BAB 15

Drama Series 41554

CUACA hujan lebat pada petang itu menjadikan keadaan di luar gelap gelita. Qalisya hanya berdiri dekat dengan dinding kaca itu untuk memerhati dunia luar. Cahaya-cahaya merah bertaburan di bawah menandakan jalan sudah mulai sesak. Tarikh di jam tangannya dipandang sekilas sebelum dia kembali membuang pandangannya ke luar.

Jantungnya berdebar-debar menantikan hari esok. Hari bagi perbicaraan kes perceraian mereka berdua. Kot kelabu yang tergantung di tiang penyangkut baju itu ditenung lama.

"Selamat malam." Ujar Hud yang ketika itu masih lagi berada di hadapan pintu rumahnya. Qalisya memetik jari tatakala teringatkan sesuatu. Kot kelabu yang masih terletak kemas pada bahunya diserahkan semula kepada pemilik asal.

Hud menyambut kot kelabunya yang dihulur Qalisya. Bila dia teringat akan sesuatu, dia pula memetikkan jari. Tangannya membawa keluar segugus kunci dari poket sebelum diserahkan kepada Qalisya. "Kunci kau."

Qalisya tersenyum kecil dan mengambil kunci rumahnya daripada tangan Hud. "Okey."

"Kiranya ini pertemuan terakhir kita sebagai suami isteri, kan?" Soal Hud sambil menyembunyikan tangannya di dalam poket. Qalisya menganggukkan kepalanya perlahan-lahan.

Hud meniru kelakuan Qalisya yang menganggukkan kepalanya.

"Jaga... diri kau baik-baik. Carilah lelaki lain yang lebih bagus untuk jadi suami kau."

Qalisya menganggukkan kepalanya lagi. "Semoga kemalangan macam malam tu tak akan berlaku lagi pada kita berdua."

Hud menganggukkan kepalanya lagi. "Dan semoga kita kembali bermusuhan, macam sebelum-sebelum ni."

Qalisya terus tertawa kecil, diikuti dengan Hud.

"Terima kasih sebab kau tak terfikir untuk gugurkan Najmi." Ujar Hud yang menghentikan tawa mereka berdua.

"Terima kasih juga, sebab kau dah jadi ayah yang baik pada Najmi." Balas Qalisya berserta senyuman tawarnya.

"Dah lewat malam, masuklah." Hud mengundurkan langkahnya dan menutup pintu grill rumah Qalisya. Kakinya dibawa untuk melangkah pergi dari situ. Qalisya hanya melihatnya daripada belakang.

Qalisya membuka semula pintu grill nya. Dia mahu memberi lambaian terakhirnya sebagai isteri kepada lelaki itu. Namun lidahnya kelu hendak memanggil nama Hud.

"Dia pun tak pandang belakang. Biarlah." Qalisya masih berdiri di tempat sama untuk melihat Hud yang semakin menjauh daripadanya. Bahunya dijongket sebelum dia masuk ke dalam rumah.

"Eh, aku tak lambai?" Soal Hud sambil menghentikan langkahnya. Terus dia berpaling ke belakang. "Sya... ."

Sepi. Belakangnya kosong. Rumah Qalisya juga sudah gelap. Perlahan-lahan Hud kembali ke arah rumah itu. Kot kelabunya disangkut pada grill pintu rumah Qalisya.

Keesokkan paginya, Qalisya membulatkan matanya apabila melihat kot kelabu milik Hud tersangkut pada pintu grill rumahnya.

"Apa masalah dia, eh? Nak tunjuk romantahi lah tu dengan aku?! Ingat apa? Drama Korea?" Bebel Qalisya yang mengambil kot itu dan melemparkannya pada sofa dan kembali untuk menyarungkan kasut.

Kot itu kembali dilihatnya. "Ish, dia ni kan!"

Sesampainya dia di Alamanda, dia terus mahu menuju ke ofis ketua chef di Alamanda.

Pintu itu seperti berkunci. Dia cuba menolak lagi gagang pintu itu namun tidak boleh.

"Cik Qalisya, ketua chef tak datang minggu ni. Dia dah pesan awal-awal yang dia ambil cuti untuk seminggu ni."

"Cuti? Cuti apa?"

Lelaki berkemeja hitam itu menjawab dengan gelengan kepalanya.

"Oh, okey." Responnya dengan sedikit bingung. Tangan Qalisya pun melepaskan gagang pintu itu perlahan-lahan sebelum pergi meninggalkan ruangan tersebut.

Telefonnya mendail nombor lelaki itu namun panggilannya hanya masuk ke peti simpanan suara. Mungkin Hud tidak mahu diganggu. Jarinya pun naik menekan butang nombor lif.

"Apasal dia tak nak angkat call eh? Cuti lama pula tu." Soal Qalisya sesudah dia kembali ke dunia nyata.

Tangannya mendarat di dada. "Kenapa rasa macam ada sesuatu yang kurang? Rasa kosong."

"Nak melawat Hud ke eh? Tapi esok kan dah pergi ke mahkamah?"

"Tapi... dia tak jawab pun aku call. Ke dia tak sihat?" Soal Qalisya lagi. Kot kelabu itu dicapainya.

Payung itu cepat-cepat dibuka Qalisya sebelum dia berlari anak menuju ke tembok yang tertampal skrin hitam yang bersaiz sederhana. Jarinya mengetik skrin itu dan menekan tanda loceng.

Hud menoleh ke belakang apabila rumahnya membunyikan loceng. "Aik, dah balik? Bukan lusa ke?"

Tangannya yang basah dilap sebelum dia berjalan sedikit pantas ke skrin hitam di ruang tamunya. Tanpa menghidupkan kamera skrin hitamnya, dia terus membuka pagar rumahnya. Fikirannya menyangka bahawa pembantu rumahnya sudah pulang daripada kampung.

Qalisya sedikit mengundur apabila pagar besar rumah itu terbuka. Laju dia menghidupkan enjin kereta dan memandu masuk ke dalam laman parkir rumah Hud. Perlahan-lahan pagar itu tertutup.

Qalisya mengambil semula kot kelabu itu dan membuka payung. Di dalam hujan yang sangat lebat itu dia berlari-lari anak ke muka pintu rumah.

Ketukan pintu yang kuat itu membuatkan Hud tidak jadi meneguk minumannya. Dia baru sahaja hendak berehat selepas membersihkan Haura.

"Hud! Assalamualaikum, Hud!"

Suara yang memberi salam itu seperti dia kenali cuma tidak ingat siapa. Tidak mungkin suara pembantu rumahnya kerana energinya. Cawannya diletakkan di atas meja sebelum dia bergerak ke pintu.

"Hud, nah baju kau."

"Kenapa kau letak baju kau kat pagar tu? Kalau kena karat macammana? Aku dah cucikan baju ni untuk kau. Pakai tangan tau aku buat."

Berkerut kening Hud apabila melihat Qalisya di hadapan rumahnya. Dilihatnya keadaan Qalisya yang sudah lencun di seluar dan sebahagian bajunya. Tangan itu sedang terketar-ketar memegang payung.

"Kenapa kau datang sini? Baju ni boleh je bagi esok. Aku tak suka tau orang luar datang rumah aku." Balas lelaki itu dengan sedikit dingin.

Qalisya sudah membuka mulut untuk bersuara, tapi dia terbersin di hadapan Hud. Hidungnya digosok-gosok. Kot kelabu itu dilempar ke dada Hud.

"Orang luar kau cakap? Habis tu kau main terjah masuk rumah aku tu tak apa pulak?!" Kuat Qalisya menempik Hud. Dia juga mendengus kuat di hadapan Hud. Tangannya digoyang-goyangkan di hadapan lelaki itu. "Tak apalah, lupakan. Aku datang ni nak tengok kau tu sihat ke tak sebab kau langsung tak angkat panggilan daripada aku. Menyesal betul aku datang. Rupanya kau sihat sejahtera je kat sini."

"Aku tak sakit dan tak suruh pun kau datang ke sini, jadi kau tak patut marah aku." Balas Hud.

Qalisya mahu membalas namun dia terbersin sekali lagi di hadapan Hud. Sengaja seluar dan bajunya yang basah diperah dekat situ juga. "Jangan lupa datang esok! Kau tak datang... aku cabut skrin hitam kau kat luar tu!"

Payung itu dibuka Qalisya. Dia berlari-lari hendak masuk ke dalam kereta. Tangannya diseluk ke dalam poket untuk mencari kunci keretanya.

"Tak ada?"

Qalisya meletakkan payung di lantai dan membuka kot hitamnya untuk mencari kunci yang mungkin terselit dalam didalam poket. Dia menjerit kecil apabila kilat sedang sambar-menyambar lalu menjadikan bumi terang buat seketika.

Tangannya tiba-tiba ditarik Hud dan membuatkan dia turut berlari mengikut Hud masuk ke dalam rumah.

"Kau dah kenapa bukak kot kau kat luar sana? Saja nak buat kau demam supaya esok tak payah pergi ke mahkamah?" Sinis nada lelaki itu tika menyoal. Terjongket bibir Qalisya.

"Hello excuse me, mr. Mawas. Kau ingat aku ni apa? Aku cari kunci kereta akulah." Balas Qalisya sebelum hidungnya kembali bersin.

Kalau tadi dia hanya separuh lencun, kini dia sudah seratus peratus lencun sampai basah lantai. Mana tidaknya? Hujan terlalu lebat di luar sana.

"Kau tunggu sini, aku bawakan tuala untuk kau." Kata Hud sebelum hendak melangkah pergi.

Pantas tangan Qalisya menarik lengannya. "Tak payah, setakat hujan macam ni aku takkan demamlah. Lagipun, aku tak hingin nak jejakkan kaki aku ni kat dalam rumah kau!" Mulutnya terketar-ketar membalas.

Hud menganggukkan kepalanya. "Okey, kalau macam tu kau keluarlah."

Hud membuka pintu itu seluas-luasnya dan menolak Qalisya keluar daripada rumahnya. "Shuh! Shuh!"

Qalisya mendengus kasar sebelum kembali menyarungkan kasutnya. "Bertuah betul!"
Selepas itu, dia kembali berlari mendapatkan kot hitamnya yang terjatuh di atas lantai.

Puas dia membelek semua poket seluar dan bajunya namun kunci keretanya masih tidak mahu muncul. "Takkanlah..."

Qalisya melihat ke dalam cermin keretanya. Matanya terbuntang apabila kunci keretanya berada di tempat duduk penumpang hadapan.

"Macammana ni?!" Qalisya menarik pemegang pintunya namun tidak boleh. Keretanya sudah terkunci!

Dia memetik jari. "Hanger! Hanger boleh kut. Kat Youtube orang selalu buat guna hanger."

Dia mengambil kembali payungnya dan berlari ke tepi rumah, mencari ampaian rumah itu.

"Rumah dia ni tak ada ampaian ke?" Soal Qalisya yang menggigil kesejukan. Satu rumah sudah dia pusing. Hud hanya memerhatikan Qalisya daripada dalam sambil berpeluk tubuh. Dia menggeleng-gelengkan kepala apabila melihat keadaan Qalisya yang jelas sedang menggigil kesejukan.

"Dia ni nak rompak rumah aku ke?" Soal Hud. Air coklat panasnya diteguk.

"Besar gak eh rumah Hud ni. Siap ada kolam, ada padang tenis. Berapa banyak eh kos nak buat rumah macam ni?" Qalisya berjalan perlahan menuju ke kolam renang.

Tangannya mengira jubin di dalam kolam untuk mengetahui keluasan kolam itu.

"Dia ni anak raja ke? Kolam besar, ada padang tenis, kereta mewah-mewah. Kerja jadi kuli dapur je pun." Bebel Qalisya sambil berdiri di hadapan kolam.

"Kau buat apa kat sini?"

Terenjut bahu Qalisya apabila ada suara menegurnya dan sekali gus membuatkan dia tidak sengaja menarik baju Hud tika dia mencari sesuatu sebagai pemegang untuk dia menstabilkan diri daripada terjatuh ke dalam kolam. Kegagalannya untuk menstabilkan diri membuatkan dirinya dan Hud terjatuh ke dalam kolam bersama-sama.

"Hud! Terkejut aku!"

Hidung Qalisya sudah bertukar merah dek kerana terlalu kerap bersin. Selimutnya dibalut menutup semua anggota badan dan hanya meninggalkan bahagian wajah sahaja. "Hacum!"

Hud menolak pintu itu sambil membawakan sesuatu. Automatik Qalisya menanggalkan selimutnya dan berpeluk tubuh.

"Ni aku bawakan air suam untuk kau."

"Air suam? Je?"

Mug putih itu diletakkan di atas meja sisi katil. "Eh kau order order pulak. Ini bukan restoran."

Terketar-ketar Qalisya mahu mencapai mug itu. Dia sangat kesejukan dan mahukan Hud cepat-cepat pergi untuk dia membalut semula dirinya dengan selimut. Air itu diteguknya.

"Mesti baju yang kau bagi ni milik perempuan tu kan? Mana dia? Aku nak jumpa." Qalisya sudah siap sedia menuruni katil namun Hud pantas menghalangnya.

"Tak payahlah nak jumpa dia. Kau duduk jelah kat sini." Balas Hud.

"Membela sangat perempuan tu." Qalisya membalas dengan nada yang mengejek. "Ambillah balik baju ni. Aku ni tak suka nak pakai barang orang."

"Hah, bagus kau sedar diri. Alang-alang tu buka semua yang kau ada, sebab itu semua Haura yang punya."

"Oh... jadi nama perempuan tu Hauralah? Okey, aku bagi balik semua baju Haura ni. Tapi kau kena bagi baju kau kat aku."

"Asal pulak aku nak kena bagi baju aku kat kau? Dekat bahagian laundry ada dryer, kau keringkan semua baju-baju kau. Nanti hujan dah berhenti, kau balik."

Ternganga besar mulut Qalisya mendengarkan jawapan. 'Betul-betul lelaki tak guna! Mawas!'

Dia berpeluk tubuh dan mengecilkan mata apabila Hud merampas cawannya yang masih belum habis diminum airnya.

"Eleh, ingat aku hamak sangat ke dengan semua benda ni? Ini Qalisyalah! Dah berpuluh tahun tau aku hidup berdikari!"

Dia mengambil bajunya yang berada di bakul kotor dan mahu menuju ke mesin pengering yang dimaksudkan Hud.

Sabun cuci baju di rumah itu diambil sesudu dan dia membilas pakaiannya di sinki bilik air. Sesudah itu barulah dia mencampakkan pakaiannya ke dalam mesin pengering.

Sementara menunggu pakaiannya kering, dia berjalan-jalan di sekitar rumah itu. Apabila dia tiba di tangga, matanya melihat ke arah bilik yang pernah dijejaknya. Mulutnya mengejek-ngejek Hud yang berada di atas sana. "Lelaki berlagak! Hud si menjengkelkan!" Bisiknya.

Apabila semuanya sudah siap, dia terus menyarung baju kerjanya dan melipat bekas pakaian itu. Walaupun dia boleh saja meletakkannya di dalam bakul baju tadi, tapi kehendak hatinya mahu menyerahkan pakaian itu ke tangan Hud. Dia mahu tahu siapakan gerangan wanita yang dia lihat hari tu.

Qalisya menaiki anak tangga itu dan tidak lama kemudian dia sudah tiba di hadapan pintu. Pintu itu diketuknya dan dia tidak menerima sebarang jawapan. Kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan, mencari kelibat Hud. Barangkali lelaki itu tidak ada di dalam kamar tersebut, kerana itu dia tidak menerima sebarang respon.

Perlahan saja pintu kamar itu dikuak Qalisya. Kakinya menjinjit ke arah sekujur tubuh yang sedang terbaring di aras katil. Cantik. Wanita itu sangat cantik bak cendana. Matanya berkelip-kelip memandang siling.

Qalisya menggawang-gawangkan tangannya di atas muka Haura. Pipi Haura dicuit. Telinganya didekatkan pada wajah Haura untuk mendengarkan nafas wanita itu.

"Hidup lagilah dia ni. Tapi kenapa macam tak sedar?" Soal Qalisya sambil menggaru-garu kepalanya.

Qalisya melihat sekeliling lagi. Baru dia perasan, ada gambar pengantin yang sedang berpelukan di situ. Perlahan-lahan dia menghampiri bingkai gambar yang satu itu.

"Ini Hud, kan?" Soal Qalisya. Dia melihat wajah Haura di dalam gambar itu sebelum dia kembali melihat Haura yang sedang terbaring. Tiba-tiba tangannya dipulas oleh seseorang.

"Auch!" Semakin kuat dia merintih, semakin kuat Hud memulas tangannya. Selepas dia berpaling ke belakang, barulah Hud melepaskan tangannya.

"Hud! Sakitlah!" Qalisya mengurut-urut lengannya. Dia terkejut melihat Hud yang hanya bertuala. Kedua-dua tangannya ditarik menutup wajah.

"Kau buat apa kat sini?!" Soal Hud yang mula hilang sabar. "Aku dah pesan, jangan masuk bilik ni!"

"Rileklah, Hud. Aku bukannya nak apa-apakan perempuan ni pun." Balas Qalisya yang juga mulai turut marah.

"Keluar. Aku nak kau keluar sekarang!"

"Perempuan ni sebenarnya isteri kau, kan?! Kenapa kau tak pernah bagitahu aku tentang dia, Hud?" Qalisya menyoal dengan jari telunjuknya dituju ke wajah Hud. Dia pantas menarik tangan Haura untuk wanita itu bangun. "Kau bangun sekarang, perempuan! Hud tu suami aku! Suami aku! Aku nak kau bangun sekarang!"

Hud menarik tangan Qalisya dan menolaknya ke dinding. "Bila masa aku ni suami kau, Qalisya?! Kita kahwin sebab kau dah termengandungkan budak tu. Perkahwinan kita cuma valid di atas kertas, dan takkan lebih daripada tu! Kau tahu tak aku ni tengah tahan je mulut aku daripada nak sebut lafaz cerai tu sekarang?!"

Qalisya cuba untuk meloloskan dirinya daripada ditahan Hud, namun Hud pula semakin kuat menolaknya ke dinding.

"Kau ingat kau layak nak jadi isteri aku? Pelacur tepi jalan tu lagi layak nak jadi isteri aku kalau nak dibandingkan dengan kau."

"Oh... baguslah kalau pelacur tepi jalan tu lagi layak nak jadi isteri kau. Maksudnya Haura dengan pelacur tu tak ada beza pun, dan aku pula wanita suci yang kau sendiri rosakkan, Hud! Jadi maruah aku jauh lebih tinggi daripada Haura." Balas Qalisya sebelum menolak tangan Hud dengan kuat.

"Kalau kau nampak aku ni terdesak sangat untuk nak pegang title isteri kepada Hud Ukasyah Arman, jadi pulangkan balik maruah aku yang kau rampas!"

"Asal kau pandang aku macam tu? Sebab kau tak mampu pun nak pulangkan, kan?! Kau dengar, Hud. Aku tak pernah maafkan kau untuk semua yang dah terjadi ni dan aku cabar kau untuk ceraikan aku dengan talak tiga, jantan perampas maruah!" Sambung Qalisya lagi sebelum laju menuruni tangga.

Pintu rumah dihempas kuat. Payung itu pantas dibuka Qalisya sebelum dia berlari ke pintu pagar. Sudahlah dia tidak ada apa pun dengan dirinya. Perlahan-lahan dia berjalan di dalam hujan itu.

Korang, i tulis ni korang faham ke? I tengah ketandusan idea ni ahahhahha lama sangat tak tengok dunia luar sebab i baru je nak sihat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience