BAB 9

Drama Series 41228

"BOLEH gugurkan kalau awak nak, sebab ada risiko kalau pesakit kanser nak teruskan kandungan dan ada juga yang bernasib baik, which is the baby is still normal. Untuk trimester pertama adalah waktu yang paling sukar untuk pesakit kanser, sebab takut ubat-ubat tu semua mengganggu pembentukan organ-organ baby. Tapi tahap kanser awak dah semakin berada di tahap yang tinggi dan kanser awak boleh merebak dengan sangat pantas disebabkan hormon pregnancy ni. Kalau awak nak boleh tahan sakit dan nak teruskan kandungan, saya akan arrange kan ubat dan rawatan yang baru which is yang lebih sesuai untuk ibu hamil."

"Untuk pesakit kanser stage 3 macam saya ni, masih ada harapan ke nak sembuh? Saya... saya takut. Takut kalau saya mati awal."

Tangan Sya ditarik oleh doktor wanita yang seakan tua setahun dua daripadanya. Bibirnya menguntum senyuman. "Ada, dan awak kena kuatkan semangat. Penyakit kanser memang tak ada ubat, tapi itu tak bermakna tak boleh sembuh."

Qalisya mengangkat kepalanya yang diletakkan di atas meja apabila pintu itu berbunyi ketukan dari luar. Kepalanya dipicit sebelum dia memandang ke arah pintu. "Masuk."

"Hai Qalisya my bestie!" Sapa gadis itu.

Qalisya berdecit dan melarikan pandangannya. Sungguh dia sangat lemah dan tidak berdaya untuk membuat sebarang kerja mahupun berjumpa dengan orang. Ditambah dengan bau wangi Ayla lagi, lagi terseksa dia menahan mual di situ.

"Dah free sangat ke sampai boleh jejak ofis aku ni?" Soalnya kepada Ayla. Sebelah tangannya menongkat pipi dan sebelah tangannya memeluk tubuh.
Ayla melabuhkan punggung dan berpeluk tubuh menghadap Qalisya.

"You ingat I datang ofis you ni for fun? Memang tidaklah." Balas Ayla sambil menjeling Qalisya dengan senyuman sinis. "I datang sebab tuan Zarif ajak semua manager hotel untuk lunch together hari ni. Kitaorang semua tengah tunggu you kat restoran. Sebelum tuan Zarif kesayangan i tu datang untuk jenguk you, baik i yang datang dulu!"

"Pergilah... aku malaslah. Cakap je aku masih tak sedap badan."

Ayla menggoyangkan jari telunjuknya di hadapan Qalisya. "No! No! No! You kena ikut lunch, sebelum tuan Zarif datang ke sini baik you ikut."

"Tak naklah aku. Letihlah nak ke sana... nak ke mari."

"Oh gosh, you tu baru baik demam je Sya. Bukannya mengandung." Balas Ayla sebelum kembali memandang Qalisya. "Ke you tengah pregnant sekarang ni? Baik you cakap dekat i, siapa jantan yang buat you pregnant?!"

Qalisya menggelengkan kepalanya sambil berdecit. "Haah, mengandung. Mengandung anak tuan Zarif!"

Ayla menekup mulutnya. "Seriously?! Hei, macammana you boleh mengandungkan anak dia hah?!"

Qalisya menggeleng sekali lagi sebelum bangun dan meninggalkan ofis. Malas dia hendak melayan drama si Ayla.

"Hei, tunggu i Qalisya! You tak jawab lagi soalan i!"

Qalisya melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan Ayla. Gadis itu sudah mengambil tempat di sisi Zarif. Terpaksalah dia duduk di sebelah Irfan.

Semua makanan di hadapan mereka hanya membuatkan Qalisya terasa mual.

"Cik Qalisya tak makan ke?" Soal Irfan yang mahu mengambilkan lauk buat gadis di sebelahnya.

Sempat Qalisya menghalang perbuatan Irfan. Kepalanya menggeleng.

"Sya, kenapa tak makan?" Soal Zarif pula. Kepala Qalisya menoleh ke arah kanan pula.

"I boleh makan bubur je buat masa sekarang ni. I masih tak sihat sangat, jadi tekak i tak boleh nak terima semua ni."

Hud yang duduk di sebelah kiri Irfan hanya mendengar. Perlahan-lahan dia bangun daripada situ.

"You nak i belikan bubur?" Soal Zarif. Qalisya menggelengkan kepalanya.

"I nak rehat dulu." Jawab Qalisya yang bangkit tanpa menunggu jawapan dari Zarif.

Perutnya berbunyi. Matanya dipejam rapat. Qalisya sedang terbaring di kamarnya. Berdiri, duduk, baring, semuanya tidak kena. Semuanya mengundang mual.

Bunyi loceng pintu bilik membuatkan Qalisya bangun dan menuju ke pintu. Matanya membuntang luas apabila Hud berada di hadapan pintu sambil membawa sesuatu.

"Kau tak payah tunjuk muka kau depan aku boleh tak?" Soal Qalisya sambil berdiri di balik pintu.

Hud menolak pintu itu walaupun dihalang Qalisya. Tidaklah terlalu susah untuk membuka pintu itu dengan lebih luas kerana Qalisya juga tidak berdaya hendak menghalang.

"Aku bawakan bubur untuk kau. Makanlah."

Dulang itu diletakkan di atas meja. Qalisya sekadar merenung daripada jauh. Masih memegang gagang pintu di tempat yang sama.

"Sinilah... kau tu kena makan. Badan kau dah susut."

"Baguslah kalau badan aku dah susut, senang sikit budak ni nak mati."

Hud menggeleng kepalanya sebelum menarik Qalisya untuk datang ke meja makan.

"Makanlah... sampai bila nak seksa diri kau?" Hud meletakkan Qalisya di kerusi dihadapannya. Plastik jernih ditanggalkan dari permukaan mangkuk itu.
Sudu itu diserahkan kepada Qalisya.

"Kau ingat aku saja-saja ke tak nak makan? Budak ni menyusahkan aku, kau faham tak?"

"Ya aku faham, tapi..."

Qalisya menggelengkan kepalanya dengan laju. "Tak, kau tak faham. Kau tahu tak aku ni letih? Aku penat dengan semua ni? Aku dah tak boleh nak jadi diri aku disebabkan benda ni, Hud!"

Hud mengambil sudu tadi dan mencedok bubur itu buat Qalisya.

"Makan dulu, baru kau sambung marah. Okey?"

Qalisya memandang bubur dan wajah Hud silih-berganti. Perlahan-lahan dia membuka mulut dan menerima suapan tersebut.

Bermula dari satu, hingga kedua, hingga ketiga dan sehingga kiraan yang seterusnya, Hud masih menyuapkan bubur kepada Qalisya. Kadang-kadang tangan lelaki itu agak jauh dari mulutnya dan automatik tangannya menarik tangan itu supaya sudu itu lebih dekat dengan mulut. Tiada sebarang bunyi suara daripada mereka.

Hud tidak mahu memutuskan selera Qalisya. Dia menahan senyum apabila Qalisya tidak berhenti makan. Mujur dia bawa dua mangkuk.

"Cepatlah, Hud." Pinta Qalisya dengan nada yang tidak sabar.

"Iya, sabar." Jawab Hud sambil membuka plastik jernih di mulut mangkuk yang kedua.

"Panas!" Qalisya menekup mulutnya yang sedang mengeluarkan wap wap panas sebelum menelannya. "Tiuplah sikit, Hud."

"Okey." Balas lelaki itu sepatah. Kali kedua dia mengambil bubur itu, dia meniup bubur itu perlahan sebelum disua kepada Qalisya.

Qalisya mengangguk-anggukkan kepalanya. Suapan demi suapan, akhirnya mangkuk kedua juga licin.

Qalisya turun daripada kerusi dan terus merebahkan diri di katil.

"Sya, aku pergi dulu." Ujar Hud.

Qalisya tidak membalas. Dia sudah terlena. Hud tidak mahu mengganggu Qalisya dan dia mesti kembali ke restoran untuk makan tengahari bersama-sama Zarif.

"Lama menghilang. Abang ke mana tadi?" Soal Irfan kepada Hud.

"Kat dapur. Ada hal tadi." Balas Hud.

"Kalau tak gugurkan, kita akan buat bersalin secara paksaan bila masuk trimester ketiga."

"Bersalin secara paksa? Maksud doktor saya kena operate?"

Qalisya melepaskan keluhan yang agak panjang. Dia menyangkut dagu di balkoni. Perutnya disentuh.

"Hei, budak. Macammana aku nak bagitahu kat bapak kau yang aku nak buang kau tanpa bagitahu tentang penyakit aku?" Qalisya memandang rahimnya yang masih tiada sebarang bentuk.

"Kalau kau duduk je dekat dalam ni, nanti kau lahir cacat macammana? Nanti kau salahkan aku pulak." Tambah Qalisya lagi.

Matanya kembali melihat jalan raya yang masih sesak. "Seronoknya kalau dapat makan yang sedap-sedap."

Dia kembali melihat perutnya. Jari telunjuknya ditunjuk ke arah situ. "Kau. Kenapa kau tak nak makan makanan yang sedap-sedap? Kau patut cuba makan pizza ke, makan salad ke... ini tidak, bubur jugak yang kau nak makan. Sedihlah kau ni!"

"Kejap!"

Qalisya sudah berdiri sambil bercekak sebelah pinggang. Jari telunjuknya dituju semula ke perut. "Kau... kau tak buang semula makanan yang bapak kau masak. Kenapa semua makanan yang aku makan semua kau nak buang? Bubur si Zarif tu pun kau buang."

"Kau suka bapak kau yang masak eh?!" Qalisya menyoal sendirian. Dia tersenyum sinis sendirian apabila teringat semula bubur siang tadi dan menepuk tangan. "Ah... i see. Jadi kau cuma nak makan masakan daripada bapak kaulah... ."

Qalisya terus mengambil bantal dan memukul perutnya dengan bantal. "Kau sedar diri kau tu sikit, budak! Kau tu menumpang badan aku tau! Sebelum aku betul-betul halau kau baik kau buat baik dengan aku!"

Qalisya berhenti memukul dirinya selepas ada bunyi pintu rumah dibuka. Bantal itu didakap ke dada. Perlahan-lahan dia hampir ke pintu tersebut.

Ada sosok tubuh yang sedang meletakkan kasut di rak di sebelah pintu. Qalisya sudah bersedia hendak memukulnya dengan bantal. Tangannya sudah mengangkat tinggi bantal tadi.

Hud berpaling ke belakang dan sedikit kaget. Dia sangka Qalisya sudah ketiduran.

"Haih... ingatkan siapalah tadi." Bisik Qalisya sambil memandang ke arah lain, bantal tadi perlahan-lahan diturunkan.

"Aku datang nak masakkan kau sarapan untuk esok." Ujar Hud sambil mengangkat tangannya yang penuh memegang plastik.

"Masakkan makan malam dulu boleh?"

"Apa?"

Qalisya menepuk perutnya dengan bantal. "Lapar... ."

Qalisya mengintai Hud yang sedang 'bersilat' di dapur sambil memeluk bantal petak itu. Liurnya berkali-kali ditelan.

Setiap kali Qalisya mahu mengintai, Hud akan menghalang dengan tubuhnya. Sehingga pada akhirnya Qalisya memukul bahu Hud dengan bantal tadi. "Haish, kedekut!"

Akhirnya Qalisya berfikir untuk terus duduk di atas kabinet dapur. Senang. Dia boleh terus melihat apa sahaja yang sedang dimasak dengan Hud sambil mendakap bantal tadi.

Lama menunggu lelaki itu selesai untuk masak, akhirnya dia terlelap di situ.

Hud menggelengkan kepala selepas melihat Qalisya yang sudah tertidur di situ.
Bahu itu disentuh Hud. Namanya dipanggil dengan lembut oleh Hud. Qalisya mulai terjaga. Badannya mengeliat-ngeliut di hadapan Hud. "Dah siap masak ke?"

"Dah siap kemaskan dapur sekali dah."

"Erm... okay." Qalisya melompat turun daripada kabinet. "Baliklah dulu, aku nak tidur."

"Aik, tadi kata nak lapar?" Balas Hud seraya menghalang Qalisya yang terpisat-pisat mata hendak masuk ke dalam kamar.

"Itu tadi, sekarang ni dah ngantuk." Jawab Qalisya sebelum masuk ke dalam bilik.

Hud bercekak pinggang dan sambil menggelengkan kepalanya. Tangan Qalisya ditariknya.

"Jom lah makan, nanti perut kau masuk angin. Perut kosong lagi cepat buat rasa nak muntah."

Qalisya mengeliat di hadapan Hud sekali lagi. "Kau ni, macam-macamlah."

Qalisya membasuh wajahnya sebelum mengambil tempat berhadapan dengan Hud.

"Ni je ke?" Soal Qalisya.

"Okeylah tu, bersyukur." Balas Hud sebelum menuangkan kuah kicap dan ayam itu kepada isterinya. "Barang sekarang dah lah dah mahal."

Bibir Qalisya terjongket sebelah. "Eleh, ayam masak kicap je pun."

"Bersyukur." Jawapan Hud membuatkan Qalisya menjongket bibirnya sekali lagi.

Untuk suapan pertama, tekak Qalisya boleh menerimanya. Tapi tidak lama selepas itu dia terus berlari ke bilik air.

"Sya!" Hud pantas membasuh tangannya di sinki dan hendak masuk ke kamar Qalisya.

Matanya memandang lantai bilik Qalisya dan lantai di ruang tamu. Kaki kanannya yang sudah berada di lantai bilik ditarik keluar semula. Dia takkan masuk jika tidak dibenarkan Qalisya.

"Sya, kau okey tak?" Soal Hud apabila melihat Qalisya sedang berjalan dengan lemah longlainya.

"Aku tak boleh nak makanlah, Hud." Balas Qalisya seraya menyerahkan tangannya kepada Hud. Kepalanya terasa pening.

"Kau kena makan juga, Sya. Jangan biasakan perut kosong. Tak apa, biar aku suapkan kau." Balas Hud yang memimpin langkah Qalisya. Qalisya hanya mengangguk lemah.

Hud sekadar mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil. Qalisya pula tersandar di dadanya.

"Okey tak?" Soal Hud sambil mengelus bahu Qalisya. Isterinya mengangguk lemah.

"Nanti aku datang lagi untuk masakkan kau. Kau tak boleh kalau tak makan. Kalau perut kau kosong, macammana kau nak ada tenaga untuk bekerja? Kena lawan rasa tu."

Qalisya terus bangun dari bersandar di dada Hud. "Kau ingat aku saja-saja tak nak makan? Anak kau ni yang tak nak makan!" Bebel Qalisya sebelum bersandar ke dada Hud sekali lagi.

Hud tertawa kecil. "Yalah... yalah... sorry. Anyway, bila appointment dengan doktor? Minggu depan kan?"

Sekali lagi Qalisya bangun dari tempat sandarannya. Jari telunjuknya ditala kepada Hud. "Asal kau tanya?"

"Lah, itu kan anak aku. Mestilah aku nak kena ambil tahu juga, kut kut masa tu kau pitam ke hah... lagilah aku kena ada."

Qalisya menggelengkan kepala sambil menggerakkan tangannya. "Eh, tak payah. Malulah aku nanti."

Hud meletakkan sudu ke pinggan. Matanya separa terbuka. "Apasal pulak nak malunya?"

"Aku ni perempuan cantik, primadona Alamanda... takkan suami aku muka macam mawas? Tak nak, Hud. Tak nak!"

Hud membuat rolling eyes nya. "Haih... aku ingatkan apalah tadi."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience