tak perasan lagi ke yang tuan Zarif tu boyfriend i?"
"Daripada you menggatal dengan boyfriend i, why not you try je tuan muda Hud tu? Dia tu lebih kaya daripada Zarif." Sambungnya.
Qalisya berpaling ke belakang. Jelik rasa hati apabila Ayla tidak habis-habis mahu mencari fasal dengan dirinya hanya kerana Zarif. Dia juga turut sama berpeluk tubuh.
"Setahun lebih aku bagi masa untuk kau mengorat Zarif tu, tapi kau masih lagi tak dapat nak tawan hati dia. Kesian..." Qalisya berdecit sambil menggeleng-gelengkan kepala. "Loser."
"What?! Did you call me loser just now?!" Ayla menghentak kakinya apabila Qalisya berlalu pergi. Geram betul dia dengan Qalisya.
Qalisya menolak pintu ofis Hud perlahan-lahan. Betapa berdebarnya rasa di dada. Setelah tiga bulan berlalu, akhirnya mereka kembali bersemuka secara 'rasmi'.
"Tuan muda panggil saya?"
Hud tidak mengendahkan soalan Qalisya. Dia ralit membaca isi di muka skrin komputernya, selepas beberapa minit pula tangannya membawa keluar sesuatu daripada laci.
"Sit down, here." Arah lelaki tersebut. Qalisya mengambil tempat duduk di hadapan Hud apabila diarahkan lelaki itu.
Hud menaikkan kedua-dua tangannya mendakap tubuh. "Apa masalah kau, Qalisya? Kau memang suka ponteng waktu kerja ke?"
Qalisya menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. "Saya tak ponteng pun, tuan muda Hud. Cuma akhir-akhir ni saya rasa tak berapa nak sihat."
"Tak berapa nak sihat..." balas Hud yang mengejek. Matanya menjeling Qalisya. "Tak sihat tapi mekap kau tu boleh kalahkan mekap orang sihat. Apa pasal?"
"Kau ingat muka kau tu boleh berubah jadi cantiklah bila mekap-mekap ni? Tak, Qalisya... muka kau tu nampak macam ada debu-debu tanah, tahu?"
"Buanglah semua mekap-mekap tu. Aku tak nak customer ingat kita ada function opera cina pula kat sini."
Qalisya menganggukkan kepalanya sambil merenung wajah Hud. "Kalau mekap saya boleh menganggu ketenangan customer hotel, i will remove it. For the sake of hotel."
Sinis senyuman lelaki itu mendengar ayat terakhir yang keluar daripada mulut Qalisya. "For the sake of hotel konon."
"Qalisya, stop jadi penipu. Lakonan kau langsung tak menjadi. Kau takkan dapat menipu aku. Faham?"
Qalisya tidak memberikan sebarang respon. Hanya kerlipan matanya sahaja yang bergerak. Dia tahu Hud sebenarnya memanggilnya datang ke mari hanyalah untuk menyakitkan hati nuraninya. Dia perlu kekal tenang dihadapan lelaki itu.
Hud tidak puas hati kerana Qalisya tidak mempamerkan reaksi yang dia mahukan. Dia akan menggunakan taktik yang kedua. Dia akan menggunakan kandungan Haura sebagai pisau yang akan menggores kalbu Qalisya. Gambar ultra bunyi kandungan Haura yang berada di dalam tangannya ditolak perlahan-lahan kepada Qalisya.
"Aku tak tahulah sama ada kau dah dengar benda ni atau belum, tapi aku dengan rasa gembiranya nak bagitahu kau yang aku bakal jadi ayah. Haura dah mengandung tiga bulan."
Pengakuan lelaki itu mengundang rasa sebak di dada Qalisya. Mengapa Hud tanpa rasa serba salah mengumumkan berita itu kepada dirinya? Kedua-dua tangannya yang berada di bawah meja saling menggengam antara satu sama lain.
"Tahniah, Hud. Aku doakan kau dengan Haura terus bahagia lepas ni dengan kehadiran baby ni. Tapi aku harap yang kau tak lupakan Najmi. Bintang kita. Anak kita berdua." Balas Qalisya dengan mata yang bahang.
Hud meletakkan tangannya di dagu sambil mengerutkan dahi. "Najmi? Siapa tu?"
Qalisya gagal menahan air matanya daripada mengalir. Tega Hud mempersoalkan kewujudan anak mereka berdua.
Meja itu dihentak lembut dengan Hud sebelum matanya kembali memandang Qalisya. "Oh ya... budak tu. Najmi ya nama dia? Walaupun baru setahun lebih berlalu, aku tak sangka aku dah boleh terlupa pasal kewujudan dia. Tapi kan... aku tak rasa yang aku ni bapa dia. Pasal apa tahu?"
Qalisya menitiskan air matanya buat kali kedua. Dia hampir pengsan kerana terpaksa berada di situ dan disakiti Hud.
"Pasal... aku tak kenal pun siapa kau sebelum tu, Qalisya. Entah-entah kau memang dah mengandung dah pun waktu tu. Lepas kau dapat tahu yang aku bakal bekerja di hotel ni terus kau terfikir nak jadikan aku sebagai pak sanggup, kan?"
"Entah daripada mana asal-usul kau, entah dengan siapa kau dah tidur. Tup... tup... kau perangkap aku cakap yang aku buat kau mengandung!"
"Cukup, Hud. Cukup..." pintanya sambil menekup telinga dan menutup mata.
"Apa yang cukup, Qalisya? Sebenarnya budak yang kau kandungkan dulu bukan anak aku pun, kan?! Jujur dengan aku sekarang!"
"Cukup!"
Suasana di dalam pejabat itu kembali sepi. Gigi geraham Hud mengetap kuat antara satu sama lain. Matanya tidak mampu memandang Qalisya. Dia hanya melontar pandang matanya ke jendela.
"Terpulang." Ujar Qalisya yang bernada lemah. "Terpulang kepada tuan muda untuk percaya, siapa ayah pada budak tu. Kalau tuan muda rasa yang tuan bukan ayah dia, terpulang. Sebab saya sendiri masih tak dapat nak lengkapkan semua memori saya pada malam tu."
"Siapalah saya... nak paksa tuan muda untuk percayakan saya yang tuan muda sendiri adalah ayah kepada baby tu?"
"Atau memang... tuan muda sebenarnya bukan ayah kepada dia pun."
Jawapan Qalisya membuatkan Hud tidak teragak-agak untuk berpaling melihatnya.
"Dan saya rasa cukuplah hubungan rahsia kita berdua berjalan sampai di sini sahaja. Tuan... kena hentikan semua ni dan bebaskan saya daripada menjadi tahanan tuan, sebab saya juga layak untuk dicintai dan dihargai oleh lelaki yang mampu menerima segala kekurangan diri saya."
Hud berdecit panjang seraya mempamer raut sebalnya. "Bebaskan kau? Maksudnya cerai?"
Soalan Hud dibalas Qalisya. "Iya."
"Mana boleh, Qalisya... aku tak puas lagi dengan kau."
Hud bangun dan melabuhkan punggungnya di meja, bertentangan dengan Qalisya. Jari-jemarinya berlari anak pada lengan Qalisya sehingga mengundang ketidakselesaan Qalisya.
"Aku masih lagi tak boleh nak maafkan apa yang kau dah buat kat Alamanda, faham? Dan kau tahu apa balasannya untuk semua ni?"
Qalisya menarik lengannya daripada disentuh Hud. "Tuan boleh cakap apa tuan nak cakap, tapi tolong jangan nak pegang-pegang saya."
"Oh, melawan?" Soal Hud.
Berkeras Hud mahu menyentuh kedua-dua tangan Qalisya. Qalisya pula tidak mahu mengalah pada kali ini. Keputusannya sudah bulat. Dia tetap mahu dilepaskan jika Hud tidak menyimpan rasa cinta kepada dirinya.
"Lepaslah, Hud!" Pinta Qalisya. "Sakitlah!"
"Kau tu isteri aku sampai bila-bila, kau faham tak?! Sebenarnya kau dah suka kat Zarif tu, kan? Kau nak kahwin dengan dia, kan?"
"Lepaskan akulah, lelaki gila!"
"Ya, betul... betul... sepatutnya minggu depan saya yang akan ke sana. Gantikan tuan muda Hud. Nasib baik awak call dan ingatkan saya." Gelak tawa Zarif masih bersisa ketika lelaki itu menghampiri meja Hud. Walaupun dia sudah mengambil tempat duduk di sebelah Qalisya, taliannya masih belum ditamatkan.
Hud memberi isyarat agar Qalisya mempamit diri. Mujur dia sempat melarikan diri untuk duduk semula di tempatnya. Matanya dijegil sehingga Qalisya akhirnya bangun.
"Aik, Sya? Kenapa you ada kat sini? You ada masalah ke?"
Hud menjeling tajam pada Zarif. 'Macam tak ada orang lain kau nak try. Bini aku juga kau nak rembat.'
"Tuan muda yang panggil saya ke sini. Kalau tuan Zarif nak tahu, tuan tanyalah... adik tuan sendiri." Qalisya membalas. "Saya pergi dulu."
Hud menjongket sebelah kening. Langsung dia tidak hairan dengan jawapan Qalisya. Apa isi didalam fikiran Qalisya bahawa Zarif akan membentaknya? Jika ya, sedikit pun dia tidak takut dengan Zarif.
"Kau ni, Hud... tak habis-habis nak kacau dia. Boleh tak kau jangan kacau girlfriend aku tu?" Ujar Zarif. "Suka sangatlah kau ni menyusahkan Qalisya. Dia tu bukannya sihat sangat."
"Hei, Zarif... boleh tak kau asingkan perasaan peribadi dan masalah bekerja? Dah memang Qalisya tu ada masalah dengan attendance, takkan aku nak diam? Aku yang bayar gaji dia. Bukan takat gaji dia, gaji kau pun aku yang bayar."
Jawapan Hud memberi jalan buntu untuk Zarif membidas. Tapi siapalah dia untuk melawan arahan Hud? Dia hanyalah anak angkat keluarga Han yang diambil kerana Sofea masih tidak mengandung walaupun dia dan Han sudah berkahwin lima tahun.
Ar-Razaq, sang pemberi rezeki. Selepas beberapa bulan mereka mengambil Zarif sebagai anak angkat, Sophie disahkan hamil. Kerana sudah sayang, kerana sudah terlanjur cinta, Zarif tetap dibesarkan didalam keluarga kecil itu walaupun sesudah Hud dilahirkan.
"Aku tahu, aku ni tak ada apa-apa. Semuanya arwah daddy yang bagi. Aku pun hidup menumpang. Tapi kau janganlah bertindak ikut emosi, kau kena faham... Qalisya masih belum sembuh sepenuhnya." Zarif tersenyum kelat.
Share this novel