BAB 39

Drama Series 41228

"MUMMY tak setuju nak adakan majlis kahwin Hud dan Qalisya. Walaupun secara kecil-kecilan, mummy tak sokong!" Sophie terus berhenti mengunyah sarapan paginya. Sudahlah Hud kahwin dua secara senyap-senyap di belakangnya, hendak menyambut pula kedatangan Qalisya? Mana mungkin!

"Mummy, Hud cuma nak adakan kenduri kecil-kecilan. Untuk bagitahu saudara-mara kita yang Qalisya juga isteri Hud. Sekurang-kurangnya bila kita bagitahu, tak ada lah mendatang fitnah pada Qalisya dan Hud, mummy." Balas Hud yang memujuk. Dia tidak mahu Qalisya dipandang serong. Dia baru tahu yang Haura telah memesongkan cerita perkahwinannya dengan Qalisya.

Hud menggenggam bahu Haura. "Apa? Awak cakap Qalisya paksa saya kahwin dengan dia sebab dia mengandungkan anak luar nikah?!"

"Habis tu, awak nak saya cakap apa? Nak saya jujur cakap yang awak dan dia dah terlanjur?" Haura bernada tegas. "Mummy tu dah tua tau, kalau dia tahu awak buat perangai macam tu... tak ke dia masuk hospital? Atau pun, awak ingat dia percaya ke yang awak tu bersalah? Silap hari bulan, Qalisya tu pulak yang kena lunyai dengan mummy."

Hud melepaskan genggaman tangannya pada bahu Haura. "Yalah, saya faham. Tapi tak patut awak cakap Qalisya mengandungkan anak lelaki lain. Qalisya tak bersalah langsung dalam hal ni. Saya yang salah."

"Kenapa awak nak bela sangat si Qalisya tu, sayang? Awak sebenarnya ada hati ke dengan dia? Dah jatuh sayang? Dah jatuh cinta?!"

Lelaki muda itu mengeluh panjang. "Haura, saya bukan nak bela dia dan saya tak jatuh cinta pun pada dia. Tapi, kalau awak burukkan Qalisya sampai macam tu... macammana mummy nak terima dia, sayang?"

"Untuk apa mummy terima dia?" Haura bercekak pinggang. "Perkahwinan kauorang berdua takkan kekal lama. Lepas je Qalisya dah sihat, awak akan ceraikan Qalisya. Kan?!"

"Hud juga yang cakap... yang Hud kahwin dengan dia sebab dia sakit, kan? Apa yang mummy dengar, Qalisya ni dalam rawatan. Lepas dia dah sembuh, Hud lepaskanlah dia. Habis cerita. Tak perlu nak buat kenduri ni semua." Panjang lebar Sophie membebel, sempat lagi Hud berangan. Apabila dia mulai tersedar, barulah dia bertentang mata dengan ibunya.

"Dalam waktu-waktu macam ni, Hud sepatutnya fokus pada Haura dan kandungan dia. Hud tak sepatutnya terlalu rapat dengan Qalisya. Mulut orang ni tak kekal lama, Hud. Bila orang tengok Hud dan Qalisya macam tak ada apa-apa, sehari dua nanti diamlah mulut diaorang." Sambung Sophie lagi.

Hud menghirup susu suamnya sebelum kembali memandang wajah Sophie. "Memanglah mulut orang ni sehari dua je, mummy. Tapi cuba mummy fikir, kalau ada sesuatu jadi pada Qalisya... doktor akan cari siapa? Kalau apa-apa jadi pada Qalisya waktu Hud tak ada dekat sini. Apa akan jadi pada Qalisya? Orang tak tahu yang Hud ni suami Qalisya." Hud masih berlembut, dia tidak mahu bergaduh dengan Sophie.

"Hud kahwin dengan dia cuma untuk nak tolong dia je kan? Bukan untuk jadi suami dia. Ini isteri you, bukan dia. Qalisya nak pengsan ke, Qalisya nak masuk hospital ke, Hud akan tanggung semua bil sakit dia, kan? Biarkan doktor yang buat kerja, Hud sekadar membayar. Tak perlu nak bersungguh-sungguh untuk tunjuk yang Hud ni suami sebenar dia."

Hud terus berpaling ke arah lain selepas Sophie selesai mengutarakan pendapatnya. Dia tahu Sophie memang tegas. Jika tidak, memang tidaklah jawapannya.

Qalisya mengangguk perlahan. "Betul juga apa yang datin Sophie cakap. Kita kahwin sebab tuan muda nak bantu saya je. Saya pun rasa yang kita tak perlu nak buat majlis. Tuan muda dan puan Haura dah bagi saya duduk kat dalam rumah ni untuk jaga saya pun... saya dah bersyukur."
Hud menjongket kening kirinya kepada Qalisya yang duduk berhadapan dengannya.

"Hah, baguslah kalau you sedar siapa diri you. Tak perlu susah-susah I nak explain lagi pada anak I."

"Mummy, Hud tetap nak buat majlis juga. Semua orang perlu tahu yang Qalisya adalah isteri kedua Hud." Bicara lelaki tunggal di rumah itu. "Hud takkan biar maruah Qalisya dipijak orang, mummy."

"Kalau Hud tak nak maruah perempuan lorong ni dipijak-pijak orang, kenapa Hud tak buat benda ni dari dua tahun lepas?! Kenapa mesti sekarang? Hud sedar tak yang Hud dah terlewat untuk betulkan keadaan? Hud buat ke... Hud tak buat ke... kenduri tu, orang akan tetap mengata. Dah lah gunakan Hud sebagai kambing hitam, perempuan tak tahu malu." Sambut Sophie. "Entah dengan lelaki mana yang you dah sedap tidur sama-sama, tiba-tiba you nampak Hud ni orang berada... terus rasa nak gunakan dia. Ya tak ya, Qalisya?"

Kesabaran Hud semakin menipis. Buku limanya dikepal di bawah meja untuk melepaskan marah. "Mummy, nanti kalau mummy dah habis makan... balik hati-hati ya?"

"Eh, budak ni. Hud halau mummy ke?" Soal Sophie.

Hud menggeleng kepala sambil mengerutkan dahi. Keadaan yang terjadi sekarang ini masih hangat. Dia mungkin patut membicarakan tentangnya selepas Sophie sudah sedikit berlembut dengan Qalisya.

"Hm... mummy dah habis makan dah. Hud pun macam tak sudi kalau mummy duduk lama-lama dekat sini. Tak apalah, mummy balik dulu."

Mereka bertiga sama-sama bangun dari meja dan mengikut Sophie dari belakang. Hud dan Haura berjalan bersama-sama, hanya dirinya seorang diri di belakang.

"Mummy balik dulu. Nanti Hud dan Haura datanglah rumah mummy pula, ya?"

Hud tersenyum kelat. Lelaki itu hanya mencium tangan Sophie sebelum kembali berdiri di samping Haura. Qalisya pula berdiri tidak jauh sebaris dengannya.

"Hati-hati, datin." Pesan Qalisya sebelum mengambil tangan Sophie dan menciumnya. Sesudah itu, dia terus masuk ke dalam rumah. Meninggalkan mereka bertiga di luar.


"PATUTLAH cantik dan bergaya je selalu, ada sugar daddy rupanya!" Bisikan mereka yang berada di meja penyambut tetamu itu kedengaran samar di telinga Qalisya.

"Kalau dah gila sangat kat duit... laki orang pun sanggup kebas. Asalkan dapat duit, ya tak?"

Kaki Qalisya agak longlai ketika hendak menuju ke lif. Umpatan orang sekelilingnya terasa bagaikan ada batu besar menimpa belakangnya. Kebetulan pula waktu itu juga kakinya tersilap langkah, terus dia terjatuh di situ.

"Argh!" Qalisya mengeluh kecil. Perih betul lututnya terseret di muka lantai. Kalau dulu, pasti cepat dan pantas orang sekeliling akan berlari membantunya. Pasti akan ada dengan tujuan mahu 'mengipas'. Sekarang, semua orang berani memulaunya dan mengkejinya. Mungkin kerana mereka tahu, Qalisya terlalu kecil jika hendak dibandingkan Haura. Lagipula siapa saja yang mahu menyokong perampas seperti dirinya.

"Rampas suami orang boleh, setakat jatuh sikit pun dah tak larat nak bangun."

Qalisya memegang perutnya yang tiba-tiba muncul rasa kejang. Sekali lagi mulutnya mengeluh kecil di situ.

"Bangun, Qalisya."

Huluran tangan di hadapannya membuatkan Qalisya mendongak ke atas. Wajah Zarif ditatapinya. Bibirnya melorek senyum. Tangan Zarif dicapai Qalisya dan juga tubuh Qalisya dibantu Zarif untuk bangun. Tetapi hanya cukup sampai di situ sahaja. Apabila sudah berdiri, dia kembali mempamer senyumnya kepada Zarif namun lelaki itu tidak membalas senyumnya bahkan lantas berpaling pergi meninggalkannya.

Beberapa orang mentertawakan dirinya bila Zarif tidak membalas senyumnya tadi. Sebelum ini hubungan mereka berdua cukup rapat hingga membuahkan rasa cemburu bagi peminat-peminat Zarif di Alamanda. Sekarang? Dirinyalah yang dibenci lelaki itu.

Apabila Qalisya sudah sampai di kaki lima tingkat pejabat pengurusan hotel, Qalisya jadi termenung pada pintu ofis Zarif yang terletak berhadapan dengan ofisnya. Sekali lagi senyumannya dilorek sambil melangkah ke pintu tersebut.

Ketukannya di pintu tidak dibalas. Kali kedua dia mengetuknya, barulah dibalas.

Tanpa perlu melihat, Zarif sudah mengagak bahawa sosok yang telah mengetuk pintu ofisnya tadi adalah Qalisya. Mana ada staf mahu datang melawat ofis di pagi-pagi hari?

"Zarif, can I?" Soal Qalisya bernada polos. Dia sudah pegang kerusi di hadapan Zarif.

"Siapa Zarif? You ingat you siapa boleh panggil I dengan nama sahaja?" Tegas nada lelaki itu menjawab, membuatkan Qalisya tidak berani hendak mengambil tempat duduk itu.

"Saya minta maaf, tuan Zarif." Lontar kata Qalisya. "Saya datang untuk pulngkan cincin tuan Zarif."

Kotak baldu itu ditolak perlahan kepada Zarif.

Zarif tersenyum sinis. "Simpan jelah cincin tu. Dah memang niat I beli cincin tu untuk you."

Qalisya meneguk liurnya. "Tapi suami saya suruh saya pulangkan cincin ni."

Jawapan Qalisya menggelikan hati Zarif. Daripada jari-jemarinya berjalan di atas papan kekunci, terus bergerak memeluk tubuh. "Kelakar."

"Apa?" Qalisya bingung.

"I tak sangka you seorang penipu, Qalisya."

Qalisya hanya mendiamkan diri. Wajah Zarif ditenungnya. "Saya... saya minta maaf, sebab dah permainkan hati tuan Zarif."

Zarif tertawa besar kali ini. Rambutnya disikat dengan jari. "You memang kelakar, Qalisya. Cukup kelakar, sampai sanggup melacur dengan suami orang!"

"Astaghfirullah, tuan Zarif. Bukan macam tu, tuan Zarif. Sebenarnya..."

"Selama ni, I yang rapat dengan you. I yang jaga you. I care about you! But you sleep with him? Sampai mengandung?!"

Mata Qalisya semakin dipenuhi air mata. Sebaknya cuba dikawal. Sangkaannya tentang Zarif, silap. Fikirnya Zarif akan berbeza, rupanya Zarif juga akan sama seperti mereka yang lain.

Zarif bingkas bangun dan mencengkam bahu Qalisya. "Tell me, apa kurangnya diri I? Kalau you nak sangat rasa benda tu kenapa you tak jujur dengan I daripada awal?!"

Qalisya menggelengkan kepalanya. "Bukan macam tu, tuan Zarif."

"You nak sangat benda tu, kan? I boleh bagi sekarang Qalisya!"

Qalisya menggeleng kepalanya sekali lagi apabila Zarif menanggalkan butang baju kemejanya. Pantas Qalisya berpaling, mahu berlari ke pintu. Namun sebelum sempat tangannya menyentuh dedaun pintu, tangan Zarif lagi laju menarik Qalisya.

"Kalau you boleh lacurkan diri you pada Hud, I pun boleh juga. I boleh bayar lebih tinggi daripada apa yang Hud bayar pada you!"

"Janganlah, Zarif! I ni isteri orang!" Qalisya menolak tubuh Zarif sekuat hati. "I isteri kepada adik you! You gila ke apa?!"

Zarif tidak mahu mendengarkan nasihat Qalisya. Kepalanya dipenuhi dendam dan amarah, ditolaknya tubuh Qalisya ke sofa sebelum bibirnya tersenyum jahat.

Qalisya menjerit kuat apabila Zarif yang hendak menyerangnya tiba-tiba terjatuh ke lantai. Entah daripada ceruk mana, tiba-tiba sahaja suaminya berada di situ.

"Kalau aku tahu kau nak apa-apakan Qalisya, aku takkan suruh dia pulangkan cincin kau ni sendiri." Tercungap-cungap dada Hud jadinya selepas tangannya membuang penumbuk ke wajah Zarif. "Lelaki jenis apa kau ni, hah?"

Hud membantu Qalisya untuk bangun. Tangan Qalisya digenggamnya dengan erat.

"Kalau kau rasa kau tak boleh nak kawal diri kau daripada emosi, baik kau ambil cuti." Ujar Hud. "Jangan berani nak buat apa-apa pada isteri aku. This is a warning. Last warning." Tambahnya sebelum berlalu keluar bersama-sama dengan Qalisya.

Qalisya terus mendakap Hud sebaik sahaja mereka berdua berada di dalam ofis Qalisya. "Hud, aku takut."

"Tak apa, aku ada." Hud mengusap rambut Qalisya. "Sorry aku lambat, biasalah... Haura tu."

Qalisya menggeleng sebelum memandang wajah suaminya. Perlahan-lahan tangannya melepaskan dakapan erat mereka berdua.

"Kenapa, Sya?" Soal Hud ketika Qalisya bergerak mengambil tempat duduknya.

Qalisya tidak menjawab. Emosinya susah hendak dikawal jika nama Haura disebut-sebut. "Hud, aku dah okey. Kau baliklah ofis kau. Thanks, sebab dah selamatkan aku."

Hud berjalan mendekati meja Qalisya. Jarinya memintal rambut Qalisya. "Ala... awal lagi nak buat kerja. Kalau kat rumah, susah nak peluk-peluk. Kalau kat ofis, senang."

"Hud, kau lupa ke apa mummy cakap masa sarapan tadi? Mummy nak kau fokus pada Haura dan tak boleh nak rapat dengan aku." Ujar Qalisya sambil memicit kepalanya.

"Ala... kat sini je pun. Bukan ada orang mengintai." Pujuk Hud lagi sebelum melabuhkan punggungnya di atas meja dan tangan bersilang di dada. "Kan?"

"Aku tak nak ambil risiko. Baik kau keluar dari ofis aku." Qalisya menunjuk pintu ofis. "Aku dah tak tahan dengan cercaan orang lagi, Hud. Aku dah penat nak tanggung malu."

"Qalisya." Tangan Hud menarik dagu Qalisya agar mereka boleh berhadapan satu sama lain. "Jangan kisahkan mulut orang, aku sentiasa ada dengan kau."

Qalisya menepis tangan Hud dan berjalan ke dinding kaca yang mempamerkan suasana di luar. "Sentiasa ada dengan aku? Apa yang kau cakapkan ni, Hud?"

"Aku tak boleh nak jumpa kau selain daripada cara senyap-senyap dan aku tak boleh nak mengaku yang kau ni suami aku. Dekat luar tak boleh, dekat rumah lagilah tak boleh! Macammana kau boleh yakin untuk cakap yang kau sentiasa ada dengan aku?"

Bahu Qalisya disentuh Hud. Kepalanya diletakkan pada bahu Qalisya. "Sabar sayang. Ini ujian rumahtangga kita. Percayalah, aku tengah cuba yang terbaik untuk rumahtangga kita."

Qalisya berganjak sedikit ke tepi. Dia tidak mahu didekati Hud. "Dulu aku nak sangat semua orang tahu yang kita ni suami isteri. Tapi bila Haura dan mummy dah tahu, rupanya keadaan jadi lagi teruk. Aku langsung tak boleh nak pegang, tak boleh nak bermanja dengan suami aku sendiri! Apa yang diaorang fikir tentang aku adalah aku ni perempuan yang cuba nak rampas kau daripada Haura."

Kedua-dua tangan Qalisya ditarik Hud. "Sya, aku betul-betul minta maaf bagi pihak Haura. Aku pun tak tahu kenapa dia bagitahu mummy tentang kejadian hari tu dan mereka-reka cerita tentang kita."

"Semua orang mengata aku, Hud. Semua orang! Aku dah tahan nak hadap semua ni lagi." Qalisya menekup wajahnya. "Salah ke jadi isteri nombor dua? Berdosakah?"

Hud menarik Qalisya ke dalam dakapannya. "Tak salah. Nombor satu ke... nombor empat ke... tak salah. Biasalah, Sya... mulut orang ni kita tak boleh nak kawal."

"Sabar... itu kunci kejayaan dalam rumahtangga. Kalau kita dapat harungi, inshaAllah... kita akan bahagia suatu hari nanti."

"Aku dah tak laratlah, Hud." Jawabnya dalam nada sayu.

"Ya, sabar... aku ada, okey?" Hud menarik muncung bibir Qalisya sampai Qalisya tersenyum. "Senyumlah selalu, okey?"

Pinggang Hud ditarik Qalisya, bibirnya muram. "Aku rindukan kau..."

Leher Qalisya dielus-elus Hud. "Ya, aku juga sama. Sabar okey?"

Qalisya mengangguk kepala sebelum menyandarkan kepalanya kepada Hud. Hud mengemaskan dakapan mereka sebelum mencium rambut Qalisya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience