BAB 8

Drama Series 41228

KEPALA Hud diletakkan pada katil Qalisya. Berjam juga untuk Qalisya sedarkan diri sehingga membuatkan kantuk di matanya berasa berat. Panggilan bertalu-talu dari Zarif tidak dijawabnya.

Siang sudah berganti malam. Usai menunaikan solat, Hud kembali ke wad yang diduduki Qalisya. Dia mendapati Qalisya sudah duduk sambil memeluk lutut kakinya.

"Hud?"

Qalisya menuruni katil dengan pantas. Liurnya ditelan. "Hud, macammana aku boleh masuk ke sini?"

Gadis itu bernada resah. Bimbang jika sakitnya sudah bertambah parah dan diketahui Hud.

"Doktor kata apa, Hud?" Qalisya menyentuh kedua-dua lengan lelaki itu.

Hud menolak tangan Qalisya di lengannya. Kali ini dia pula menyentuh lengan gadis itu dan mendudukkannya di katil.

"Hud, cepatlah... apa doktor kata tentang sakit aku? Dah semakin parah ke?" Soal Qalisya. Matanya sudah berkaca. Dia tidak mahu mati lebih awal!

"Aku dah nak mati ke, Hud?" Tambah Qalisya lagi. Matanya tidak mahu lepas daripada memandang Hud. "Aku tak nak mati, Hud. Aku tak nak mati."

Qalisya menggigit kukunya tanda resah. Jari itu ditariknya Hud dan meletakkannya pada katil.

"Doktor kata kau mengandung, Sya."

"Apa?! Mengandung?!" Terus bangun Qalisya dibuatnya. Serentak dengan itu dia menolak Hud sekuat-kuatnya. Hud mengangguk kepalanya dengan perlahan-lahan.

Qalisya ketawa dengan besarnya, dia menggigit jarinya dan mundar-mandir ke arah Hud dan katil. "Jangan main-main, Hud. Cepatlah bagitahu dengan jujur, apa doktor kata apa pasal aku?"

"Kau mengandung."

"Tipu! Betul-betullah, Hud!"

"Sumpah! Aku tak tipu." Ujar Hud sambil mengangkat tangan kanannya.

Qalisya menggeleng-geleng kepalanya tidak percaya. "Tak mungkin. Tak mungkin! Tak mungkin aku mengandung! Tak mungkin!"

Qalisya memukul abdomennnya sendiri. "Tak mungkin! Aku dah period lah! Aku dah period!"

"Qalisya!" Hud menahan kedua-dua tangan Qalisya. "Doktor kata kau bukan period, it's just bleeding di awal kehamilan."

Qalisya menarik tangannya dan menjauhi Hud.

"Sya, aku minta maaf. Aku pun terkejut. Aku..."

"Aku tahu apa aku nak buat dengan budak ni, Hud. Biar aku bunuh je budak ni!"

Terus Hud menarik semula tangan Qalisya. Dia menggelengkan kepalanya walaupun Qalisya berkeras mahu menarik tangannya daripada Hud.

"Lepaskan tangan aku, Hud!"

"Tak nak!" Jawabnya. "Qalisya, pandang mata aku sekarang."

"Kenapa aku mengandung? Aku tak buat pun benda tu! Aku tak buat!"
"Aku minta maaf. Aku tak tahu macammana boleh jadi macam ni."

"Kau penipu! Kau kata kau mandul, Hud!" Jerit Qalisya sekuat hati.

"Ya betul, memang aku mandul." Hud membalas. "Aku pernah kemalangan, dan doktor yang rawat aku tu yang bagitahu... aku dah mandul disebabkan kemalangan tu. Masa tu aku datang untuk appointment di hospital. Itu apa yang aku ingat selama hari ni."

"Tapi aku terlupa sesuatu. Aku baru teringat semula yang next appointment doktor kata dia tersalah ambil data patient lain, which is aku tak mandul pun, Sya."

Qalisya menggengam kedua-dua buku limanya, dadanya rasa nak pecah kerana amarah.

"Kau main-mainkan aku ke, Hud?" Soal Qalisya terketar-ketar hendak berbicara.

"Tak... aku minta maaf sangat, aku terlupa tentang tu Sya."

"Kau..." Qalisya berjalan mendekati Hud. "Kau memang nak kena dengan aku! Lelaki tak guna!"

Qalisya merentap rambut Hud dengan sekuat hatinya, menyampaikan rasa marah yang tidak dapat dibendung. Bukan sahaja Hud memperosakkan dirinya, bahkan membuatkan dirinya terpaksa menanggung beban yang sudah disangka-sangka tidak akan wujud.

"Lepaskan rambut aku, Sya!" Rintih Hud apabila Qalisya sudah semakin gila.

"Ini balasan yang kau layak terima! Kau penceroboh! Kau rampas maruah aku, Hud!" Katanya sambil mengalirkan air mata.

"Aku akan kahwin dengan kau!"

Perlahan-lahan Qalisya melepaskan tangannya daripada rambut Hud yang panjang mencecah bahu.

"Daripada kena kahwin dengan kau, lebih baik aku gugurkan je budak ni!"

Qalisya kembali memukul abdomennya dengan tangisannya tidak berhenti. "Mati kau sekarang, budak! Aku nak kau mati sekarang!"

"Sya, aku janji... aku bertanggungjawab ke atas kewujudan budak ni. Janganlah pukul dia, tolonglah kesiankan dia." Hud menarik sebelah tangan Qalisya. Lencun muka Qalisya dengan air mata yang laju bak air terjun.

"Kita boleh jaga budak ni sama-sama." Sambung Hud lagi. "Kalau kau tak nak dia, aku akan ambil dia lepas kau lahirkan dia."

Qalisya menarik semula tangannya daripada Hud. "Aku ni benci kau, Hud. Kalau bapa dia je aku dah cukup benci, kau boleh bayang tak betapa bencinya aku pada budak ni? Yang wujud tanpa kehendak aku!"

"Aku tahu dan aku faham, dan sebab tu juga aku kata aku akan ambil dia selepas kau lahirkan dia."

Qalisya menjeling wajah itu, tangannya ditarik daripada genggaman Hud. Matanya dipejam rapat dan mengalirkan lagi air mata.

QALISYA duduk di atas lantai sambil bersandar pada dinding kamarnya. Sudah beberapa hari dia tidak masuk bekerja. Dia hanya berkurung di dalam kamarnya sendiri. Setiap hari kepalanya akan sakit kerana dia tidak boleh berhenti menangis.

'Jangan lupa makan.' - Hud. Telefon barunya itu ditolak menjauhinya. Telefon yang merupakan hadiah pemberian daripada Hud.

Dia berjalan menuju ke cermin bilik. Rambutnya kusut masai. Badannya berbau masam. Seluruh anggota tubuhnya diperiksa kecuali di suatu tempat. Ya, di perut. Matanya langsung tidak mahu memandang kawasan itu.

"Aku takkan makan. Kau tengah lapar kan? Biar kau mati! Biar kau mati supaya aku dengan bapa kau boleh berpisah! Aku benci tengok muka lelaki tu! Aku benci sangat-sangat nak tengok muka dia!"

Qalisya menolak semua barang-barang di atas meja soleknya.

"Ikutkan hati aku, dah lama aku bunuh kau! Tapi disebabkan dosa, aku tak boleh nak buang kaulah, budak! Aku benci kau! Aku benci kau!"

Qalisya membaling bantal tidurnya ke lantai. Buku-buku di rak juga dibalingnya ke bawah.

Hud membaringkan Haura secara mengiring. Mengharapkan dengan cara itu Haura bisa 'hidup' semula. Keadaan vegetatif si isteri membuatkan dia menanam harapan pada setiap hari untuk mendengarkan semula suara isterinya itu.

Bantal peluk diletakkan di belakang badan Haura untuk menyokong badan yang kurus itu.

Hud merebahkan dirinya di sisi Haura yang baru saja mengerlipkan mata. Tangan Haura dicium-cium.

"Saya minta maaf, awak. Saya tak tahu macammana semua ni boleh terjadi."

"Saya dah khianati janji kita berdua untuk tak menduakan satu sama lain... tapi saya tak ada pilihan, sayang. I have to."

Hud gagal menahan air matanya daripada mengalir. Bagaimana jika Haura sudah sembuh dari keadaan vegetatifnya sewaktu dia dan Qalisya masih di dalam tali perkahwinan? Hendak-hendak pula waktu itu perut Qalisya sudah membesar. Dia takut kehilangan Haura kerana itu.

Selepas sahaja Qalisya keluar daripada hospital, mereka langsung meneruskan majlis akad nikah secara tertutup. Hanya mereka berdua sahaja yang tahu tentang rahsia itu. Semua orang tidak boleh tahu tentang itu, terutamanya Zarif.

Mesejnya pada Qalisya langsung tidak berbalas, dia mahu mengambil tahu tentang keadaan Qalisya yang terkini. Sihatkah? Sakitkah? Tapi semua itu tidak dijawab Qalisya. Dia tahu Qalisya sedang tidak mahu bertemu dengannya, dan dia juga tidak bersedia untuk bertemu dengan Qalisya. Mereka berdua bukan saling mencintai malah bermusuhan antara satu sama lain, keadaan ini menjadikan hubungan mereka berdua terasa janggal meskipun Qalisya berada di bawah tanggungjawabnya.

Badannya menggigil kesejukkan. Selimut itu ditarik membaluti tubuh Qalisya. Sudah genap seminggu dia tidak masuk ke ofis. Jangankan mesej daripada Zarif, mesej daripada Hud pun dia tidak menjenguk.

Dia letih untuk perlu mengadaptasi kehidupan barunya itu seorang diri. Dia perlukan sokongan, tapi bukan daripada lelaki yang sudah bergelar suami kepada dirinya. Dia perlukan sokongan daripada wanita lain, dia rindukan arwah ibunya.

Bunyi ketukan pintu dan loceng silih berganti langsung tidak diendah Qalisya. Sudah beberapa hari dia tidak makan atau minum. Dia memang mahu menyeksa kandungannya sendiri!

"Qalisya, buka pintu ni."

Zarif kembali mengetuk pintu rumah stafnya. Dia langsung tidak tahu khabar Qalisya. Walaupun sudah ditanyakan kepada Hud, lelaki itu juga tidak memberikan jawapan yang memuaskan hatinya. Jika benar Qalisya sekadar demam, mana mungkin sampai seminggu gadis itu cuti sakit?

"Qalisya, ini i tuan Zarif." Ujar Zarif lagi.

"Tuan Zarif..." Qalisya semakin mengetatkan selimut ke tubuh. Dia mahu menceritakan segalanya kepada Zarif, tapi itu perkara pertama yang dilarang Hud di dalam perkahwinan mereka berdua.

"Zarif tu suka kat kau. Jadi kau tak boleh bagitahu dia siapa sebenarnya suami kau."

Terngiang-ngiang ayat pesanan Hud itu di dalam kepala Qalisya.

"Qalisya buka pintu ni, Qalisya. I tahu you ada kat dalam."

Perlahan-lahan pintu itu dibuka Qalisya. Zarif melihat keadaan Qalisya dari atas sehingga bawah. Tangannya diletakkan pada dahi wanita itu.

"Sya dah tak demam dah, tapi kenapa Sya tak datang ke Alamanda? Kalau Sya ada masalah, please inform me. I need to know."

Qalisya sekadar menggeleng. "I tak ada apa-apa masalah pun, tuan Zarif. Demam i pun dah makin kebah. Cumanya i masih tak sedap badan. Mungkin esok atau lusa i akan masuk semula ke Alamanda."
Jawabnya.

Zarif menganggukkan kepala. Dia memetik jari apabila teringatkan sesuatu. Bungkusan plastik jernih itu diberikan kepada Qalisya.

"Ni i ada bawakan bubur untuk you, makanlah ya. I masak sendiri tau. Tengok Youtube je."

Tertawa Qalisya mendengarkan lontaran kata lelaki berjambang halus dihadapannya. "Buat susah-susah je tuan Zarif je. Nanti saya makan. Terima kasih."

Zarif menggaru belakang kepalanya sambil menahan malu.

"Sama-sama kasih." Balas Zarif dengan mata yang memandang lantai. "Sya rehatlah dulu, i harap you boleh kembali semula ke Alamanda as soon as possible. I tak boleh handle Alamanda kalau tak ada you, Sya."

Terangguk-angguk kepala Qalisya. Dia membalas lambaian Zarif yang sambil berjalan secara mengundur. Sekali lagi dia tertawa kecil apabila Zarif terlanggar tiang di belakangnya.

"Jangan lupa makan tau!" Pesan Zarif lagi sebelum menghilang ke dalam lif.

Pintu ditutup rapat. Qalisya menarik kerusi di meja makan. Bau bubur itu memancing seleranya.

Dia tersenyum kecil apabila bubur itu boleh diterima dek tekaknya.

Selepas licin habis bubur di dalam bekas itu, Qalisya meneguk segelas air dan membasuh kedua-duanya dia sinki.

Tekaknya terasa mual yang teramat sangat. Habis bubur yang ditelannya tadi keluar semula seratus peratus. Dia menangis sendirian. Terlalu letih dengan keadaan dirinya. Kepalanya pula sedang pusing, lagi menambahkan rasa tertekan.

"Kalau kau tak susahkan aku tak boleh ke? Kenapa kau kena susahkan aku?!" Qalisya memukul rahim berkali-kali sambil menangis. "Aku penatlah, kau faham tak?!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience