BAB 2

Drama Series 41228

KEPALANYA mendongak tinggi melihat bangunan putih di hadapannya sebelum perlahan-lahan Hud memandang sekeliling. Hari ini hari minggu dan ini bermakna hotel akan menerima ramai tetamu. Tangannya digenggam kuat. Sudah lima tahun dia tidak ke sini. Entah boleh entah tidak tangannya 'bekerja' .

"Excuse me, encik menghalang jalan."

Hud menoleh ke arah pemilik suara tersebut. Wajah Qalisya ditenungnya.

"Hud Ukasyah." Ujar Qalisya seraya memandang tag nama tersebut. "Oh inilah rupanya Hud Ukasyah tu... ."

Qalisya mengelilingi Hud perlahan-lahan. Setiap inci pakaian Hud diperiksanya. Tangan, kuku dan wajah juga diperiksanya.

"Ni jambang panjang-panjang ni nak buat apa? Nak bela kutu kat situ?" Soal si gadis. Wajahnya sebal.

Hud menolak tubuh Qalisya ke tepi dan melangkah masuk ke dalam lobi hotel.

"Kurang asam betul. Tak padan dengan melanggar etika bekerja!" Qalisya bercekak pinggang. Apabila ada suara yang menegurnya dari belakang, dia terus berpaling.

"Morning, Sya." Zarif menyapa.

"Morning, tuan Zarif." Balasnya sambil berjalan seiringan dengan Zarif. "I dah nampak ketua chef restoran kita. Hud Ukasyah Arman."

"Oh, really? Macammana? Dia okay?"

Qalisya menggeleng sambil tersenyum senget. "I can't believe with just what i saw. Miserable. Tuan Zarif, saya cadang tuan Zarif cari je orang lain sebagai ketua chef kita. Ada ramai lagi chef-chef kat luar sana yang terkenal dan lebih bagus daripada Hud tu. I'm telling this for the sake of Alamanda's future."

Zarif dan Qalisya sama-sama berjalan masuk ke restoran hotel.

"I tahu you sayang sangat pada Alamanda ni, Sya. But trust me, Hud... is the best person to fill up that position. I need him, Alamanda need him. Lagipun i tak nak kes-kes tu terjadi lagi. Entah apa yang ketua chef dulu tu buat entah, sampai cirit-birit all my guest, especially my special guest. Mana i nak letak wajah i kalau kes-kes ni asyik berulang?"

Qalisya 'memutuskan' pandangan mata mereka berdua dan mengangguk setuju. "Sorry, i didn't meant it."

"It's okay, Sya. I faham you risau. Satu hari nanti you akan faham, kenapa i nak Hud ambil position tu." Zarif memberi senyumannya kepada Qalisya dan dibalas oleh gadis tersebut.

Zarif mengetuk ofis di ruangan dapur hotel. Tanpa menerima sebarang respon, mereka berdua melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat Hud. Hud dilihatnya termenung bersendirian.

Zarif dan Qalisya masing-masing mengambil tempat di hadapan Hud yang masih termenung.

"Welcome back, Hud. Aku harap kau boleh handle semua benda ni. Kalau ada apa-apa yang tak okay, just tell me."

Tiada tindakbalas daripada pihak Hud, Qalisya dan Zarif saling berpandangan lagi.

"Ini Qalisya, general manager kita. Kebiasaannya memang dia akan cover our kitchen. Kalau kau nak apa-apa, Qalisya akan tolong."

"I don't think so that i can do this, Zarif."

Qalisya sedikit terpana apabila Hud hanya berbahasa 'pasar'.

"I know you can do it, Hud." Pujuk Zarif.

"Aku serba salah untuk berada di sini."

"But Alamanda need you, Hud."

"Haura also." Hud mengalihkan pandangan matanya kepada Zarif dan perlahan-lahan kepada Qalisya.

"Aku tak suka perempuan ni ada kat sini atau jadi pemantau kat dapur."

Qalisya mengecilkan matanya dan masih mengunci mulut. Bak pesan Zarif sebelum masuk tadi, dia mahu Qalisya mendiamkan dirinya sahaja.

"She is the best general manager i have." Balas Zarif. "Please."

Hud merenung tajam wajah Qalisya. "Kalau bukan sebab Zarif, dah lama aku halau kau."

Qalisya tersandar pada kerusi sambil memeluk tubuh. Senyuman sinisnya diiringi dengan gelengan kepala. 'Macamlah hebat sangat. Acah!'


Qalisya membawa Hud masuk ke dalam dapur restoran mereka. Bunyi kuali dan bahang panas lumrah di setiap dapur masakan. Apabila Qalisya menggoncang loceng mulalah setiap satu daripada mereka menoleh ke arah mereka berdua.

"Attention everyone. Hari ini, restoran kita telah menerima ketua chef yang baru, menggantikan ketua chef Aaron. Saya harap semua dapat memberikan kerjasama yang baik dengan ketua chef kita yang baru."

"Baik!" Jawab mereka semua beramai-ramai.

Qalisya menganggukkan kepalanya sebelum melangkah keluar daripada dapur.

Hud menghembuskan nafasnya perlahan-lahan sebelum meletakkan kedua-dua tangannya di atas troli besi di dapur.
Menu yang keluar daripada suatu alat elektronik itu ditarik dengan Hud. Ada tiga menu yang perlu dibuat.

"Team satu akan buat pizza udang telur. Team dua akan buat japanese kobe beef dan team tiga akan buat ziti bakar."

"Baik chef!" Sahut mereka semua. Semua mulai mengambil kuali masing-masing untuk membuat sos, membakar daging dan sebagainya.

Hud berjalan-jalan memerhatikan kerja-kerja mereka semua. Kadangkalah Hud akan menunjukkan cara yang betul untuk membuat sos yang lebih berlemak. Walaupun sedikit kekok pada mulanya, namun dia tidak sangka yang tangannya masih lagi tidak melupakan 'memori' nya.

Hud berjalan lagi melihat dapur sebelah yang menyediakan air. Hanya ada satu kumpulan sahaja di situ yang di mana setiap satu kumpulan di dapur hotel Alamanda akan terdiri daripada lapan orang.

Hud memeriksa peti ais yang menyimpan ribuan ais. Bentuk ais itu telah menarik hatinya. Ada yang berbentuk hexagon, berbentuk hati kecil, dan berbentuk petak seperti biasa. Hatinya memuji siapa yang memberikan idea tersebut. Siapa yang menerima air di restoran pasti akan teruja melihat ketulan-ketulan ais tersebut kerana bentuknya yang unik, jarang dibuat dek orang.

"Siapa yang bagi idea untuk buat bentuk ais macam ni?" Hud menyoal.

"Cik Qalisya. Encik mesti rasa tertarik kan bila tengok bentuk ais macam ni?"

Hud melihat seorang anak buahnya berjalan mencedok ketulan ais tersebut sebelum dimasukkan ke dalam goblet. Apabila dituang jus ke dalam goblet itu, senyuman Hud terukir. Betul. Dia merasa sangat tertarik.

Hari itu terasa sangat perlahan. Setiap jam dia akan mesej kepada jururawat yang menjaga Haura. Dia mahu cepat-cepat pulang.

Senja mulai menjelma, dan Qalisya masih berjalan-jalan di setiap aras bagi memeriksa keadaan di bilik-bilik hotel. Kadang kala ada waktunya tetamu hotel akan bergaduh dengan staf, jadinya dia perlu melakukan pemantauan tersebut sebelum dia pulang.

Dia menundukkan kepala dan meletakkan tangan kanan di dada kiri apabila bertembung dengan tetamu hotel. Bibirnya mengorak senyum.

"Sya."

Qalisya menoleh ke belakang. "Tuan Zarif."

"Jom, kita dinner sama-sama?"

"I rasa malam ni..."

"Come on, dah berapa kali you reject i untuk keluar dinner. Bukan i minta you untuk belanja i pun." Balas Zarif sambil memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket. "You takkan hampakan i kan kali ni?"

"Jom lah... i ni jarang tau nak ajak staf i makan sama-sama dengan i."

"Tuan Zarif! Tuan Zarif kata apa tadi? Nak ajak makan?! I nak ikut sekali boleh?" Soal Ayla yang tiba-tiba menerpa.

Zarif menjongket kedua-dua keningnya sebelum kembali bertentangan mata dengan Qalisya.

"I boleh nak terima pelawaan tuan Zarif tu, tapi kalau Ayla ada sekali."

Biji mata Ayla terbuka luas macam mahu tercampak keluar. Dia menahan bibirnya daripada tersenyum. Tidak menyangka Qalisya akan 'membantunya'.

"Erm..." Zarif menggaru lehernya. "Bajet i tak besar... cuma untuk dua orang je, takut kad i decline bila makan bertiga."

Qalisya mengemam mulutnya yang hendak menghambur tawa. Jawapan Zarif terlalu rombak!

"What?" Ayla ternganga besar.

"Macam ni lah, i rasa kali ni rezeki yang muncul ni bukan untuk saya... tapi untuk Ayla. Tuan Zarif belanjalah Ayla dulu ya? Nanti awal bulan tuan Zarif belanja saya pula." Balas Qalisya sebelum berjalan pergi daripada situ.

"Jap, Sya."

"Qalisya." Panggil Zarif sambil menaikkan tangannya yang mahu mencapai Qalisya yang sudah jauh.

"Jadi... kita nak makan kat mana tuan Zarif?" Ayla menyoal sambil tersipu-sipu malu.

"I ingat nak beli mi segera kat kedai serbaneka bawah tu. Nak join?"

"Mi segera? Je?"

"Haah, je. Kenapa?" Zarif bertanya. "Kan i kata bajet i tak besar."

Riak wajah Ayla terus berubah.

"It's okay kalau you tak nak join, i pun tak nak lah paksa-paksa orang teman i makan."

"Tak apalah kalau makan mi segera pun, saya okay je. Asalkan makan dengan tuan Zarif."

Zarif mengangkat kedua-dua keningnya. "Serius ni?"

Ayla hanya mengelipkan mata.

"Ok... okay, let's go." Zarif terus berjalan laju tanpa memikirkan Ayla yang mengejar langkahnya.

Kereta yang dipandu Hud terus menuju balik ke rumah. Tubuhnya dibersihkan sebelum dia melawat Haura. Penat sungguh rasanya hari ini. Mungkin kerana sudah lama dia tidak bekerja. Kalau bukan kerana Zarif, dia tidak akan menjejakkan lagi kakinya dia Alamanda.

"Tak lama lagi Alamanda akan bankrup, Zarif. Semua ahli keluarga kau kena tanggung untuk semua perkara yang dah terjadi."

"Apa dosa keluarga aku, Zarif? Kenapa ayah kau menganiaya keluarga aku sampai macam ni sekali?! Sebab kau ayah aku mati! Sebab kau mak aku mati, Zarif! Sebab kau... adik aku mati!"

Qalisya menjerit kuat sambil mengoyakkan helaian surat khabar tersebut. "Aku nak bunuh kau! Aku nak bunuh semua ahli keluarga kau! Hutang nyawa dibalas nyawa, Zarif!"

"Argh!" Qalisya menyentuh kepalanya yang terasa peri. Lacinya ditarik dan diambil botol putih. Tangannya menggeletar hendak membukanya.

Ubat itu ditelannya dan sakitnya perlahan-lahan menghilang.

"Sebelum aku mati, aku akan pastikan semua hutang kau pada aku terlunas, Zarif! Zarif!"

Qalisya meraung sekuat hati. Gambar keluarganya dipeluk erat. "Mak... kenapa mak tinggalkan Sya, mak?"

"Kenapa ayah tinggalkan Sya?!"

"Kenapa semua orang tinggalkan Sya?! Kenapa Sya je yang hidup? Kenapa Sya tak mati sekali?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience