QALISYA berjalan keluar daripada ofis dan menyelak rambutnya ke bahu. Hari ini dia mahu bermalam di hotel. Kad biliknya ditala pada pad kekunci bilik hotelnya dan mengunci pintu saat dia sudah berada di dalam.
Sebuah kotak yang terletak di dalam almari itu dibawa keluar dengan penuh berhati-hati. Kakinya melangkah masuk ke dalam bilik mandi. Botol kosong bersaiz besar itu diletakkan di sebelahnya. Dia mengambil sebiji bekas cecair yang kecil itu dan kemudian membuka penutupnya.
Tangannya memicit bekas itu sehingga kesemua isinya masuk ke dalam botol besar itu. Apabila sudah kosong, dia akan mencampakkannya ke dalam tong sampah besi di sebelah kirinya dan terus dibakar tanpa perlu menunggu habis kesemuanya agar mudah dia menghapus daripada dijadikan sebagai bukti salah lakunya. Langkah yang sama dia buat berulang-ulang kali sehinggalah sehinggalah dua botol itu sudah penuh. Pada akhirnya, dia akan membakar kotak itu dan menunggu ia bertukar menjadi debu.
Debu-debu kotak itu dimasukkan ke dalam lubang tandas dan kemudiannya di pam. Bekas plastik yang dibakar sudah membeku dan kemudiannya dimasukkan ke dalam sebuah plastik kecil sebelum dimasukkan ke dalam beg tangannya untuk dibuang ke tempat lain.
Kedua-dua botol itu diletakkan di bawah himpitan bantal-bantal gebu bilik hotelnya.
"Kalau main sorok-sorok, mesti pemangsa akan terfikir untuk cari mangsa dekat tempat yang tersorok dan susah untuk dicari. Sebab tu permainan sorok-sorok ambil masa yang lama untuk tamat."
"Tapi sebenarnya pemangsa terlupa, yang mangsa juga boleh menyorok dekat tempat yang mudah untuk dijumpai. Bila di hujung-hujung permainan nanti, pemangsa akan mula letih dan mengaku kalah daripada terus berusaha mencari. Mangsa yang selamat pun happy... .Tamatlah permainan tu."
Qalisya tersenyum sinis apabila bantal tersebut masih terlihat kemas walaupun menyimpan botol dibawahnya. "Aku ingat aku main sorok-sorok dengan Zarif je, rupa-rupanya... Hud dengan Irfan pun nak join sekali?"
Kakinya berjalan melepasi pintu gelangsar biliknya dan mengambil tempat duduk di balkoni. "Tiga lawan satu, siapa yang akan menang nanti?"
Senyuman jahatnya perlahan-lahan menghilang selepas dia teringatkan seseorang. Hud. "Macammana aku boleh kahwin dengan dia? Tak mungkin sebab rela. Tapi macammana?"
"Apa pulak perasaan Qalisya Irdeena yang sekarang pada lelaki tu? Kenapa tak ada petunjuk untuk aku tahu jawapannya?"
Tangannya dibawa menyentuh perutnya. "Doktor kata aku pernah mengandung, tapi tak mungkin. Nak mengandung apa kalau dia pun perangai macam tu?"
"Fikir Qalisya... fikir... fikir... macammana kau boleh mengandung." Qalisya memejamkan mata serapat-rapatnya. "Cepatlah otak... cepat pulangkan semula ingatan aku."
Bunyi loceng membuatkan Qalisya sedikit terperanjat. Kakinya melangkah ke arah pintu.
Matanya menjenguk dari lubang intai di pintu. Kosong. Tiada sesiapa. Pintunya dikuak dan kaki kanan Qalisya terpijak sesuatu tatkala dia mahu keluar.
Sejambak bunga Daisy yang terletak di atas lantai itu dikutipnya. Patung kecil di dalam jambangan itu ditarik keluar daripada jambangan tersebut.
"Siapa pula yang bagi ni?" Soal Qalisya sebelum keluar daripada biliknya. Dia mencari-cari jika ada orang yang berdekatan di kawasan itu.
"Hello? Hello ada orang tak?" Soal Qalisya yang tidak dijawab. Dia berpaling ke belakang. Masih kosong dan sah! Hanya dia seorang sahaja di situ.
Kakinya berundur ke belakang sehingga berada tepat dibawah cahaya lampu. "Cantiknya teddy bear ni." Ujar Qalisya dengan tersenyum lebar. Dia masih tersenyum walaupun dia menangkap ada sesuatu yang tidak kena pada mata anak patung itu. 'Ada kamera dalam mata anak patung ni. Siapa? Siapa yang bagi?'
"Cantiklah anak patung ni!" Ujar Qalisya lagi sambil berjalan menuju ke tingkat pejabat. Bunga dan anak patung itu didakap ke dada namun dihadapkan ke hadapan. Dia mahu memberikannya kepada Zarif. Dia tidak tahu siapa pemberi anak patung itu namun dia tidak mahu pemberi tersebut tahu bahawa dia sudahpun tahu tentang keberadaan kamera tersembunyi di dalam mata itu, dan dia yakin seratus peratus bahawa anak patung itu bukanlah daripada lelaki bernama Zarif itu.
"Qalisya, please have a seat here." Zarif tersenyum manis tatkala wanita itu berjalan menuju ke sofa yang dimaksudkan olehnya. Dahinya sedikit berkerut dengan jambangan bunga di pelukan Qalisya, lagi bertambah kerut bila ada anak patung kecil bersama-samanya. "Ada apa you nak jumpa i?"
"I datang untuk bagi benda ni sebagai tanda minta maaf sebab i asyik jatuh sakit je kebelakangan ni." Jambangan bunga dipelukan Qalisya diserahkan kepada lelaki berkumis nipis dihadapannya.
Zarif menggigit bibirnya sebelum berbalas senyum dengan Qalisya. "Oh, thanks... . I... tak tahu pulak yang lelaki pun boleh dapat bunga."
"Mestilah lelaki pun boleh dapat bunga, tuan Zarif. Tuan Zarif patut tahu yang bila kita cium bau bunga, nanti dia boleh membantu untuk mengurangkan stres di kepala." Balas Qalisya yang membuatkan senyuman Zarif bertambah lebar. "Tuan Zarif... tak suka ke pada bunga yang saya bagi ni?"
"Eh, mestilah suka. Kan you yang bagi bunga ni pada i." Jawab lelaki itu sebelum melihat jam di tangan. "Dah pukul 6 lah, sorry Qalisya i can't spend more time with you cause i kena jumpa orang malam nanti. I have to go now."
Qalisya ikut berdiri apabila Zarif berdiri. Beg kerja Zarif diambil Qalisya lalu diberikan kepada lelaki itu.
Mereka berjalan seiringan ke lif. Jambangan bunga itu masih lagi berada di tangan Zarif.
"You tak nak balik, Sya? Dah lewat ni." Soal Zarif apabila dia teringat Qalisya berada di sebelahnya tanpa membawa apa-apa barang.
"I akan balik tapi i ingat nak hantar tuan Zarif dulu." Balas Qalisya.
"You ni... sejak you dah sihat ni, bukan main baik lagi you dengan i kan?"
Qalisya tertawa seraya menggelengkan kepalanya. "Ala... tuan Zarif ni, saya saja je nak buat baik. Kut, kut, lepas ni saya nak cuti lagi kan? Kenalah pandai ambil hati bos."
Jawapan Qalisya membuatkan Zarif berasa terhibur. Sempat mereka berbual tentang beberapa topik sehinggalah mereka tiba di lot parkir bawah tanah hotel. Zarif membuka pintu keretanya dan meletakkan jambangan bunga berserta anak patung itu di tempat duduk hadapan penumpang. Selepas itu, Qalisya menghalang Zarif pula daripada masuk ke dalam keretanya. Dia menarik Zarif dan menutup pintu kereta itu.
Qalisya mengeluh kecil selepas menarik Zarif jauh daripada kereta lelaki tersebut sebelum air mukanya berubah. "I nak minta tolong tuan Zarif, boleh?"
"Boleh, Sya. Tolong apa tu?" Soal Zarif apabila melihat Qalisya sedikit panik.
"Tolong buang patung dan bunga tu kat mana-mana tong sampah."
"Kenapa? Itu kan hadiah daripada you untuk i, kenapa pula i nak kena buang?"
Qalisya menggeleng-gelengkan kepalanya. "Bunga dan anak patung tu bukan daripada i untuk tuan Zarif, tapi sebenarnya ada orang yang letakkan bunga tu kat depan bilik i."
"I ternampak ada kamera pada mata anak patung tu, tuan Zarif."
"Kamera?" Soal Zarif yang dibalas dengan anggukan Qalisya. Lama Zarif mendiamkan diri sambil melihat Qalisya. "You ada musuh ke, Sya?"
Qalisya melarikan anak matanya ke tempat lain. "Musuh?"
"Iya, musuh. Selalunya orang yang ada niat tak baik je akan buat macam ni."
Qalisya menggelengkan kepalanya. Hatinya sedang menebak sebuah nama namun dia tidak tahu sama ada orang itu atau bukan, dan tidak mungkin Irfan akan sampai ke tahap itu untuk mengintip dirinya. "I tak ada musuh pun tuan Zarif."
"Atau someone yang minat pada you ke?"
"Someone yang minat pada i?" Qalisya menggelengkan kepalanya. Peminat?
"Hati-hati!"
Zarif menarik Qalisya ke dalam pelukannya apabila kereta Persona Gen2 oren itu berdesup laju dan hampir melanggar mereka berdua.
"Sya, are you okay?" Soal Zarif sambil melepaskan pelukannya. Perlahan-lahan Qalisya menganggukkan kepalanya. Telefon Zarif dibawa keluar dari poket dan mendail nombor seseorang. "Tolong check CCTV, cari kereta Gen2 yang baru lepas lalu kat tempat parking kereta i. I nak you guna video tu untuk buat laporan polis."
"I masuk dulu tuan Zarif." Ujar Qalisya sebelum Zarif menarik tangannya.
"I akan hantar you ke lobi, masuklah dalam kereta i."
Qalisya menganggukkan kepalanya sekali lagi sebelum masuk ke dalam kereta Zarif.
Apabila kereta Zarif diberhentikan di lobi hotel, Qalisya keluar dan terus berjalan masuk tanpa berpaling kepada lelaki itu. Tubuhnya terasa seram sejuk, kepalanya jadi sakit selepas terhentak pada tubuh Zarif.
Penglihatannya kabur, telinganya terasa berdesing, mulutnya cuba mengungkap sesutu namun tidak jelas lontaran katanya. Tangannya terus berpaut pada lengan lelaki penjaga masuk pintu hotel di sebelahnya.
"Hai Qalisya." Ujar lelaki itu seraya mempamer senyum. "Are you okay?"
"Da... Da..." Qalisya tidak mampu berbicara dengan jelas. Mulutnya mengungkapkan sesuatu namun tidak punya maksud. "Da... nya..."
"Qalisya... nak saya tolong Qalisya?" Wajah itu direnung lama dengan Qalisya. Dia tidak tahu siapa lelaki yang berdiri di hadapannya.
Rintihan Qalisya diselangi dengan pukulan di kepalanya terdengar kuat di lobi hotel. Kepalanya dipukul-pukul.
"Cik Qalisya, cik Qalisya okey ke?" Soal gadis yang berlari dari kaunter penyambut tetamu. Dia sangat cemas apabila melihat Qalisya yang sudah menghentak kepalanya di pintu kaca hotel.
Gadis itu meletakkan tangannya pada dahi Qalisya dan segera menarik pengurusnya untuk di bawa ke sofa yang berhampiran. Namun tiba-tiba saja Qalisya rebah dan seluruh anggota tubuhnya mengeras kaku.
"Cik Qalisya!" Jeritan kuat itu membuatkan Hud berhenti melangkah. Apabila telinganya menangkap nama yang disebut-sebutkan itu, laju kakinya berlari.
Hud menolak semua gadis-gadis yang mengepung Qalisya dan meletakkan kepala isterinya itu ke atas ribaannya. Pipi Qalisya ditampar lembut. "Qalisya!"
Hud berpeluk tubuh ketika melihat sekujur tubuh di hadapannya yang masih tidak sedarkan diri sejak tadi, mujur sawan Qalisya dirawat dengan pantas.
"Malis."
Hud terus berjalan mendekati wajah Qalisya. Telinganya didekatkan pada bibir wanita itu.
"Malis."
"Malis?" Soal Hud. "Siapa Malis?"
"Malis."
Perlahan-lahan Qalisya membuka matanya yang berair. "Malis."
Bebola matanya bergerak perlahan-lahan ke arah lelaki yang sedang melihatnya. Qalisya terus duduk di atas katil itu. "Aku nak keluar dari sini."
Hud pantas menahan Qalisya, ditariknya Qalisya untuk duduk di atas katilnya semula.
"Kau baru sedar, bertenang dulu." Balas lelaki itu. "Kalau kau asyik tergesa-gesa macam ni, macammana kau nak sembuh? Macammana otak kau tak sakit?"
Qalisya menarik tangannya daripada genggaman Hud. "Aku tak kenal pun siapa kau, kenapa kau sibuk sangat nak ambil tahu pasal aku?"
Hud menarik Qalisya sehingga isterinya itu terjatuh di pangkuan lengan tangannya. "Sebab kau tu isteri aku dan kau juga pengkianat Alamanda. Aku takkan biarkan kau hilang daripada mata aku."
"Aku bukan isteri kau, dan aku tak pernah berkahwin dengan mana-mana lelaki."
Hud menolak badan Qalisya yang disambutnya tadi ke katil, kedua-dua tangan Qalisya digenggamnya. "Jadi kau nak aku buktikan yang kita ni suami isteri ke? Pengkhianat..."
Qalisya ketawa terbahak-bahak apabila Hud memandang dirinya seperti hendak ditelan. "Aku betul-betul nak tahu macammana kita boleh berkahwin. Dah lah aku berkahwin dengan ketua chef baru Alamanda. Budak mentah? Aku? Kahwin dengan budak mentah macam kau?"
Hud menarik Qalisya untuk bangun dan duduk sekali lagi. Wajahnya sangat rapat dengan wajah Qalisya. "Aku harap sangat yang ingatan kau akan pulih tak lama lagi. Aku perlukan alasan kenapa kau dengki sangat pada Alamanda tu."
Qalisya terus menolak Hud agar lelaki itu jauh daripadanya. "Kenapa kau sibuk sangat nak tahu pasal tu, hah? Kau tu bukan pemilik Alamanda pun, kau cuma tukang masak je kat hotel tu. Aku rasa baik kau tak perlu nak masuk campur dalam hal aku kalau kau tak nak sokong apa yang isteri kau sedang buat sekarang ni. Apa guna jadi suami kalau tak nak sokong tindakan isteri dia?"
"Aku boleh sokong apa yang kau nak buat Qalisya tapi bukan untuk benda jahat dan sebarang bentuk penganiayaan." Balas Hud.
"Penganiayaan?" Soal Qalisya sebelum menganggukkan kepalanya. "Jadi kau nak cakap yang kita sentiasa kena buat baiklah walaupun pernah ditindas, macam tu?"
Hud hanya mengangguk kecil.
"Aku bukan jenis orang macam tu, Hud. Diaorang bukan sahaja dah hancurkan mimpi dan impian hidup seorang anak kecil, tapi! diaorang dah rampas... dunia anak kecil tu!"
Tangan panjang Qalisya menarik dagu Hud supaya mata mereka bisa saling berbalas dan menikam satu sama lain. "Dan sampai sekarang... anak kecil tu dah tak dapat rasakan pun apa itu erti bahagia dalam hidup dia. Setiap hari budak kecil tu menangis bersendirian, tapi tak ada siapa pun yang dengar dan tahu. Jadi kenapa bila ada peluang untuk membalas dia perlu lepaskan pula peluang tu?"
"Bagitahu aku sekarang dekat mana budak kecil tu dan apa kaitan dia dengan Alamanda?! Apa kaitan kau dengan budak kecil tu?!" Soal Hud dengan tegasnya.
"Tengok betul-betul dan kau akan perasan yang budak kecil tu ada dekat depan mata kau sekarang ni, Hud Ukasyah Arman!"
"Alamanda pemusnah impian dan cita-cita aku! Disebabkan Alamanda hati aku terpaksa harungi penderitaan hidup aku seorang diri! Aku kehilangan semua orang yang aku sayang!"
"Ada jiwa anak kecil yang terperangkap kat dalam diri aku ni meronta-ronta untuk membalas semuanya yang dah terjadi! Satu-satunya sebab kenapa aku masih lagi bertahan untuk hidup walaupun aku tahu yang masa aku dah tak panjang adalah kerana Alamanda, Hud!" Hampir terkeluar biji mata Qalisya kerana terlalu marah apabila teringat tentangnya. Jarinya dikepal-kepal.
"Jadi disebabkan dendam lama kau, kau nak aniaya orang yang tak bersalah? Macam tu?!"
"Yes! Because i will do everything just to bring Alamanda down, and don't you dare to stop me!"
Mata mereka berdua saling tidak berkelip. Tangan Qalisya yang mencengkam dagunya ditolak kasar. Hud menuruni katil dan berjalan keluar daripada wad Qalisya.
Qalisya mencampak bantalnya ke atas lantai. Hatinya terlalu sakit untuk menjelaskan segalanya kepada Hud.
SEBUAH teksi berhenti di hadapan sebuah rumah banglo besar itu. Perlahan-lahan Qalisya keluar daripadanya dan menekan skrin hitam tersebut.
"Siapa?" Soal wanita di dalamnya.
Qalisya melihat sekali lagi rumah itu. Entah mengapa dia seperti sudah kenal dengan rumah tersebut. Alamat yang diberikan kepada pemandu teksinya itu dijenguk. Dia sendiri tidak tahu mengapa tangannya menuliskan alamat tersebut.
"Ini... rumah Hud ke?"
"Iya, ini rumah tuan muda Hud."
"Tuan muda?" Soal Qalisya sebelum terkejut apabila pagar itu terbuka.
Perlahan-lahan Qalisya berjalan masuk ke dalamnya. Setiap inci laman rumah itu diperhatikannya.
"Puan muda Qalisya, kenapa tak tunggu tuan muda datang ambil puan kat hospital?" Soal wanita tua itu seraya membawa Qalisya untuk duduk di atas sofa.
"Makcik kenal saya ke?" Soal Qalisya yang keliru dengan apa yang sedang terjadi.
"Mestilah saya kenal, kan hari tu puan muda ada datang? Tuan muda ada bagitahu masa saya baru balik malam kelmarin yang puan muda sebenarnya isteri dia. Tapi, kenapa puan muda tak tunggu tuan muda untuk ambil puan daripada hospital?"
Qalisya mengurut kepalanya yang terasa pening. "Apa semua ni? Bila masa pulak aku jadi puan muda?"
"Kenapa ni puan muda? Puan muda nak air ke?" Soal pembantu rumah. Qalisya langsung menganggukkan kepalanya.
Qalisya meneguk air yang diberikan oleh pembantu rumah sehingga licin.
"Tuan muda masih belum balik lagi, saya hantarkan puan muda masuk ke bilik ya?"
"Bilik?" Soal Qalisya.
"Ya, bilik puan muda Qalisya. Tuan muda memang dah pesan untuk siap-siapkan bilik puan. Jom kita naik ke atas?"
Qalisya menghentikan langkahnya tatkala dia lalu di hadapan sebuah bilik dengan pintunya sedikit terbuka.
"Puan muda, puan muda nak ke mana?"
Qalisya terus menolak pintu kamar itu dan berjalan mendekati sekujur tubuh yang terbaring di atas katil dengan mata yang tertutup itu.
Jururawat yang sedang duduk di kerusi itu bingkas bangun dan menghalang Qalisya daripada menyentuh Haura.
"Puan ni siapa?" Soal jururawat itu.
"Siapa perempuan ni?" Qalisya menyoal semula kepada jururawat yang bertugas menjada Haura.
"Ini puan muda Haura, isteri pertama tuan muda Hud." Balas pembantu rumah tersebut.
"Isteri pertama?"
Share this novel