BAB 14

Drama Series 41228

"AKU ingat proses D&C dah cukup sakit, rupanya kecut rahim lagi sakit." Bebel Qalisya dengan keadaan dirinya terbaring di atas katil. "Ini semua salah lelaki hodoh tu!"

"Mana dia pergi, hah? Aku kat dalam tu setengah jam je. Tup... tup... hilang dah?" Jam di dinding ditenung tajam. Matanya bagaikan boleh menembusi jam itu. "Dasar lelaki tak guna! Aku tengah sakit-sakit macam ni dia boleh lesap?!"

"Kenapalah aku yang kena merasai semua ni? Benda ni lagi sakit daripada terkena diarhea kat Alamanda tu." Sambung Qalisya lagi.

Pintu itu dikuak. Hud berlari-lari anak kepada Qalisya yang sedang terbaring.

"Hei, Hud! Kau pergi mana, hah? Kau tahu tak aku ni nak bangun pun..."

"Weh, aku dah daftarkan borang penceraian kita!" Tercungap-cungap nafas lelaki itu sebelum Hud meneguk air di atas meja sisi katil Qalisya.

"Seriuslah? Bila?! Bila boleh bercerai?!" Soal Qalisya yang sudah tersenyum-senyum gembira. Terus terbangun dia daripada baring.

Hud melabuhkan punggung di atas kerusi. "Sekarang! Sekarang pun boleh. Kalau masing-masing nak bercerai, boleh je nak bercerai sekarang."

Qalisya terus menuruni katil. Tergopoh-gopoh dia mahu memakai seliparnya.

"Eh, eh, kau nak pergi mana?" Hud menarik Qalisya.

"Nak pergi mahkamahlah." Jawab Qalisya.

Hud menampar dahinya. Pening dia hendak melayan perangai Qalisya.

"Kau tu baru je keguguran, sabar sikit boleh tak? Sign borang tu dulu. Esok lusa bila kau dah sihat sikit... kita pergilah naik mahkamah." Hud mencempung tubuh itu kembali ke atas katil.

Qalisya menarik wajah Hud mendekat dengan wajahnya. Anak mata mereka bertembung seperti hari itu sekali lagi. "Borang mana borang?"

Hud menaikkan tangan yang sedang memegang sampul. "Ni."

"Kau tak gosok gigi eh?" Soal Hud lagi. "Busuklah mulut kau."

Qalisya cepat-cepat menjauhi wajah lelaki itu. Mulutnya berdeham. "Dah tak ada siapa bawakkan aku ubat gigi, berus gigi... macammana aku nak gosok gigi?"

Sampul coklat itu dirampas kasar daripada tangan Hud. Matanya bersinar-sinar melihat borang itu.

Tiba-tiba senyumannya mati. "Haish..."

Matanya memandang serong pada Hud sebelum bercekak pinggang. "Kau nak aku sign pakai air liur basi aku ni ke, hah?"

Automatik Hud mempamer riak muka gelinya kepada Qalisya. "Cantik-cantik pengotor, pape tah."

Hud mencapai pen di dalam poket seluar dan menghulurkannya kepada Qalisya.

"Tak sabar betul nak pegang title janda. Janda gorgeous." Ujar Qalisya sebelum mengambil pen itu daripada Hud.

"Abang pilih yang mana... perawan atau janda... ." Qalisya menggoyangkan bahunya ke arah Hud.

Qalisya menjeling wajah Hud tatkala suaminya itu mempamer reaksi pelik pada tariannya.

"Apa pandang-pandang? Nak tiru sign oranglah tu!" Ujar Qalisya sebelum terdiam lagi. Tiba-tiba dia terlupa tandatangannya sendiri. Lama dia merenung kertas itu. Tangannya cuba untuk menulis, tetapi otaknya tidak mampu meransang impuls.

"Oh, okey dah ingat!"

Tanpa ragu-ragu dia terus menurunkan tandatangannya dan kemudian Hud pula mengambil giliran untuk menurunkan tandatangannya juga.

Sekali lagi Qalisya memberi renungan serong kepada Hud.

"Apa?" Soal Hud.

"Belikan... hah... aku... hah... ubat... hah... gigi... hah... ."

Hud menutup hidungnya tatkala wanita itu menghembuskan nafasnya melalui mulut.

"Kalau macam inilah perangai kau... sampai matilah tak ada siapa nak ambil kau buat bini lagi." Balas Hud dengan tangan yang masih menutup hidung.

"It's okay, aku memang dah nak mati dah pun." Ujar Qalisya sebelum duduk semula di atas katil. Tangannya memberi isyarat untuk Hud pergi daripada situ. "Cepat-cepat! Belikan aku ubat gigi."

Hud menggeleng-gelengkan kepalanya dan keluar pergi ke kedai serbaneka.

Qalisya meletakkan ibu jari dan jari telunjuknya di dagu. "Budak tu dah tak ada. Jadi aku tak perlu pun lah nak berhenti daripada Alamanda."

Matanya disepetkan. "Doktor kata aku akan discharge esok."

"Tak boleh! Aku tak boleh discharge esok, aku kena discharge hari ni jugak!"

Butang merah itu ditekannya. "Nurse! I nak discharge sekarang!"

Hud selesai membuat bayaran di kedai serbaneka itu. Ini sudah masuk kedai yang ketiga dia mencari ubat gigi. Pelik juga mengapa kedai-kedai lain tidak terfikir untuk menjual ubat gigi. Barang-barang kebersihan diri yang lain ada, tapi yang dicarinya tiada.

"Okay, thank you." Ujar Qalisya yang usai membuat bayaran. Tangannya menahan teksi yang sudah siap berada di luar hospital.

Hud mengorak langkah menuju ke lif. Matanya digosok berulang kali apabila melihat sosok seseorang yang wajahnya mirip seperti Qalisya, sedang berjalan ke arah sebuah teksi.

Dia tertawa sendirian. "Takkanlah perempuan tu terus nak keluar hari ni. Tadi macam sakit sangat." Tiba-tiba dia terdengar namanya dipanggil.

"Bye, Hud... . Aku balik dulu tau."

Hud tercengang apabila namanya dipanggil oleh Qalisya yang sedang melambaikan tangan ke arahnya. Sempat lagi Qalisya menunjukkan borang itu kepadanya.

Langkah kakinya dibuka besar, terkocoh-kocoh dia mengejar Qalisya yang berada di dalam teksi.

"Hoi, Qalisya Irdeena!"

Hud berlari ke tempat keretanya diparkirkan. Cepat-cepat keretanya dipandu untuk mengekori teksi yang membawa Qalisya.

KERETA Qalisya diberhentikan di hadapan laman utama Alamanda. Kunci keretanya dicampak kepada lelaki yang menjaga pintu masuk hotel itu.

Lagak gayanya sudah kembali seperti yang asal. Dia menghirup udara Alamanda sepuas-puasnya.

"Tak ada lagi masalah muntah-muntah atau tekak mual. Welcome back, Qalisya Irdeena. Welcome back!" Tangannya didepakan sambil mata tertutup rapat.

"You ingat hotel ni hotel bapak you ke? Suka-suka hati nak cuti, suka-suka hati nak masuk lambat... ." Ujar Ayla yang sedang berpeluk tubuh dibelakang Qalisya.

"Memang bukan hotel bapak i, tapi hotel bakal suami i. Tuan muda Zarif." Qalisya menutup mulutnya yang sedang ketawa yang berbunyi sindiran.

"Hai, Sya!" Sapa Zarif sambil berjalan menuju ke arah Qalisya. "I thought you demam lagi. Hud kata you demam."

"Hud?" Soal Qalisya dengan bibir yang terjongket. "Haah, memang i demam pun. Demam rindukan tuan Zarif."

Qalisya sekali lagi tertawa kecil sebelum berjalan bersama-sama Zarif untuk pergi ke padang golf. Hari ini hari hujung minggu, tentunya suasana di situ akan meriah.

"Ish! Siaplah kau, Qalisya! Kau tunggu masa aku tiba pula!" Ayla menghentakkan kasut tumitnya. Tika dia hendak pusing ke belakang, dirinya berlanggar dengan seseorang.

"Hud... Hud... buat apa kat sini?" Soal Ayla sambil meletakkan rambutnya di belakang telinga. Matanya berkelip-kelip memandang lantai.

"Hotel aku. Suka hati akulah." Jawab Hud dengan mata yang melilau. "Kau nampak Qalisya tak?"

Ayla menggenggam kedua-dua buku limanya sambil memejamkan mata. "Qalisya! Qalisya! Qalisya! Kenapa semua orang suka sangat dekat dia tu?! I ni tak cukup cantik ke?"

Ayla mengetap kuat jari-jemarinya apabila Hud sudah hilang. Dia fikir Hud masih lagi berada di hadapannya, namun bila dia membuka mata lelaki itu sudah lesap.

Qalisya hanya tersenyum ketika melihat Zarif yang sedang berbual bersama-sama dengan tetamu hotel yang sangat istimewa. Lelaki itu berserta isterinya adalah pelabur di Alamanda.

Dia memegang kepalanya yang terasa pening. Mujur Zarif ada untuk menyambutnya ketika dia merasa pitam.

"Sya, you duduk dulu." Qalisya dibawa ke kerusi yang berdekatan. Air kosong sejuk itu diberikan kepada Qalisya.

"Zarif!"

Qalisya dan Zarif terus melihat Hud yang sedang berjalan menghampiri mereka berdua.

Hud merampas botol air di tangan Zarif. Matanya saling berbalas pandangan dengan Qalisya yang sedang duduk di situ. Laju tekaknya meneguk air itu sehingga habis.

"Hud, aku ambilkan air ni untuk Qalisya. Kesian dia, dah lah tak sihat." Ujar Zarif.

"Qalisya kan baru baik demam? Takkan nak bagi dia minum air sejuk pulak? Kalau demam dia datang balik macammana?" Soal Hud sebelum menyerahkan botol air mineral yang sudah kosong itu kepada Zarif.

"Oh, ya... i lupa you baru baik demam, Sya." Qalisya tersenyum kelat mendengarkan jawapan daripada Zarif. "Tak apa, i ambilkan air yang baru untuk you."

Hud dan Qalisya saling menikam mata ke arah satu sama lain. "Kau ni dah kenapa?" Soal Qalisya dengan nada yang menekan.

"Aku kenapa? Kau tu. Kau tu baru lepas keguguran, patutnya berehat kat rumah. Bukan datang hotel dan berjalan ke sana ke mari."

"Eh, aku keguguran jelah. Bukan beranak tau." Qalisya menggoyangkan tangannya bagaikan sedang mengendong bayi. "Aku ni perempuan moden, sekejap je aku dah baik."

"Okay, we will see... kau sekarang berlagak eh sejak dah buang budak tu." Balas Hud. "Kalau kau sakit, siap kau. Borang tadi mana?"

"Ada, kenapa? Nak batalkan penceraian kita berdua ke? Tuan muda Hud." Qalisya mencebikkan bibirnya sambil berpeluk tubuh.

"Nanti bagi borang tu pada aku." Ujar lelaki itu. "Satu lagi aku nak ingatkan, selagi kau tu isteri aku... aku nak kau jaga diri kau baik-baik. Aku tak nak ada kes kematian postpartum, lepas tu nama aku pulak yang naik!"

"Aku takkan mati disebabkan postpartum okey! So... kau tak perlu nak risaukan aku pun, Hud Ukasyah Arman."

Apabila Zarif sudah semakin dekat, Hud terus berpaling dan berlalu pergi daripada situ.

Marker pen Qalisya menggores satu lagi garisan lurus pada kotak tarikh bulan itu. Lagi beberapa hari sahaja lagi untuk mereka berdua pergi mahkamah bagi kes perbicaraan penceraian mereka.

Dia mengeluh kecil sebelum matanya berkalih pada laci yang berkunci itu.

Kunci itu dicucuh dan tangannya menarik laci. Sekeping gambar ultrabunyi dibawa keluar.

"Najmi... kau ingat aku lagi tak?"
"Ini akulah, mak kau." Tangannya menyentuh gambar itu. "Aku rindukan kau."

"Masa aku kandungkan kau dulu, hidup aku tak sunyi macam ni."

Qalisya meletakkan kepalanya di atas meja. Air matanya dibiarkan menitis sambil menatap gambar itu.

"Memang aku bencikan kau, dan aku tak pernah terfikir pun yang aku akan rindukan kau lepas kau dah tak ada. Aku rindu kau sangat-sangat."

Bunyi letupan bunga api itu membuatkan Qalisya tersenyum. Dia melihat pemandangan yang indah itu daripada meja ofisnya sahaja.

Air matanya kembali menitis. Perutnya yang sudah tidak berpenghuni diusap perlahan. "Kalaulah kau ada lagi, mesti kau pun akan rasa benda yang sama macam yang aku rasa, kan?"

Air matanya masih lagi tidak berhenti mengalir. Dia tidak ingin bersendirian di dalam pejabatnya dan mahu berada di laman agar fikirannya bebas daripada memikirkan Najmi.

Hatinya berat merindui kandungannya yang baru saja digugurkan pada minggu lepas.

Langkahnya lemah, entah mengapa dia baru berasa sangat sedih atas kehilangan bayinya itu. Terasa seperti separuh daripada dirinya hilang.

Muzik yang didendangkan tidak menarik minat Qalisya. Kerusi ditarik dengan lemah sebelum dia duduk termangu di situ.

Suasana di laman itu meriah dan ada ramai orang disekeliling namun Qalisya pula sedang dihimpit dengan rasa kesunyian yang amat dalam.

Bahunya tersengguk-sengguk kerana matanya tidak berhenti menangis.

Cuaca pada malam itu terasa lebih sejuk berbanding malam-malam yang lain kerana hujan turun pada waktu petang tadi. Hud menyarungkan kot kelabunya yang sepasang dengan seluar sebelum turun ke bawah.

"Sejuk betul malam ni." Ujarnya sambil berjalan melintasi kolam renang untuk ke padang lapang itu.

Kakinya tidak jadi melangkah apabila dia melihat seseorang sedang menangis di tengah-tengah pesta itu.

Selepas dia memakai kaca matanya, barulah pandangannya jelas. Rupanya gadis yang sedang menagis itu adalah isterinya sendiri.

Langkahnya dibawa laju ke tempat minuman untuk mengambil air minuman buat Qalisya.

Zarif mendail nombor seseorang yang dirindui buat kesekian kalinya. Qalisya. Puas dia menghubungi nombor itu namun tidak berangkat. Dia sudah memeriksa pejabat pengurus besar Alamanda itu tadi tetapi kosong.

"Sya, asal kau menangis ni?" Gelas itu diletakkan di hadapan Qalisya yang sedang menyembamkan wajah ke atas meja.

Mendengarkan suara itu, perlahan-lahan Qalisya mengangkat wajahnya.

"Aku rindukan Najmi, Hud." Ujar Qalisya sebelum menitiskan air matanya.

Hud menghela nafas panjang. Tangannya mengusap rambut Qalisya. "Dah lah tu, tak ada rezeki kan... nak buat macammana?"

"Aku tak pernah rasa sesunyi ini, Hud. Masa Najmi ada, aku selalu berborak... bergaduh dengan dia... . Dialah kawan baik aku walaupun masa dia ada aku bencikan dia. Tapi sekarang..." Qalisya menggelengkan kepalanya tika bertatapan dengan Hud. "Aku rindukan dia sangat-sangat."

"Shh... dah lah janganlah menangis lagi. Nanti kau buat anak ramai-ramai dengan suami baru kau. Okey?"

Qalisya menggelengkan kepalanya. "Aku dah nak matilah. Macammana aku nak kahwin baru?"

Hud tertawa besar sambil mencuit pipi Qalisya. "Setakat bercerai dengan aku, takkan sampai nak mati, kut?"

"Ish! Bukan itulah maksud aku!" Balas Qalisya selepas menepis tangan Hud di pipinya.

Di suaru sudut yang tidak berapa jauh, hanya selang beberapa meja, Zarif sedang fokus memerhatikan kemesraan adik angkatnya bersama-sama dengan Qalisya. Langsung dia tidak tahu keakraban mereka berdua sampai sebegitu tinggi tahapnya.

Hud menghulurkan tangannya kepada Qalisya. "Jom? Kita menari sama-sama? Anggap ianya sebagai kenangan terakhir kita sebagai suami dan isteri."

Qalisya menjongket bibirnya sambil menepis saki baki air mata yang mahu mengalir. "Kau seriuslah?"

"Iya. Jomlah... ."

Qalisya menganggukkan kepala perlahan-lahan dan menyambut tangan Hud yang dihulurkan kepadanya.

Ketika ada pasangan-pasangan lain sedang menari di situ, Hud dan Qalisya tidak kekok untuk turut serta memulakan tarian mereka.

Kombinasi alunan alat muzik seperti saxofon, violin dan piano di atas pentas cukup untuk mengundang getar romantis di situ. Tangan Hud diletakkan pada pinggang Qalisya dan tangan kanan Qalisya diletakkan di atas dada lelaki itu.

Qalisya bukanlah seorang penari yang bagus, namun dia bergerak mengikut kiraan pada bibir Hud. Bibir mereka saling sama merekah senyum, mata mereka tidak lepas daripada memandang antara satu sama lain. Sesekali Qalisya akan mengintai dan menghitung bintang-bintang di langit.

"Banyak kan bintang malam ni?" Soal Qalisya dengan matanya sedang mengamati wajah lelaki itu.

Perlahan-lahan Hud menganggukkan kepalanya. "Kau tahu tak kenapa banyak sangat bintang keluar malam ni?"

Qalisya menggelengkan kepala sambil tersenyum. "Tak tahu. Kenapa?"

"Sebab Najmi yang kirimkan bintang-bintang ni untuk kita."

Senyuman di bibir Qalisya semakin meluas dan kepalanya mendongak untuk melihat bintang-bintang yang bertaburan di langit pada malam itu.

"Tuan Zarif, kenapa tuan Zarif duduk seorang diri je kat sini? Qalisya mana?" Soal Ayla yang mengambil tempat di sisi Zarif. Wajah lelaki itu tampak berang.

"Oh my God! What are they doing?!" Ayla menutup mulutnya yang ternganga. Matanya membulat apabila melihat Hud sedang mencium lama akan pipi Qalisya.

"Siapa perempuan tu?" Soal Qalisya yang membuang senyuman Hud.

"Kenapa kau nak tahu?" Hud menaikkan sebelah keningnya.

"Aku ni isteri kau, mestilah aku nak ambil tahu."

Hud tersenyum kelat sambil akalnya memikirkan ayat yang sesuai.

"Perempuan yang kau nampak tu..."

"Perempuan tu... apa?"

Hud mendekati telinga Qalisya. "Datang rumah aku masa hari penceraian kita. Aku akan jelaskan segala-galanya."

"Habis tu betullah kau gunakan aku untuk nafsu kau?" Dahi Qalisya berkerut. Hud hanya tergelak besar sambil menggelengkan kepalanya. "Kau memang sengaja kan malam tu?" Soal Qalisya lagi.

Dahi Qalisya diusap-usap dengan Hud sehingga Qalisya menghilangkan kerutannya.

"Tak. Aku betul-betul tak sengaja dan kalau aku waras waktu tu... aku takkan tersilap masuk ke bilik kau. Aku masih tahu hukum, Sya."

"Dan aku dah ingat semuanya tentang malam tu. Tapi aku tak bersalah seratus peratus."

Hud membisikkan sesuatu ke telinga Qalisya dan membuatkan mereka berdua sama-sama berhenti menari untuk fokus memberi dan menerima data daripada satu sama lain.

"Faham... tapi macammana kita berdua boleh sama-sama mengantuk eh malam tu?" Qalisya menyoal dengan dahi yang berkerut. "Aku cuma ingat yang malam tu aku ada minum air daripada bekas kau je."

Mata Qalisya dan Hud saling terbuka luas. "Air tu!" Jawab mereka berdua secara serentak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience