BAB 34

Drama Series 41228

BAHU Hud dielus-elus oleh Haura. Sudah dua hari dia dan Qalisya tidak bertemu. Dia mengelak dari Qalisya dan Qalisya juga melakukan hal yang sama terhadap dirinya.

Dayus. Dayuskah dirinya kerana membiarkan isterinya bercinta dengan lelaki lain? Piring berisi nasi goreng itu hanya ditenung.

"Awak.... dah dua hari saya tengok awak macam ni. Bercakap tak, makan tak... risaulah. Awak ni sebenarnya okey ke tak ni?" Haura mengusap belakang tubuh Hud. "Kalau tak okey, awak bagitahulah saya. Mana tahu, saya boleh share opinion saya, kan?"

Hud mendongak memandang wajah Haura yang manis. Kalau wajah Qalisya tampak mempesonakan, wajah Haura pula tampak manis.

Haura menggoncangkan tangan Hud. "Awak... apa guna saya jadi isteri awak kalau awak tak boleh nak bertanya, kan?"

Hud tersenyum nipis. Tiada kekuatan di dalam senyumnya.

"Kawan saya masa sekolah dulu. Dia datang hotel haritu, cerita yang dia dah kahwin dua."

Haura berkerut kening. "Kahwin dua? Kawan yang mana satu? Kawan awak semua saya kenal."

"Ada lah... tuan badan tak izinkan saya untuk bercerita tentang ni pada sesiapa pun."

Haura mengangguk kecil. "Faham... . Tapi, kenapa nak kahwin dua? Kawan-kawan awak kan semuanya dah ada anak. Kenapa nak kena kahwin dua?"

Soalan Haura membuatkan Hud mengeluh kecil. Dia tidak tahu apa reaksi Haura jika dia jujur tentang dirinya dengan Qalisya.

"Dia tak sengaja tiduri seorang perempuan. Tak lama lepas tu, perempuan tu mengandung. Sebab tu dia..."

"Apa pun alasannya, saya rasa diaorang tak patut berkahwin. Macammana kawan awak tu boleh percaya bulat-bulat yang perempuan tu kandungkan anak dia? Entah-entah cuma sebuah perangkap."

Sekali lagi Hud mengeluh kecil. Kata-kata Haura ada betulnya. Namun dia yakin, anak yang dikandung Qalisya adalah berasal dari benihnya sendiri.

"Entahlah, sayang. Saya pun tak tahu." Hud menelan liur. "Cumanya sekarang ni, kawan saya tu tanya... boleh ke isteri pertama tu terima isteri kedua dia? Sebab mereka kahwin hanya untuk selamatkan maruah perempuan tu."

Haura menggeleng kepala. "Kalau sayalah di tempat isteri pertama tu, saya takkan terima. Gugurkan jelah budak tu, tak sengaja kan?"

Hud memejamkan matanya. Sudah diduga dengan jawapan Haura.

"Si suami kena pilih, nak perempuan tu atau nak saya? Pilih dan cerai."

HUD melangkah masuk ke lobi hotel selepas meninggalkan keretanya kepada pekerja hotel yang bertugas untuk dibawa ke tempat parkirnya.

Butang lif ditekan menuju ke tingkat ofis. Dahinya berkerut seribu. "Tak ada sebab untuk aku ceraikan kau, Qalisya. Tak ada."

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, dilihatnya Qalisya sedang mencari barang di dalam beg tangannya. Langkahnya dipecut laju.

Qalisya menyua kunci pada lubang pintu. Baru sahaja dia hendak memegang dedaun pintu, tangannya sudah dipegang oleh seseorang.

"Apa lagi kau nak?" Soal Qalisya yang sekali gus berubah air mukanya. Muak dan letih hendak berhadapan dengan lelaki itu.

Hud tidak menjawab bahkan terus menarik tangan Qalisya untuk masuk ke dalam ofisnya pula.

"Sakitlah, gila!" Qalisya merintih apabila Hud semakin menguatkan genggaman di lengan tangannya. "Ish, lepaslah! Kau ni apahal?!"

Hud menolak Qalisya masuk ke dalam pejabatnya sebelum menutup rapat pintu itu.

Hud mendekati Qalisya secara perlahan-lahan, perlahan-lahan juga kaki Qalisya mengundur. Namun lelaki itu berhenti melangkah apabila melihat jari manis Qalisya yang terisi dengan sebentuk cincin. Direntapnya tangan Qalisya sebelum cincin itu mula ditarik keluar dari jari Qalisya.

"Ini cincin akulah!" Jerit Qalisya.

"Biar aku buang cincin ni!" Balas Hud pula dengan nada yang sama tinggi dengan Qalisya.

"Lepaslah, sakit!"

"Diam!"

"Argh!"

Hud mencampakkan cincin itu jauh ke arah sudut dinding sebelum wajahnya kembali dipaling kepada Qalisya. Qalisya menggoyang-goyangkan tangannya yang sedikit perih. Kalau patah tadi macammana?! Lelaki gila!

Hud menaikkan telunjuknya ke wajah Qalisya. "Kalau kau kutip dan pakai lagi cincin tu, awas!"

"Kau ni dah gilalah, Hud!"

"Memang aku dah gila! Isteri aku ada skandal dengan lelaki lain! Aku masih suami kau, Qalisya Irdeena!"

Qalisya menggeleng laju. "Kau ni memang dah tak betul!" Qalisya menjeling wajah Hud sebelum dia melintasi Hud di hadapannya.

"Kau nak ke mana, Qalisya Irdeena? Aku tak habis cakap lagi!"

"Jangan buat marah aku bertambah, Qalisya!"

Qalisya tidak membalas. Dia tetap meneruskan langkahnya menuju ke pintu.

Hud mendengus kasar. Laju dia berjalan untuk menghalang Qalisya daripada keluar dari situ.

Qalisya menjerit kecil apabila Hud menarik tangannya dan membuatkan mereka berdua saling bertatapan lagi.

"Kau betul-betul nak duga sabar aku, kan?!"

Hud mendekati wajah Qalisya sebelum Hud mencium bibir itu. Tangan Hud kemas dan erat pada pinggang dan belakang kepala Qalisya, membuatkan Qalisya susah untuk lepas daripada cengkaman Hud.

Hud menarik Qalisya mendekati sofa, Qalisya masih gagal hendak melawan Hud kerana daya lelaki itu sangat kuat. Tangannya masih menolak-nolak tubuh Hud.

Sekelip mata sahaja Hud memusingkan Qalisya seraya menolak Qalisya terbaring ke sofa.

"Aku tahu apa yang kau nak buat, sebelum aku jerit... baik kau lepaskan aku!" Qalisya menolak bahu Hud sekali lagi.

"Lantaklah! Aku nak dia nampak apa yang kita tengah buat sekarang."

"Aku cakap lepas!"

"Astaghfirullah! What's wrong with you, Hud?!"

Mendengarkan suara itu, Hud segera membuka matanya. Perlahan-lahan matanya melihat wajah Qalisya sebelum berpaling ke arah suara itu. "Mummy?!"

Satu tamparan melayang tepat ke pipi Qalisya. Tak padan dek usia, tamparan Sophie boleh tahan berbisa sampai membuatkan Qalisya terjerit kecil. Pedih sangat! Berdarah bibir Qalisya jadinya.

"Mummy! Kenapa mummy tampar muka dia?" Hud terus memeriksa wajah Qalisya. Merah satu muka isterinya. Bibir Qalisya yang berdarah dilapnya. "Qalisya tak salah, mummy."

"Salah ke mummy tampar dia, Hud? Look at yourself and her, kalau bukan sebab dia goda you... takkanlah benda tadi tu boleh terjadi?! Perempuan murah!"

"Mummy, don't you dare to call her like that." Hud mengawal nadanya. Bimbang Sophie akan naik tangan sekali lagi pada Qalisya. "Selagi Hud masih waras, Hud rasa baik mummy balik. Hud masih boleh kawal marah Hud ni, mummy."

Sophie menggeleng perlahan. "Hud? How could you marahkan mummy? Mummy tak faham kenapa Hud nak bela dia? You sedar tak yang you tu husband orang? Husband Haura? What so special about her? Kalau mummy tak tegah tadi, silap hari bulan... mengandung anak luar nikah! Anak haram!"

Qalisya tergamam dengan tuduhan Sophie sampai kepala tertunduk memandang lantai. Tangannya masih memegang pipi.

Hud menggeleng perlahan. "Actually ada apa mummy datang ke sini?"

"Jangan tukar topik, Hud."

"Hud dah besar, mummy. And I know what am I doing." Jawab Hud tanpa memandang wajah Sophie. "Kalau mummy datang sini semata-mata untuk stalk kehidupan Hud... tak perlu. Hud baik-baik je dekat sini."

Qalisya terpaku dengan cara Hud menjawab. Sangat tidak beradab pada ibu yang telah melahirkan dirinya.

Hud melepaskan tangannya yang berada di bahu Qalisya. "Keluar."

Qalisya menoleh kepada Hud. "Apa?"

"Keluar." Hud mengulang lagi ayat yang sama. Wajahnya masih menunjuk amarah. Tapi siapalah dia hendak berada di situ? Perlahan-lahan Qalisya berjalan keluar daripada ofis suaminya.

"How could you let someone to interrupt into your marriage,huh?" Soal Sophie sebaik sahaja bayang Qalisya hilang daripada pejabat Hud. "She's a slut, Hud."

"Mummy!" Tengking Hud dengan sangat kuat. "Kalau mummy tak tahu apa-apa, baik mummy balik. Hud tak nak tengok muka mummy lagi."

"Did you just tengking I just now, Hud Ukasyah Arman? Your mother?!"

"Then, what? I just protect whoever mines, mummy." Hud membalas. "You know what? I still can't forget what have you done to my child! Mummy bunuh anak Hud!"

Melihat Hud mulai berdiri membuatkan Sophie turut sama berdiri. Dua pasang mata mereka saling bertatapan.

"Kalau daddy masih hidup, mungkin daddy dah ceraikan you!"

Penampar Sophie menyinggah ke pipi anak lelaki tunggalnya. "Anak kurang ajar!"

"Mummy tak ajar Hud cakap macam tu pada orang lain terutamanya kepada I, your mummy!" Sophie menelan liur. "Mummy ingat selama 7 tahun mummy biarkan Hud hidup tanpa mummy, Hud akan sedar kesalahan Hud... tapi tanggapan mummy salah. Rupanya Hud makin biadab!"

"Mummy? Sejak bila mummy ada kat sini? Tak bagitahu Zarif pun nak datang." Sosok Zarif perlahan-lahan masuk ke dalam pejabat Hud. Melihat anak-beranak dua orang itu saling menikam tajam mata masing-masing membuatkan Zarif bingung. "Mummy... Hud... kenapa ni? Sampai ke luar boleh dengar suara."

"Mummy betul-betul kecewa dengan Hud." Ujar Sophie. "I will not forgive you and you no longer my son."

Mulut Zarif ternganga besar. "What? Mummy kejap, mummy. Mummy!"

Hud menelan liur. Dia membiarkan Zarif pergi memujuk Sophie. Bantal di sofanya dilempar jauh. Dia tahu dia telah terlanjur kata tapi lidahnya tidak mahu menutur kata maaf. Ego.

"Mummy!" Zarif menahan Sophie yang semakin menjauh. "Mummy, relax... apa kata kita duduk kat bilik Zarif dulu? Kalau mummy menangis macam ni, macammana Zarif nak biarkan mummy balik, huh?"

"Mummy sedih, why Hud buat mummy macam ni? Apa salah mummy?" Sophie masih menangis teresak-esak.

Zarif menggeleng laju. "Mummy kalau nak sambung nangis, baik masuk ofis Zarif. Kalau orang lain nampak, tak ke diaorang fikir Zarif dah buat awek Zarif ni menangis?"

"Awek?" Soal Sophie. "Banyaklah awek you, Zarif." Sambungnya dengan tertawa. Sempat dia memukul lengan Zarif sebelum mereka mulai melangkah ke ofis lelaki itu.

Terhenjut bahu Qalisya apabila pintu ofisnya dibuka tanpa sebarang ketukan. Melihat sosok Hud yang tiba-tiba muncul, membuatkan Qalisya berasa gerun. Cepat-cepat dia berdiri.

Mata Hud dan Qalisya saling bertentangan. Belum sempat Qalisya membuka mulut, tangannya sudah ditarik Hud.

Butang lif ditekan berkali-kali sampai terbuka, namun Hud masih lagi tidak memberitahunya ke manakah destinasi mereka akan pergi.

"Hud, boleh aku tanya kita nak ke mana?" Perlahan saja suara itu menyoal namun wajah garang Hud sebagai jawapan membuatkan Qalisya ingin mengunci mulut daripada bersuara lagi.

Qalisya melihat sekeliling apabila mereka masuk ke laluan bilik VVIP di hotel. Mulalah fikirannya resah kembali. Macammana kalau Hud... Qalisya menggeleng laju.

Setelah Hud menyentuhkam kad pada skrin pintu, ditolaknya Qalisya masuk mendahului dirinya.

"Hud... ke... kenapa kau bawa aku ke sini?" Soal Qalisya yang semakin cemas. Dilihatnya plat nombor satu yang tertampal di belakang pintu.

Keringat sejuk mengalir dari dahi Qalisya. Mata Hud tidak dingin seperti selalu bahkan lebih menakutkan. Hendak menelan liur pun Qalisya susah hendak buat.

Tiba-tiba Hud menolak Qalisya terduduk ke katil. Semakin dekat langkah Hud, semakin bergelora jiwa Qalisya.

Perlahan-lahan Hud melutut di hadapan Qalisya. Kedua-dua tangan Qalisya dicapainya.

"Aku nak minta maaf sebab aku tak bela kau depan mummy tadi."

Qalisya menggangguk kecil. "Tak apa. Aku... aku okey je."

Tangan kiri Hud naik menyentuh pipi Qalisya yang sedikit bengkak, perlahan-lahan turun menyentuh bibir Qalisya yang luka.

"Aku bawa kau ke sini sebab aku nak rawat kau. Bukan aku nak bercinta dengan kau!" Pipi Qalisya ditolak Hud. "Baru kena pegang sikit, terus hanyut berangan."

"Argh! Sakitlah!" Qalisya mengusap pipinya. "Mana ada aku berangan!"

Selepas menekan suis cerek, Hud menarik laci kabinetnya lalu membawa keluar sehelai tuala kecil. Sementara menunggu air di cerek masak, Hud bersandar pada kabinet sambil memerhatikan Qalisya yang sedang memeriksa wajahnya di cermin.

"Aku rasa dah sampai masa untuk semua orang tahu yang kita berdua ni suami isteri." Ujar Hud sebelum membuang pandangan ke tingkap.

"Apa?! Maksudnya kau apa?" Qalisya kaget. Mahu memberitahu semua orang yang mereka berdua adalah suami isteri? Tak nak! "Aku tak nak."

Hud bercekak pinggang. "Apasal pulak kau tak nak? Hari tu bukan main lagi tanya sampai bila kita nak hidup macam ni? Siap merajuk dengan aku tentang ni. Sekarang? Dah ubah fikiran pulak?"

"Bila masa pulak aku merajuk? Aku marah sebab kau tu tak nak ceraikan aku. Tak nak bagi aku hidup bahagia." Jawab Qalisya sambil berpeluk tubuh.

"Bagitahu aku kenapa kita berdua ni... nak kena bercerai? Apa kalau kita mulakan semula semua benda ni hidup kita tak boleh bahagia ke?"

Soalan Hud membuatkan Qalisya terdiam sesaat. Hud memang bodoh. Takkanlah Hud tidak tahu alasan apa dia meminta cerai kalau bukan sebab Haura?

"Kau faham tak apa perasaan perempuan bila diduakan? Haura tu tengah mengandung tau, Hud. Kalau dia tahulah tentang kita ni... apa akan jadi nanti? Kalau benda tu bagi kesan pada kandungan Haura, macammana?" Jawab Qalisya sehinggakan kali ini Hud pula yang terdiam.

"Dah terlambat untuk kita betulkan semua ni, Hud. Dah terlambat." Sambung Qalisya. "Lebih baik kita berpisah. Sebelum keadaan lebih melarat."
Qalisya menarik tangan Hud dan menciumnya. "Tolong, Hud. Lepaskan aku. Kita bercerai, ya?"

Hud menutup matanya dengan rapat. Seisi dunianya bagaikan sedang terapung. Kata-kata Qalisya tidak boleh didengarinya. Hanya lafaz cerai yang diingatnya.

"Demi Haura. Demi anak kau."

Qalisya gagal menahan sebak. Walaupun memang itu kehendaknya, tapi entah kenapa hatinya berasa berat meungkit semula perkataan 'cerai'. Dia tahu Hud terlalu takut kehilangan Haura, biarlah pemergian dirinya akan membuatkan semua pihak tenang.

"Kita bercerai ya, Hud?" Qalisya mengelus pipi suaminya. "Ya?"

Hud masih tidak memberi jawapan. Mahu pitam kerana ungkapan cerai itu sangat mencengkam jiwanya.

Hud kembali membuka matanya apabila titisan air mata Qalisya terkena pada tangannya.

Qalisya menangis tanpa sebarang bunyi. Matanya melihat ke arah jendela. Bahunya tersedu-sedan.

Dagu Qalisya ditarik Hud agar mereka kembali menatap satu sama lain.

"Sya, aku minta maaf... sebab aku gagal jaga hati kau dan perkahwinan kita. Selama hampir dua tahun kita jadi suami isteri, hampir setiap hari aku abaikan kau." Mata Hud mulai terasa bahang. Tangan Qalisya ditarik dan diciumnya. "Aku minta maaf sangat-sangat, Qalisya."

Qalisya menggeleng perlahan. "Tak apa, aku sedar diri aku Hud. Aku cuma isteri yang tak disengajakan. Lagipun Najmi dah tak ada, kita sepatutnya bercerai seperti apa yang kita bincangkan dulu. Aku yang dah buat kacau rumah tangga orang." Qalisya menitiskan air matanya sambil tunduk memandang lantai. "Sekarang, dah tiba masanya untuk aku pergi."

Tanpa menunggu jawapan daripada Hud, Qalisya terus melepaskan tangan Hud dan berlalu pergi.

"Qalisya Irdeena, aku tak redha kalau kau keluar dari bilik ni tanpa izin daripada aku." Ujar Hud yang seraya membuatkan Qalisya tidak lagi melangkah.

Bunyi kaki yang melangkah mengundang debar Qalisya. Nafas Hud berbunyi seperti sedang kemarahan. Cepat-cepat Qalisya menutup mata.

"Kalau kau pergi, mungkin semua orang akan bahagia. Tapi, macammana dengan perasaan aku? Macammana aku nak hidup tanpa kau?"

"Aku cintakan kau, Qalisya."

Perlahan-lahan Qalisya membuka mata dan memandang wajah lelaki di hadapannya.

"Aku cintakan kau, Sya. Dan aku tahu, kau juga cintakan aku sebab tu kau bertahan sampai sekarang."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience