BAB 23

Drama Series 41228

SETAHUN KEMUDIAN.

Hud mengunci pintu pejabatanya dan berlalu keluar daripada restoran hotel. Waktu kerja sudah tamat dan restoran juga sedang berkemas-kemas untuk tutup.

Keretanya Kancilnya dipandu dengan perlahan. Malam itu terasa amat sunyi. Ada sesuatu yang kurang. Keretanya hanya diparkirkan di tengah laman, dia malas hendak memasukkannya di bawah garaj kereta.

Dia tersenyum kecil apabila melihat Haura sudah tertidur. Setahun sudah berlalu, namun Haura masih tidak berubah. Dia cuba berfikiran positif. Mahu menyangka bahawa Haura akan sedar di suatu masa nanti dan akan kembali mencintainya.

Baru dia hendak melelapkan mata, dia teringat pula pada sampul besar yang bersusun di atas meja solek kamarnya. Setiap kali rawatan Qalisya dilakukan, salinan rekod perubatannya akan dihantar kepada Hud. Pada awalnya dia selalu berjumpa dengan doktor Hazwani dan berbicara tentangnya. Namun sekarang dia hanya menerima bungkusan tersebut daripada doktor wanita itu dek kerana dia tidak sempat-sempat hendak berjumpa dengan si doktor.

CAHAYA suram mentari pada pagi itu langsung tidak membantu Qalisya untuk menghilangkan rasa sejuk. Sudah genap setahun dia menetap di Korea dan perlahan-lahan dia mengadaptasi setiap cuaca di negara Kimchi itu. Hari ini dia akan menghadiri sesi penilaian neurologi yang terakhirnya sebelum dia berangkat pulang ke Malaysia dan menyambung rawatan susulan di sana.

Kentang manisnya yang masih hangat itu digigitnya dengan penuh berhati-hati. Mulutnya mengeluarkan bahang kentang itu sebelum dia kembali mengunyah kentang itu. Kot coklat yang terletak pada tubuh, dikemaskan. "Teruknya cuaca hari ni."

"Gwenchanha... lagipun esok aku akan balik ke Malaysia. Aduhai, seronoknya! Rindu betul pada masakan Malaysia." Qalisya meniup-niup kentang itu sebelum digigitnya lagi.

Mulutnya tidak jadi mengunyah apabila teringat akan sesuatu. "Apalah khabar si Alamanda, eh? Zarif tu... suka aku lagi ke tak agaknya, ya?"

"Sampai je Malaysia nanti, aku nak datang ke Alamanda dan cari pasal dengan Ayla. Lama betul tak dengar cerita tentang dia." Bebel Qalisya sambil mengunyah makanannya. "Haura mesti dah sedar, kan? Yalah takkan dia nak tidur je sepanjang hayat dia? Tak bosan ke?"

Ada sebuah nama yang ingin dia sebutkan namun lidahnya terasa kelu. Sepanjang dia berada di sini tidak pernah sekali pun lelaki itu menghubunginya. Hanya doktor Hazwani sahaja yang bertanya tentang khabarnya di sini.

"It's okay, muka Hud pun aku dah tak ingat sangat." Dia menutup mulutnya selepas lidahnya berjaya menyebut nama itu. Walhal sudah lama dia tidak menyebutkan nama suaminya itu.

Bibinya terjongket tinggi, wajahnya bertukar bengis. "Lelaki tak guna tu! Hud si mawas! Aku dah setahun duduk kat Korea ni, hari-hari makan kimchi... makan telur gulung... sekali pun tak pernah nak tanya khabar aku?! Nasib baik dia bagi aku kunci rumah dia kat sini, kalau tak? Haih... potong betul bila sebut nama dia."

Qalisya melihat jam di tangannya. Terkocoh-kocoh dia berlari untuk pergi ke hospital.

Hud menarik bagasinya keluar daripada teksi yang membawanya ke sebuah hospital universiti di Seoul. Perlahan-lahan bagasinya ditarik masuk ke dalam bangunan itu dan duduk ruangan menunggu. Dia tahu hari ini adalah hari terakhir Qalisya akan menjalani rawatan susulan di sini sebelum menyambungnya lagi di Malaysia.

Qalisya berlari masuk ke dalam bangunan sambil menggigit kentang manisnya. Hud menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat isterinya itu sedang berlari.

"Kalau dah boleh lari sambil makan tu maknanya dah sembuhlah tu." Ujar Hud sebelum menghirup kopi. Sudah lama dia tidak datang ke Korea selepas ayahnya meninggal dunia. Kebiasaannya mereka sekeluarga akan pergi ke Korea pada hari perayaan Chuseok untuk disambut bersama-sama dengan keluarga belah ayahnya.

Sesekali dia menggigil kesejukkan apabila angin bertiup. Bulan januari adalah bulan yang paling sejuk di negara Korea. Jadi walaupun kot bajunya sangat tebal dan pakaiannya berlapis-lapis, rasa sejuk itu tetap bisa menembus sehingga ke tulang.

Selepas dua jam berlalu, akhirnya Qalisya keluar daripada lobi hospital itu. Senyumnya terukir tidak berhenti. Dia sangat-sangat tidak sabar hendak pulang ke Malaysia. Dia membawa telefonnya keluar untuk menghubungi Hud dan memberitahu bahawa dia sudah dibenarkan untuk pulang ke Malaysia namun tiba-tiba langkahnya mati dan matanya termenung jauh. Mereka berdua sudah terlalu lama tidak berhubung, masih ingatkah lagi suaminya itu terhadap dirinya?

"Qalisya sshi."

Lamunan Qalisya terhenti. Wanita itu menoleh ke belakangnya dan menjawab panggil tersebut, kemudian dia menjenguk ke kiri dan kanannya mencari si pemanggil. Namun semua orang berjalan seperti tiada apa. Dia kembali meneruskan langkah sambil mengeluarkan kentang manisnya di dalam poket kot yang masih belum dimakan. "Main-main!"

"Qalisya sshi!"

"Siapa pulak panggil aku ni? Aku ada tak bayar apa-apa lagi ke?" Soal Qalisya sebelum berpaling ke belakang. "Nae?"

Terbuka besar matanya apabila melihat Hud sedang berjalan ke arahnya. Kelu lidahnya hendak menyebut nama itu. Kentang yang dipegangnya pun terus terjatuh ke lantai.

Tangan Hud berhenti menarik bagasiny ketika dia sudah berada tepat di hadapan Qalisya. Kentang yang jatuh di atas lantai tadi dikutipnya dengan Hud, mujur ia terlindung di dalam beg kertas kecil.

Hud melihat telinga Qalisya yang kemerah-merahan dek terkena penangan musim salju yang agak teruk pada pagi itu. Penutup telinga berbulunya diletakkan pada telinga si isteri sebelum dia membetulkan pula kedudukan skaf di leher Qalisya.

Qalisya melarikan anak matanya apabila mata Hud bergerak merenungnya. Dia menghela nafas panjang agar matanya tidak jadi hendak mengalirkan air mata.

"Takkan nak berdiri kat sini je? Jomlah balik rumah." Ujar Hud sambil menarik bagasi dan tangan Qalisya.

Qalisya pantas menarik tangannya daripada genggaman Hud. "Erm... aku nak masukkan tangan kat poket. Sejuk."

Dengan selambanya dia meninggalkan Hud dibelakang sambil menikmati kentang manisnya.

Mereka berdua langsung tidak bercakap sehinggalah ada bas tiba di hadapan mereka. Apabila Qalisya bangkit, terus Hud menahannya.

"Kita naik teksilah. Malaslah nak naik bas." Ujar lelaki itu sambil bercekak pinggang. Dia tidak suka terpaksa menaiki bas walaupun tambang teksi negara itu agak mahal.

"Mahallah teksi. Naik jelah bas." Balas Qalisya.

"Tak payahlah, naik je teksi. Bukan jauh sangat pun rumah tu dengan hospital." Jawab Hud sambil berdiri dan mahu menahan teksi.

Kad aksesnya ditala pada pad kekunci dan terus pintu itu ditolak. Selepas Qalisya meletakkan kasutnya di dalam rak, Hud pula mengambil giliran untuk berbuat sedemikian.

Rumah keluarganya itu tampak bersih walaupun Qalisya duduk seorang diri di situ. Qalisya langsung masuk ke dalam kamarnya dan meninggalkan Hud bersendirian di ruang tamu.

Barang-barangnya dibawa masuk ke dalam kamar yang berjiran dengan kamar Qalisya. Perjalanan yang memakan masa selama tujuh jam itu membuatkan badan lelaki itu sangat letih. Dia melepaskan kotnya sebelum menghempas tubuh ke katil.

"Dia dah tak ada mulut ke?" Soal Hud sambil menatap siling. Dari tadi mereka tidak berbual banyak.

Bunyi bising diluar membuatkan Hud terbangun. Seliparnya disarung dan cepat-cepat dia keluar daripada kamar.
Qalisya menolak bagasinya ke ruang tamu. Kesemua pakaian-pakaiannya yang belum terlipat dicampak ke sofa rumah apartment dua tingkat itu.

Hud berdiri termangu-mangu melihat gelagat Qalisya mengangkat, membawa itu dan ini. Seperti mahu pindah rumah. Kakinya mengekori Qalisya ke ruang tamu rumah. "Kau nak ke mana bawa barang-barang ni semua?"

Qalisya tersenyum lebar. "Nak ke mana lagi? Nak balik Malaysialah. Esok aku akan balik."

Hud terus bercekak pinggang. "Apasal kau tak bagitahu aku yang kau nak balik esok? Siapa bagi izin untuk kau beli tiket balik?"

Qalisya tidak jadi melipat pakaiannya. Memanglah Hud tidak tahu tentang itu tapi dia juga geram dengan kehadiran Hud yang secara tiba-tiba di sini.

"Kau kata aku boleh balik Malaysia lepas aku dah sihat. Hari ni kan hari terakhir rawatan aku kat sini?" Soal Qalisya dengan terketar-ketir nadanya.

"Kut ya pun nak balik, sabarlah. Aku kena jumpa doktor kau dulu, lepas tu baru kau boleh balik. Bukan boleh balik macam tu je, Qalisya."

Baju yang berada di tangannya terus dihempas ke lantai sebelum Qalisya berlari ke kamar. Pintu yang dihempas kuat membuatkan bahu Hud sedikit terenjut.

Di dalam kamar, Qalisya menangis teresak-esak. Dia cuma mahu pulang ke Malaysia, dia mahu bebas sama seperti dahulu.

Hud membuka pintu kamar itu dan bersandar ke dinding sambil berpeluk tubuh. Qalisya hanya duduk melukut di atas katil. Isterinya itu menangis bagaikan anak kecil. Tangisnya sangat kuat. Tangannya tidak habis menepis-nepis air mata yang mengalir.

Qalisya menoleh ke pintu apabila terasa seperti sedang diperhatikan. Terus dia mencapai kot dan berlari keluar. Walaupun Hud menahannya, dia tetap melawan untuk pergi.

Didalam cuaca buruk itu Qalisya duduk di dalam gelongsor kanak-kanak di bawah apartment. Dia mahu bersendirian dan menangis sepuas-puasnya.

"Susah betul nak bercakap dengan orang degil." Bebel Hud. Tangannya mencapai payung yang terletak di sebelah rak kasut. Seperti yang diduga, Qalisya berada di taman permainan. Terus dia berdiri di hadapan tempat Qalisya duduk.

"Nangis... nangis... macam budak-budak!" Ton suara Hud sedikit menaik. Sudahlah dia letih dengan penerbangannya, kena pujuk Qalisya pula. "Naik atas sekarang."

"Tak nak!" Balas Qalisya seraya membelakangi suaminya. Dia tidak mahu melihat wajah itu. Geram dan marah sedang membuak-buak di dalam hatinya.

"Eh, apasal kau degil sangat hah? Oh mentang-mentang dah setahun kau duduk sini, jauh daripada aku... dah mula naik mua. Qalisya Irdeena, aku kata naik. Naik sekarang!"

"Kau tak dengar ke, Hud?! Aku kata tak nak naik, maksudnya aku tak nak naiklah! Aku tak nak duduk sebumbung dengan kau!" Balas Qalisya sebelum menyandarkan kepalanya pada gelongsor. "Dah setahun aku dekat sini, terpaksa hidup sorang-sorang. Aku takut sangat seorang diri kat sini, Hud! Aku tak kenal sesiapa pun. Dan hari ni sepatutnya hari terakhir aku kat Korea tapi kau tak bagi aku balik. Aku dah tak nak hidup kat sini lagi, Hud! Aku takut nak duduk kat sini."

Lengan Qalisya direntap kuat dengan Hud sehingga dia bisa berpaling menghadap lelaki tersebut.

"Hei, kau ingat aku saja-saja nak kau duduk sini lama-lama ke? Aku nak kau sembuh, Qalisya!"

Qalisya menolak bahu Hud agar lelaki itu menjauh daripada dirinya. "Sembuh daripada apa? Kau juga tahu walaupun pembedahan dan semua rawatan tu dah pun dibuat sampai aku bebas kanser, tapi itu tak bermaksud kanser aku takkan datang balik. Kau sebenarnya cuma nak tengok aku jadi penakut. Kau nak jauhkan aku daripada Alamanda dan sebab kau berdendam dengan aku!"

Payung yang dipegang Hud terus jatuh ke lantai apabila kedua-dua bahu Qalisya dipegang dengan Hud. "Bukan ke setahun yang lalu aku dah cakap depan mata kau yang aku akan pastikan kau hidup untuk tanggung apa yang kau dah buat?"

"Selagi kau tak berubah, selagi kau tak bertaubat dan lupakan rancangan jahat kau... aku takkan izinkan kau balik ke Malaysia."

Mendengarkan kata-kata yang keluar daripada mulut suaminya, membuatkan Qalisya menuruni anak tangga dengan pantas dan berlari jauh daripada situ.

Hud menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum kembali pulang ke rumah.

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 8 malam dan salji yang turun semakin lebat. Dia membuka pintu kamar Qalisya. Dompet dan telefonnya masih terletak elok di atas katil. Mulalah hatinya tidak kena.

Dia menapak ke taman permainan tadi sebelum menghidupkan enjin keretanya. Perlahan saja dia memandu keretanya sambil melirik ke kiri dan ke kanan.

Qalisya meniup tapak tangannya dan kemudian ditekap ke wajah. Cuaca pada waktu malam itu sangatlah sejuk. Perutnya sudah berbunyi-bunyi dari tadi. Dia tidak larat hendak pulang kerana dia sudah berjalan terlalu jauh. Didalam hati, dia sangat berharap agar Hud datang mencarinya.

Bibirnya dicebik apabila terdapat seribu won sahaja di dalam poket. Selepas membeli sebotol air mineral di kedai serbaneka, dia terus meneguk air itu sehingga habis.

"Itulah kau, merajuk tak kena waktu. Patutnya ambil je phone dengan wallet tadi, tak pasal-pasal dah kelaparan dan kesejukan kat sini." Qalisya menggosok-gosok hidungnya yang terasa gatal. Cuaca sejuk begini memang mengundang selsema!

Lampu kereta yang terpancar kuat pada wajah Qalisya membuatkan dia menutup sebahagian wajahnya. Dia tidak tahu siapakah lelaki yang sedang datang kepadanya, mata Qalisya hanya jatuh memandang kasut lelaki tersebut sahaja.

Lengan Qalisya ditarik lembut dengan lelaki itu. Perlahan-lahan payung yang menutupi wajah Hud didongak ke atas.

"Hud..." Terketar-ketar suara Qalisya.

"Tengoklah tu, haih... hidung merah... telinga merah... ." Hud menyerahkan payung tersebut kepada Qalisya sebelum tangannya naik bercekak pinggang. "Dengan tangan tak pakai glove nya."

Pad pemanas dibawa keluar daripada poket kot Hud dan diletakkan di atas tangan isterinya. Kemudian lelaki itu menanggalkan kotnya dan dipakaikan kepada Qalisya. Qalisya hanya termangu-mangu melihat mulut Hud tidak berhenti mengoceh kepadanya. Satu perkataan pun tidak masuk di dalam kepala.

"Cuaca tengah teruk macam ni, jalan entah ke mana. Dompet tak bawa, handphone tinggal... kalau kena culik macammana?"

Tangan Hud mendakap kemas bahu Qalisya dan menarik Qalisya masuk ke dalam keretanya. Sepanjang mereka didalam kereta, mulut Hud masih lagi tidak berhenti membebel. Mereka berdua sempat menyinggah ke sebuah pasaraya untuk membeli barang masak sebelum kembali berangkat pulang.

Sorry korang, i baru nak amend ahahaha

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience