BAB 33

Drama Series 41228

HUD menempatkan Qalisya di tempat penumpang hadapan. Risau dia hendak membenarkan Qalisya memandu sendirian. Kalau hal tadi terjadi lagi, silap-silap Qalisya boleh ditimpa kemalangan.

Selepas pelukan tadi terlerai, Qalisya terus diam membisu. Disoal sepatah pun tidak berjawab.

Sepanjang perjalanan, Qalisya masih menunjukkan tanda-tanda resah. Asyik berpaling ke belakang sahaja. Bagaikan sedang melarikan diri daripada sesuatu.

Melihat tingkah Qalisya, Hud juga jadi terintai-intai ke belakang. Tiada apa. Hanya keretanya sahaja di atas jalan raya. Namun Qalisya masih keresahan.

Apabila Qalisya sekali lagi menoleh ke belakang, Hud terus menarik tangan Qalisya dan kemudiannya menggenggam tangan itu. Jadi terpana Qalisya dibuatnya.

Qalisya berasa tidak selesa. Dia hampir terlupa bahawa Hud adalah suami kepada Haura.

"Ada yang menarik ke kat belakang tu?" Soal Hud sambil mengerling wajah Qalisya sejenak.

Qalisya menggeleng laju. Tali pinggang keledarnya digenggam kuat oleh kedua-dua tangan.

Hud melihat kejadian aneh itu. Ada sesuatu yang dirahsiakan Qalisya. Tambahan pula, Qalisya ada menyebut sepotong nama beberapa kali sewaktu 'histeria'nya. Azhar.

Apabila tiba di kotak parkir, Qalisya lekas-lekas menanggalkan tali pinggang keledarnya.

Hud juga turut sama menanggalkan tali pinggang keledarnya. Wajah Qalisya sedikit berkerut. "Kenapa tuan tanggalkan seat belt?"

"Aku nak pastikan kau masuk ke rumah dengan selamat. Lepas kau masuk rumah, aku turunlah balik." Ujar Hud yang sedang mematikan enjin kereta.

Hujan yang turun dengan lebat pada malam ini perlahan-lahan menghilang. Haura mencari telefonnya yang disorok di bawah bantal. Mesejnya masih belum dibalas Hud.

"Apa jelah yang busy sangat kat hotel tu?" Haura menyelak langsir yang menutup jendela. Perutnya yang semakin membesar, diusap-usap.

Sejak akhir-akhir ini Hud seperti ingin melarikan diri daripada dirinya. Mungkin kerana ketelanjuran katanya pada tempoh hari masih berbekas di hati suaminya.

Segugus kunci di tangan Qalisya diambil Hud sebelum lelaki itu mencucuh masuk ke lubang kunci. Selepas Hud melangkah masuk ke dalam rumah, Qalisya pula mengikuti.

Kunci tadi digantung pada rumah kunci. Pintu masuk yang terbuka tadi ditutup dengan Hud.

"Terima kasih... sebab temankan aku naik ke atas." Ucap Qalisya sambil bertentang mata dengan Hud.

Hud berdeham sebelum mengangguk perlahan. "Sama-sama."

Mata mereka berdua masih saling menatap satu sama lain seperti tidak ingin melepaskan. Hanya berkelip dan kembali menatap sesama mereka.

"Kau nak tidur sini ke?" Soal Qalisya yang spontan. Terlalu spontan sampaikan membuatkan wajah Hud kemerahan.

"Apasal pulak aku nak tidur rumah buruk ni?" Balas Hud sambil menjongket bibir.

Qalisya mendengus nafas dan mendakap tubuh. "Kau ingat rumah ni hingin sangat ke nak terima kau? Sorry sikit, aku tanya macam tu sebab kau tu tak reti-reti keluar dari sini!"

"Eleh, nak pergilah ni." Jawab lelaki itu. Matanya menjeling Qalisya. "Kau tu, jaga diri. Jangan nak menggatal je kerjanya."

"Mulut kau tu, kalau aku cili... besar bibir kau tu nanti!"

Mata Hud bergerak memandang sekitar rumah. "Aku cakap je... kalau sentap, maksudnya betullah kan?"

Qalisya terus menolak Hud keluar dari rumah. Sebal hatinya dituduh yang bukan-bukan dengan lelaki itu. "Ei, keluarlah kau! Semak je!"

"What the..."

Bam!

Qalisya pantas menutup pintu. Sakit hatinya dituduh-tuduh. Kotak baldu yang disimpan di kocek seluarnya dibawa keluar dan ditenung lama.

Hud mencucuh kunci pada kereta. Keningnya sekali lagi berkerut apabila keretanya tidak mahu hidup.

"Apa lagi masalah nak datang ni?!" Hud menampar stereng kereta. "Qalisya buat hal, Haura buat hal, kau pun nak buat hal?!"

Pintu keretanya terus dibuka. Takkan dia nak bermalam di dalam kereta sedangkan rumah Qalisya berada di atas kepala sahaja. Qalisya hendak marah, rasa tak selesa, itu masalah Qalisya. Hud mahu bermalam di atas katil. Sehari suntuk dia duduk di kerusi. Tulang belakangnya mendambakan tilam empuk pula.

Qalisya memakai losen di tangan. Minyak wanginya disembur pada leher dan kawasan-kawasan yang lain. Sudah menjadi habitnya untuk mempraktik-kannya. Kalau badan wangi, otak pun jadi tenang hendak tidur.

Lampu kamarnya ditutup. Hanya lampu meja terbuka. Sambil membaca doa tidur, Qalisya menarik bantal untuk meriba kepalanya. Kelopak matanya perlahan-lahan menutup tirai.

Bunyi loceng rumahnya membatalkan niat tidurnya. Kelopak matanya juga tidak sempat hendak tertutup. Bunyi loceng tadi telah mengganggunya.

Qalisya berfikir sejenak. Hud sudah lama pulang. Kira-kira setengah jam sudah berlalu sejak Hud menghantarnya pulang.

Hatinya membisik sesuatu. Takkanlah Azhar tahu tentang rumahnya? Tapi apa yang berlaku di hotel tadi cukup membuatkan Qalisya trauma. Meskipun hatinya membisik tidak, tangannya tetap gatal. Gatal hendak membuka pintu.

Perlahan-lahan mata Qalisya terbuka selepas dia membuka pintu.

"Yang kau ni apahal? Dah macam ada hantu pulak nak datang rumah buruk kau ni." Ujar Hud yang sebal. "Buka mangga kau ni cepat."

Qalisya menghembus nafas panjang. Mangga tadi dibuka tanpa banyak soal. Selepas Hud melangkah masuk ke dalam, barulah Qalisya tersedar sesuatu.

"Eh, kejap... apasal kau kat sini?" Qalisya menyoal.

"Dah kau yang buka pintu. Aku masuklah."

"Yalah, memanglah aku yang buka... tapi kenapa kau datang sini semula? Kenapa tak balik rumah mewah kau tu?!" Qalisya menekan nadanya sambil bersilang tangan.

"Saja. Nak buat lawatan. Who knows... kau ada simpan jantan kat sini?"

Qalisya menaikkan bebola matanya ke atas. Bosan dengan tuduhan Hud.

"Kunci pintu tu." Ujar Hud sambil menapak ke bilik tidur Qalisya. Qalisya ternganga mulut di situ. Main terjah saja bilik perempuan. Ish!

Pintu almari Qalisya dibuka dengan Hud. Tuala bersih diambil lelaki itu dan terus dia menghilang ke dalam bilik mandi.

Qalisya menjongket bibir sambil menggeleng kepala. "Ikut suka dia je... dia yang tuan rumah ke aku yang tuan rumah?"

Qalisya kembali mengambil tempatnya di katil. Selimutnya ditarik sehingga menampakkan kepalanya sahaja.

"Qalisya, nak berus gigi." Pinta Hud yang mempamer kepala dari belakang pintu bilik mandi.

Qalisya berdecit. "Ambillah sendiri. Aku ngantuklah."

"Kalau aku yang ambilkan, habis terabur semua barang-barang kat rumah kau ni."

Kening Qalisya berkerut. Dia hanya mendiamkan diri. Hendak melayan lelaki itu yang tiba-tiba muncul?
Memang tidaklah!

"Sya... nak berus gigi..." beralun-alun nada Hud memujuk Qalisya. Qalisya tetap berkeras tidak mahu melayan Hud.

"Okay, fine... kalau kau tak nak. Aku guna berus gigi kau."

"Okay, fine! Sabar jap!" Qalisya terus menolak selimut dan keluar sebentar pergi mencari berus giginya.

Hud tersenyum sehingga menampakkan keseluruhan gigi hadapannya apabila Qalisya muncul semula bersama dengan berus gigi yang diminta.

"Maceh, sayang... love you." Ujar Hud sambil mengambil berus giginya dari Qalisya.

"Diamlah."

"Eleh, sombong!"

Pintu bilik air itu kembali tertutup. Qalisya kembali menarik semula selimutnya.

Hud meletakkan sejadah kembali pada tempatnya. Ruang kosong di sebelah Qalisya ditenung lama. Pendingin hawa itu juga ditenung.

"Ni kalau aku tidur kat sofa, tak ada beza punya dengan rasa duduk kat kerusi ofis. Baik aku tidur je kat katil." Kata lelaki itu yang masih kebingungan. "Tengok makcik ni pun dah tidur... tak perasan kut kalau aku tidur kat sebelah dia."

Hud perlahan-lahan berjalan mengambil ruang kosong di sebelah Qalisya. Kemudiannya, tangan Qalisya yang berada di atas bantal gebu itu diletakkan kemas disebelah tubuh wanita tersebut. Hud mengetap gigi apabila Qalisya bergerak berpaling daripadanya.

Dengan penuh rasa berhati-hati Hud mengangkat selimut itu dan perlahan-lahan merebahkan diri di atas tilam. Fuh, empuk! Hilang terus sakit belakangnya.

Mata Hud memerhatikan tubuh Qalisya meskipun hanya dari belakang. Hanya jasad yang berdekatan, namun tidak hati. Tangannya menyentuh bahu Qalisya sebelum perlahan-lahan bibirnya mencium bahu itu. Bau wangi Qalisya membangkitkan kenangan lama mereka didalam fikiran Hud.

Ke mana arah perkahwinan mereka? Hud sendiri tidak pasti. Jika difikirkan semula, kenangan manis mereka hanya berlaku dalam satu saat sahaja dan selebihnya hanya pilu yang melanda.

Qalisya juga telah minta untuk dilepaskan. Andai dia melepaskan Qalisya, adakah Qalisya dan Zarif akan bersatu? Melihat Qalisya bersama-sama dengan lelaki lain adalah perkara yang ditakuti Hud.

Tubuh Qalisya bergerak-gerak kembali. Kembali bergerak menghadap lelaki itu. Tangan Qalisya diletakkan di atas wajahnya.

"Aku sayangkan kau, Sya. Sayang sangat."

Hud menatap wajah wanita itu dengan perasaan yang asyik sehinggalah matanya perlahan-lahan terlelap.

Hud meraba-raba ruang kosong disebelah. Mata yang terkatup perlahan-lahan dibuka. Qalisya sudah hilang. Telefonnya dicapai. Jam baru menunjukkan pukul 2 pagi.

Qalisya menghirup perlahan air susu yang masih hangat di dalam mug. Lapar pula perutnya, tapi hendak masak pada waktu-waktu begini memang tidak larat. Jadi susu sahaja penyelesaiannya.

Suara yang berdeham dari belakang tidak mengkagetkan Qalisya yang sedang berdiri di balkoni.

Hud melangkah perlahan mendekati Qalisya. Perlahan-lahan tangannya merangkul pinggang Qalisya. Sedikit demi sedikit dia beraksi kerana bimbang mengundang ketidakselesaan Qalisya. Namun Qalisya tidak melawan.

"Kau buat apa kat luar ni sorang-sorang? Borak dengan hantu?" Hud menyoal sebelum perlahan-lahan menyangkut dagunya pada bahu Qalisya.

"Hud..."

Lembut suara itu memanggil lelaki tersebut. "Ya?"

"Boleh ke aku nak tanya kau satu soalan?" Qalisya menyoal.

Rangkulan di pinggang Qalisya mula dilepaskan Hud. Lelaki itu mula bersandar pada dinding balkoni sama seperti yang Qalisya lakukan. Mug di tangan Qalisya Hud ambil sebelum diletakkan di atas meja.

Hud menjongket sebelah kening. "Macam serius je bunyinya. Apahal?"

"Sampai bila kita nak kena hidup macam ni? Aku dah tak tahanlah." Qalisya berkerut dahi. Mulalah emosinya terumbang-ambing. Dia tidak tahu kapan masa yang tepat tapi memandangkan Hud dan dia sedang bersendirian, eloklah mereka membincangkan perkara ini.

Hud tertawa kecil. "Maksud kau apa, Sya?" Wajahnya menunjuk reaksi pelik.

"Jangan main-main boleh tak, Hud? Kau sendiri tahu apa maksud aku." Qalisya berpeluk tubuh. "Kalau susah sangat untuk kau dan semua orang nak terima aku... baik cerai jelah. Kau tak perlukan lelaki penakut, pengecut macam kau untuk jadi suami aku!"

Qalisya membentak kaki sambil masuk ke dalam. Hud membontoti langkah Qalisya.

"Qalisya." Panggil lelaki itu. "Qalisya, aku panggil kau ni... kau pekak ke?"

"Apa?!" Qalisya gagal mengawal dirinya. Suaranya tinggi menengking si suami.

"Hei, sejak bila heh kau dah pandai naik suara kat aku macam ni?"

"Dah tu kau nak expect aku apa sekarang? Bersabar? Bagitahu aku, Hud! Macammana aku nak bersabar lagi? Tak cukup ke aku bersabar dengan kau sejak perkahwinan kita?"

"Kau rahsiakan aku tentang Haura, kau rahsiakan status sebenar kau kat Alamanda, and now... bagitahu aku, apa lagi yang aku kena bersabar?"

"Pernah tak Hud kau tanya aku apa yang aku rasa selama ni? Hati aku? Ada ke kau ambil kisah? Waktu Haura vegetatif, kau caring sangat dengan dia. Kau jaga dia macam dia tu seorang bayi. Kau tahu apa yang aku bayangkan bila aku di Korea? Aku mengharapkan aku juga akan terima layanan yang sama macam Haura. Tapi tak, Hud! Kau ingat aku berhibur ke kat Korea sana? Aku sakit, Hud! Kanser aku makin teruk sebab aku mengandungkan anak kau! Bagitahu aku, dekat bahagian mana lagi yang aku kena bersabar?"

Hud mendekati Qalisya dan memegang kedua-dua bahu wanita tersebut. "Qalisya, kau ingat jiwa aku tenang ke kat sini bila aku tahu kau juga sedang bertarung nyawa kat sana? Hei, Aku ni suami kaulah! Suami mana yang tak risaukan keadaan isteri dia? Kau bagitahu."

Qalisya gagal menahan takungan air matanya. Kepalanya menggeleng sebelum meloloskan bahunya daripada sentuhan Hud.

"Berhenti tipu akulah, Hud. Kalau kau betul risaukan tentang aku... kau takkan biarkan aku seorang diri tertunggu-tunggu, meroyan dan rindukan kau separuh mati kat Korea."

"Setiap hari aku berdoa pada Tuhan, supaya pintu hati kau terbuka untuk aku... tapi doa tu tak pernah dijawab." Sambung Qalisya. "Apa yang aku dapat? Cuma luka. Luka yang dalam dan tak tahu bila akan sembuh."

Hud berdecit. Ditariknya tangan Qalisya. "Sya..."

"Kita cerai jelah, Hud. Aku betul-betul dah tak tahan hidup macam ni. Lagipun masih belum terlewat. Haura tak tahu pun tentang kita. Kau kena fikir masa depan kauorang berdua dan anak kauorang."

Qalisya kembali berjalan ke dalam bilik dengan perasaan yang hiba. Terlalu lama sangat dia menahan sakit, kali ini dia tewas. Pintu kamar yang ditutup memisahkan mereka.

Hud membuka pintu bilik dan menarik Qalisya yang hendak melabuhkan punggung di sisi katil. "Sya, kau bagitahu aku sekarang... apa yang aku boleh buat supaya kau tak minta cerai lagi daripada aku?"

Qalisya menggeleng laju tanpa memandang wajah lelaki itu. "Tak ada apa. What I want is just... a divorce from you."

"Aku takkan ceraikan kau, kau faham tak?"

"But why?!"

"Sebab..."

Lidah Hud tiba-tiba jadi kelu untuk berbicara. Perlu ke untuk tuturkan bait cinta? Takkan Qalisya buta lagi sebab apa dia enggan menceraikan dirinya? "Sebab..."

Hud hanya berdiri kaku. Qalisya jadi bingung apa yang Hud mahu katakan sebenarnya.

"Dah lah Hud, kau keluarlah. Lagipun kenapa kau nak bermalam di sini? Kau ada isteri kat sana." Qalisya mulai menarik selimut. "Oh ya, lupa aku nak bagitahu. Petang tadi Zarif melamar aku untuk jadi isteri dia. Aku dah terima. Takkanlah kau nak hampakan abang kau kan?"

"Apa? Melamar kau? Kenapa kau tak cakap yang kau isteri aku?"

"Suami aku sendiri tak umumkan yang aku ni isteri dia, kenapa aku pula yang beria-ria?" Qalisya menjawab. "Sebelum keadaan jadi lagi rumit, baik kita selesaikan hal ni secara senyap-senyap."

Hud bercekak pinggang dibelakang Qalisya. Merah padam wajahnya dek kerana amarah. "Sya, aku takkan ceraikan kau. Kau faham tak?! Aku... takkan... ceraikan kau!"

"Suka hati kaulah, Hud!" Qalisya menjerit kuat. "Aku dah fed up dengan kau, dengan perkahwinan bodoh kita ni. Sekarang ni, aku nak kau keluar daripada rumah ni. Berambus! Naik benci aku tengok muka kau ada kat sini."

Hud terus berpaling dan merentap kunci keretanya tanpa membalas apa-apa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience