BAB 1

Drama Series 41228

BATU nisan yang sedikit tertimpa dek dedaun bunga kemboja ditepis dengan tangannya. Nama yang tertera pada batu itu disentuh. Sehelai rambut putihnya jatuh ke atas riba. Bibirnya menguntum senyum. Matanya ditutup. Fikirannya melayang mengingati si empunya nama tersebut. Menunggu waktu untuk dia pula dijemput Ilahi.

Khayalan terhenti. Bahunya terasa sedang disentuh oleh seseorang.

"Walid... ."

"Aik, Adam... macammana boleh ada kat sini? Siapa yang bagitahu?"

"Atuk!"

"Ya Allah, Haq! Cucu atuk! Rindunya atuk kat cucu atuk sorang ni." Ujar Hud yang sedang memeluk kemas akan cucunya.

"Mama Haura yang bagitahu, alang-alang datang tu Adam singgah lah ke sini... boleh jumpa walid dan bonda." Kata Adam sebelum mengisi ruang kosong di sisi ayahnya. "Oh ya, papa Zarif kirim salam."

"Waalaikumsalam. Lama dah walid tak jumpa dia. Apa khabar dia? Sihat?"

"Sihat. Adam ni sebelum datang, baru balik dari jumpa papa Zarif."

"Atuk, kenapa atuk menangis?" Soal anak kecil itu seraya menepis air mata yang masih tersisa membasahi pipi Hud. "Atuk rindu nenek ya?"

Adam menarik kedua-dua pipi anaknya. "Haq..."

"Haq tanya je, ayah... janganlah marah Haq." Jawab Haq sebelum terkulat-kulat memandang Hud.

"Mana ada ayah marah Haq lah... ." Hud mengusap Haq yang sedang duduk di atas ribanya.

Sesudah itu, Hud dan Adam saling berpandangan. Tangan Adam menyentuh belakang tubuh si ayah. Kepalanya menggeleng.

32 TAHUN YANG LALU.

HUJAN turun dengan sangat lebat pada pagi itu. Secawan kopi yang terletak kemas di tempatnya dicapai dan aromanya dicium, sebelum gadis itu menghirupnya dengan perlahan-lahan.

Matanya dipejam, menikmati rasa kopi dari biji kopi Arabica.

Tepat-tepat matanya dibuka, lampu isyarat sudah bertukar ke warna hijau. Pedal minyak ditekan perlahan sebelum mengembalikan kopi tadi ke tempatnya.

Keretanya diparkirkan di ruangan masuk hotel Alamanda yang bertemakan warna putih.

Saat kakinya mencecah lantai, wangiannya sudah boleh dicium oleh orang yang berada di sekelilingnya. Seseorang mampir kepadanya dan menyambut kunci itu daripada tangan Qalisya.

"Tolong jangan salah park kereta i lagi." Ujar si gadis sebelum meninggalkan lelaki berkot hitam seperti dirinya.

Rambut lebatnya berwarna blonde dan beralun-alun, tingginya persis seorang model, pinggangnya ramping bak biduanita Saloma, langkahnya tampak tegas tetapi ayu dipandang, kulitnya putih bersih. Semua yang memandangnya pada kali pertama pasti akan terjatuh hati pada gadis primadona Alamanda itu.

Namun setiap kelebihan, ada kekurangannya. Gadis itu terlalu baran, suaranya mudah terpekik di sana sini.

"Hei." Suaranya tegas menahan seorang wanita yang memakai pakaian tukang cuci.

"Ya, miss?"

"Buta eh kat luar tu hujan lebat? Sengaja nak bagi guest kita nampak lantai lobby ni hitam-hitam ke?" Tangan Qalisya diluruskan ke arah kesan tapak kasut di belakangnya.
"Minta maaf, saya akan bersihkan..." Balas wanita tersebut.

"Lagi satu, kenapa lantai hotel ni dah tak berkilat? I perhati dah beberapa hari lantai hotel ni tak berkilat. Dah bosan sangat kerja jadi cleaner? Teringin nak jadi manager pulak?"

Laju kepala wanita di hadapan Qalisya terangkat sebelum menggeleng pantas.

"Minta maaf, miss Qalisya. Semalam saya cuti. Saya akan minta team untuk kilatkan lobby hotel."

"Maaf... maaf... kalau kau nak kerja, buat cara orang nak bekerja!" Herdiknya sebelum dia berlalu pergi dari situ. Mujur hanya ada kakitangan hotel. Mereka semua sudah biasa dengan perangai Qalisya. Diva of Alamanda Hotel. Jika hendak dibandingkan tuan muda Zarif Aiden dengan Qalisya, mereka semua lebih gerunkan Qalisya. Kerana Qalisya adalah mata dan telinga tuan muda Zarif Aiden.

Betapa berkuasanya dan pentingnya kedudukan Qalisya di mata Zarif Aiden sehinggakan lelaki itu bisa menuruti apa yang dipinta oleh Qalisya. Qalisya Irdeena, adalah aset Alamanda Hotel.

Ada desas-desus yang menyatakan bahawa tuan muda Zarif dan Qalisya sedang menyulam cinta, kerana itu Zarif umpama lembu dicucuk hidung apabila bersama-sama dengan Qalisya. Namun kebenarannya hanya diketahui oleh Qalisya dan Zarif.

Daripada dua puluh orang pengurus, sama ada yang berpangkat tinggi atau rendah, hanya Qalisya seorang sahaja yang mendapat layanan istimewa daripada Zarif. Hanya Qalisya yang diberikan bilik VVIP yang sangat mahal nilainya itu tanpa perlu meminta daripada Zarif. Sesekali gadis itu akan bermalam di sana jika dia berasa terlalu letih untuk pulang.

Kakinya tidak jadi melangkah ke ofis. Ekoran melihat notifikasi di jam pintarnya, dia lantas menuju ke restoran hotel.

"Oh my God!"

Qalisya terus menoleh ke arah gelombang suara tersebut.

"Apa ni? Tak reti ke nak letak makanan elok-elok?!"

"Saya dah letak makanan elok-eloklah... puan yang sedang sibuk bercakap dengan telefon sampai tertumpah makanan kat baju." Gadis hotel itu menjawab. Terketar-ketar mulutnya hendak membalas.

"I kan guest? You dah nampak i tengah bercakap dengan telefon... dah tu? Tak reti-reti minta pinggan dari i?" Tanya wanita itu dengan air muka yang menjengkelkan.

Semakin laju Qalisya menghampiri mereka. Ramai mata-mata di situ memerhati adegan tersebut sambil menikmati makanan. Sudahlah dia memegang jawatan pengurus besar dan juga merangkap ketua pengurus food and beverages hotel, bimbang pula jika kes ini akan sampai ke telinga pengurus-pengurus yang lain. Dia perlu menjaga 'kawasannya' ,tambahan pula dia sering dicemburui oleh semua pengurus hotel yang lain.

"Excuse me, madam... what can i help you?" Qalisya menyoal dengan lembut.

"You siapa?" Soal wanita tadi.

"I am Qalisya Irdeena, general manager of Alamanda Hotel. Again, what can i help you?"

"Oh, manager... ." Wanita itu memandang Qalisya atas bawah sebelum mendengus nafasnya.

"Ni! Orang bawahan you ni, entah macammana buat kerja... habis tertumpah makanan ni kat baju i. I nak hotel ganti semula baju i!"

Qalisya melihat pakaian tersebut sebelum melihat kesan kotor dek kerana tumpahan kuah spaghetti di baju tetamu hotel itu. Dia mengukir senyum.

"I'm sorry, madam... we could not do that. Tapi kami boleh buat cucian baju secara percuma sebagai tanda maaf pihak kami. Will you?"

"Cuci? Hei! Baju ni harga dia 20 ribu tau! I tak kira! I nak pihak hotel ganti juga baju i! Or else, i akan laporkan pada orang atasan!"

Qalisya melihat gadis beruniform restauran hotel tadi. Tertunduk semula gadis itu. Takut hendak bertembung mata dengan Qalisya.

"I am sorry again, but i just said... we could not do that. Unless, baju puan terbakar... baru pihak hotel akan bayar pampasan." Qalisya membalas.

Wanita di hadapan Qalisya mengecilkan matanya sebelum tangannya menggenggam kuah spaghetti itu dan melumurkannya ke atas muka Qalisya.

Terbuntang mata-mata staf bahagian restauran yang melihat Qalisya diperlakukan sebegitu di khalayak ramai. Qalisya Irdeena?! Sangat-sangat salah tindakan tetamu tersebut.

"I dah cakap... i nak compensate. Compensate! Faham tak?!" Ujar wanita tadi.

Tangannya mencapai tisu dan kemudiannya membersihkan wajah. Qalisya membuka mata perlahan-lahan.

"Okay, i will."

Tangan Qalisya terus merampas senduk dan mencedok kuah spaghetti tadi.

"I'm compensate with this."

Kuah itu dituangkan ke atas rambut wanita tadi sebanyak 3 kali. Menjerit-jerit wanita tadi setelah dimalukan oleh Qalisya. Seusai itu, terus Qalisya keluar daripada dewan makan itu.

"Hey Qalisya! You tunggu nasib you!" Jerit wanita tadi. "I'll make sure that you get fired!"

"Ya Allah... Qalisya, what happened to you?!" Soal Zarif yang terus mengejar Qalisya dan menahan gadis itu masuk ke tandas.

"Habis rambut you, tell me... who did this to you?"

Qalisya menoleh kepada sosok disisinya. Lelaki berkulit cerah dan berjambang kemas. Bagi yang tidak pernah melihatnya, pasti akan menjangkakan bahawa lelaki tersebut bukan berasal daripada Malaysia.

"Ada guest kat restaurant tadi yang lumurkan kuah spaghetti pada muka dan rambut i."

Zarif beristighfar panjang. Kedua-dua bahu Qalisya dihadap kepadanya. "But why? What happened? Takkan you diam?"

"Nanti i cerita okay? i rasa i nak kena masuk bilik dan take a shower. Kalau i tak mandi sekarang, silap hari bulan rambut i ni orang ingat mee spaghetti and then diaorang akan lenyek-lenyek kat muka i sebelum makan."

Zarif menghamburkan tawanya. Bagaimana dia tidak jatuh hati pada gadis itu? Sudahlah cantik jelita orangnya, kelakar pula.

Perasaanya mula muncul semenjak Qalisya bekerja sebagai staf bawahan lagi, kira-kira pada empat tahun yang lalu. Hanya gadis itu sahaja yang berani mengangkat wajah dan mempamer senyum kepada dirinya.

Bahkan bukan sikap itu sahaja yang mampu menangkap hati lelakinya, tetapi juga sikap rajin Qalisya.

Gadis itu terlalu rajin bekerja sehinggakan setiap pelosok hotel dipelajarinya dan segala jenis kerja gadis itu mahu mencuba untuk lakukan. Kerana itu dia yakin, pilihannya untuk melantik Qalisya sebagai salah seorang pengurus hotel adalah pilihan yang tepat.

Langkah Qalisya dilihatnya. Telefonnya yang berdering dari dalam poket diambil.

"Bila dia masuk?" Langkah Zarif dicorak ke arah lif yang berhampiran. Dia melihat dirinya yang berdiri di hadapan pintu lif yang berkilat bagaikan cermin. "Please do all the favors that he want, i want him to come back."

Pakaian yang terletak di atas katil itu sudah terpasang rapi pada tubuh Qalisya. Rambutnya beralun-alun. Usai wajahnya disolek, kakinya menuju ke arah laci di sisi katil lalu membukanya.

Tangannya mengambil sesuatu dari dalam laci tersebut. Dia tersenyum apabila bekas cecair bersaiz kecil itu dicapainya.

"Aku akan pastikan, yang hotel Alamanda ni akan muflis dan ditutup. Kau jangan ingat aku dah lupa apa yang keluarga kau dah buat selama ni."

"Suatu hari nanti... kau dan mak ayah kau akan melutut kat depan aku. Merayu-merayu untuk aku maafkan kesalahan kauorang satu keluarga. Aku akan goda kau supaya kau naikkan aku sebagai pengarah hotel pula lepas ni. Kecantikan aku akan membutakan kau, Zarif Aiden."
Bunyi loceng memutuskan mod Qalisya. Cecair itu kembali dimasukkan ke dalam laci.

"Tuan Zarif? Kenapa tuan ada kat sini?" Soal Qalisya berserta senyumannya.

Zarif melangkah masuk ke bilik peribadi staf istimewanya itu. Punggungnya dilabuhkan ke katil.

Qalisya terus membuka pek kopi 3 dalam 1 nya itu buat disajikan pada 'tetamu' biliknya.

Zarif hanya memerhatikan sahaja. Dagunya ditongkat. Apabila Qalisya sudah hampir siap membancuh kopi, dia berjalan ke arah balkoni yang mempamerkan pemandangan kota Kuala Lumpur. Dengan jelas sekali matanya boleh melihat menara berkembar Petronas dan Menara KL. Kerana itu hotelnya sentiasa dipenuhi tetamu-tetamu hotel di hujung minggu. Rata-rata yang datang adalah bukannya daripada ibu negara atau selangor, tetapi daripada negeri-negeri yang jauh. Semuanya mahu menikmati pemandangan tersebut.

Bukan sekadar pemandangan itu sahaja yang disajikan oleh hotel Alamanda milik keluarganya, bahkan pada waktu malam minggu mereka akan membuat beberapa petunjukan bagi menarik minat para tetamu hotelnya.

"Ada apa tuan Zarif datang ke bilik saya ni?" Secawan kopi itu diserahkan kepada Zarif. Perlahan-lahan lelaki itu meneguknya.

"I nak check... sama ada you okay atau tidak. Yalah, kan tadi teruk you kena."

"Ala tuan Zarif ni... sikit je pun. Bila dah mandi tadi eloklah dah, kan?" Qalisya menoleh ke arah luar balkoni. Dia masih belum sedar yang Zarif sedang memandangnya dengan tidak lepas.

"Jammed jalan hari ni, mesti sebab hujan." Tambah Qalisya lagi. Dia kembali melihat Zarif.

Tangannya menggawang-gawang di hadapan wajah lelaki tersebut. Setelah dia memetik jari barulah Zarif tersedar dari khayalannya.

"Cantiklah you ni, Sya. I rasa you lagi cantik dari bidadari syurga." Zarif tersenyum saat mata mereka bertembung sekali lagi.

"Macam-macamlah tuan Zarif ni. Dah, i nak masuk ke ofis. Kalau i tak masuk, mengamuk pulak manager-manager hotel tuan Zarif ni." Qalisya terus membawa keluar telefonnya dari poket. Dia mahu memeriksa kalau-kalau ada mesej yang baru masuk.

"Who cares when i don't give a care about it? You nak baring dalam bilik sepanjang hari pun boleh, Sya."

Terus Qalisya menggelengkan kepalanya dan ketawa kecil. "Saya ni tak suka makan gaji buta, macam staf-staf tuan Zarif yang lain." Perli.

"Haha... tahu. I know you well, Sya. I know you." Balas lelaki itu yang mengekori Qalisya keluar daripada kamar itu.

Tawa Qalisya dan Zarif sama-sama terhenti apabila wanita bersut sama seperti Qalisya berdiri di hadapan bilik vvip itu.
"Tak takut eh kalau pegawai Jakim datang? Duduk berdua... bukan mahram pulak tu." Bebel gadis itu.
"Oh, Jakim..." sambut Qalisya sambil menekup mulutnya.

"Kalau betul pun Jakim yang datang... apa yang nak ditakutkan sangat, Ayla? Kan kita ada restoran kat sini?" Zarif balas. Dia juga sedang menahan tawa sama seperti Qalisya.

Ayla terus menggigit kuat bibirnya. Baru dia tersedar, dia salah cakap. Argh! Malunya!

"Eh, mak... maksud i Jais! I tersasul je pun!"

"Tak apalah kalau Jais datang terjah pun... suka i, boleh kahwin free. Jimat kos." Balas Zarif lagi.

Zarif melangkah keluar daripada kamar itu dan terus menghilangkan dirinya. Hanya tinggal Ayla dan Qalisya sahaja disitu. Terus Ayla berpeluk tubuh.

"You ni kan... sebenarnya ada hati juga pada tuan Zarif kita tu kan? You nak potong i, kan?!"

Qalisya membuat ruling eyes. "Ikut kau lah Ayla nak fikir apa. Sekarang ni aku ada banyak kerja, aku nak kena masuk ofis."

Pintu itu ditarik Qalisya. Gadis itu juga turut pamit pergi daripada situ meninggalkan Ayla yang masih mahu berdiri di tempat yang sama.

"Banyak kerja konon, nak ngorat Zarif akulah tu!"

Ayla medengus nafasnya sebelum melangkah ke arah yang bertentangan dengan Qalisya.

"I minta maaf, tuan Zarif... disebabkan i, kita kehilangan our special guest." Ujar Qalisya yang tertunduk. Dia benar-benar tidak tahu bahawa tetamu yang melumurkan kuah spaghetti pada wajahnya merupakan ibu kepada salah seorang tetamu tetap hotel ini.

Zarif tidak membalas. Wajahnya serius. Dia juga tidak tahu bahawa wanita itu adalah orang yang ada-ada. Salahnya juga kerana tidak terus pergi ke restoran dan mengarahkan Qalisya menggantikan dirinya untuk membuat tinjauan.

"You ni nama je general manager hotel, tapi takkanlah you terus nak bawa sikap orang bawahan dalam diri you tu?" Soal Ayla. "Kawal sikit baran you tu, Qalisya. You tu GM. General Manager of Alamanda!"

Qalisya mengangguk perlahan. Beberapa orang pengurus juga turut memberi komen yang sama. Qalisya itu, Qalisya ini.

"Stop!"

"Tuan Zarif, dah dua kali Qalisya buat kesalahan yang sama. Takkan tuan nak diamkan je masalah ni semua?"

"I said stop!" Sambung Zarif lagi. "Ramai lagilah special guest hotel Alamanda. Tak ada gunanya pun nak marah dan bertekak, benda dah jadi dah pun."

Ayla menjeling Qalisya. Dirinya sangat tidak puas hati dengan sikap pilih kasih Zarif kepada semua kakitangan hotel.

"I ada cadangan untuk tarik orang datang ke Alamanda semula."

Mereka semua terus memandang Qalisya. Zarif mengecilkan matanya dan mendiamkan diri. Memberi ruang kepada Qalisya untuk bersuara.

"I cadangkan, setiap tempahan bilik boleh dapat point. Setiap sepuluh ringgit bersamaan dengan satu point, dan dengan point tu guest boleh tebus untuk makan di restoran atau menggunakan fasiliti khas kita."

"What?" Ayla menggeleng seraya memeluk tubuh.


"Sayang... hari ni saya akan masuk semula ke Alamanda." Tangan yang tidak berkudrat itu digenggam kemas oleh Hud. Wajahnya sayu. Nadanya resah dan hatinya terasa berat. Mata si isteri terbuka tanpa berkelip. Setiap detik Hud menanti khabar gembira tentang Haura, tetapi masih lagi belum muncul.

Kemalangan yang terjadi pada lima tahun lalu memberi kesan yang amat mendalam kepada perkahwinan mereka berdua.

"Sayang! Saya rasa saya mengandung!" Jerit Haura seraya berlari memeluk Hud.

"Serius lah?" Hud menahan sebak. Tidak menyangka pula rezekinya itu akan datang pada waktu yang tidak mereka jangka.

Hari itu hari ketawa mereka berdua sepanjang perkahwinan yang sudah mencecah setahun. Kandungan Haura yang kali kedua ini sangat menggembirakan hati mereka. Gambar ultrabunyi itu dicium dengan Hud berkali-kali. Tangannya menyentuh perut Haura.

"Doktor kata sayang kena banyak rest. Jadi maksudnya sayang tak boleh buat kerja berat-berat. Sayang kena baring je tau!" Kata Hud sambil mencium tangan Haura.

"Ish awak ni... over nya. Saya ni boleh je lah nak uruskan semua kerja kat rumah tu. Tak payah nak manja sangat." Haura membalas.

Hud menggeleng dengan laju. "Tak apa, nanti awak rehat je. Takat kerja rumah tu apalah sangat? Rehat je, tak apa... saya tak kisah pun rumah tu nak terbalik ke nak bersepah ke, yang penting awak dan baby kita okay je."

Haura mengiyakan arahan suaminya itu. Haura tertawa besar apabila Hud sengaja menyentuh pusatnya. "Tak sabar nak tunggu anak kita lahir!"

Haura ketawa dengan meriahnya dan menggenggam tangan Hud. "Baru empat minggu, lama lagi anak kita nak keluar."

Badan Hud bergerak bagaikan ulat apabila Haura mencuit-cuit pinggangnya. Mereka berdua saling membalas dan terus menerus mahu menyakat antara satu sama lain. Tangannya menggeletek pula di bahagian pinggan Haura.

"Baby, fokus! Awak tu tengah drive tau."

Hud dan Haura sama-sama tertawa lagi apabila Haura membalas lagi tindakan Hud. Mulut mereka tidak pernah lekang dek tawa.

Bunyi hon itu membuatkan Hud terus menoleh ke hadapan. Jeritan Haura menjadikan dia cemas sehinggakan tangannya automatik memusing stereng itu ke kiri sehingga keretanya berlanggar dengan sesuatu.

"I'm so sorry, Haura..."

Hud mencium tangan Haura yang lemah longlai. Tubuh si isteri yang terkujur di atas katil itu semakin membuatkan dirinya lemah untuk pergi bekerja.

"Tuan, saya dah sampai." Ujar jururawat yang selalu datang ke rumah untuk memeriksa dan merawat Haura. Memandangkan dia dipanggil semula untuk bekerja, dia mengupah jururawat tersebut untuk menjadi penjaga Haura.

Wajahnya berjambang tebal tidak terurus. Rambutnya tidak disikat dan panjang mencecah bahu. Dirinya terlihat sangat kusut. Apalah maknanya jika dia memperelokkan dirinya namun Haura kesayangannya itu tidak mampu melihat keindahan tersebut?

Hud tidak membalas. Perlahan-lahan Hud meninggalkan rumah. Hatinya sudah mulai terasa rindu yang amat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience