BAB 17

Drama Series 41228

HUD mengambil pakaian yang diletakkan di sebelah Haura waktu dia hendak membersihkan isterinya itu dan kemudian meletakkannya di dalam bakul. Selepas itu, dia membuat senaman pada jari-jemari Haura. Semua itu dilakukannya untuk menyampaikan sebuah ransangan pada otak Haura. Apabila terasa seperti dirinya sedang diperhatikan, dia terus melihat ke muka pintu sebelum dia berganjak sedikit ke belakang.

Tangannya dijatuhkan ke atas kaki Haura lalu diurut-urutnya. Semua senaman yang dia lakukan tidaklah mengambil masa yang terlalu lama pun, hanya sekadar beberapa minit sahaja.

Ekor matanya menangkap sesuatu yang baru sahaja melintasi kamarnya dengan kelajuan sepantas kilat. Bayang hitam itu membuatkan kepala Hud kembali menoleh ke arah pintu dengan perlahan-lahan. Matanya berkelip-kelip memandang ruang kosong itu.

Mata Hud kemudian merenung jarum jam di dinding. Sudah sampai waktu untuk dia memberikan makanan kepada Haura.

"Sayang, saya ambil makanan awak sekejap ya." Dahi itu dikucupnya dengan Hud. Selepas melangkah keluar, pintu kamar itu pula ditarik Hud.

Hud melihat ke arah kiri dan kanannya yang kosong. Kakinya dibawa ke anak tangga. Baru setapak melangkah, dia terus berpaling ke belakang untuk melihat jika 'kelibat' itu ada. Namun masih kosong. Hud kembali menuruni anak tangga.

Semasa dia berada di dapur, dia merasakan seperti dirinya sedang diperhatikan lagi sama seperti tadi. Hud menoleh ke belakang yang kosong.

"Kau tengah buat apa?" Soal Qalisya yang tiba-tiba muncul di sebelahnya dan sekali gus memeranjatkan Hud.

"Ish, kau ni... terperanjat aku." Hud mengurut-urut dadanya. Langsung dia tidak menyangka Qalisya akan muncul dengan secara tiba-tiba di sebelahnya.
Qalisya mengintai-intai susu yang hendak dimasukkan Hud ke dalam sebuah beg plastik jernih.

"Ini makanan Haura. Dia kena makan tiga kali sehari." Balas Hud.

"Oh... takkan susu je?" Soal Qalisya yang kelihatan tertarik sangat tentang makanan Haura.

"Kalau nak masukkan ayam KFC boleh juga."

"Oh, boleh? Seriuslah?" Qalisya membulatkan matanya.

"Boleh, tapi tunggu dia bangun dululah. Kalau baring macam tu sampai kiamat pun tak boleh." Balas Hud sebelum meninggalkan Qalisya di dapur.

"Haish... main-main!" Qalisya membuat memek muka seraya berpeluk tubuh.

Qalisya menjenguk lagi apa yang sedang dilakukan Hud. Hanya kepalanya sahaja yang dibiar terlihat di sebelah bingkai pintu kamar.
Apabila Hud terasa sedang diperhatikan, terus dia menoleh ke belakang. Tergeleng-geleng kepala Hud apabila melihat keadaan Qalisya yang sedang mengintai dengan hanya kemunculan bahagian kepala sahaja.

"Haura tak sakit ke kalau kau masukkan tiub tu kat dalam mulut dia? Besar kut tiub tu, Hud."

"Kau nak aku tanya dia ke?" Soal Hud yang sarkastik.

"Boleh juga, kut kut dia bangun." Melayan.

"Tak ada cara lain untuk bagi dia makan. Ni jelah caranya." Hud menjawab. Sebelah tangannya sedang memegang susu itu.

Qalisya berdeham dan melangkah masuk ke kamar itu. Dia berjalan-jalan ke seluruh penjuru kamar Hud dan Haura bagaikan sedang membuat audit tinjauan sambil tangannya bertepuk-tepuk.

Hud mula mengecilkan mata apabila Qalisya sudah memanjat katilnya untuk melihat pangkal dan penghujung saluran tiub itu.

"Suka-suka hati kau je kan panjat katil orang? Kaki tu dah bersih sangat ke?"

Qalisya terus bergerak turun dari katil. Tapak kakinya diperiksa.

"Eleh, aku cuma nak tengok Haura je pun." Qalisya menepis debu-debu yang tidak kelihatan di atas katil. Mungkin ada kesan kotor ke di situ? Jadi dia perlu membersihkannya.

"Bila kau nak balik rumah kau? Kereta dah boleh buka, kan?" Hud menyoal tanpa berpaling kepada Qalisya dibelakangnya. Buku lima Qalisya diacu-acukan dekat dengan belakang kepala suaminya. Mahu saja dia menumbuknya.

Apabila Hud berpaling kepadanya, terus tangannya disembunyikan di belakang.

"Aa... tentang tu, er... malam ni aku balik. Ha betul, malam ni aku balik." Balas Qalisya. 'Kedekut! Offer lah aku tidur rumah ni lagi! Muka je handsome, tapi kedekut! Kedekut!'

"Baliklah sekarang. Dah petang ni, kalau balik malam dah gelap... bahaya, kau tu perempuan."

Qalisya menahan hidungnya daripada mendengus. Bukan itu jawapan yang dia mahukan!

"Oh... okay, then... aku balik dululah macam tu." Balas Qalisya yang sekali lagi mahu mengacukan penumbuknya ke kepala Hud sebelum perlahan-lahan dia berjalan ke muka pintu.

"Bye! Aku balik dulu ni." Qalisya memalingkan tubuhnya menghadap Hud yang masih sedang sibuk menyalurkan makanan kepada Haura.

Lelaki itu tidak membalas. Dia sedang mengusap-usap rambut Haura.

"Bye!" Jerit Qalisya dengan lebih kuat lagi agar lelaki itu menoleh kepadanya.

"Ya, bye." Balas Hud yang acuh tak acuh dan tanpa melihatnya. Qalisya membuat memek muka lagi di belakang Hud. Geram dengan Hud yang langsung tidak memperdulikannya.

Hud menoleh ke belakang saat Qalisya sedang membayang sedang menumbuk wajahnya. Matanya berkelip-kelip melihat Qalisya yang asyik dengan khayalannya.

"Kau okey tak?"

Qalisya terus menjadi patung apabila Hud menegurnya. Dia menumbuk lembut tapak tangannya sendiri bagaikan sedang teringat akan sesuatu.

"Ok... okey. Okey sangat. Aku tiba-tiba teringat pasal kain kat rumah." Hud menganggukkan kepala selepas mendengarkan jawapan itu.

Pintu kereta dihempas kuat dengan Qalisya. "Kalau macam ni dia layan aku, baik bercerai je tadi!"

Volkswagen Beetle merahnya diundur keluar daripada rumah itu. "Dia boleh layan aku macam tu je? Okey... okey... ada ubi ada batas, ada hari... kau tunggu aku balas, Hud!"

Qalisya memberhentikan kereta di sebuah pasaraya untuk membeli barang-barang keperluan rumah. Mulutnya banyak membebel sendiri kerana dia masih lagi tidak puas hati.

"Kenapa kau layan aku macam tu, hah?!"

"Ish!"

Roda troli itu ditendangnya. "Kau main-main dengan aku kan, Hud? Siaplah kau. Kau tu belum kenal aku sepenuhnya lagi tau!" Bebelnya lagi sehingga trolinya berlanggar dengan troli seseorang.

Qalisya menundukkan kepalanya tanpa membalas pandangan individu di hadapannya. "Sorry."

Lelaki itu tidak membalas, dia hanya melihat sahaja Qalisya berjalan melintasinya bersama-sama dengan troli yang penuh dengan isi.

Qalisya memindah masuk barang-barang yang dibelinya tadi ke tempat duduk belakang. Sedar tidak sedar, lama juga masa yang diambilnya untuk membeli barang rumah. Jam juga sudah menunjukkan pukul 8:30 malam.

Brek tangan ditarik Qalisya. Bonet keretanya dibuka dan dia mengambil troli kecil yang biasa digunakan untuk membawa naik barang rumah. Selepas itu, dia menarik troli menuju ke arah lif.

Telefonnya berdering dan Hud sebagai pemanggilnya. Sempat dia mendengus sebelum menjawab panggilan itu.

Qalisya masih lagi dengan rajuknya. Kalau ikutkan hati, tidak mahu dia menjawab panggilan Hud. "Apa?"

"Dah sampai rumah ke?" Soal Hud.

"Baru je sampai, tadi aku pergi beli barang dapur." Balas Qalisya sambil berjalan membawa trolinya. Kebetulan pula parkir keretanya jauh daripada lif.

"Okey, baguslah tu."

Qalisya mula melintas ke seberang. Dia masih menunggu apa lagi yang bakal dikatakan oleh lelaki itu.

Sebuah kereta yang memecut dengan kelajuan tinggi itu membuatkan Qalisya automatik berundur ke belakang. Telefonnya tercampak dan sikunya terhentak.

"Aduh... sakitnya." Qalisya meniup sikunya yang merasa pedih dan terdapat koyakan kecil.

"Sya, kenapa tu?" Soal Hud yang terus berdiri. Bunyi kereta itu sangat kuat, ditambah pula dengan bunyi telefon Qalisya yang terjatuh di lantai lagilah menjadikan hatinya tidak senang. "Sya, kau dengar tak?"

Qalisya mencapai telefonnya apabila Hud tidak berhenti memanggil namanya. "Ya... aku dengar." Balasnya berbentuk rintihan.

Dia membangunkan trolinya yang terjatuh di lantai sama-sama seperti dirinya tadi.

"Kenapa dengan kereta tadi tu?"

"Entahlah, mabuk kut." Jawab Qalisya yang kembali berjalan ke arah lif.

Qalisya menjerit sekali lagi apabila kereta yang sama cuba untuk melanggarnya.

"Qalisya!" Panggil Hud. "Qalisya kau dengar tak?"

Tubuh Qalisya dibantu seseorang untuk bangun. Lelaki itu memeriksa keadaan Qalisya selepas Qalisya sudah berdiri. "Cik tak apa-apa?"

"Saya... okey. Tak apa-apa pun." Balas Qalisya sambil mengurut lengannya.

"Betul ni cik tak apa-apa? Saya minta maaf ya? Sebab kereta saya ada problem sekarang, tak sangka pula accident dengan cik." Ujar lelaki itu.

Telefon Qalisya yang berada di atas lantai dicapainya.

"Betul, saya okey je." Qalisya menjawab.

"Kalau tak okey saya bawa cik pergi ke klinik? Cik masuk kereta saya, ya?"

Qalisya menggeleng laju. "Tak apalah, lagipun sikit je ni. Sapu minyak nanti, inshaAllah baiklah dia."

Lelaki itu menggigit bibir. "Saya sebenarnya serba salah sangat dengan apa yang dah jadi ni, apa kata kalau saya tolong cik bawakan barang-barang cik ni naik ke atas?"

"Eh, tak payahlah... saya larat lagi nak tarik troli ni naik ke atas."

"Please... saya rasa serba salah sangat dengan kesilapan saya ni." Balas lelaki itu. "Please... ."

Qalisya tersenyum kelat sebelum menerima tawaran itu. Perlahan-lahan dia memberikan trolinya kepada lelaki tersebut.

"Jadi nama cik..." soal lelaki itu.

"Qalisya." Jawab Qalisya. "Nama awak pula?"

"Daniel." Balas Daniel. Keningnya hampir berkerut apabila lif itu berhenti pada tingkat rumah Qalisya. "Cik duduk kat tingkat ni ke?"

Qalisya menganggukkan kepalanya sebelum melangkah keluar daripada lif.

Kening lelaki itu sekali lagi mahu bertaut apabila Qalisya berhenti di hadapan rumahnya.

"Lah... cik duduk kat rumah ni?"

"Ya, kenapa?" Soal Qalisya sambil membuka kunci grill nya.

"Maksudnya kita berjiranlah. Ini, rumah saya." Mata Qalisya mengikut telunjuk lelaki itu. Rumah mereka saling berhadapan antara satu sama lain. "Kalau cik Qalisya perlukan apa-apa bantuan, bolehlah panggil nama saya. Daniel. Nanti saya terus datang."

"Ok... okey. Well, thanks." Balas Qalisya sambil mengambil trolinya daripada Daniel.

"Bye, cik Qalisya." Lambaian tangan Daniel dibalas acuh tak acuh dengan Qalisya. Dia pun bukanlah sejenis yang mudah hendak berkenalan dengan orang. Usai pintu ditutup, telefonnya kembali berdering.

"Sya, kau okey tak?" Hud menyoal. Dia sudahpun berada di dalam kereta. Dalam perjalanan ke rumah Qalisya.

"Okey je. Dah lah, aku nak mandi." Telefon itu diletakkan di atas meja. Tualanya dicapai dan dia terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.

Qalisya berjalan ke ruang tamu bersama-sama dengan tuala di atas kepala. Kabinet dapurnya dibuka lalu dicapai minyak gamat. Dia merintih pedih apabila minyak itu mengena pada kulitnya.

Loceng yang berbunyi itu membuatkan tangan Qalisya meletakkan minyak itu di atas meja, pelik dengan bunyi loceng pada waktu malam begini kerana jarang sekali dia menerima tetamu tambah-tambah jam sekarang. "Qalisya."

"Hud ke tu?" Qalisya berjalan sambil membawa kunci grill nya. Kunci itu terus dicucuh ke tempatnya apabila Hud adalah orang yang menekan loceng tadi.

Selepas Qalisya membuka pagar grill rumahnya cepat-cepat Hud menariknya dan menolak Qalisya masuk ke dalam rumah. Pintu itu dikuncinya.

"Kau okey tak?" Berpusing-pusing badan Qalisya dek kerana Hud mahu membelek keadaan dirinya.

Qalisya menaikkan bebola matanya ke atas. "Ya Allah... aku okey je!"

Membulat mata Qalisya apabila Hud terus memeluknya. Dia menolak lelaki itu namun Hud tetap mahu memperlakukannya. "Tengok siku kau ni, dah luka. Itulah kau, aku dah pesan suruh balik petang tadi jugak... tapi kau keluar merayap pergi beli barang. Boleh je esok siang pergi beli semua barang ni, kan?"

"Lah... biarlah, benda pun dah jadi kan?" Qalisya menjawab. Dia mengeliut bagaikan ulat apabila Hud mencuit pinggangnya. "Dah dah lah tu peluknya, sikit-sikit je boleh."

Hud melepaskan pelukannya sebelum memberi pandangan yang mengundang ketidakselesaan Qalisya. "Kalau aku tak nak sikit?"

Qalisya menelan liurnya. Mata mereka berdua saling bertatapan tidak lepas. Dia mahu lari daripada mata lelaki itu tetapi matanya terkunci. Setiap kali langkah Hud maju ke hadapan, Qalisya akan mengundur ke belakang sehinggalah dia hampir terjatuh ke atas sofa. Laju tangan Hud menyambut pinggangnya dan menarik pantas untuk dia berdiri semula.

Selepas memberi jelingan tajam kepada Qalisya, Hud berjalan ke meja makan untuk mengemas barang-barng yang berada di dalam troli. "Wanna grab a late night dinner?"

Sepantas kilat Qalisya berlari kepada Hud. Sambil mempamerkan kecomelannya, dia mengangguk laju.

Qalisya membantu Hud untuk penyediaan masakan makan malam. Sesekali Hud akan menegur cara yang betul dan akan mengusap kepala Qalisya apabila Qalisya terus menurutinya. Apabila Qalisya mahukan lagi, Hud akan menggelengkan kepala dan berpura-pura memarahi isterinya.

Qalisya mengelap kerusi dan meja di balkoni untuk mereka berdua bersantap di situ manakala Hud pula sedang lagi berada di dapur, tengah membersihkan kawasan yang telah digunakan.

Mangkuk yang berisi sambal udang petai itu dibawa ke balkoni, Hud mengekorinya dari belakang sambil membawa pinggan yang berisi ayam goreng.

Nasi siap-siap dituang ke pinggan mereka berdua sebelum Qalisya membawanya ke balkoni. Kemudian Hud kembali dengan membawa dua biji gelas kosong berserta satu jug air sirap.

"Macam ni rupanya nak buat masak sambal, kau nak tahu tak... aku ni tak pandai langsung tau nak buat masak sambal ni." Ujar Qalisya sebelum menyua lagi sesuap nasi ke dalam mulut.

"Tahu, tak payah cerita pun aku dah tahu. Buat malu je perempuan tak pandai masak." Hud mencapai gelas dan meneguk air minuman itu.

"Ish, asalkan pandai buat duit... siapa kisah pandai masak ke tak?"

"Nak jaga suami kena pandai jaga perut dia dulu." Balas Hud yang mendapat jelingan Qalisya.

"Kau kan pandai masak, kau jelah masak." Jawab Qalisya sebelum menjilat jari.

"Memanglah, tapi aku pun nak jugalah merasa masakan isteri kedua aku ni."

Qalisya dan Hud sama-sama tertawa mendengarkan perkataan isteri kedua itu. Kaki Hud ditendang Qalisya. "Kau perli aku?"

"Aik, aku mengata diri aku sendirilah." Hud bingkas bangun dan mengangkat pinggan mereka berdua. Apabila Qalisya tidak mengekorinya terus dia bersuara. "Basuh tangan sekarang, jangan biarkan tangan berbau."

"Haish... aku nak bertenang sekejap pun tak boleh. Dah lah arah-arahkan aku, ingat ni rumah dia ke?"

"Aku dengar tu."

Qalisya menekup mulutnya dan terus ke sinki untuk membasuh tangan.

Hud merebahkan dirinya ke atas sofa berangka tiga di ruang tamu rumah Qalisya. Dia sudah berniat untuk bermalam di situ kerana bimbangkan keselamatan Qalisya.

Qalisya memberikan selimut kepada Hud. Walaupun Hud sudah menyatakan hasratnya mahu bermalam di situ sewaktu makan malam tadi, dia tetap berasa janggal. Sudah lama mereka berdua tidak berdua-duaan di dalam rumah itu.

"Hud, kalau kau nak balik rumah... kau balik jelah. Aku pun luka sikit je."

"Esok pagi aku baliklah. Yang kau ni kenapa? Beriya betul kau nak halau aku balik." Hud sudah memejamkan matanya. "Kalau kau takut apa-apa jadi, kau kunci jelah pintu tu."

Qalisya menganggukkan kepala dan menghilang masuk ke dalam kamar. Punggungnya dilabuhkan di atas katil dan terus merebahkan tubuh. Kepalanya menoleh ke arah bantal di sebelahnya.

"Selesa ke Hud baring kat sofa tu? Dah lah bantal sofa tu kecil je." Soalnya sambil menggigit bibir.

Dua biji bantal itu ditarik Qalisya untuk diberikan kepada Hud.

Perlahan saja dia menguakkan pintu. Kakinya menjinjit ke arah sofa tersebut. Tangannya menyentuh bahu Hud dengan lembut serta memanggil namanya namun tidak dijawab.

Sebiji bantal gebunya diletakkan dahulu ke atas meja dan sebiji lagi dia mahu meletakkannya di belakang kepala Hud. Perlahan-lahan dia mengangkat kepala itu dan meletakkan bantal tadi dibawahnya. Apabila Hud bergerak sedikit, dia terus menjadi kaku. Mujur cuma sesaat, dia kembali menyambung misinya.

Tangan kanan Hud diangkat kemudian diletaknya bantal di atas meja tadi sebagai pemeluk. Selimut Hud dinaikkan sehingga ke paras dada lelaki itu.

"Goodnight." Bisiknya dengan perlahan.

Bergema rumah itu dengan jeritan Qalisya apabila Hud menarik tangannnya sehingga dia terjatuh ke atas sofa. Badan Qalisya meluncur ke bahagian dalam sofa apabila Hud mengiringkan diri.

"Dah elok-elok orang pesan kunci pintu bilik, nak juga melawan. Padan muka kena tidur kat tempat sempit." Mata Hud tidak terbuka. Dia memang sudah tertidur tadi tapi disebabkan Qalisya, dia kembali terjaga. Meskipun matanya dalam keadaan tertutup, dia masih bisa mencari dahi Qalisya untuk dikucupnya. "Goodnight too."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience