BAHU Qalisya terasa seperti disentuh oleh seseorang. Wanita itu agak terkejut apabila lelaki itu datang menyapa dirinya. Setelah beberapa bulan mereka tidak bertegur siapa, sudah pasti adegan tadi menimbulkan rasa janggal diantara mereka berdua. Bagaimana dengan kerja yang memerlukan usahasama mereka berdua? Sudah lama Hud memisahkan mereka berdua di atas permintaan Zarif sendiri. Lagipula Qalisya trauma dengan apa yang Zarif cuba lakukan ke atas dirinya, wanita itu lebih banyak bekerja dibawa suaminya.
Meskipun perasaan janggal itu semakin bertambah-tambah, Qalisya tetap menggagahkan diri untuk bertentang mata dengan Zarif.
"Ya, tuan Zarif? Ada apa yang saya boleh bantu?" Qalisya memberi layanan yang sama sepertu dulu. Mesti didahului dengan senyuman.
"You nak minum coffee dengan I?"
Perlahan-lahan Qalisya mengangguk kepala dan melebarkan senyumannya lagi. Di dalam kereta, mereka berdua jarang-jarang melontar soalan ataupun mengajak berbual. Kaku.
Zarif seperti lagaknya yang dahulu. Sebelum Qalisya tiba di kerusi, Zarif berjalan dengan lebih pantas hanya untuk menarikkan kerusi buat Qalisya.
"Terima kasih." Kata Qalisya. Matanya melihat Zarif yang mula mengisi tempat kosong di hadapannya.
Tanpa perlu Qalisya sebut kopi yang diingini, Zarif terlebih dahulu cakapkan untuknya. Lagilah Qalisya bertambah janggal.
"Susah-susah je tuan Zarif bawa saya ke sini. Dah lah waktu puncak, susah pulak tu nak dapat parking." Qalisya membuang pandangan ke luar tingkap, matanya ralit melihat jalan raya yang sesak.
"Tak ada lah susah sangat pun. Anyways, I dah minta izin daripada Hud terlebih dahulu sebelum I bawa you ke sini." Ujar Zarif yang turut membuang pandangan matanya ke luar.
Qalisya tergelak kecil. "Patutlah dia izinkan saya keluar walaupun saya tak bagitahu dia yang sebenarnya tuan Zarif ajak saya keluar."
"Macammana dengan kehidupan you selepas berumah tangga dengan Hud, Sya? Is everything okay? Did you need any help?"
Soalan Zarif memancing Qalisya untuk menatap wajah lelaki itu. Kening Qalisya agak berkerut. "Kenapa tuan Zarif tanya macam tu? Alhamdulillah, saya dan Hud baik-baik je. Makan hati tu biasalah, dah nama pun hidup bermadu."
"Hud ada layan you dengan tak baik ke?" Zarif menyoal lagi.
Qalisya menafikan soalan tersebut. "Hud suami yang baik. Walaupun kadangkala dia lebih takutkan Haura berbanding saya, saya... rela mengalah."
"I doakan rumahtangga you dan Hud kekal bahagia sampai ke syurga, Sya." Zarif melorekkan senyumnya kepada Qalisya. "I tertunggu-tunggu bila I akan jadi pakcik."
"Aik, bukan ke tuan Zarif dah nak jadi pakcik? Anak Haura tu sikit lagi nak keluar dari perut mak dia."
"Itu anak Haura. Apa yang I maksudkan adalah anak you dan Hud."
Qalisya tersenyum tawar dan mengusap perutnya. "Semoga muncullah malaikat kecil dalam perut saya ni suatu hari nanti, walaupun harapan tu sangat pudar."
"Pudar? Kenapa pula?" Zarif meletakkan kedua-dua tangannya di atas meja. Raut wajahnya mulai serius.
Seorang lelaki tiba dengan dulang di tangan, gelas-gelas itu diturunkan daripada dulang tersebut sebelum lelaki itu beredar. Qalisya kembali menatap wajah Zarif.
"Rawatan kemoterapi yang saya jalani dulu dah memberi kesan pada ovari saya. Majoriti sel yang dihasilkan cacat, sebab tu peluang untuk saya dapatkan anak adalah sangat tipis. Senang cerita, saya mandul tuan Zarif."
Selamba Qalisya membalas. Dia takut untuk terlalu bersedih tentang takdir hidupnya akan berakhir tanpa seorang anak pun yang keluar dari rahimnya.
"You tak pernah ada rasa nak buat IVF?"
"Kami baru je buat pada bulan lepas, tapi hasilnya tetap sama. Saya tak mengandung." Sambung Qalisya lagi. "Semua disebabkan kekurangan saya, sel ovum yang terbaik pun adalah yang paling sikit cacatnya."
"I minta maaf, Sya. Dibalik wajah happy you, sebenarnya..."
"It's okay, tuan Zarif. Lagipun sekarang ni saya tengah belajar untuk redha, walaupun Hud dah redha dan okey je hidup tanpa anak dengan saya. Tapi dalam waktu yang sama, kami berdua tak pernah putus berdoa. Tuan Zarif pun kenalah doakan kami, mana tahu doa tuan Zarif diangkat, kan?"
"Anything for you, Sya. I akan doakan you cepat-cepat pregnant. Nanti you jangan lupa jasa I berdoa untuk you bila dah ada anak nanti!" Zarif berpeluk tubuh sambil tertawa.
"Ish, takkanlah saya nak lupakan pula? Mestilah saya ingat. Kita kan best friend, kan?"
"Janji, best friend?" Zarif menaikkan jari kelingkingnya. Agak lambat Qalisya hendak membalasnya kerana terkejut juga dengan respon Zarif.
"Saya harap tuan Zarif dah move on..."
"Sorry, eh... you ingat you tu lawa sangat ke? I dah lama move on from you, okay?"
Ternganga mulut Qalisya mendengarkannya. "Amboi, mulut jahat!"
Perbualan mereka berdua semakin rancak. Hubungan keruh mereka perlahan-lahan bertukar jernih. Qalisya semakin senang dengan Zarif yang tidak melayannya sebagai seorang wanita. Kadangkala gurauan Zarif boleh tahan menjengkelkan hati, namun Qalisya baik-baik saja. Jika itu yang membuatkan Zarif berhenti mencintainya, dia terima saja.
Tiba-tiba telefon Qalisya berdering. Nama Hud yang terpapar di skrin mematikan suasana riang diantara mereka.
"Ya, abang?" Soal Qalisya. "Apa?"
Zarif terus memandang wajah Qalisya apabila nada suara itu kedengaran cemas.
"Nanti Sya datang." Kata Qalisya sebelum mematikan talian tersebut. "Haura dah masuk labour room, Hud tengah temankan dia."
"Dia call sebab tu jelah?" Zarif bertanya.
"Haah... dia risau saya tercari-cari dia nanti. Dia pun tak tahu berapa lama Haura akan ada kat dalam tu, tapi dia minta saya dan tuan Zarif untuk doakan Haura supaya dia dapat bersalin dengan selamat... dan baby pun selamat."
Qalisya kembali melontar pandangan matanya ke luar. Walaupun tersorok dek meja, Zarif tahu Qalisya pasti sedang mengusap perutnya.
"Tuan Zarif rasa Hud akan lupakan saya ke? Yalah, saya kan tak mampu nak bagi dia zuriat macam Haura." Soal Qalisya yang masih berkedudukan sama.
"Macammana Hud nak lupakan you, Sya? Dari pancaran mata dia tu pun I tahu... he is deeply in love with you."
Qalisya mengangkat kedua-dua bahunya. "Entah. Saya ada bad instinct bila dengar Haura nak bersalin ni. Mummy tak terima I, Haura apatah lagi. Cuma tinggal Hud je tempat saya bergantung."
"Don't worry and trust me. Hud takkan mampu tinggalkan you. I am a man, I tahu macammana mata seorang lelaki bila cerita tentang perempuan yang dia cinta. You takkan nampak betapa mata Hud bersinar-sinar setiap kali sebut atau dengar nama you, Qalisya." Kata-kata Zarif memujuk remuk hati Qalisya. "Oh ya, I lupalah. I belum belikan hadiah untuk baby Haura. Since you ada kat sini, apa kata you temankan I beli barang-barang baby untuk anak Haura. Nak tak?"
Berat hati Qalisya mahu menolak, namun berat hati juga mahu menerimanya. Qalisya bimbang dirinya tidak boleh menerima hakikat bahawa Haura akan bergelar sebagai seorang ibu.
Kaki mereka berdua berjalan masuk ke kedai barangan bayi yang terletak di dalam pusat beli-belah yang sama. Segala soalan Zarif dijawab acuh tak acuh. Semua pilihannya dipandang dengan sebelah mata. Dia akui, hatinya mula cemburu. Cemburu dengan Haura yang sudah menjadi seorang ibu kepada anak suami mereka berdua.
Mata Qalisya menghantar mesej tanda sebal untuk berada di situ terlalu lama. Berbanding dirinya, Zarif pula yang 'ter over-over'. Lama pula lelaki itu memilih barang-barang bayi.
Dek kerana terlalu bosan, Qalisya akhirnya memilih untuk duduk di atas bangku yang disediakan di dalam kedai itu. Matanya mulai terbuntang apabila melihat gaun berwarna merah jambu cair di hadapannya. Gaun ala-ala puteri di Disney.
Tangannya laju mencapai gaun itu dan terus ke kaunter bayaran. Senyumannya tidak berhenti dari terus menguntum bagai petang ini dia akan melahirkan seorang anak. Zarif juga terus ke kaunter pembayaran selepas melihat Qalisya di situ.
"I ingatkan you dah boring sangat dah tadi." Tegur Zarif sambil berdiri di sebelah Qalisya.
"Tengok gaun ni, comel. Saya harap sangat anak pertama saya, anak perempuan. Mesti comel sangat dia pakai macam ni."
Zarif menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Mereka terus beredar dari kedai itu setelah Zarif pula selesai membayar.
"Tuan Zarif, kalau saya nak minta tolong tuan Zarif boleh?"
"Tolong apa? Cakaplah."
"Boleh tak kalau tuan Zarif hantarkan saya ke hospital yang Haura tengah bersalin sekarang?"
Zarif dan Qalisya sama-sama berlari masuk ke dalam hospital.
Butang lif ditekan-tekan Zarif sehingga pintu lif itu terbuka. Selepas mereka tiba di tingkat yang ditekan ketika di dalam lif, mereka berlari lagi sehinggalah mereka berdua terlihat nama Haura di skrin.
Dua jam sudah berlalu. Akhirnya Hud muncul dibalik pintu kaca.
"Abang!"
Qalisya terus menutup mulutnya kerana terlalu kuat memanggil nama Hud. "Abang, sini!"
Hud menggeleng-gelengkan kepalanya. Namun senyumannya menyunging bagaikan Qalisya yang baru lepas melahirkan anaknya.
Qalisya mendepakan tangannya membiarkan Hud berlari ke arahnya untuk memberikan dakapan. Rambut Qalisya terus dicium sambil Hud memejamkan mata.
"Congrats, abang. I'm so proud of you!" Qalisya mendakap erat tubuh Hud. Hampir seminggu mereka tidak bersua, betapa tebalnya beban rindu di dada hinggakan perjumpaan itu membuatkan Qalisya menangis. "Abang dah jadi seorang ayah. Congrats!"
"Abang takut sangat masa kat dalam tadi, Haura nampak sakit sangat. Abang tak nak love rasa benda yang sama macam Haura rasa."
Qalisya memukul lengan Hud. "Kalau love tak beranak, macammana love nak bagi abang anak?"
Hud meleraikan dakapan mereka berdua. "Tak payah ada anaklah kalau kena sakit macam tu... abang tak sanggup nak tengok love atau Haura sakit sampai macam tu sekali."
"Tak nak... love pun nak jugak rasa sakit beranak tu. Bukan Haura je boleh rasa!"
"Tak boleh! Nanti love nangis macam Haura. Abang tak nak love sakit, love nangis..."
"Halah-halah... yang sorang nak juga beranak, yang sorang tak nak bini beranak. Memang patut pun kauorang berdua ni jadi laki bini." Air muka jengkel Zarif tidak bisa dilindung lagi. Bibirnya terjongket melihat drama Qalisya dan Hud.
Hud menyedut semula hingusnya yang hampir mengalir. Qalisya ditarik untuk berada di belakangnya. "Seronok ke dapat keluar dengan Qalisya bini aku ni?"
"Uish, best... apa pula tak best? Love kau ni layan aku baik... je. Aku rasa seperti disayangi dan dikasihi." Sambut Zarif seraya meletakkan tangan ke dada.
"Love layan Zarif macam love layan abang?!" Hud mengerutkan wajah. Terus reaksi wajahnya berubah seperti anak kecil yang sedang rajuk.
"Abang percaya je cakap tuan Zarif ni. Dalam hati love ni kan ada abang je?"
Sekali lagi Zarif terjongketkan bibirnya. "Sumpahlah aku rasa nak balun kauorang berdua. Tak geli ke dengan drama yang kauorang buat?"
Qalisya dan Hud sama-sama menaikkan jari telunjuk mereka ke arah Zarif. "Ei... ada orang jealous."
Ungkapan serentak Hud dan Qalisya semakin menambah jengkel di dalam hati Zarif. "Memang patut pun jadi laki bini... . No doubt."
Hud berpusing ke belakang dan terus memegang kedua-dua tangan Qalisya. "Love, love nak tengok tak muka baby kita?"
"Baby kita?" Soal Qalisya.
"Love kan isteri abang? Maksudnya anak Haura pun, anak love juga. Nak tengok tak?"
"Nak!" Qalisya tersenyum luas selepas menjawab soalan itu.
Zarif terus berpeluk tubuh apabila Hud menarik Qalisya masuk ke dalam lorong dibelakang mereka berdua.
"Comelnya anak kita, abang." Jari Qalisya menguis-uis tingkap jernih yang memisahkan mereka berdua dengan bilik yang penuh dengan katil bayi.
"Comel kan?"
Qalisya menolehkan kepalanya ke sisi. Dilihatnya wajah suaminya yang asyik tersenyum melihat ke arah bayi perempuan yang tepat-tepat berada di hadapan mereka.
"Abang, love minta maaf sebab love tak mampu nak bagi abang anak."
Terus kepala Hud menoleh ke arah kanannya. "InshaAllah, love. Doktor bukan Tuhan. Allah bagi bila kita dah ready. Kalau bukan di dunia, di syurga. Di syurga Tuhan akan bagi kita beribu-ribu anak, okey?"
Qalisya menitiskan air matanya tatkala Hud menyentuh rahimnya.
Share this novel