BAB 32

Drama Series 41228

PETANG itu, Qalisya dan Zarif sama-sama berjalan menuju ke padang golf yang luas itu. Sengaja Zarif mahu mengajak Qalisya ke situ supaya tidak diganggu oleh sesiapa. Lagipula dia pernah berjanji pada Qalisya yang dia mahu mengajar gadis itu tentang cara hendak bermain golf.

Saat mereka melintasi kolam renang, ada sepasang mata yang memerhatikan langkah mereka daripada jarak yang jauh. Hud bersandar ke dinding. Kaca matanya kembali diletakkan ke dalam poket kotnya.

"Tuan muda, kalau tuan muda syiok sangat kat Qalisya tu... apa kata tuan muda ajak Qalisya tu kahwin. Tak adalah dada tu rasa panas sebab jealous, kan?" Soal Ayla sebelum mencebikkan bibir. Dia perlu 'membakar' Hud untuk dia dapatkan Zarif.

"Jealous?" Hud tersengih mendengarkan ujaran Ayla. "You ingat I ni apa? I ni husband puan Haura." Hud maju melangkah. Malas dia hendak melayan Ayla.

"Macam tu ke tuan Zarif?" Soal Qalisya yang tergelak-gelak kerana sudah berkali-kali diajar Zarif tapi masih dia tidak mengerti. Sesusah itu rupanya hendak bermain golf.

Zarif membuat teropong tangan. Senyumnya melebar sehingga menampakkan gigi. "Iya, macam tulah. Finally, Sya... you dah boleh join us main golf with our new investor."

Pujian Zarif turut membuatkan Qalisya tersenyum sama. "Terima kasih. Tapi, apa kata kita duduk dulu? Saya rasa penat pula tiba-tiba."

Laju Zarif mengangguk. Lupa pula dia pada kondisi Qalisya yang masih belum sembuh sepenuhnya. Dibantunya Qalisya untuk meletakkan batang kayu golf tadi pada tempatnya.

"I ambilkan air sekejap kat restoran ya. You tunggu sini je!"

"Tak payahlah tuan Zarif. Air kosong jelah. Lagipun jauhlah nak ke restoran tu." Qalisya menaikkan tangannya sebagai isyarat. "Air gedegang je."

Selepas membeli dua botol air mineral, Zarif kembali semula ke tempat tadi. Dibukanya penutup botol tadi sebelum diserahkan kepada Qalisya disebelah.

"Saya rasa, dah lama sangat saya tak bersukan sejak saya jalani rawatan kanser." Hujahan Qalisya membuatkan mata Zarif bergerak melihatnya. "Yalah, macammana saya nak aktif? Badan saya sekejap okey... sekejap tak sedap badan... memanglah kanser tu dah tak ada. Tapi badan saya ni asyik rasa lemah je. Macam ada sesuatu yang dah mati, tapi tak tahu apa." Sambungnya yang berakhir dengan tawa.

"Tu petandanya you dah kena kahwin, Sya." Zarif mengulas. "Tanda-tanda kesunyian tu. Kena ada suami dah tu."

"Suami?" Qalisya menyoal lemah. kepalanya menggeleng. "Siapa je nak kan diri saya ni tuan Zarif?"

"Depan mata you dah ada, cuma you je yang tak nampak."

Qalisya menggeleng sekali lagi sambil menoleh ke arah Zarif. "Tak faham. Maksud tuan, siapa?"

"Me." Tanpa was-was jawapan itu keluar dari bibir Zarif. "I yang nak kahwin dengan you."

Namun Jawapan Zarif hanya membuatkan Qalisya terdiam selepas itu.

"Tuan Zarif, saya rasa..."

"I tak reti nak buat macammana orang lain melamar perempuan yang mereka cintai. Tapi, you ambillah masa untuk berfikir cause I am really love you. I really mean it."

Zarif meletakkan kotak baldu merah hatinya diantara mereka berdua.

"Tolong fikir-fikirkan... tentang lamaran ni. I janji dan I ikhlas nak jaga you."


TERMENUNG jauh Qalisya tatkala teringatkan perbualannya dengan Zarif pada waktu petang tadi. Kotak baldu merah itu diambil dan ditenung sejenak sebelum kembali meletakkannya semula. Qalisya tersenyum sinis dan menggeleng. "Kahwin?"

Kepalanya disandarkan ke kerusi. Kedua-dua tangannya diletakkan di belakang kepala dan kelopak matanya perlahan-lahan tertutup.

"Kahwin dengan Zarif? Takkanlah aku nak kahwin dengan abang ipar aku sendiri?" Qalisya menyoal sendiri. "Nanti apa orang cakap? Dah dapat adik, nak abang pulak."

"Anyways, bukannya aku ni single mingle. Aku ni isteri orang." Sambungnya lagi. "Kalaulah Zarif dan satu Alamanda tahu tentang status aku dan Hud... akan jadi berita tergempar ke, eh?"

Qalisya terus berdiri tegak. "Tapi... nak ke Hud mengaku yang aku ni isteri kedua dia? Takkan mungkin dia nak mengaku, kan? Haura kan ada? Tengah mengandung pula tu."

Keluhan kecil terkeluar dari bibirnya. Laci mejanya ditarik perlahan dan kemudiannya dibawa keluar. Diusap-usap gambar ultrabunyi kepunyaannya dua tahun lalu.

"Kalau kau masih hidup, mesti kita tengah happy kan sekarang? Mesti Hud takkan tinggalkan aku macam yang dia buat sekarang, kan? Kan, Najmi?"

Air muka Qalisya berubah. Matanya mula bertakung cecair jernih.

Gambar itu dibawa ke dalam dakapan. "Sampai bila kita nak hidup macam ni, Hud? Kenapa kau masih tak nak lepaskan aku walaupun kau tahu yang kau sendiri tak cintakan aku?"

"Pilihan aku untuk batalkan penceraian yang dulu tu memang salah. Aku jadi buta disebabkan permainan yang kau buat, Hud."

Kotak cincin dan gambar tadi lekas dimasukkan semula ke dalam laci sebelum dikunci laci tersebut. Hari sudah larut malam dan Qalisya masih lagi di hotel kerana bimbang akan bertembung dengan Zarif. Dia tidak mahu ada situasi janggal diantara mereka. Jika Qalisya melayannya seperti biasa, bimbang Zarif akan terperasan pula bahawa lamarannya diterima. Namun jika dia tidak bercakap dengan lelaki itu, Zarif akan makan hati dan bakal mengeruhkan hubungan majikan-pekerja mereka berdua.

Dedaun pintu ditarik Qalisya dan dirinya mula melangkah keluar dari ofis. Terasa seperti dirinya sedang diperhatikan, Qalisya terus berpaling ke belakang.

"Ada sesiapa ke kat situ?" Qalisya menyoal. Apabila tiada jawapan, Qalisya kembali mara ke hadapan.

Namun bunyi tapak kaki itu membuatkan hatinya tidak senang. Dilajukan langkahnya untuk sampai ke lif.

Semakin laju dia berjalan, semakin laju juga bunyi itu dibelakang. Akhirnya Qalisya terus berlari laju.

Gedebuk!

Telefon yang dipegang Hud terjatuh ke lantai selepas dirinya didakap seseorang dari belakang.

"Who do you think..."

Qalisya mendakap Hud dengan sangat kuat. Sejuk tangan itu dirasakan dengan Hud. Apabila Hud cuba meleraikan, Qalisya berdegil. Enggan melepaskan dakapan itu. Kepalanya menggeleng laju apabila menoleh ke belakang. Qalisya rupanya.

"Okay, fine... apa masalah kau, Qalisya?" Soal Hud. "Takut hantu?"

Mendengarkan suara itu, tangan Qalisya perlahan-lahan turun semula.
Hud terus mengambil telefonnya yang terjatuh dan berpaling melihat Qalisya.

Tubuh Qalisya masih menggeletar. Tangannya naik mendakap tubuh. Mana mungkin adegan malam itu kembali terjadi, bukan? Tak mungkin Azhar dapat naik ke tingkat ini. Qalisya menggeleng kepala.

Hud melihat Qalisya serba-serbi tidak kena. Seperti ayam berak kapur. Tangan Qalisya terus direntapnya. "Apasal dengan kau ni, Qalisya?"

Qalisya mengangkat wajahnya untuk melihat gerangan empunya suara. Matanya terus membulat. "Az... Az..."

Hud menjongket bibir. "Kau ni dah gila ke apa?"

Tiba-tiba, Qalisya menjerit kuat. "Lepaskan aku! Lepaskan aku!"

"Sya, pandang muka aku. Kenapa dengan kau ni?" Barulah nada Hud berbunyi cemas. Qalisya seperti orang tidak betul. Semakin Qalisya berkeras, semakin kuat dia menggenggam Qalisya.

"Aku cakap lepaskan aku, Azhar!" Desaknya yang sambil menangis.

"Fine, aku lepaskan kau. Tapi balik nanti hati-hati. Dah malam dah ni." Ujar Hud sebelum melepaskan tangan Qalisya.

Apabila tangannya sudah dilepaskan Hud, Qalisya terus berlari dengan kelajuan tinggi ke dalam ofis.

Hud terjongket kening. Ada sesuatu yang tidak kena dengan isterinya.

Hud mencari Qalisya yang 'tersembunyi' di dalam ofis. Nama Qalisya dipanggilnya tetapi tidak disahut Qalisya.

Hud menghela nafas panjang apabila melihat Qalisya sedang duduk mendakap lutut sambil menyandarkan kepalanya pada kedua kakinya.

"Sya, kau okey tak ni?"

Suara itu memeranjatkan Qalisya. Wajah lelaki itu sekali lagi membuatkan dirinya hilang akal. Terus Qalisya berdiri dan mahu melarikan diri.

Mujur Hud pantas merangkul pinggang Qalisya dan menolaknya ke sofa.

"Lepaskan aku, Azhar!" Jerita Qalisya yang seperti dalam histeria.

"Ini aku, Qalisya. Aku, Hud! Hud suami kau!"

"Lepaskan aku! Jangan Azhar!"

Hud terus membangunkan Qalisya dan menarik wajah isterinya dekat dengan wajahnya. Dagu Qalisya direntap. "Ini aku, Qalisya. Aku suami kau!"

"Tengok betul-betul, aku suami kau!"

Qalisya mengamati mata itu sebelum melepaskan nafas panjang. Sekali lagi air matanya mengalir dan dia terus memeluk jasad di hadapannya.

"Hud..."

Hud membalas pelukan tadi sambil mengelus rambut Qalisya yang panjang. "Ya... ini aku, Sya."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience