BAB 3

Drama Series 41825

"MASAKAN you tak sedap, Hud. You cuba untuk jatuhkan imej hotel kita ke apa?" Qalisya menerjah masuk ke dalam dapur restoran. Banyak pasang mata yang memerhatikan Qalisya.

"Tak sedap apanya? Masa aku rasa tadi sedap je." Balas Hud dengan kening yang berkerut.

"You membantah komplen i? Cubalah you rasa benda ni, Hud."

Qalisya menolak piring itu kepada Hud. Wajahnya serius. Hud lantas mengambil sudu dan garfu. Sudunya mencalit kuah kari tersebut sebelum mukanya berkerut sedikit. Pinggan itu turut ditolak dengan Hud.

"Sampah apa kau cuba bagi special guest kita makan ni?"

"Sampah?"

"Dah dua kali perkara ni terjadi, Hud! It happens for twice!" Jerkah Qalisya. "Macammana kau ni layak jadi ketua chef, hah?"

Qalisya melempar pinggan itu ke lantai. "Dengar sini, Hud. Walaupun tuan Zarif yang bawa kau ke sini, aku tak akan pilih kasih."

"Kau ingat kau bagus sangat ke? Terpekik-terlolong kat kawasan aku, lepas tu nak cakap macam tu?"

"Memang aku bagus pun daripada kau dan semua orang kat hotel ni. Dan aku sama taraf dengan tuan Zarif. Setakat lelaki kusut macam kau ni, berlambak kat luar sana. Aku boleh minta tuan Zarif untuk pecat kau bila-bila masa yang aku nak."

Smoothie lobak di troli besi itu disimbah ke baju Qalisya. Terkesima semua orang jadinya.

"Berambus daripada dapur aku."

Laju tangan Qalisya menampar pipi Hud. "Lelaki tak guna!"

Semua kru restoran kembali terkesima apabila Hud menampar pipi Qalisya sebagai balasan. "Aku kata berambus!"

Terus Qalisya menolak semua minuman yang terhidang di atas troli besi itu sebelum berlalu pergi.

"Pandang apa?! Tak pernah nampak orang bergaduh?" Jerkah Hud dengan lantang. Kelam-kabut kru-kru itu hendak membuat tugasan masing-masing.

Qalisya menjerit kuat semasa keluar daripada restoran hotel. Dia langsung tidak hairankan tetamu-tetamu hotel yang sedap bersantap.

"Oh my God, Sya... guest mana pula yang buat you kali ni?" Ayla menyoal Qalisya.

"Kau tak payah sibuk boleh tak?"

"I cuma risaukan you je. Takkan tu pun tak boleh?!"

"Ke tepilah!" Tubuh Ayla ditolak Qalisya.

Ayla mencebik bibir. "Padan muka. Ada hati nak lawan cantik aku ni?"

"Kau tunggu aku balas, Hud. Sebelum aku jatuhkan Alamanda, aku akan buang kau dulu dari sini!"

Qalisya usai membersihkan pakaiannya di tandas. Tangannya dijatuhkan ke atas sinki. "Kau memang cari pasal dengan aku, Hud."

"Sebelum aku musnahkan Zarif, aku akan hapuskan kau dulu!"

Bunyi bising di luar menimbulkan tanda tanya di kepala Qalisya, dengan pantas dia menuju ke arah tersebut.

"Inikah hotel 5 star? Tuala kepam dan lembap awak bagi pada saya?!" Herdik lelaki itu kepada staf lelaki housekeeping.

"Saya minta maaf encik, saya akan tukarkan kepada yang baru."

Qalisya semakin mendekati mereka berdua.

"Buat kerja betul-betulah lain kali, aku bayar mahal bukan untuk terima layanan macam motel! Bilik ni pun lagi mahal daripada gaji kauorang semua!"

Tuala itu dicampak ke wajah staf tersebut. "Aku akan bagi rate buruk kat hotel ni. Biar tak ada satu orang pun yang datang!"

"I akan pindahkan sir ke bilik yang lain dan yang lebih mahal. Tapi dengan syarat..." sampuk Qalisya.

Lelaki itu memandang Qalisya. "Apa ni bersyarat bagai ni? Eh, aku bayar tau hotel ni. Bukan seratus dua ratus... tapi dua ribu! Lepas tu aku nak kena terima syarat kauorang pulak. Gilalah kauorang ni semua!"

"I akan bagi bilik vip. Harga bilik tiga kali ganda daripada harga bilik sir yang sekarang. Dalam bilik tu ada private pool dan juga jacuzzi. Sir masih lagi nak menolak tawaran saya?"

"Sounds good, okay so apa syaratnya?" Balas lelaki itu sambil menganggukkan kepala.

"Sir kena janji untuk tak sebarkan perkara yang dah terjadi walaupun dengan orang yang terdekat. Perlu bagi rate 5 bintang untuk hotel kami. Kalau encik langgar syarat ni, saya tak teragak-agak untuk bawa kes ke mahkamah. We do have CCTV up here." Kata Qalisya sebelum menunjukkan kamera litar tertutup di atas pintu bilik itu.

Lelaki tadi menganggukkan wajahnya dan menaikkan tangannya untuk berjabat tangan dengan Qalisya. "Deal."

"Sir boleh tunggu di sini dulu sementara staf lain datang dan bawa kad untuk masuk ke bilik baru sir." Balas Qalisya tanpa menyambut tangan tetamunya itu. Lagak gayanya selamba sahaja ketika dia mempamit pergi dari situ.

Kakinya melangkah ke unit housekeeping. Pintu itu ditolak kasar. Tuala tadi dicampak ke dinding.

"Siapa yang bersihkan bilik 205 hari ni?" Soal Qalisya dengan nada yang menggerunkan.

Tiada suara yang membalas. Semua takut dengan kehadiran pengurus hotel itu.
"Aku tanya siapa?! Jangan sampai aku check sendiri dan buang orang tu daripada sini!"

"Saya yang bersihkan, cik Qalisya."

Tag 'new staff' di atas nama staf itu dijeling Qalisya.

"Siapa yang guide dia?"

"Sa... saya, cik Qalisya." Sahut wanita yang sedikit berusia.

"Kalau dah penat sangat bekerja... balik kampung! Pergi jaga cucu! Bukan menyusahkan aku kat hotel ni!" Jerkah Qalisya. "Sekali lagi kauorang buat hal, aku report pada tuan Zarif. Jangan ingat manager unit kauorang si Wadi tua kerepot tu lebih tua daripada aku... aku akan takut pada dia. Bila-bila masa aku boleh humban dia keluar daripada hotel ni, faham?"

Pintu tadi dihempas Qalisya dan kakinya mengatur langkah ke arah kolam renang. Tangannya diletakkan di belakang sambil dia melihat kawasan kolam yang ramai dengan orang mulai meninggalkan kolam dek kerana senja. Hujung minggu adalah waktu yang sangat meletihkan kerana ramai pengunjung yang akan bermalam di hotel itu namun tika itulah hotel akan terasa meriah kerana dipenuhi dengan pelbagai acara.

Pada malam ini, mercun bunga api akan dibakar. Meskipun sudah bertahun-tahun acara itu berjalan, tidak sekali pun dia merasa jemu dengannya. Kadangkala dia akan memakai baju yang cantik-cantik dan duduk di kawasan kolam itu sendirian sambil menikmati makan malam dan pertunjukkan bunga api.

Hari ini dia memilih untuk bermalam sahaja di hotel. Mengenangkan senja hampir tiba dan dia masih belum pulang ke rumah, jadi eloklah dia bermalam sahaja di hotel.

Qalisya melihat kakitangan bahagian restoran membawa keluar alat memanggang dan buffet untuk dibawa ke tempat sebuah padang hotel yang luas dengan dedaun hijau. Di situ akan diadakan acara makan besar-besaran yang akan diadakan dua bulan sekali.

Acara itu baru saja dilancarkan pada tahun ini. Semuanya diatas kehendak Zarif. Puas mulutnya memberitahu kerugian yang akan ditanggung pihak hotel jika Zarif mahu melaksanakannya juga tetapi lelaki itu menolak nasihatnya mentah-mentah.

"Apa menu utama malam ni?" Soal Qalisya kepada salah seorang staf lelaki yang membawa peralatan memasak. Memang dia saja mahu bertanya walaupun dia sendiri yang merangka menu masakan tersebut.

"Kambing golek, cik Sya."

"Kambing? Banyak cantik? I kan dah keluarkan menu kan? Kenapa tak ikut je menu tu?" Bertubi-tubu soalan terpacul keluar dari mulut Qalisya.

"Aku yang tukarkan menu baru tu. Asal?" Jawab Hud sambil membawa barang. Qalisya lantas pergi kepada Hud.

"Kau ni siapa nak tukar-tukar menu ikut suka hati kau? Hotel ni bapak kau yang punya ke? Nak buat keputusan ikut suka dan ingkar arahan orang atasan!"

"Siapa kata hotel ni bapak aku yang punya?" Balas Hud. "Eh, takat kambing tiga empat ekor... tak rugi mana lah hotel capok kau ni."

"Silap hari bulan... menunggu roboh je hotel ni." Tambah Hud lagi dan berlalu pergi.

Qalisya jadi terpana mendengar jawapan dari mulut Hud. Cepat-cepat matanya berkelip. Dia mengejar Hud yang sudah ke padang luas itu.

"Aku arahkan kau untuk ikut menu tu, Hud. Aku tak izinkan kauorang semua masak menu lain selain daripada menu yang aku buat."

Hud meletakkan peralatan yang dipegang ke atas meja. Kemudian dia mahu kembali ke stor restoran semula.

"Hei, Hud! Kau dengar tak aku cakap ni?! Aku ni general manager of Alamanda Hotel! I am Qalisya Irdeena!"

Tangan Qalisya menahan Hud untuk mengangkat barang. Hud menepisnya. Dibawanya peralatan keluar daripada stor.

"Hud Ukasyah Arman! Aku nak kau ikut cakap aku!" Kuat Qalisya menjerkah Hud. Langkah Hud terus terhenti. "Jangan sampai..."

Tubuh Qalisya ditolak ke dalam kolam renang yang kosong tanpa perenang. Ada yang sanggup menjadi pemerhati dari jauh. Tangan mereka menekup mulut.

"Kau ni sehari je aku minta untuk diam boleh? Mulut tu, tak reti-reti ke nak senyap?!"

"Hei!" Jerit Qalisya dengan sangat kuat. "Kau memang tak gunalah, Hud!"

"Kau tunggulah! Aku akan buat kau dipecat! Aku akan gunakan kuasa aku!"

Langkah Hud sekali lagi terhenti. Ditolehnya ke belakang. Qalisya sedang memanjat tangga untuk naik ke atas.

Qalisya memerah pakaiannya yang lencun. "Kau memang tak guna! Tak guna! Ei!"

"Kau cakap apa tadi?" Terenjut bahu Qalisya apabila Hud kembali menerpa di hadapannya.

Bibirnya tersenyum sinis. Langsung tangannya diangkat memeluk tubuh.

"Aku cakap... aku akan buat kau dipecat daripada sini! Aku akan gunakan..."

Sekali lagi Hud menolak Qalisya terjatuh ke dalam kolam. Semua yang melihat menahan mulut daripada membunyi tawa.

Qalisya lantas berenang menuju ke darat. "Kau tunggu balasannya nanti Hud Ukasyah Arman!"

Menggigil-gigil Qalisya menahan sejuk waktu keluar daripada kolam. Ada staf perempuan yang membawakan jubah mandi dan memakaikannya kepada Qalisya.

"Sya!" Zarif berlari dari jauh mendapatkan Qalisya yang menggigil kesejukan di kawasan kolam.

"Macammana you boleh basah kuyup macam ni?"

"'Macammana' tuan Zarif tanya? Hud tu! Dia yang tolak i!"

"Hud? Takkan lah, kut... . Hud tu baik orangnya."

"Baik? Kalau baik takkanlah dia tolak i dua kali masuk ke dalam kolam?! Pecat je lah dia!" Balas Qalisya sebelum meninggalkan Zarif.

Menggeleng-geleng kepala Zarif dibuatnya. Dia pergi mendapatkan Hud yang sedang memeriksa makanan yang sedang dipersiapkan.

"Hud, asal kau buat Sya macam tu? Relax lah... dia tu perempuan kut." Ujar Zarif.

"Dia tu tak sedar diri. Berlagak. Orang macam tu kau appoint as general manager Alamanda?" Balas Hud sebelum merasa makanannya.

"Dia tu bagus Hud untuk hotel ni. Sentiasa perform. Apa lagi yang kurang?"

"Kau tu dibutakan dengan cinta, mabuk perasaan kat dia. Itu yang kerjanya asyik nak memback up sampai naik lemak dah member tu." Sambut Hud sebelum memandang Zarif.

Zarif menaikkan jari telunjuknya ke bibir. Bimbang jika didengari oleh staf yang lain. "Cover lah sikit, Hud..."

"Pergilah cari perempuan lain. Kalau kau nak jugak hotel manager jadi bini kau, baik pergi kat Ayla tu... lagi lawa."

"Hud, dah dah lah tu. Qalisya tu perempuan. Jangan kasar sangat, perempuan ni lemah. Aku nampak kau balas tamparan dia kat CCTV tadi." Ujar Zarif.

"Oh... CCTV." Hud membalas dan tersenyum kecil. "Kalau kau tengok CCTV, kau akan tahulah siapa yang mulakan semua ni. Bukan aku."

"She only want the best for our hotel. Dia marah bersebab." Zarif memasukkan kedua tangannya ke dalam poket. "Mungkin kau cuma nampak sisi buruk Qalisya sejak hari pertama kau kembali, tapi bukan aku. Kau baru je masuk semula, jadi mungkin kau tak pernah nampak sisi baik Qalisya. Kau boleh tanya semua orang kat hotel ni, macammana Qalisya back up staf dan tidak menyalahkan guest hotel. Itu yang uniknya Qalisya di mata aku."

Zarif berpaling ke belakang dan meninggalkan semua kakitangan restoran. Dia mahu memeriksa keadaan Qalisya.

SECALIS lipstik dioles pada bibir. Pendingin hawa kamarnya bersuhu sederhana. Tubuhnya dilihat di cermin. Gaun putih separas lutut terbentuk elok pada tubuh. Kanta lekapnya berwarna coklat terang. Sekali pandang seperti orang arab. Anting-anting bulat dipasang ke telinga sebelum dia melihat jam di tangan.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Beg tangan dipeluk ke dada. Shif bekerjanya sudah tamat. Kini masa untuk makan malam di hotel pula. Suasana sekarang ini pasti sedang meriah. Dari kejauhan, matanya menangkap persembahan 'fire dragon' yang berserta dengan sorakan meriah oleh penduduk hotel.

"Qalisya."

Qalisya mematikan langkahnya. Apabila dia menoleh ke sisi, Zarif sudah berada di sebelahnya.

"Tuan Zarif, tuan buat apa kat sini?" Tanya Qalisya.

"Saja. I tahu, you suka duduk hotel bila hujung minggu. Tu yang i stay sini juga, boleh grab dinner dengan you."

Qalisya menelan liur, riak wajahnya cuba dikawal. Cinta buta betul si Zarif ni.

"Sure. Kenapa pula tak boleh kan?" Jawabnya yang membuatkan Zarif mengangkat sebelah keningnya.

"Aik, siapa tanya you? Tu memang arahan daripada bos kepada staf dia."

Zarif dan Qalisya sama-sama gelak sebelum Zarif menghulurkan lengannya untuk didakap Qalisya. 'Layankan je lah mamat ni, Sya... kau kena banyak bersabar untuk capai matlamat kau.'

Qalisya memeluk lengan Zarif dan menuju ke buffet percuma hotel. Qalisya cuma berkelakuan biasa. Langsung sikit pun tiada perasaan suka pada Zarif di hatinya.

Zarif menaik kerusi untuk Qalisya dan membantu Qalisya untuk duduk.

"You duduk sini, i pergi ambilkan makanan untuk kita. You tak kisahkan makan apa pun?"

Qalisya sekadar menggeleng. Dia lebih tertarik untuk melihat pertunjukkan 'fire dragon' itu.

"Yang kau beriya nak tolong minah tu duduk kenapa? Dia tu anak puteri raja ke?"

Zarif mengeluh panjang sambil tersenyum lebar. "Biarlah kalau aku tolong pun, staf kesayangan kan? Normal lah kan dilayan macam tuan puteri... ."

Hud menggeleng-gelengkan kepalanya. "Betul-betul mabuk cintalah kau ni. Sudah-sudahlah, ramai lagi perempuan lain lebih lawa dari dia kat luar sana."

"Tak sama, Hud... tak sama. Qalisya is Qalisya." Jawab Zarif.

"Hati-hati, dalaman orang kita tak tahu. Jangan sampai terjerat." Ujar Hud sambil menghulurkan pinggan polisterin itu kepada Zarif.

"Yalah... aku tahu lah Qalisya aku tu orang yang macammana." Sahut lelaki itu. "Haura macammana? Dah ada perkembangan positif?"

Hud menggelengkan kepala. "Aku masih mengharapkan ada perkembangan positif dari dia. Tapi Allah tak jawab lagi doa aku."

Zarif menepuk bahu Hud agar semangatnya disalurkan sedikit kepada Hud. "Dah, jangan sedih-sedih. Aku makan dulu dengan Sya, eh? Bye! Bye!"

Hud mendengus nafasnya sambil tertawa kecil. Dia melihat Zarif dan Qalisya yang sedang menjamu selera bersama-sama. Entah kenapa kalbunya merasakan Qalisya telah melakukan kesalahan besar di belakang Zarif. Dari raut wajah si gadis, matanya boleh menafsir bahawa Zarif sedang ditipu olehnya.

"Kau kena masuk semula ke Alamanda, Hud. All these things are miserable! I can't handle it." Keluh Zarif dihujung telefon.

"Rif, kau tahu kan keadaan aku tak mengizinkan aku untuk masuk semula ke Alamanda? Kalau aku masuk pun, apa yang aku boleh buat?" Balas Hud yang terbaring di sisi Haura.

"Guest kita selalu sakit perut dan diarhea lepas makan makanan hotel. I don't have anyone except you. Aku dah tak nak tanggung rugi pada hotel ni."

"Aku dah periksa semua makanan tu, Hud... tapi yang peliknya semua okay. Aku tak tahu macammana guests kita boleh sakit sampai pucat muka. Aku risau masa depan Alamanda. Tolonglah aku, Hud." Pujuk lelaki itu lagi. "Tolonglah datang semula ke Alamanda. I'm begging you, Hud."

Hud menanggalkan topi dan apronnya. Langkahnya dibawa ke meja yang diduduki Qalisya dan Zarif.

Dia duduk di salah satu kerusi yang kosong. Jari-jemarinya mengetuk meja. "Siapa kau ni sebenarnya, Qalisya?"

Dia yakin yang masakan pembantunya tadi sudah sempurna. Mana mungkin lidahnya mati rasa. Tiba-tiba sajian yang Qalisya pulangkan kepadanya masih dengan santan yang berketul-ketul.

Bukan itu sahaja, bahkan kebanyakkan tetamu di hotelnya banyak mengalami cirit-birit selepas makan. Kesemua bahan basah akan disimpan rapi di dalam peti. Bahkan bahan-bahan masakan di hotel perlulah berkeadaan segar kerana harga yang ditaruh sangat-sangatlah mahal.

"There's something fishy about her." Mulutnya bersuara.

Zarif dan Qalisya sama-sama bertepuk tangan seperti tetamu yang lain apabila persembahan muzikal diadakan. Makan malam yang disertakan dengan muzik tentu sangat seronok.

"Tapi apa yang membuatkan ramai guest diarhea lepas makan?" Berkerut kening Hud mencari jawapan.

Qalisya bangkit dan meninggalkan meja makannya. Hud juga ikut bangkit dan mengekori Qalisya dari jarak jauh.

Hud berhenti seketika apabila Qalisya menuju ke restoran. Dia menunggu di luar restoran sehinggalah Qalisya keluar semula bersama-sama jus di tangan.

Qalisya berjalan keluar daripada restoran sambil tangannya menaip sesuatu pada muka skrin telefon pintarnya. Tiba-tiba sahaja langkahnya berhenti. Terasa seperti ada seseorang yang sedang melihatnya. Pantas dia menoleh ke kanan.

"Ish kau ni! Apasal berdiri kat situ macam orang jahat?! Terkejut betul!" Qalisya mengusap dadanya.

Hud tidak memberikan sebarang jawapan. Naik terjongket bibir Qalisya. "Lelaki gila!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience