BAB 7

Drama Series 41228

PERASAAN girang di hati tidak mampu digambarkan tinggi manakah tahapnya. Betapa gembiranya Qalisya apabila terdapat tompokan merah melekat pada cadar putih katilnya. Bukan main lagi dia menari sakan kerana terlalu gembira. Meskipun lewat beberapa hari, tidak mengapa. Akhirnya! Penantiannya sudah tamat. Dia tidak mengandung!

"I'm a beautiful girl! Nan beautiful girl!" Lagu korea lama itu dinyanyikan dengan penuh bersemangat walaupun perutnya terasa sedikit peri.

"Tak mengandung! Qalisya tak mengandung! Wuu!" Jerit Qalisya sekuatnya di dalam bilik air.

Berus gigi dicapai dan kemudiannya dia meletakkan pes ubat gigi. Berus giginya ditala ke gigi.

"Bluek..."

Qalisya menepuk dadanya apabila dia hendak termuntah.

Qalisya sekali lagi menggosok giginya. Sekali lagi mulutnya mahu termuntah.

"Apasal wangi sangat toothpaste ni? Haish!" Tangannya membaling berus giginya ke dinding.

Dia keluar dari bilik mandi untuk mengambil berus gigi yang baru. Selepas itu barulah dia tidak ada rasa mual untuk menggosok gigi. Dia asyik dengan nyanyian di dalam bilik mandi. "Kelapa dan orked... bagus untuk rambut. Saya nak balik duit saya!"

"Cantiknya cuaca hari ni!" Senyumannya terpalit dengan sangat luas. "Qalisya tak mengandung! I'm on my period!"

Cawan kertas kopinya diambil dan kemudian dihirup. Hari ini jadualnya agak padat. Pagi ini dia akan membuat tinjauan di unit kewangan. Dia perlu mengingati dan memahami keadaan terkini kewangan syarikat sebelum mempersembahkan kepada Zarif pada hari esok. Di sebelah petang pula dia perlu membuat tinjauan di unit pengemasan rumah.

Sambil kakinya melangkah masuk ke lobi hotel, dia membuat senaman pinggang yang ringan. Perutnya terasa sengal-sengal namun dia terlalu malas hendak mengambil pil penahan sakit.

"Morning, Sya." Sapa Zarif yang turut mengikut Qalisya yang sedang mengilas pinggang. "Kenapa kena bersenam kat tengah-tengah lobi ni?"

Qalisya berpaling ke belakang. Tersipu-sipu malu dia jadinya apabila tertangkap dengan Zarif. "Tuan Zarif, sorry... pinggang i sakit. Itu yang i bersenam sikit tu." Qalisya membalas. Selepas itu di terus menurunkan kedua-dua tangannya.

"Kalau you sakit pinggang, pergi lah spa. I boleh sponsor you as reward you naikkan nama Alamanda."

Zarif berjalan mendekati Qalisya sehingga tiba di sebelah. "You bagitahu je nama spa yang you nak pergi."

Jari telunjuk Qalisya naik menutup lubang hidungnya dan meletakkan jari-jemari yang lain pada dagu . Dia tidak mahu terlihat biadap di hadapan Zarif. Namun ada suatu bau pada lelaki itu yang tidak menyenangkan hidungnya.

"Tak payahlah, tuan Zarif. Buat susah-susah je. Segan i. Lagipun gaji i ni banyak, tak sempat-sempat nak guna pun."

Zarif melorek senyum. Apa yang susahnya? Takat seribu dua, kecil sangat amaun tu di mata i."

"Morning tuan Zarif!" Sapa Ayla dari belakang Zarif. Dia mencebik bibir kepada Qalisya. "Morning, Sya."

Qalisya sekadar tersenyum nipis.

"Saya dengar yang... tuan Zarif nak sponsor Qalisya spa tadi. Kalau sponsor saya sekali boleh? Sakit pinggang juga ni." Sambungnya sambil mengilas pinggang sama seperti Qalisya.

"Boleh, apa salahnya?" Zarif menjawab serata menyorokkan tangannya di poket. "Tapi kena perform macam Qalisya lah dulu ya."

"See you again, Sya."

Qalisya menganggukkan kepalanya kepada Zarif yang hendak melangkah.

"Tuan Zarif! Tuan Zarif! Tunggulah saya! Jom pagi ni kita minum kopi sama-sama nak?"

Qalisya ketawa apabila melihat Ayla yang sedang berlari mengejar Zarif.

Tangannya dibawa ke perut dek kerana terasa lapar. Dia mahu ke restoran dahulu sebelum memulakan tugas. "Hey, mamacita naega ayayayaya!"

"Dah kenapa?" Soal dua orang gadis yang saling berpandangan antara satu sama lain. Bingung dengan kelakuan Qalisya yang sangat lain hari ini. Langsung berbeza dengan Qalisya yang sebelum-sebelum ini.

Qalisya mengambil pinggan dan mencedok beberapa jenis makanan untuk bersarapan. Sekejap mulutnya bersiul, sekejap menyanyi. Begitulah dia berulang-ulang. Kelakuannya sangat lain pada pagi ini.

"Happy betul cik Qalisya pagi ni." Sapa Irfan yang juga mahu bersarapan. Dahinya berkerut mendengar siulan Qalisya.

"Well... salah ke i nak meraikan khabar gembira dengan diri i?" Jawab gadis itu sambil jari-jemarinya bergerak-gerak mahu mencari sudu dan garfu yang menjadi pilihan hatinya.

Irfan mengangkat keningnya. "Oh... kalau macam tu, boleh saya tahu berita apa yang gembira sangat tu?"

Qalisya tersenyum sinis kepada pemuda yang seusia dengannya. "M.Y.O.B. ." Dia meninggalkan Irfan dengan lagaknya.

Tertawa kecil Irfan jadinya. "Mind your own business." Kepalanya menggeleng perlahan.

"Opps!"

Makanan yang dibawa Qalisya sedikit tertumpah mengenai bajunya selepas dia tidak sengaja melanggar seseorang. Salahnya juga kerana dia sedang menggunakan telefon semasa berjalan.

Dia mendongakkan kepalanya ke atas. Wajah lelaki itu ditenungnya.

"Apa?" Soal Hud. "Mata dengan kaki kau tak sync agaknya."

"Apa?!" Soal Qalisya kembali. Dia terus mengecilkan matanya. "Jumpa aku kat ofis."


Qalisya terjaga dari lenanya apabila kedengaran bunyi ketukan di pintu. Terkuap-kuap mulutnya seraya melihat pintu ofis sedang dibuka.

"Asal kau nak jumpa aku?" Hud menyandarkan tubuh ke kerusi. Tangannya didakap ke dada.

Qalisya mengetap bibirnya sambil mencuba untuk mengeluarkan air mata. Apabila air matanya tidak mahu keluar, dia meletakkan cecair mata pula agak kelihatan seperti sedang menangis. Hud menggelengkan kepalanya dan disertakan dengan jelingan mata terhadap Qalisya.

Tangan Hud ditarik Qalisya dan digenggam oleh gadis itu sebelum diletakkan ke atas meja.

"Hud..." panggil Qalisya dengan nada sebak.

"Apa? Cepat sikit boleh tak?" Hud menarik tangannya dan menjeling wajah itu sekali lagi.

"Aku tak sangka... yang kau... memang... betul-betul mandul." Sambung Qalisya dengan ton suara yang sama. Sengaja dia berpura-pura batuk, mahu menambah perisa pada watak itu.

Hud terus memalingkan wajahnya menghadap Qalisya. Matanya dikecilkan.

"Aku period, Hud! Aku period! Aku tak mengandung pun!"

Qalisya menari-nari di hadapan Hud. Betapa girangnya rasa di hati.

Lelaki itu menghela nafas lega dan menutup matanya. Risau juga kalau benda yang tidak diingini itu wujud diantara mereka. Apa yang akan terjadi kalau Qalisya benar-benar boleh hamilkan anaknya? Rupa-rupanya apa yang dikatakan doktornya benar belaka. Disebabkan kemalangan itu, dia disahkan tidak mampu memberikan zuriat. Dia mandul! Hud Ukayshah Arman mandul! Kepalanya semakin menunduk, menyedari dia bukan lagi lelaki yang sempurna. Dia malu kerana Qalisya sudah tahu rahsia besarnya.

"Auch!"

Keluhan dari mulut Qalisya membuatkan Hud tersedar dari angan.

Qalisya menggosok perutnya yang sakit terlanggar bucu meja. Hud menjongket sebelah bibir memandang Qalisya.

"Dah, berambus kau dari ofis aku ni. Semak je aku dengan kebun kat muka kau tu."

Hud tergelak sinis mendengarkan perkataan 'kebun' itu. Kalaulah Qalisya tahu bahawa dia pernah menjadi kegilaan ramai gadis di hotel dan diluar sana sebelum kemalangan tersebut menimpa dirinya dan Haura.

"Hud... ." Panggil Qalisya lagi dengan nada mengejek.

Hud kembali menutup pintu ofis Qalisya yang sudah ditariknya.

"Jangan bersedih eh kalau kau tak boleh... nak bagi anak pada bakal isteri kau. Setakat mandul tu, bukanlah masalah besar."

"Tapi aku nak cakap yang..."

Hud masih menanti kata-kata itu dihabiskan Qalisya yang masih mahu berada di mod drama. "Yang?"

"Yang nasib baik kau mandul, Hud. Kalau tak aku dah termengandung dah sekarang. Thanks, Hud! Dah, kau boleh berambus." Kata Qalisya sebelum memberi isyarat tangan kepada Hud untuk keluar.

Hud menahan marah di dada. Bukan main lagi gadis itu mentertawakan dirinya. Pintu itu dihempas Hud dengan kuat.

"Siaplah kau! Kau tunggu balasan kau nanti." Hud menggenggam kuat buku limanya. Terasa maruahnya direndah-rendahkan Qalisya.

Qalisya berdiri di hadapan kolam renang itu sambil berpeluk tubuh. Dia sudah berfikir untuk menyambung semula misi rahsianya yang tergendala setelah beberapa minggu. Dia terlalu sibuk untuk meletakkan cecair itu ke dalam tong yang membekalkan air kepada mesin ais mereka.

Hari ini kepalanya agak berat. Ikutkan hati dia mahu bekerja separuh hari sahaja, tetapi dia terpaksa bertahan kerana dia mahu juga menjalankan misi itu. Fikirnya hari ini dia mahu bermalam di hotel.

Sejujurnya dia tidak sukakan hari bekerja kerana waktu di hotel akan terasa lebih panjang daripada biasa.

Kepalanya disentuh sebelum dia melihat jam di tangan. Sudah tiba waktunya untuk dia perlu mengambil ubatnya.

Dia hampir gagal mengawal kestabilan dirinya. Mujur tangannya sempat memegang tangga kolam renang.

Telefonnya berdering. Nama Zarif tertera di skrin. Mulutnya sempat mengeluh bila membaca nama itu.

"Ya, tuan Zarif?"

"You tak terlupa meeting you dengan i kan hari ni?"

"Meeting?" Soal Qalisya yang kebingungan.

"Ya, meeting. Meeting pasal report financial tu."

"Oh... ya. Lagi lima minit i sampai ofis tuan Zarif."

Pesanan Zarif bak masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Satu 'point' pun dia tidak dapat menangkap.

"Qalisya?"

Zarif memanggil nama itu lagi. Dia yakin telefon itu jatuh ke dalam air kerana bunyi yang dihasilkan. Dengan pantas dia berlari keluar daripada ofis.

"Tuan Zarif..."

Bergerak-gerak rambut Ayla apabila terkena angin larian Zarif.

Hud terus mencempung tubuh Qalisya dan membawanya ke tempat yang lebih redup. Kebetulan dia lalu di situ kerana hendak ke parkir kereta. Memang sejak dia pergi, dia sudah perasan Qalisya sedang termenung berdiri sendirian di situ dan bila balik saja, Qalisya sudah terbaring di sisi kolam. Hampir saja Qalisya hendak termasuk ke dalam kolam.

"Qalisya." Tangan Hud menepuk lembut pipi Qalisya. Beberapa orang staf mula mengelilingi Qalisya.

"Nak kena call ambulans ke?" Soal salah seorang daripada mereka.

"Call. Call cepat!" Arah Hud yang sudah bernada cemas.

Kumpulan itu memberi laluan kepada Zarif yang hendak melihat keadaan Qalisya yang sedang tidak sedarkan diri di pelukan Hud.

Wajah Zarif sedikit merah. Dia melihat Hud dengan pandangan tajam dan Hud mengerti apakah maksud kemerahan di wajah abang angkatnya itu.

Belum sempat Hud bersuara, bunyi siren ambulans membuatkan semua orang menoleh ke arah itu.

Apabila Hud sudah sedia hendak membawa Qalisya ke lori ambulans, Zarif menaikkan tangan kanannya bagi mengalang jalan Hud.

"Biar aku bawa dia." Ujar Zarif.

"Tak payah, biar aku je yang bawa dia. Lagipun aku yang jumpa dia, aku yang boleh ceritakan semuanya pada doktor nanti."

Zarif masih tidak mahu menurunkan tangannya. Hud terus berjalan ke ruangan yang kosong sebelum berlari ke arah ambulans tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience