BAB 36

Drama Series 41228

HUD kembali ke bilik hotel setelah menyiapkan makan malam mereka. Makanan yang terletak di troli dibawa masuk ke dalam bilik. Tika itu Haura baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib.

"Sayang? Dah hilang ke rasa penat tu?" Hud menyoal berserta senyuman manis. Haura menelan liur kelat. Perlukah dia bertanya terus kepada suaminya atau perlu menyiasat dahulu siapakah empunya tag nama itu?

Hud tidak hairan dengan kepulauan Haura terhadap dirinya. Haura memang mudah merajuk orangnya. Tentu Haura merajuk sebab terlalu lama dia menghilang. Bukan hilang ke mana pun, hilang ke dapur untuk memasak makan malam mereka seperti yang dipinta Haura.

"Dah. Awak dah solat maghrib ke?" Haura bertanya. Telekung dilipat dan dibawa masuk ke dalam almari,

"Belum." Hud menyunging. "Saya nak mandi sekejap, lepas tu solat dan makan. Boleh?"

Haura menganggukkan kepala.

"Macam tak boleh je?" Hud menyakat. "Anak daddy ni dah lapar sangat ya?" Perut Haura disentuhnya. "Kalau macam tu, jom kita makan sekarang."

"Tak apa, mandilah dulu. Lapar sikit je." Haura membalas dingin. Matanya langsung tidak mahu menatap wajah Hud. Hud telah berlaku curang!

Hud berkerut dahi. Tadi Haura sangat gembira. Sekarang marah pula. Namun senyumannya tetap diukir. Dahi Haura dikucup sebelum lelaki itu menghilang ke bilik mandi.

Sepanjang makan tadi, Haura tidak banyak cakap seperti selalu. Kebiasaannya mereka akan berbual terutamanya tentang bayi mereka yang bakal lahir dalam beberapa bulan saja lagi.

"Sayang, saya rasa kita dah patut beli barang baby. Lagipun sayang dah masuk second trimester. Saya takut saya makin busy bila dah third trimester nanti." T-shirt kemaja tidurnya disembur minyak wangi. Habitnya itu tidak pernah tertinggal.

"Ikut awaklah." Balas Haura tanpa reaksi girang. Sekali lagi Hud naik pelik. Haura masih rajuk dengan dirinya. Apabila Hud berpaling ke belakang, Haura sudahpun menutup mata.

"Sayang." Panggil Hud sambil duduk di sebelah Haura. Namun tiada sahutan daripada isterinya.

"Saya ada buat salah ke? Buat awak marah ke... ada ke?" Naif raut wajah itu tatkala bertanya. Dia tidak suka Haura merajuk. Hendak tidur bersama-sama, takkanlah hendak bermasam muka?

"Tak ada apa. Saya penat je." Haura menjawab tanpa membuka matanya. "Awak tidurlah. Esok nak kerja."

"Okay, goodnight my love. Have a sweetdream, honey." Dahi Haura dicium Hud sebelum lelaki itu melunjurkan kaki ke katil. "Esok saya ada meeting awal pagi. Jadi kalau esok sayang nak balik sama-sama... tunggulah kat sini. Okey?"

"Okey."

Hud menggigit bibir. Haura tidur membelakanginya. Kepalanya yang tidak gatal, digaru-garu. Entah apalah silapnya kali ini.

Keesokkan harinya, Hud bangun lebih awal daripada Haura. Selepas bersiap-siap, Hud terus meninggalkan Haura yang masih bungkam di katil.

Telefon Hud dibawa keluar dari poket. "Sayangku Qalisya..."

"Apa sayang-sayang? Bila masa aku ni sayang kau?" Soal Qalisya sambil menjongket bibir. Seperti ada Hud pula dihadapannya. Walhal dia sedang memandu keretanya.

Hud tersengih sambil melihat dirinya di hadapan cermin. Rambutnya disikat dengan jari. "Yalah, sorry... . Haura dah datang semalam, takkanlah aku nak halau dia balik pulak kan?"

"Eleh, takut bini!" Ejek Qalisya.

"Bukan takut, tapi sayang." Hud membalas. "Eh, cepatlah sikit drive tu. Macam bawak siput!"

"Iya... sabarlah sikit! Dah nak sampai dah ni." Ujar Qalisya. Jarinya menolak batang signal ke bawah. "Dah lah bye. Jumpa kat restoran ya, baby bucuk!"

"Okay, dear." Sahut Hud yang tersenyum. Talian mereka diputuskan. Hud menekan butang lif.

Tanpa Hud sedari, perbualan mereka tertangkap oleh Haura yang sedang bersembunyi di sebalik dinding. Apabila Hud menyelinap masuk ke dalam lif, Haura kembali semula ke dalam biliknya.

Selepas bersiap-siap, Haura bertindak masuk ke dalam pejabat utama Alamanda. Ofis Hud. Digodek-godeknya semua laci Hud. Tentu ada barang lain yang boleh membuktikan kecurangan suaminya. Sebuah laci yang berkunci itu membuatkan Haura tidak senang, dicarinya kunci di sekitar meja Hud.

"Pandai kau sorokkan kunci daripada aku, Hud." Haura bercekak pinggang. Buku yang tersusun di atasnya dibelek satu per satu. Kesemua buku di atas meja itu berat-berat kecuali buku yang terakhir itu. Ketebalan mereka semua sama, jadi tidak patut buku itu terasa lebih ringan berbanding yang lain. Perlahan saja Haura menarik buku itu.

Tangan Haura terus menyelak sehingga separuh buku. Akhirnya senyuman sinisnya terukir. Ada lubang di tengah-tengah buku itu dan didalamnya tersimpan kunci. Tanpa membuang masa, kunci itu dicucuh dan dipulas. Akhirnya laci itu boleh dibuka. Namun mulutnya jadi melopong besar.

Hud dan Qalisya menaiki tangga sambil berpimpin tangan. Saja menggunakan peluang itu untuk meluangkan masa. Kalau di lif, sekejap sangat mereka boleh bermesraan. Itu pun kalau tidak ada orang selain daripada mereka berdua. Jadi, tangga adalah pilihan yang tepat.

"Hud, tepilah sikit. Kau makan ruang akulah." Qalisy menolak tubuh Hud yang asyik melekat dengannya. Hud kembali mendekat selepas ditolak.

"Ish, tepilah! Kau ni mengada-ngada!" Bebel Qalisya sambil tertawa kecil. Lagi ditegur, lagi dilawan dengan Hud. Mana boleh dia melihat Qalisya senang? Akhirnya pinggang Hud menolak Qalisya dengan kuat sehingga Qalisya bersandar ke dinding.

"Aduh, sakitlah!" Qalisya mengusap lengannya. Dicubitnya lengan Hud tanda geram.

"Sakitlah!" Keluh lelaki itu. "Tangan kau ni... tak ada beza dengan yang kat laut tu tahu?"

Qalisya menjelir lidah kepada Hud sebelum dia melarikan diri ke anak tangga seterusnya. Sempat dia mencubit paha Hud hingga membuatkan Hud terjerit kecil.

"Hah, nak pergi mana? Jangan lari!" Hud mengejar Qalisya daripada belakang.

Qalisya menjerit kecil apabila Hud semakin laju mengejarnya. Sekali lagi Qalisya terjerit kecil apabila pinggangnya dirangkul dan ditolak ke dinding. Kedua-dua tangan Hud dilekapkan ke dinding bagi menghalang Qalisy daripada lari.

"Sakit tahu tak kau cubit aku?!" Hud berpura-pura marah. Wajahnya dikerut-kerut.

Qalisya tergelak kecil sebelum mencium bibir itu. "Nah, sebagai tanda maaf aku."

Hud dan Qalisya menatap satu sama lain sebelum ketawa bersama-sama. Mata mereka sama-sama tertutup selepas wajah Hud mendekatinya.

Ayla menekan butang lif buat kali ketiga. Sebal di dadanya semakin tidak tertahan. Ramai sangat agaknya yang pergi sarapan pagi di restoran. Jam di tangannya dikerling. Sebelum mesyuarat bermula, dia perlu mengalas perut terlebih dahulu. Bimbang pening pula kepalanya nanti. Kakinya menuju ke arah lain.

Pintu kecemasan ditolak Ayla. Matanya membulat. Kakinya tidak jadi melangkah. Kepalanya dijenguk semula ke dalam. Betulkah matanya tidak salah?

Hud dan Qalisya semakin hanyut dalam lautan asmara mereka. Langsung tidak perasan bahawa Ayla sedang mengintai mereka berdua.

Ayla kembali menutup pintu kecemasan. "Gila. Takkanlah diaorang..." Ayla menggeleng-geleng. "Tapi, kalau betul pun apa salahnya? Bolehlah perhatian Zarif akan jatuh kepada aku. Kan?"

Ayla gegas berlari daripada situ. Bibirnya tidak habis tersenyum-senyum. Betullah telaahnya hari itu. Hud memang cemburukan Qalisya dengan Zarif. Terintai-intai, padahal cemburu!

Bunyi notifikasi telefon Hud membuatkan mereka tersedar ke alam nyata. Cepat-cepat Qalisya menjauhi Hud. Pipinya merona merah. Ada saja hasutan diantara mereka. Mujur tidak tertangkap oleh sesiapa. Kalau tidak, naya!

"Sya, aku naik dululah. Lupalah barang aku kat atas. Naiklah lif, panaslah naik tangga ni." Ujar Hud seraya mengusap kepala Qalisya.

"Okey, kau naiklah dulu. Aku nak pergi restoran balik. Aku baru teringat handphone aku tertinggal."

Hud berdecit. "Cepatlah pergi. Kalau hilang macammana?"

Qalisya mengangguk setuju. Tangga itu didakinya dan pintu kecemasan ditolak.

Selepas Qalisya pergi, barulah Hud pergi. Kepalanya menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum pamit keluar daripada belakang pintu tersebut.

"Morning, puan." Sapa Ayla yang hendak keluar daripada lif. Bibirnya menguntum senyum kepada Haura yang berwajah resah.

Haura mengangguk kepala dengan perlahan. "Ayla, boleh kita bercakap sekejap?"

"Bercakap?"

Ayla dan Haura masing-masing duduk di sofa yang terletak di lobi hotel. Seusai sahaja Ayla melabuhkan punggungnya, tangannya terus ditarik Haura.

"Ayla, saya nak awak jujur."

Ayla sedikit bingung. "Jujur tentang apa tu, puan? Pasal Alamanda ke?"

"Lebih kurang macam tulah." Haura menelan liur. "Sebenarnya, saya ada nampak name tag ni ada kat kaki lima. Saya tak nak tuan muda nampak sebab kalau dia tahulah benda ni hilang, bising dia nanti. Saya tak suka. Jadi, boleh tak kalau saya nak tahu... ada sesiapa bernama Irdeena tak kat sini? Biar saya sendiri yang berikan name tag ni pada dia."

Ayla mengambil tag nama yang berada di tangan Haura. Lama dia menggumam.

"Ada ke?" Haura semakin berdebar-debar.

"Tak silap saya, satu-satunya orang yang bernama Irdeena kat Alamanda ni... Qalisya je. Qalisya Irdeena. Manager hotel kita ni."

Nama yang terbit dari mulut Ayla membuatkan jantung Haura semakin hendak meletop.

"Tapi puan, biar saya jelah yang bagi. Puan kan mengandung? Nanti puan penat pula."

"Selalunya waktu-waktu macam ni Qalisya ada dekat mana?" Soal Haura yang semakin tidak sabar.

Ayla mengangkat bahu. "Tak pasti. Tapi mungkin ada kat restoran. Setiap pagi dia akan periksa makanan kat restoran." Jawab Ayla. Apabila dia menoleh ke belakang, kelibat Qalisya terlihat samar-samar hendak memasuki ke dalam restoran. "Rasanya itu Qalisya."

Haura terus bangun dan berjalan laju mengejar Qalisya yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam restoran Alamanda.

Keadaan meja yang bersepah membuatkan Hud berkerut dahi. Lacinya yang berkunci telah terbuka. Cepat-cepat Hud mencari barang-barangnya yang berada di dalam laci itu. Ada sesuatu yang hilang. "Haura?"

Kaki Hud berlari menuruni anak tangga dan menuju ke kamar hotelnya. Hatinya semakin gelisah. Haura tiada di dalam kamar.

Butang lif ditekan Hud berkali-kali sebelum terbuka.

"Sini pun telefon, nasib baik tak hilang." Qalisya tersenyum apabila telefonnya masih berada di atas meja.

Senyuman Qalisya terus menyirna apabila ada sosok yang tiba-tiba muncul di belakangnya. Perlahan-lahan Qalisya berpaling ke belakang. Senyumannya dilorek kepada Haura. "Puan? Puan ada kat sini?"

Hud meramas rambutnya apabila lif mengambil masa terlalu lama untuk sampai ke lobi.

Telefon yang berada di tangan Qalisya terjatuh ke lantai selepas pipinya ditampar dengan Haura. Tubuh Qalisya juga terduduk di bucu meja.

"Perempuan tak tahu malu!" Haura menempelak kuat.

"Puan... kenapa puan tampar saya?" Soal Qalisya sambil memandang sekeliling.

"Kenapa?!" Haura merentap rambut Qalisya lalu menolak Qalisya jatuh ke lantai. "Kau dah goda suami aku, kau buat-buat lupa?!" Wajah Qalisya sekali lagi ditampar Haura.

"Puan cakap apa ni? Saya tak faham." Balas Qalisya.

"Tipu!" Tangan Haura sekali lagi melayang ke pipi itu.

"Puan Haura!" Ayla cuba menahan Haura daripada hendak memukul Qalisya lagi. "Sabar puan, ada ramai tetamu dekat sini."

"Kau diam!" Kali ini Ayla pula ditolak oleh Haura. Qalisya merintih kesakitan sekali lagi apabila rambutnya direntap buat kali yang kedua.

"Kau sanggup jual badan sampai boleh mengandung waktu aku tak sedarkan diri! Lepas tu kau boleh pura-pura kekok dengan Hud?!" Wajah Qalisya ditamparnya sekali lagi. "Perempuan murahan!"

Tubuh Qalisya dipukul-pukul oleh Haura yang mulai kerasukan. Wajah Qalisya ditampar lagi dengan Haura. Tangannya merentap rambut Qalisya sebelum menghantukkannya ke lantai."Kau memang perempuan tak guna!"

"Dah lah tu, puan. Habislah kalau tuan muda nampak nanti!" Pujuk Ayla sambil menahan tangan Haura dan menarik Qalisya masuk ke dalam dakapannya.

Beberapa orang pekerja dan tetamu hotel mulai mendekati Haura dan Qalisya apabila Haura semakin naik hantu. "Aku akan bunuh anak kau, Qalisya!"

"Lepaskan aku!" Jerit Haura apabila beberapa orang pekerja wanita menahan dirinya. Qalisya masih lagi terduduk dan mendiamkan diri di atas lantai.

"Lepaskan aku! Biar aku bunuh dia!" Jerit Haura lagi.

"Sayang!" Jerit Hud yang seraya membuatkan keadaan di situ tiba-tiba sunyi. "Awak dah gila ke? Dah tak reti malu?!"

"Oh... disebabkan perempuan simpanan kau ni! Kau lupakan aku?! Apa lebihnya dia ni? Dia serahkan badan dia pada kau, tak ubah macam seorang pelacur!"

"Haura!" Hud menjerit dengan lebih tinggi lagi.

Haura merentap rambut Qalisya untuk sama-sama berdiri. Wajah Qalisya kemerah-merahan dan sedikit berdarah akibat dihentam Haura.

Hud cepat-cepat merampas Qalisya yang lemah longlai daripada Haura. Wajah Qalisya dibeleknya sebelum tangannya mengendong tubuh itu. Mata Haura mula bergenang dengan air mata.

"Sekarang puas kan hati kau, Qalisya? Kau dah rosakkan rumah tangga aku. Kau rampas kebahagian aku dan anak kami. Kau dah musnahkan keluarga ni."

"Jangan pura-pura! Jangan berlakon, Qalisya! Kau cakap dengan aku sekarang yang kau happy sangat-sangat sebab dah berjaya rampas ayah kepada anak aku!" Jerit Haura sambil menggoncangkan tubuh Qalisya.

"Apa ni, Haura?"

"Kenapa kau bela sangat betina murah ni, hah? Kau buta ke aku yang tengah mengandungkan anak kau?!"

"Haura, she's my wife! I married her!"

Air mata Zarif jatuh tatkala pengakuan besar itu dilafazkan daripada Hud. Rupanya selama ini Qalisya adalah adik iparnya sendiri.

"Apa?" Lemah lutut Haura hendak berdiri. Air matanya gagal ditahannya. Dunianya seakan berpusing. "How could you? How could you!"

"Anak dalam gambar ultrasound tu, anak kami yang sah. Saya bapa kepada budak tu!"

"Perempuan yang awak tuduh dia sebagai pelacur tu adalah isteri saya yang sah, Haura. Qalisya Irdeena." Hud menelan liur sambil bertentang mata dengan Haura. "Kalau apa-apa jadi pada Qalisya, saya tak teragak-agak untuk ceraikan awak."

Share this novel

rinaiium
2024-09-03 10:48:29 

puaih hati..hehe .tq author


NovelPlus Premium

The best ads free experience