PINTU rumahnya ditenung lama dengan Qalisya yang sedang memeluk bantal. Hatinya penuh dengan harapan untuk lelaki itu datang ke rumahnya untuk memasaknya sesuatu. Kali terakhir dia makan adalah pada petang tadi. Makanan yang Hud masak dia makan sedikit demi sedikit agar tidak cepat habis. Mana mahunya dia memberitahu Hud yang dia mahu lelaki itu masakkan lagi untuk dirinya.
Dia malu kerana telah menghina Hud di hadapan orang ramai. Walhal Hud adalah lelaki yang tersangat tampan orangnya.
Mulutnya dikemam. Air matanya ditahan-tahan. Tangannya menyentuh perut. "Hei, budak. Kenapa kau ganggu emosi aku malam ni? Kenapa kau buat aku sedih? Kita cuma tak dapat makan masakan bapak kau je lah. Belum nak mati lagi pun."
Qalisya masih berdiri di tempat yang sama, jam di dinding dia jeling. Rupanya sudah satu jam dia berdiri di situ, menanti untuk lelaki itu tiba.
Qalisya mengerling jam itu sekali lagi. Sudah pukul 10 malam. Air matanya mula menitis.
"Kau ni, budak... takkan sebab bapak kau tak datang kau terus nak menangis? Kita bukannya lapar sangat pun kan?" Qalisya melihat perutnya.
"Kan?" Qalisya menitiskan air matanya sekali lagi sebelum terduduk di lantai. Dia mula berguling-guling di atas lantai. "Tipu... kita berdua sebenarnya lapar sangat-sangat kan? Kenapa Hud tak datang? Kenapa bapak kau tak datang? Dia nak kau mati ke?"
Hud terjaga dari lenanya. Terasa namanya disebut-sebut oleh seseorang. Dia melihat Haura yang sudah memejamkan mata. Telefon di bawah bantalnya ditarik.
Tiada sebarang notifikasi langsung daripada Qalisya. Dia menepuk dahinya. Dia langsung lupa untuk masakkan sesuatu buat Qalisya.
"Kau tahu tak Hud? Anak kau ni mengada-ngada?"
Hud menoleh ke arah Qalisya yang sedang memandang bintang di langit. Tika itu dia dan Qalisya baru saja habis makan malam bersama-sama.
"Mengada-ngada? Maksud kau?" Soal Hud sebelum meneguk jus mangganya.
"Budak ni... cuma nak makan masakan kau. Bukan takat tu je. Dia nak kau sendiri yang suapkan dia."
Hud melepaskan tawanya seraya menggelengkan kepala. "Merepek."
Bantal yang dipeluk Qalisya dibaling kepada Hud. "Kau ingat aku main-main ke?! Kau ingat aku nak terima kau datang ke rumah ni kalau bukan sebab budak ni punya pasal? Dia ni yang mengada-ngada. Nak kau je memanjang."
"Mengarut. Entah-entah kau je yang reka semu tu." Hud ketawa sekali lagi.
"Okey, kau boleh kata macam tu. Tapi tengoklah kalau benda tu dah jadi depan mata kau, mesti kau akan percaya." Balas Qalisya dengan pandangan yang tajam. Bantal tadi dirampasnya semula.
Jam di skrin telefonnya sudah menunjukkan pukul dua pagi.
Qalisya merebahkan diri ke atas katil. Baru saja tadi dia membuang semua 'isi perut' nya, dan sekarang dia sudah kelaparan semula.
"Hei, budak. Boleh tak kalau kau jangan demand? Kau kenalah tahu yang Hud tu pun sibuk dengan kehidupan dia, manalah ada masa nak fikir kau je."
"Aku lapar, kau pun lapar. Tapi kau tak bolehlah nak tolak semua makanan. Aku ni sakit, kena kandungkan kau lagi... tak ada siapa pun yang tahu tentang sakit aku ni selain kita berdua. Jadi kau janganlah demand tinggi sangat. Aku tak nak selalu sangat jumpa Hud, nanti dia tahu yang aku ni sebenarnya sakit. Aku tak nak orang lain kesiankan aku. Kau faham kan?"
Qalisya mengalirkan air matanya sekali lagi. Mi segera itu dicurahkan air panas.
"Kau tak boleh tolak benda ni tau. Aku betul-betul tengah lapar ni. Kalau kau tolak jugak... aku pukul kau dengan bantal tu tau. Kau nampak kan bantal tu?" Soal Qalisya seraya menghalakan telunjuknya ke arah bantal petak di sofa.
Qalisya meniup-niup kepulan asap putih yang datang dari mangkuk mi segera itu.
Seperti yang dijangka, dia tidak boleh menelan mi segera itu. Dia membuang semula mi itu ke dalam sinki.
Air mata Qalisya mengalir lagi dengan lebih deras. "Kan aku dah kata, kau tak boleh tolak. Kau kena terima je. Walaupun masih dalam perut, kau dah pandai berdegil kan?"
"Kali ni jangan tolak tau. Aku minta tolong kau ni." Sambung Qalisya dengan telunjuknya ditala ke arah perut.
"Qalisya!" Hud terus merampas garfu itu daripada tangan Qalisya. "Dah tak ada makanan lain ke nak makan?"
Terkulat-kulat Qalisya memandang Hud yang tiba-tiba saja muncul.
"Kau tu mengandung, makanlah makanan yang berkhasiat. Nanti kalau jadi apa-apa macammana?"
Hud mengambil mangkuk mi segera itu dan membuang isinya ke dalam tong sampah.
"Aku cuma lapar je, Hud." Balas Qalisya dengan mata yang terasa panas. Dia memandang lantai sambil menggerak-gerakkan jari kakinya. Bulu romanya meremang, dia menggigit bibir. Betapa dia sangat lapar pada ketika itu.
"Dah tu? Masaklah. Takkan kalau lapar je kau nak makan mi segera? Kau tu bukan makan untuk kau soranglah."
Hud menjeling meja itu. Tangannya menarik plastik merah yang mengandungi bungkusan nasi di dalamnya. Tampak seperti tidak berusik. "Ni nasi bila ni?"
"Malam tadi. Memang aku ada beli pun tapi..."
Langsung bungkusan itu ditolak kepada Qalisya. "Makanan macam ni kau tak nak makan, mi segera tu jugak yang kau nak."
Kepala Qalisya semakin menunduk ke lantai. Dia menganggukkan kepalanya sebelum mengambil bungkusan itu dan membawa masuk ke dalam kamar. Bukan dia tidak mahu makan, dia sudahpun mencubanya tapi akhirnya tetap ditolak keluar.
Bungkusan itu diletakkan di atas meja sisi katil. Qalisya menepis air matanya dan melabuhkan punggungnya di atas lantai. Lututnya didakap erat. Air mata membasahi seluarnya.
Hud berdiri di hadapan pintu bilik itu. Dia mahu memberikan segelas air kepada Qalisya.
"Sya... aku bawakan air ni."
Qalisya mengangkat kepalanya. Pintu itu dibuka sedikit dan Qalisya hanya mengeluarkan tangannya sahaja. Tangan itu sedang terketar-ketar. Terus Hud menangkap sesuatu.
"Kau okey ke tak ni?" Soal Hud dengan lembut.
Qalisya menelan liurnya. "Okey, aku okey je. Aku tengah makan ni, haus jugaklah tekak ni. Bak lah air tu." Pandai dia menipu Hud dengan cara menghasilkan nada bunyi seperti sedang mengunyah sesuatu.
"Boleh ke kau makan? Buka pintu ni sampai habis, aku nak tengok." Hud menolak sedikit pintu itu namun ditahan Qalisya.
"Tak payahlah, Hud. Lagipun dah malam. Kau bagi je air tu." Qalisya menghulur tangannya lagi. Masih terketar-ketar.
Hud menghembuskan nafas yang panjang. Dia tahu Qalisya menipu. Walaupun Qalisya hanya membuka sedikit ruangan, matanya masih boleh menangkap plastik merah tadi yang masih terikat di atas meja sisi katil.
Hud menyerahkan gelas itu kepada Qalisya. "Sya, aku masak..."
Qalisya sudah menutup rapat pintu biliknya. Dari bunyi pintu yang ditutup saja dia sudah tahu yang Qalisya sedang rajuk dengannya.
"Kau nak masakkan aku apa-apa untuk kau, Sya?" Soal Hud.
Tiada sebarang jawapan daripada Qalisya. Dia melihat ke arah bawah. Tiada lagi suluhan cahaya dari celahan pintu bilik Qalisya.
Hud melihat tangannya yang gatal hendak mengetuk pintu.
Qalisya kembali membuka mata apabila Hud sudah keluar daripada rumah.
Qalisya mengeliat bagaikan ulat apabila terasa seperti bahunya sedang disentuh oleh seseorang.
"Morning, Sya."
"Morning." Sahut Qalisya dengan mata yang tertutup.
Jeritan wanit itu bergema di seluruh bilik, matanya terbuntang melihat Hud yang sedang baring menghadapnya sambil menongkat kepala.
Qalisya terus merampas selimutnya dan bergolek hingga ke hujung katil.
"Macammana kau boleh ada kat sini?"
"Macammana? Entah. Kau yang ajak." Balas Hud seraya mendekati Qalisya.
"Aku?!" Qalisya melihat telunjuk yang sedang naik di wajahnya. "Aku?! Ajak kau? Tidur? Dengan aku?!"
Hud menganggukkan kepalanya bagaikan anak kecil.
Qalisya terus bangun dan bersandar pada katil. Baru dia perasan, baju tidurnya sudah berubah. Hud pula tidak berbaju.
"Tak mungkin! Tak mungkin!"
"Kan hujan semalam? Tak ingat?" Soal Hud sambil menyandarkan tubuhnya ke katil.
"Hujan...? Lepas tu? Apa kaitannya kau ada dekat sini?!" Qalisya sudah mengangkat tinggi bantal tidurnya. Dia sudah bersedia mahu menghambat Hud.
"Eh, sabar... jangan marah-marah." Balas Hud seraya menurunkan bantal itu. "Macam ni cerita dia... ."
"Qalisya! Aku tumpang tidur rumah kau boleh ke?kat bawah tu hujanlah, aku tak boleh nak balik. Aku bawa motor je datang ke sini tadi."
Qalisya membuka pintu kamarnya. Wajahnya sembap. "Tidurlah kalau kau nak." Balasnya sebelum menutup semula pintu.
"Sya, ada baju lain tak? Lencun baju aku kena hujan." Hud memeluk tubuhnya yang terketar-ketar kesejukkan.
Pintu itu sekali lagi dibuka Qalisya. "Ambillah, ini je aku ada."
Hud menggaru belakang kepalanya. "Takkan kain batik, Sya? At least kain pelekat ke?"
"Bapak aku mati awal, jadi tak sempat nak wasiatkan kain pelekat dia kat aku. Take it, or leave it." Soal Qalisya dengan sinis.
"Okey okey, thanks." Hud membalas.
Bunyi guruh yang berdentum kuat membuatkan Qalisya menutup mata dan telinganya.
Apabila Qalisya membuka matanya, dia terkejut melihat Hud sudah menonggeng di atas sofa sambil menutup telinganya dengan kain batik yang diberikannya tadi. Betul punya kuat guruh tadi.
Pintu itu dibuka luas dengan Qalisya. Tangan Qalisya menyentuh bahu Hud. Perlahan-lahan lelaki itu mengangkat kepalanya. "Nak masuk?"
Hud menepuk tangannya di hadapan Qalisya. "Hah! Itulah kisahnya."
Qalisya menjongket bibir. "No wonder kau pakai kain batik."
"Hm!" Qalisya menjeling Hud seraya membalut selimut di kepala.
"Apa kau? Hm! Hm! Cakap je lah." Balas Hud.
"Kau dah lah marah aku semalam... tak reti-reti pulak tu nak minta maaf."
"Apa pulak tak minta maafnya? Dah lah." Sambung Hud yang berpeluk tubuh dibelakang Qalisya.
"Bila?!"
"Ada lah!" Balas Hud.
Bunyi perut Qalisya yang kuat menjagakan Hud yang hanya tidur-tidur ayam. Dia membuka lampu suluh telefonnya agar memudahkannya melihat Qalisya.
"Kau lapar ke, Sya?" Soal Hud sambil menyentuh wajah itu.
Qalisya terus berpaling ke belakang. "Yalah! Kau tu bukannya tak tahu aku ni tak boleh nak makan masakan orang lain selain daripada kau. Dah lah kau marah aku, paksa aku makan benda yang anak kau tak nak makan."
"Lah, kenapa kau tak call? Kan senang. Ni kau diam je, aku tak tahulah." Balas Hud.
"Sekarang ni kau dah tahu kan? Masakkanlah untuk aku!" Ujar Qalisya sebelum lebih menjauhi Hud.
Hud menguap besar di belakang Qalisya. "Datanglah restoran esok pagi, nanti aku masakkan kau lagi."
Qalisya tidak tahan mahu mengeluarkan sesuatu. Terus di situ juga dia termuntah. Cepat-cepat Hud membawakannya baju tidur yang baru.
"Sorry weh, kesian kau. Tak apa, kau tidur dulu. Esok kita makan, okey?"
Hud memetik jarinya dekat dengan wajah Qalisya. "Hah, macam tu lah ceritanya. Thank you ya, Sya... bagi aku tumpang tidur rumah kau." Sambung Hud seraya menarik tangan Qalisya untuk berjabat tangan.
Qalisya tidak sempat membalas kerana bunyi telefon Hud.
"Haura dah bangun?!" Soal Hud dengan nada cemas. Lelaki itu pamit dengan tergesa-gesa selepas memakai pakaian semalam.
Qalisya menggelengkan kepalanya. Matanya terjatuh kepada sesuatu. "Hud! Dompet kau ni!"
Dia mengejar Hud sehingga ke muka pintu namun bayang itu sudah lesap.
Share this novel