HUD menjeling Haura disampingnya yang sudah bungkam. Pipi isterinya dielus-elus sebelum dia kembali menatap siling. Kedua-dua tangannya diletakkan dibawah kepala. Jam sudah menunjukkan pukul 12:30 malam namun matanya masih tidak mahu lelap. Akhirnya dia meninggalkan kamar dan menuju ke bilik bacaan di tingkat paling bawah.
Buku-buku sains ilmiah berkaitan kanser otak masih tersusun rapi di meja tidak terusik. Sejam Qalisya pulanb ke Malaysia, dia tidak lagk meluangkan waktu untuk membacanya.
Qalisya. Nama itu tiba-tiba sahaja menerpa di minda. Bebola matanya merenung buku Memahami Barah Otak hasil penulisan Jafri Malin Abdullah sebelum menarik buku itu mendekat. Pada helaian yang terakhir, sekeping gambar ditarik keluar oleh Hud.
Fikiran mula berkhayal. Rak yang penuh dengan buku yang tersusun rapi dipandang kosong.
"Dan saya rasa cukuplah hubungan rahsia kita berdua berjalan sampai di sini sahaja. Tuan... kena hentikan semua ni dan bebaskan saya daripada menjadi tahanan tuan, sebab saya juga layak untuk dicintai dan dihargai oleh lelaki yang mampu menerima segala kekurangan diri saya."
Bait-bait kata Qalisya pada siang tadi telah mengganggu ketenteraman jiwanya sebagai suami kepada wanita itu.
"Jahat sangat ke apa yang aku dah buat pada kau?" Hud menyoal sendirian. "Aku tak pukul kau. Aku tak sakitkan seinci pun anggota tubuh kau. Kenapa itu juga yang kau minta?"
Fikirnya, apa yang Qalisya terima haruslah setimpal dengan dosa yang Qalisya pernah lakukan terhadap dirinya. Atas alasan apa lagi Qalisya harus menerima layanannya jika bukan kerana perkara itu?
Disebabkan onar Qalisya, nama Alamanda tercemar. Tetamu hotel berkurang. Sehinggakan Hud terpaksa mendahulukan duitnya untuk membiaya setiap gaji pekerja hotel. Hanya kerana setitis julap.
"Aku masih belum boleh maafkan kau, Qalisya." Hud menggeleng perlahan. "Selagi hati aku tak reda, aku takkan ungkap perkataan maaf tu untuk kau."
"Kau ingat kau menangis air mata darah sekali pun, aku akan lepaskan kau? Tak. Dan aku tak akan lepaskan kau. Kau dan Haura, adalah isteri aku. Milik aku selama-lamanya."
QALISYA menyandarkan tubuh pada dinding. Sudah hampir satu jam semenjak dia masuk ke dalam tandas. Kepalanya terlalu sakit. Dia yakin, rasa itu muncul dek kerana hentakan yang kuat pada malam itu.
Berbiji-biji ubat yang sudah dia telan beberapa hari ini untuk menghilangkan peri, namun hanya bertahan untuk beberapa jam. Semakin dia aktif, semakin sakit kepalanya.
Dia seboleh-bolehnya mahu berehat, tapi bimbang pula jika Hud akan memanggilnya sama seperti hari itu. Dia tidak mahu bersemuka dengan si suami. Hatinya masih sebal kerana dituduh yang bukan-bukan tentang anak mereka berdua.
Qalisya menggenggam kedua-dua buku limanya. "Kau kena kuat, Qalisya. Kalau kanser pun kau boleh lawan... apatah lagi sekadar hentakan ni, kan? Kuat! Kuat! Kau kena kuat!"
Qalisya berjalan dengan penuh berhati-hati walaupun arahnya masih belum ditetapkan dan dia hanya mengikut ke mana sahaja kakinya melangkah.
"Saya perasan yang cik Qalisya asyiklah nak mencuri tulang je sekarang ni. Kenapa? Dah boring dengan kerja sebagai manager hotel?" Irfan menahan Qalisya daripada mahu berjalan melepasinya.
Qalisya tidak membalas. Seperti biasa. Dia tidak menunjukkan minat pada apa yang Irfan tuturkan.
"Kalau cik Qalisya dah rasa boring, bolehlah cakap pada tuan muda Hud yang cik Qalisya nak swipe jawatan dengan saya. Biar saya pula yang jadi manager hotel ni dan control cik Qalisya. Biar cik Qalisya sedar... siapa cik Qalisya dan siapa saya di hotel ni."
Mendengarkan susulan kata daripada bibir lelaki disebelah, membuatkan Qalisya melepas tawa.
"Saya memanh sedar siapa diri saya dalam hotel ni dan saya rasa awak pun patut sedar diri awak tu, Irfan." Balas Qalisya dengan kening sebelahnya terjongket. "Jadi adik ipar kepada bos besar hotel bukan tiket untuk awak berkuasa. Sebab kalau tuan muda Hud nak berikan awak jawatan tu, daripada awal lagi dia dah menentang untuk saya pegang jawatan tu. So... please get yourself together. Kid."
Qalisya menepuk bahu Irfan sebelum meninggalkannya di belakang.
Qalisya melihat beberapa orang pekerja sudah mula membawa keluar bahan-bahan hendak memasak ke padang. Meja-meja, kerusi-kerusi disusun rapi. Qalisya hanya berteduh di bawah khemah. Memerhati setiap gerak-geri pekerja bawahannya.
Langit yang semakin oren kekuningan dinikmati mata Qalisya. Entah kapan dia akan boleh bertahan lagi untuk hidup. Walaupun kanser otaknya sudah dibuang, itu tidak bermaksud sel kansernya tidak akan muncul semula. Setiap hari dia bersyukur apabila boleh bernafas tanpa perlu mengharung derita. Jika bukan kerana Hud, mungkin dia sudah tiada lagi di dunia ini.
Masa semakin berjalan laju. Tepat pukul 8:30 malam, Qalisya berjalan keluar daripada bilik hotel yang sudah ditempahnya. Jika dulu dia boleh menggunakan bilik khas Zarif, sekarang tidak lagi. Zarif ada memberitahu bahawa tindakan memberikan kad kunci biliknya kepada Qalisya sudahpun tertangkap oleh Hud. Sekeras-kerasnya Hud menghalang Zarif untuk tidak memberikan keistimewaan itu kepada sesiapa lagi. Mendengarkan khabar itu, Qalisya langsung tidak kaget. Mungkin kerana Hud bimbang jika insiden hampir dua tahun yang lalu akan kembali berulang.
Esok adalah hari cutinya, dan Qalisya rasa berat untuk pulang selepas acara makan malam terbuka Alamanda itu. Jadi sebab itu dia menempah bilik siap-siap.
Dress satin berwarna merah labuh tanpa lengan terletak elok pada tubuh Qalisya. Tangannya menggenggam beg kecil yang berisi telefon dan beberapa keping kad di dalamnya.
Qalisya hanya menikmati makan malam seorang diri sambil menikmati alunan piano dan seksafon. Bibirnya menguntum senyum apabila melihat pasangan-pasangan yang menari di hadapan semua orang, mengikut irama musik.
"Sya, kenapa you tak tunggu I? Makan sorang-sorang pula tu." Ujar Zarif seraya memeranjatkan Qalisya.
"I tak tahu nak ajak siapa... lagipun tuan Zarif juga yang kata petang tadi tuan Zarif tak dapat join malam ni." Sambut Qalisya yang bergerak-gerak melihat Zarif serta pasangan yang berada dibelakang. Tidak berapa jauh daripada kedudukan mereka berdua.
Bahu Qalisya disentuh Zarif. "Oh, no lah Sya. You dah salah anggap." Zarif membuat senyum kelat. "I cakap I ada meeting, kalau habis awal... I akan join. Kalau habis lambat and I rajin untuk bersiap, I will join."
Qalisya menepis rambutnya yang terjatuh menutupi telinga. "Sorry, tuan Zarif. I salah dengar."
"It's okay. I maafkan. Takkanlah I boleh nak marah si cantik macam you ni lama-lama, kan?"
Hud dan Haura tertawa kecil ketika berjalan menuju ke hadapan untuk menari seperti pasangan yang lain. Cepat-cepat Qalisya mengalihkan semula pandangannya apabila mata dia dan Hud bertembung.
Zarif kembali tersenyum apabila menangkap Qalisya yang asyik mencuri-curi pasangan yang menari di hadapan. Sesudah gelas Qalisya diletakkan semula di meja, terus Zarif menarik tangan Qalisya untuk menari bersama-sama.
"Kenapa ni tuan Zarif?" Soal Qalisya yang bingung.
"Jom menari? I tengok you dari tadi asyik curi-curi pandang je orang menari. I tahu, you nak juga kan feeling macam tu? Tak apa, I ada."
"Ta... tapi... tapi..."
Qalisya ditarik Zarif sehinggalah mereka berdua berada di sebelah Hud dan Haura.
"I tak pandai menari, tuan Zarif. Seriously, I tak tahu macammana nak menari." Qalisya menggeleng kepala dengan laju.
"Tak apa, you ikut je I. Okey?" Zarif menghulurkan tangannya kepada Qalisya.
Perlahan-lahan Qalisya mengangguk sebelum dia menyambut tangan Zarif.
Semasa sedang menari, Hud dan Qalisya saling berbalas mata. Setiap kali itu juga Hud memberi reaksi seperti dia tidak mengenali Qalisya.
Hud dan Haura tiba-tiba sahaja berhenti menari. Haura menyentuh kepalanya yang terasa pusing.
"Sayang, awak okey tak?" Soal Hud berbau resah. Haura menggeleng kecil.
"Peninglah kepala ni." Balas Haura yang mengurut kepalanya.
Qalisya dan Zarif turut sama berhenti menari selepas Zarif melihat wajah berkerut Haura.
"Haura, you okey ke?" Soal Zarif.
"Dia tak sihat ni." Balas Hud sambil membawa Haura ke dalam dakapannya. Sekilas pandang, matanya melihat Qalisya yang berdiri kaku di tempatnya. "Jom sayang, saya bawa awak naik atas."
"Eh, tak apa. Biar aku je bawa dia. Lagipun aku terlupa nak ambil phone kat bilik. Aku minta izin kau ya, Hud?"
"Sayang okey ke kalau Zarif yang tolong hantarkan sayang masuk ke bilik?" Hud menyoal ke Haura. Sekali lagi kepala Haura mengangguk kecil.
Perlahan-lahan Hud meleraikan pelukan. Matanya tidak lepas menjaga langkah Haura yang semakin menjauh daripadanya.
Qalisya masih lagi berdiri kaku di situ. Seperti Hud, dia juga memerhatikan Haura. Apabila Zarif dan Haura sudah semakin jauh, dia memilih untuk kembali semula ke tempatnya. Namun, tiba-tiba sahaja tangannnya ditarik seseorang. "Qalisya."
Sentuhan Hud pada tangan Qalisya membekukan kaki wanita itu untuk melangkah.
Cepat-cepat Qalisya berpaling ke belakang dan menarik semula tangannya. "Ya, tuan muda?"
"Kau ni aku tengok... dengan semua lelaki kau nak try. Aku, kau nak try... Zarif pun kau nak try. Kau... memang tak reti malu eh?"
Terus Qalisya memalingkan wajah daripada Hud. "Memang saya nak mengorat tuan Zarif pun, kenapa? Tak boleh ke? Nak ngorat tuan muda macam takkan mungkinlah kut sebab tuan kan dah ada Haura."
Hud melempar senyuman sinis pada wanita dihadapannya. Seperti Qalisya betul-betul sudah berubah dan berpaling daripadanya.
"Mengoratlah sesiapa pun yang kau suka, Qalisya... tapi aku nak ingatkan kau yang selagi talak tak jatuh... kau cuma boleh bermimpi sahaja. Titik."
Qalisya mengecilkan anak matanya dan mula mendakap tubuh. "Okay."
Matanya menjeling Hud sebelum dia mula berganjak pergi dari situ. Kebencian yang tertanam di dalam hati semakin bertunas manakala cinta di dalam hati pula semakin layu. Cukuplah sampai disini sahaja cerita tentang mereka berdua. Qalisya sudah semakin tidak tertanggung menahan sakit.
Share this novel