BAB 42

Drama Series 42646

QALISYA melangkah dari keretanya sambil satu cawan kertas kopi di tangannya.

"Sela... " mereka tertegun dengan perubahan mendadak pengurus besar Alamanda itu. Qalisya yang kaki 'payung' aset itu berhijab? Lelaki yang menyambut kunci kereta Qalisya itu menggosok matanya berkali-kali untuk melihat tag nama itu. "Selamat pagi, cik Qalisya."

"Selamat pagi." Jawab Qalisya ketika membuka pintu belakang untuk mengambil beg kerjanya.

"Mor..."

Sekali lagi sapaan itu terjeda di suku perkataan. Qalisya hanya berjalan tanpa memandang ke arah sekeliling. Tangannya menekan butang lif dan menunggu untuk pintu lif itu terbuka. Mulut mereka di situ masih lagi terlopong. Bukan sahaja terpegun dengan kecantikan yang terserlah, bahkan dengan perubahan perempuan itu.

Qalisya Irdeena si wanita seksi itu bertudung? Semua menggosokkan mata. "Betul ke? Atau aku salah nampak?"

Jika ditanya bahagian mana yang Qalisya suka pamerkan? Sudah pasti wanita itu akan menjawab bahagian paha dan bahunya yang cukup mulus dan menggodakan lagi mengiurkan itu. Bertahun-tahun Qalisya berpakaian seksi meskipun di bulan puasa atau terpaksa bekerja di pagi Syawal, terlalu susah untuk mereka lihat Qalisya berpakaian yang tidak menjolok mata. Tidak ada satu hari pun. Kegemaran Qalisya hanyalah pakaian-pakaian yang seksi sahaja.

Sekarang? Apa sudah jadi? Mereka jadi tertanya-tanya sama ada wanita itu hanya mempunyai wajah yang mirip dengan pengurus besar mereka atau itu memang betul-betul sosok pengurus besar mereka?

Qalisya tiba di pejabatnya. Kalendar di atas menja menjadi tujuannya. Dia mengeluarkan keluhan kecil apabila melihat senarai mesyuarat yang perlu dihadirinya. Setelah menghadiri mesyuarat, dia perlu menyediakan laporan ringkas dan padat untuk diberikan kepada Zarif dan Hud. Nampaknya, terpaksalah dia kerja lebih masa. Dia bimbang Hud akan kelam-kabut jika dia melengahkan kerjanya.

Tangan Qalisya tidak sengaja menolak beg kerjanya, apabila beg itu terbaring di atas meja, kotak bersaiz A5 itu juga terluncu ke bucu meja.

"Siapa pula yang letak?" Kunci di tangannya itu dimasukkan ke dalam laci. Mustahil untuk sesiapa masuk ke dalam pejabatnya kerana ofisnya memang selalu berkunci bahkan sebelum dia masuk ke dalamnya.

Kotak berwarna merah hati itu ditarik mendekati dirinya. Bau floral kuat mendadak membuatkan naluri Qalisya menekan-nekan untuk melihat isi di dalamnya.
Semerbak bau bunga melati memenuhi segenap ruang ofis. Qalisya juga turut menikmati bau alam itu. Kebetulan pula dia memang menggemarkan bau bunga yang satu itu. Kebanyakkan koleksi minyak wanginya mempunyai teras bau bunga melati. Ekoran daripada mencium bau-bauan itu, matanya mulai kuyu. Kantuk matanya terasa berat hendak dibuka. Tangannya diletakkan di atas meja diikuti dengan kepalanya.

Sebaik-baik Qalisya terjaga, bahunya disentuh oleh seseorang. Wanita itu melihat sekeliling. "Abang, love minta maaf sebab love tertidur."

Lelaki itu tidak menjawab namun sebaliknya hanya tersenyum.

"Abang, kenapa abang berdiri je kat situ? Duduklah."

Qalisya naik bingung. Lelaki di hadapannya itu masih tetap mahu berdiri sambil menatap wajahnya. "Love nampak abang?"

Terkekek Qalisya ketawa. Kenapa Hud mahu menyoalkan soalan yang terang lagi jelas itu?

"Love, dah lama love tinggalkan rumah kita. Bila love nak balik ke rumah kita? Dekat sana abang akan dapat luangkan lebih banyak masa dengan love."

"Rumah kita? Maksud abang, rumah love yang dekat Damansara tu ke?"

Lelaki itu mengangguk senyum. "Tapi kenapa nak kena balik sana? Kan kita memang dah duduk sebumbung." Tambah Qalisya lagi.

Perlahan Hud merapati tubuh si isteri sebelum mengusap kepalanya pula. "Abang tunggu love kat sana, ya?"

Kring!

Bunyi deringan 'alarm' telefonnya menolak Qalisya kembali ke alam realiti. Matanya terbuka luas apabila melihat jam di skrin sudah pukul 11. Dua jam dia tertidur?! Habis. Sia-sia masanya terbuang begitu sahaja.

Mesyuarat dengan jabatan kewangan hotel sudahpun dimulakan dengan kehadiran Ayla. Sejak dirinya diberi arahan untuk pindah ke cawangan Alamanda di Langkawi, dia berasa lebih bersemangat untuk menggalas tanggungjawab di sini. Di sana, dia akan menjadi pengurus besar seperti Qalisya di Kuala Lumpur. Dia perlu meniru gaya dan cara Qalisya memimpin Alamanda.

Qalisya terus mengambil tempat apabila dia tiba di sana. Kepalanya bingung dan pusing. Fokusnya tidak ditumpahkan ke dalam mesyuarat, sebaliknya dia ralit merenung ke suatu sudut.

"Cik Qalisya, are you okay? Boleh tak fokus kat meeting kita ni?" Soal Ayla.

Mata kuyu Qalisya tertutup seketika sebelum dia menancapkan minatnya terhadap mesyuarat tersebut.

Telefonnya dicapai ketika dia berjalan keluar daripada bilik mesyuarat. Kenapa Hud tidak menjawab panggilan telefonnya? Tiba-tiba saja rindunya menebal. Kalau tidak dapat berjumpa, dengarkan suara saja sudah memadai.

"Awak kalau bini muda awak tu yang call, laju je awak nak angkat kan? Kalau saya yang call, berejam baru nak angkat. Awak kat sini bukannya hari-hari, takkan tinggalkan sekejap je pun tak boleh?"

Mendengarkan omelan Haura, telefon yang sudah berada di genggaman Hud itu kembali di letakkan di atas meja. "Mungkin dia cuma nak tanya khabar pasal sayang dan Nayla. Lagipun saya tinggalkan dia macam tu je malam tadi. Mestilah dia risau."

"Risau sebab takut awak tergoda dengan saya pula ke? Atau risau sebab takut awak tidur dengan saya?"

"Ya Allah, ke situ pula dia." Hud menggeleng. "Haura, Qalisya tak pernah fikir macam tu. Dia hormat privasi kita berdua. Tak pernah dia sibuk nak tanya atau masuk campur urusan rumahtangga kita."

"Siapa kata dia tak masuk campur? She does. Cuma dia gunakan trick supaya awak tak perasan yang dia tu sebenarnya cemburu bila waktu kita berdua."

Hud tergelak kecil sambil merebahkan diri disebelah Nayla. Paha bayi itu ditepuk-tepuk manja sambil sebelah tangannya menongkat kepala dan mengiring ke arah Haura. "Maksudnya?"

"Qalisya tu sebenarnya cemburu dan takut sangat kena abai dengan awak. Tak sedar diri, dah lah nombor dua."

"Tak faham." Ucap Hud. "Cuba bagi contoh."

"Contohnya, dia sengaja goda awak waktu turn saya. Dia perangkap awak supaya awak tak tidur kat bilik saya."

Hud tertawa sekali lagi. "Bila pula Qalisya buat macam tu? Rasanya yang buat trick macam tu, sayang je."

Perlian suaminya membuatkan Haura terkedu. "Awak perli saya?"

Hud menarik bantal di belakangnya. "Bukan perli tapi jujur. Look, sayang... siapa yang main terjah masuk ke bilik orang lain? Awak ke Qalisya?"

Jawapan itu mendiamkan Haura sekali lagi.

"Siapa yang kacau when I was in the mood, huh? Nasib baik waktu tu saya dengan Qalisya tak sempat buat apa-apa lagi tau. Kalau dah? Sayang dapat dosa, saya yang tanggung."

"But you are my husband."

"Indeed, I am. But she also my wife, dia ada hak dia yang saya kena bagi. Sudah-sudahlah tu dengan ego awak, sayang. Qalisya tak pernah ceroboh privasi kita. Banyak kali sangat dah dia mengalah dengan awak."

Haura mula berpeluk tubuh. "Kadang-kadang saya rasa sia-sia je saya mengandung dan lahirkan Nayla. Hati awak dah tak ada dalam perkahwinan kita ni."

"Haih... ke situ pula." Hud meletakkan kepalanya di atas bantal. "Saya cuma nak berlaku adil pada kedua-dua isteri saya je, Haura."

"Adillah macammana sekali pun, Hud. Perasaan cemburu tu tetap akan ada. Cuba awak bayangkan kalau wanita juga boleh kahwin lebih daripada seorang? Awak pun pasti akan rasakan perasaan saya ni, sayang."

Bunyi dengkuran Hud membuatkan Haura semakin geram. "Orang tengah bercakap, dia boleh tidur?!"

Qalisya meletakkan tiga keping fail di atas meja Hud yang berisi dengan ringkasan laporan berkenaan dengan mesyuaratnya bersama-sama dengan tiga buah jabatan di siang hari tadi.

Qalisya membuka aplikasi kalendar di Iphone XS nya. Dia menghitung hari untuk pembantu rumahnya pulang dari kampung. Hari itu, dia tergesa-gesa meminta Hud untuk memberikan wanita itu cuti panjang agar mereka boleh tinggal berdua ketika Haura berpantang di kampung. Namun matlamatnya menyimpang jauh, Hud kerap pula bermalam di kampung Haura. Memanglah dia tidak kisah, tapi jika terlalu lama maka usahanya untuk mendapatkan anak hanya tinggal angan-angan. Kalau Haura sudah pulang, mestilah rintangan itu bertambah susah.

Lalu terkenang pula dia dengan mimpinya pagi tadi. Kenapa Hud memintanya pulang ke rumah di Damansara? Selalunya bukan main ralat lagi suaminya hendak melepaskannya pulang ke sana bersendirian.

"Alang-alang abang pun kat Sabak... eloklah aku jenguk rumah tu."

Ucapan salam diberi sebelum kaki kanan Qalisya melangkah masuk ke dalam rumah itu. Setelah berbulan-bulan dia meninggalkannya, rumah itu masih tampak berseri ibarat sedang menyambut tuannya sudah pulang kembali.

Menari-nari kaki Qalisya sambil menuju ke bilik. Selepas membersihkan diri, dia menunaikan solat isyak dan terus ke dapur untuk memasak. Dia tersenyum bila melihat peti sejuknya hanya penuh dengan air kosong manakala di peti ais pula penuh dengan makanan diproses. Sungguh bosan dan sunyi hidupnya jika di rumah sampaikan dia tidak rajin untuk masak di rumah. Dia lebih rela menjamah makanan di luar. Sebut saja apa jenama dan perisa mi segera, semua dia ada. Dan itu salah satu punca kansernya. Tapi itu dulu, sejak dia hamil dan penyakitnya diketahui oleh suaminya, makanan dan gaya hidupnya mulai berubah.

Setelah membersihkan udang, sotong dan ayam, dia memotong kecil-kecil bahagian sotong dan ayam tadi sebelum dicampak ke dalam kuali. Malam ini tekaknya mendambakan tomyam thai. Ah! Sangat sedap jika dikenakan dengan telur dadar. Sambil menunggu untuk masakannya siap, buah jambu itu dipotong kecil dan diletakkan di atas meja.

"Mesti seronok kalau abang ada kan sekarang ni?" Sayu nada Qalisya berbicara. Telefonnya masih belum menerima panggilan daripada lelaki itu.

Sementara di kampung, Hud seperti ayam berak kapur. Keresahan dalam mencari sesuatu. Seperti ada sesuatu yang penting sudah hilang.

"Kenapa, bang?" Haura memerli suaminya dengan menggunakan gelaran yang sering Qalisya guna untuk bercakap lelaki itu. Bukannya dia tidak tahu sebenarnya Hud sedang mencari telefonnya.

Hud menggaru keningnya sambil menggigit bibir. Siang tadi dia sudah membiarkan panggilan Qalisya tidak berjawab, jadi takkan malam ini dia masih mahu membiarkan Qalisya 'keseorangan' di sana?

"Awak nampak telefon saya tak?"

Haura menggumam lama. "Telefon awak? Tak. Tak nampak." Bohong wanita itu.

Akhirnya Hud mengalah. Hampir sejam dia mencari telefonnya sampai satu rumah digeledahnya namun masih tak dijumpai.

"Phone sayang mana? Pinjam." Soal Hud. "Saya nak call Qalisya."

"Saya tak ada nombor dia. Tak save." Jawab Haura selamba.

"Tak apa, awak bagi je. Saya hafal nombor telefon dia."

Mata Haura mengecil tetapi tajam menatap mata itu. "Nombor telefon dia je? Nombor telefon saya?"

"Haura." Keseriusan suaminya ketika itu membuatkan Haura terpaksa meminjamkan telefonnya kepada lelaki itu.

Bunyi loceng di pintu memeranjatkan Qalisya yang sedang mengambil gambar masakannya pada malam itu. Dia mahu menghantar mesej kepada Hud yang dia berjaya masak tomyam tanpa bantuan Hud di sisi. Telefonnya diletakkan di atas meja sebelum dia berlari ke arah pintu.

Dari lubang intai di pintu, Qalisya terus tersenyum lebar. Lelaki itu, dia sudah tiba.

Hud berasa kurang enak apabila panggilannya terbiar tidak dijawab. Dia tidak mahu Qalisya bermalam sendirian di rumah besar itu. Sebaiknya, eloklah jika isterinya itu menetap di rumahnya di Damansara buat beberapa hari sehingga dia pulang.

"Abang!" Qalisya terus mendakap Hud yang sedang berdiri di hadapannya. "Love rindu sangat kat abang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience