QALISYA menyandarkan kepalanya pada bahu Hud. Merona merah pipi Qalisya setiap kali mereka bertentang mata. Sesekali Hud mengusiknya dengan kucupan di pipi, tapi Qalisya masih berasa malu. Tangan Hud yang berada di bahunya dikuis-kuis.
"Hud..." panggil Qalisya. Hud berdeham sebagai balasan.
"Kau rasa kita akan macam ni sampai hari tua ke?" Soal Qalisya sambil memandang wajah si suami.
Hud menggumam panjang sambil telunjuknya mengetuk dagu. "Mestilah. Masa tu, mesti anak cucu kita bising kat rumah kita nanti."
Qalisya melorek senyuman sekali lagi sebelum memandang hadapan. Keluhan panjangnya dilepaskan.
"Kenapa kau mengeluh?" Soal Hud yang berkerut kening.
"Entahlah. Tak tahu semua tu akan terjadi ataupun tidak. Entah-entah masa tu salah seorang daripada kita dah pergi dulu." Jawab Qalisya yang bernada sedih.
"Apa cakap macam tu? Jodoh ajal maut ni semua kat tangan Tuhan. Kita ni sebagai manusia, kena lakukan dan fikirkan yang baik-baik je. Kau ni."
Qalisya mencebik. "Yalah... aku cakap je." Paha Hud ditamparnya. "Ish, tuamlah lagi muka aku ni. Sakit tau tak? Pantang aku tak tegur, terus stop. Pemalas!"
Hud terus menekan sedikit kuat tuala suam itu ke pipi Qalisya. "Hah, ambil ni! Ambil!"
"Sakitlah!" Qalisya menolak tangan Hud. "Tak nak tuamlah dah. Sakit!"
"Meh lah sini, aku tuamkan."
"Tak nak!" Lawan Qalisya sambil menepis tangan Hud.
"Sinilah, tadi cakap aku pemalas."
"Tak nak!" Qalisya menolak tubuh Hud pula kali ini.
Hud menggeleng perlahan. "Degilnya kau ni, cium kau karang!"
Qalisya menyua pipinya. "Hah, ciumlah! Cium!"
Apabila Hud memberi tenungan dan senyuman yang mengerikan, "Wow... beraninya..."
Perlahan-lahan Qalisya menjauhkan dirinya Hud. Qalisya menggaru kepalanya. "Err... Hud, maksud aku bukan macam tu. Maksud aku... er..."
Qalisya tertawa resah apabila Hud semakin mendekat. "Kau... jangan ambil serius sangat pasal tadi, Hud. Ak... aku gurau je tadi tu."
"Ak... aish..." Qalisya melarikan matanya apabila Hud membuka butang bajunya. Dahinya ditampar. Dag. Dig. Dug. Berdebar jantungnya.
HUD melabuhkan punggung di atas kerusi ofis. Mulutnya terkuap-kuap walaupun jam baru menunjukkan pukul 6 petang. Jari-jemarinya diketuk ke permukaan meja. Kata Qalisya tadi, dia harus menunggu di ofis sehingga Qalisya datang. Malam ini mereka akan bermalam di rumah Qalisya kerana Hud sudah berjanji untuk memasakkan makan malam buat Qalisya.
Bunyi ketukan di pintu membuatkan senyuman Hud terukir. Dia sudah siap bersedia hendak pergi ke muka pintu.
"Hai, sayang." Sapa Haura bersama dengan senyuman di bibir. Hud sedikit kaget kerana bukan Qalisya yang muncul.
"Sayang, bu... buat apa datang sini?" Soal Hud. Tergagap-gagal mulutnya bertutur. Betul-betul terkejut dengan kehadiran Haura.
"Saja. Ingat nak ajak awak tidur hotel malam ni. Boring lah tidur kat rumah. Sesekali tidur kat hotel pun best juga kan?" Haura menghampiri Hud yang masih tegak berdiri di tempat yang sama. Lengan Hud dipautnya.
"Saya teringin sangat nak makan masakan yang awak masak, sayang. Apa kata... malam ni... awak masak dinner kita kat restoran hotel? Boleh, kan?"
Hud menggaru belakang kepala. "Er..."
"Ala, bukan selalu pun kan? Lagipun awak busy sangat akhir-akhir ni. Takkanlah spend time dengan saya malam ni pun tak boleh?" Haura mencebik bibir. Matanya tidak lagi memandang Hud.
"Bukan tak boleh, tapi..." Hud tidak menyambung ayatnya. Dia sudah berjanji dengan Qalisya untuk masakkan makan malam dan tidur di situ.
Haura tersenyum nipis. "Tak apalah kalau awak busy. Lupa pula saya yang suami saya ni sibuk orangnya. Saya balik dululah macam tu."
"Sayang." Panggil Hud sambil memegang tangan Haura. "Saya kemaskan barang-barang saya, ya?"
Bibir Haura tersenyum lebar. "Okay!"
Qalisya membatalkan langkahnya untuk keluar apabila kedengaran suara Hud dan Haura semakin menghampiri pejabatanya. Melalui cermin biliknya, ada sosok bayang yang sedang lalu di hadapan pejabat. Riak wajahnya yang girang perlahan-lahan menghilang. Apabila suara itu sudah kejauhan, barulah Qalisya melangkah keluar dari situ.
Qalisya mengekori Hud dan Haura daripada belakang. Tampaknya mereka berdua hendak menuju ke ruangan bilik-bilik VVIP Alamanda. Qalisya berganjak pergi dari situ setelah Hud dan Haura menghilang ke sebuah kamar hotel.
Lemah langkah Qalisya semasa menuju ke ruangan parkir kereta. Kereta Hud yang terletak tidak terlalu jauh darinya, dipandang sayu. Entah kenapa hatinya dihimpit rasa cemburu melihat Hud bersama-sama dengan wanita lain. Walaupun wanita itu adalah madunya sendiri.
Kunci keretanya ditarik keluar dari dalam beg tangan. Baru tangannya hendak menyentuh pembuka pintu, tiba-tiba bahunya ditarik seseorang.
"Hai, Qalisya."
Qalisya memandang sosok di hadapannya atas bawah. Hampir bertaut keningnya memandang wajah lelaki di hadapannya.
"Danial? Danial, kan?" Soal Qalisya yang mulai tersenyum.
"Iya, saya. Tak sangka kita boleh berjumpa kat sini." Sambut lelaki bernama Danial itu. Matanya memandang Qalisya dari ubun rambut sehingga ke kaki. "Awak buat apa kat sini?"
"Iya, tak sangka. Danial buat apa kat sini?"
Danial tertawa kecil mendengarkan soalan Qalisya. "Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Awaklah jawab dulu awak buat apa kat sini?"
Qalisya menampar dahi. "Allah, sorry... . I kerja kat sini. Awak pun, tengok uniform saya pun... patutnya dah boleh tahu kan?"
"Oh, kerja sini... . Eh, apa kata kita minum-minum? Long time no see lah." Ujar Danial sambil menarik pinggang Qalisya.
"Er..." Qalisya menolak tangan Danial yang sedang berada di pinggangnya. "Ya, sure."
Zarif melangkah masuk ke dalam restoran Alamanda. Tangan yang berada di dalam kocek seluar terus dibawa keluar selepas melihat seseorang yang dia kenali turut berada di situ. Bibirnya tersenyum lebar. Lama juga dia sudah tidak berjumpa dengan Qalisya.
Namun langkahnya terjeda. Matanya beralih ke arah sosok lelaki di hadapannya. Kekasih baru Qalisya ke?
"Tak mungkinlah, kawan sekolah dia kut." Kata Zarif sebelum mahu berjalan ke arah Qalisya. Namun sekali lagi langkahnya mati apabila melihat lelaki itu menyentuh dan menggenggam tangan wanita tersebut.
"Sejak isteri saya meninggal, saya terus menetap ke luar negara. Balik ke sini pun sekali-sekala je. Tak sangka pula yang kita akan berjiran masa tu. Tapi sekarang saya dah pindah. Saya dah tak boleh lagi nak duduk situ lagi." Danial berkata. Tangan Qalisya yang berada di atas meja digenggamnya. "Rumah tu dah tak bahagia macam dulu. Kosong tanpa arwah isteri saya."
Qalisya tersenyum nipis. Tangannya yang digenggam Danial ditarik perlahan. Banyak mata yang memerhati. Tambah-tambah lagi kalau Hud nampak, mengamuk suaminya nanti.
"Saya doakan awak cepat jumpa pengganti, Danial."
"Dan saya rasa saya dah pun jumpa penggantinya."
Qalisya terkulat-kulat memandang lelaki di hadapannya. Perlahan-lahan senyumannya kembali terukir. "Oh, ya? Siapa?"
"Cik Qalisyalah."
Jawapan Danial membuntangkan mata Qalisya. Cepat-cepat Qalisya menggeleng kepala. "Danial, saya... tak berapa selesa dengan gurauan Danial. Saya doakan Danial akan berjumpa dengan orang yang sama atau lebih baik daripada arwah isteri Danial. Ya? Saya pergi dulu."
Tangan Qalisya ditarik Danial. "Thank you, for spent your time with me."
"Ya, sama-sama." Balas Qalisya seraya menarik tangannya.
Alangkah terkejutnya Qalisya apabila dia dan Zarif bertentang mata. Mata lelaki itu mempamerkan rasa marahnya kepada Qalisya.
"Za..."
Zarif terus berpaling ke belakang dan berjalan menuju ke pintu keluar restoran. Bengang hatinya apabila Qalisya merelakan dirinya disentuh oleh lelaki lain. Itu belum mereka berkahwin lagi, kalau dah sudah? Entah cukup satu entah tidak!
Qalisya menghela nafas panjang. Cincin Zarif yang berada di dalam poket seluarnya dibawa keluar. Seperti yang diarahkan Hud, Qalisya haris memulangkan semula cincin itu kepada pemiliknya yang asal.
"Zarif!" Panggil Qalisya yang berada tidak jauh daripadanya. Namun Zarif tetapi tidak mahu berhenti, bahkan langkahnya semakin laju. "Tuan Zarif! Saya ni, Qalisya."
Qalisya berlari lagi pantas sebelum bertindak menarik lengan Zarif. "Tuan Zarif!"
"You nak apa lagi, Qalisya? I busy lah sekarang."
Qalisya sedikit terpempan dengan cara Zarif menjawab panggilannya. Hilang sudah kelembutan lelaki itu kepadanya.
"Sa... saya minta maaf sebab dah mengambil masa tuan Zarif. Tapi ada sesuatu yang saya nak kena pulangkan pada tuan." Kotak baldu itu ditarik keluar dan Qalisya membuka tapak tangan lelaki di hadapannya.
"Saya minta maaf, saya tak boleh nak terima lamaran tuan. Sebenarnya saya..."
"It's okay, Qalisya. I don't need your explanation." Ujar Zarif sebelum kembali meneruskan langkahnya.
"Sebenarnya saya isteri orang. Sebab tu... sebab tu saya tak boleh nak terima lamaran tuan. Saya minta maaf sebab rahsiakan perkara ni tapi, saya harap tuan faham yang saya memang tak boleh nak terima lamaran tuan." Qalisya berjalan mendekati Zarif. "Saya minta maaf sebab dah permainkan hati tuan."
Zarif menelan liur. Biar betul Qalisya adalah isteri kepada seseorang? Kenapa Qalisya berahsia? Direntapnya tangan Qalisya sehingga membuatkan Qalisya hampir gagal mengawal kestabilan dirinya.
"Ish, sakitlah tuan Zarif! Apa ni?!" Qalisya menyoal kasar. Berang kerana hampir terjatuh disebabkan lelaki itu.
"You sengaja tipu I kan, Qalisya? Sebenarnya lelaki tadi tu suami you!"
"Bukan. He's not my husband. Siapa pun yang jadi suami saya, bukan hal tuan. Saya doakan tuan akan hidup bahagia bersama dengan perempuan lain yang jauh lebih baik daripada saya." Mata Qalisya redup merenung wajah lelaki bertona cerah itu. "Sekarang ni, saya nak tuan lepaskan tangan saya."
"Oh, you cakap lelaki tadi bukan suami you tapi you bagi dia pegang tangan you. Apa bezanya dengan I? Kenapa I tak boleh pegang tangan you? Atau I kena bayar sejumlah wang baru I boleh pegang tangan you?!"
Laju Qalisya menampar pipi Zarif tanpa teragak-agak. Kembang-kempis dadanya kerana terlalu marah dengan kata hinaan Zarif.
"Saya maafkan tuan sebab tuan dah salah anggap. Tapi kalau tuan cakap macam tu lagi pada saya, saya tak teragak-agak untuk bagitahu suami saya tentang apa yang tuan dah cakap pada saya."
Qalisya menarik tangannya daripada Zarif dan terus berjalan laju ke ruangan kotak parkir meninggalkan Zarif yang terpaku di tempatnya.
"Sayang, kenapa ni? Macam tak okey je? Kenapa? Baby tak okey ke?" Hud mengusap perut Haura ketika bertanya. Wajah Haura kelat. Seperti menyimpan rasa tidak puas hati dengan dirinya.
Haura menggeleng perlahan. "Tak ada apa pun, penat je."
"Kalau penat, baringlah. Saya tak nak tau isteri saya ni rasa penat." Pujuk Hud seraya mencuit dagu Haura. Haura hanya membalas dengan senyuman tawar sebelum kembali berbaring di atas katil.
"Nanti dah azan maghrib, saya kejutkan. Ni saya ada hal sekejap kat luar. Nanti saya datang sini semula ya?"
Soalan Hud dibalas dengan anggukan Haura. Sempat Hud mengusap kepala Haura sebelum lelaki itu keluar dari kamar. Mata Haura memerhatikan langkah Hud sehinggalah Hud menghilang. Kepalanya kembali diletakkan di atas bantal.
Wajahnya ditekap pada bantal. Hidungnya mencium-cium bau wangian yang melekat pada cadar bantal dan juga katil itu. Bau wangian itu bukanlah bau wangiannya dan bukannya bau wangian suaminya. Rasa musykil mulai terbit.
Perlahan-lahan Haura bangun dan mengangkat bantal-bantal di atas katil. Dengan penuh teliti dia mencari sesuatu yang lain di situ. Tapi tiada. Bantal yang masih melekat dengan wangian itu diciumnya kembali.
Tanpa sebarang suara, Haura menggeledah setiap ruang di situ. Di bawah almari, di dalam laci, di dalam bilik mandi, semuanya dijelajah. Namun masih tiada apa yang pelik. Semuanya sama seperti kali terakhir Hud dan dia menginap di situ.
"Perasaan aku je kut." Ujar Haura sambil berjalan ke arah jendela. Langsir yang tertutup rapi itu ditariknya. Sambil dia mengemaskan susunan langsir itu, matanya menangkap sesuatu yang berkilau.
Tanda nama di bawah susunan kain langsir itu dicapainya.
"Irdeena?"
Qalisya mencari-cari tanda namanya yang hilang. Sudah tiba di rumah, barulah Qalisya tersedar bahawa tag namanya telah hilang.
Setiap poket baju dan seluarnya diperiksa. Pelik. Jarang-jarang dia membuka tag namanya kecuali pada waktu hendak pakai dan membuka pakaiannya. Mulutnya berdecit.
"Tertinggal kat ofis kut." Qalisy mengeluh perlahan. Dicapainya tuala sebelum melangkah masuk ke dalam bilik air.
Bunyi bip yang datang dari telefonnya membuatkan kaki kiri Qalisya tidak jadi melangkah. Kalau Hud yang memberi mesej kepadanya, dia tidak mahu membalas. Merajuk!
"Hm... macam-macamlah alasan kau!" Qalisy mencebik dan menjeling skrin telefonnya. Pesanan daripada Hud menyebalkan hatinya.
Share this novel