BAB 27

Drama Series 41641

"SYA, let's go. I nak bawa you jumpa pemilik Alamanda yang sebenar." Cawan kertas yang terisi dengan kopi kegemaran Qalisya dihulurkan Zarif dan disambut Qalisya dengan air muka kosong. Walaupun hatinya sudah bisa mengagak siapakah gerangan yang dimaksudkan dengan Zarif, namun dia berharap sangat bahawa sangkaan hatinya akan meleset.

"Kenapa tuan Zarif kata nak bawa i berjumpa dengan pemilik Alamanda yang sebenar? Bukan ke tuan Zarif ni anak kepada pemilik Alamanda? Dato' Han tu?"

Zarif menekan butang lif. Kepalanya meneleng melihat wajah polos Qalisya sebelum mereka bersama-sama melangkah masuk ke dalam lif. "You... will not believe what i gotta say. So, i nak you tunggu dan lihat."

Qalisya menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Hatinya bertambah tidak sedap. Ini bukan soal Alamanda lagi tapi jikalau betullah Hud adalah orangnya, mampukah dia menahan sebak di dalam hati? Bagaimana jika dia hilang waras apabila bersemuka dengan madunya sendiri? Atau dia gagal menahan mulutnya daripada memberitahu kepada Haura bahawa Hud juga adalah suaminya?

Fikiran dan jiwanya tidak seiringan. Semakin dia menghampiri ofis utama itu, semakin berdebar kuat akan degupan jantungnya.

"Tuan Zarif."

Serta-merta Zarif menghentikan langkahnya. Terus dia menoleh kepada sosok yang berhenti dibelakangnya.

"Apa-apa pun yang akan jadi, siapa pun saya... tuan Zarif akan tetap bersama-sama dengan saya, kan?"

Kening Zarif hampir tercantum mendengarkan soalan Qalisya. Dia mengecilkan matanya pada Qalisya sebelum mengiyakan soalan tersebut.

"Mestilah." Zarif membalas. "Jom?"

Detak jantung Qalisya kembali berdegup kencang apabila mendengarkan suara perempuan yang bergelak-tawa di lobi hotel tadi. Namun dia tidak berani untuk berdiri di sisi Zarif, dibalik bayang Zarif... Qalisya menyembunyikan dirinya.

"Hah, Zarif... ada apa kau datang sini? Kosong je tangan."

Mata Qalisya terus sujud memandang lantai. Kedua-dua tangan wanita tersebut sejuk membeku bagaikan ada salji di dalam genggamannya. Kelopak matanya merasakan bahang panas. Setitis air matanya jatuh mengena pada kasut tumitnya.

"Maaflah, sebab aku kacau waktu kau dan Haura hendak bergurau senda. Tapi, aku ada berita best ni." Kata zarif yang bersemangat nadanya. "Aku dah bawakan calon manager Alamanda yang baru. I can guarantee that she is the one."

Hud dan Haura saling berpandangan dan tertawa kecil mendengarkan ayat terakhir Zarif. "Who is it, Zarif?" Soal Haura.

Zarif terus menarik keluar sosok tubuh yang berada di belakangnya. "I bring her for you, Hud. Qalisya. Irdeena."

Reaksi Hud terus berubah seratus peratus apabila Qalisya adalah pengurus hotel baru yang dimaksudkan Zarif.

Segaris senyuman manis Qalisya dilempar ke arah dua manusia di hadapannya. "Selamat pagi, tuan muda Hud. Madam Haura."

"Did you know me?" Soal Haura sambil tersenyum-senyum memandang Qalisya.

Senyuman Qalisya semakin bertambah lebar sehingga menampakkan giginya yang tersusun elok. Kepalanya terangguk, membenarkan soalan si Haura.

"Kalau Haura nak tahu, Qalisya ni sebenarnya dah pernah kerja lama kat sini. Kami tiga orang memang kadang-kadang ada berborak tentang keadaan you, dari situ... Qalisya kenal siapa you." Ujar Zarif yang disokong dengan anggukan Qalisya.

"I see. Sayang, awak tak pernah cerita dekat saya pasal Qalisya pun..." Haura mempamer memek muka rajuknya pada Hud.

Hud menoleh ke arah Qalisya. Isterinya itu langsung tidak membalas pandangannya, dia hanya melihat Haura sahaja.

"Erm... sebab... saya dengan Qalisya ni bukan rapat mana pun. Sometimes, kami akan berjumpa dan berborak." Balas Hud yang masih mencuri pandang wajah Qalisya.

"Tapi kalau bukan sebab Zarif suka bawa Qalisya ke sana ke mari, saya pun tak kenal dia. Yalah, saya dulu orang bawahan je. Cik Qalisya pula orang atasan, memang nak berkawan dengan tuan Zarif sajalah kan? Betul tak, cik Qalisya?"

Qalisya menundukkan kepalanya dan tertawa kecil. "Betul tu, tuan muda Hud. Tapi saya bukanlah sombong orangnya, cuma jawatan sebagai pengurus hotel ni tak tertumpu kepada satu bahagian sahaja. Sebab tu saya susah sikit nak kenal orang bawahan."

Qalisya dan Zarif saling bertatapan dan tersenyum. "Dan tanpa bantuan daripada tuan Zarif, saya rasa... saya juga tak akan pernah merasa untuk berada di tahap ini."

"Terima kasih." Gemersik suara Qalisya menyapa telinga mereka yang berada di bilik itu.

Melihat senyuman Qalisya si pujaan hati, membuatkan Zarif ingin membalasnya sebelum mereka berdua ketawa bersama-sama. Haura dan Hud hanya menonton sahaja adegan itu.

"You guys ni sweet lah, kauorang berdua ni ada apa-apa eh?" Soal Haura yang mahu menyakat Zarif dan Qalisya.

Hud terus memandang Haura. Kaget dengan ungkapan tersebut. Keningnya hampir bertemu.
"Did we?" Zarif membalas dan kembali melihat Qalisya.

Selepas beberapa minit, Hud melihat Haura menaikkan tangannya untuk berjabat dengan Qalisya. Dia masih lagi kaget. Kapan Qalisya berangkat pulang ke mari? Perlahan-lahan Qalisya menyambut huluran tangan itu dan menggoncangnya dengan perlahan.

Qalisya dibawa masuk ke dalam pejabatnya yang dulu. Zarif tidak lama di situ. Dia juga ada hal yang perlu diselesaikan sebagai naib pengerusi hotel.

Perlahan-lahan bibirnya mengorak senyum sambil jari-jemarinya menyentuh perabot-perabot didalamnya. Betapa rindu rasa hatinya pada pejabat itu. Sedikit pun tidak berubah. Bahkan tanda namanya juga masih terletak di atas meja itu.

Tanda nama tersebut dicapai dan dikucup lama dengannya. Tidak pernah terjangkau dek akal bahawa dia akan merindui tempat itu. Kunci di sebelah tanda namanya diambil.

Senyumannya perlahan-lahan mati apabila dia menarik laci mejanya. 'Isi' nya masih sama. Bahkan seperti tidak terusik.

Dia mencapai sebuah botol kecil jernih bertutup merah sebeluk termenung melihat ke arah jendela.

Bam!

"Qalisya Irdeena!"
Pantas lengan Qalisya direntap dengan seseorang.

Botol yang dipegangnya tadi terus terjatuh ke lantai. Perlahan-lahan mata Qalisya bergerak melihat sosok yang sedang menyakiti dirinya itu.

"Apa yang kau fikir sebelum kau buat semua ni, hah?" Soal Hud yang keras nadanya. Wajahnya yang bertona putih cerah itu bertukar kemerah-merahan. Marah mungkin?

"Kau tak fikir ke apa kesannya kalau kau balik sini tanpa pengetahuan aku?! Tanpa izin daripada aku?!"
Hud menyoal lagi. Matanya membeliak besar.

Qalisya mengalihkan pandangannya ke tempat lain sebelum kembali melihat wajah lelaki dihadapannya. "Tanpa izin daripada kau, kau cakap?"

"Yes!"

"Kenapa? Kau takut aku mengandung? Kau takut kalau Haura tahu tentang kita? Kau takut yang kau akan kehilangan Haura? Macam tu ke?" Soal Qalisya dengan matanya yang berkaca.

"Iya!" Balas Hud tanpa ragu-ragu.

"Tak pernah sekali pun kan, kau fikirkan tentang aku? Apa yang aku rasa, apa yang aku fikir... . Tak pernah sekali pun, kan?"

"Aku... aku isteri kau juga, Hud." Sambung Qalisya seraya mengalirkan air mata. "Kalau aku mengandung pun, aku kandungkan anak kau. Bukan anak lelaki lain."

Tangan Hud yang menggenggam lengan Qalisya dilepaskan perlahan-lahan. Dagu Qalisya ditariknya dengan lembut. "Aku tak kisahlah kalau disebabkan malam tu, kau akan mengandungkan anak aku. Aku ada Haura. Aku tak perlukan keturunan daripada belah kau!"

Hud lantas berpaling ke belakang selepas itu.

"Aku ni memang... tak ubah macam... pelacur... kan? Di mata kau?"

"Jangan sampai kau menyesal atas kata-kata kau sendiri, Hud. Jangan sampai... kata-kata kau memakan diri kau sendiri!"

"Memakan diri kau cakap? Eh, perempuan... kau sedar sikit betapa hinanya diri kau. Tak malu. Melukut di tepi gantang. Kau baling tahi pada aku, tapi aku tetap balas dengan bunga."

Sampul surat putih yang terletak di atas meja Qalisya diambil Hud dan kemudian dicampak pada wajah Qalisya.

"Itu surat perjanjian antara bapa kau dengan Alamanda dulu. Kalau tak tahu apa-apa, tak perlu nak tunjuk pandai!"

Qalisya membongkokkan tubuh dan mengambil sampul yang dicampakkan Hud tadi. Bibirnya digigit sambil membaca isinya.

"Kau ingat Alamanda boleh robohkan rumah penduduk asal tanpa memberikan pampasan?! Perempuan bodoh!"

"Arwah papa dah pun bagi pampasan untuk setiap penduduk asal dan memberi mereka tempoh yang secukupnya untuk berpindah keluar daripada rumah. Alamanda tak kejam seperti apa yang kau bayangkan. Tapi kau! Kau yang bertindak melulu dan terikut-ikutkan perasaan dendam tanpa membuat usul periksa!"

"Jadi kalau kau nak cakap yang aku langsung tak fikirkan perasaan kau, kau rasa kau ada fikir ke perasaan aku?! Kau adalah orang yang aku cari selama ini, Qalisya. Pengkhianat aku adalah isteri aku sendiri, perempuan yang hati aku pernah cinta!"

Qalisya terdiam seribu bahasa. Tangannya mahu mencapai lengan Hud dan mahu memohon ampun kepada lelaki itu. Namun Hud bertindak pantas untuk mengundurkan dirinya daripada disentuh.

"Hud, aku minta maaf. Aku tahu yang aku dah banyak berdosa pada kau dan Alamanda."

Hud menggelengkan kepalanya. "Dah terlambat, Qalisya. Alamanda hampir lumpuh disebabkan tindakan kau yang cuba menjadi pengkhianat."

Kedua-dua tangan Hud diraih dan digenggam Qalisya dengan penuh erat. "Hud, aku betul-betul minta maaf. Mulai hari ni, aku janji. Aku akan duduk semula di Korea buat selamanya. Sebagai hukuman untuk aku. Aku akan buat apa saja, asalkan kau nak maafkan aku."

Hud menarik kedua-dua tangannya kemudian berlalu pergi daripada situ. Qalisya menekup wajah dan menangis sepuas hati. Dia sangat malu untuk berada di sini. Dia tidak sanggup hendak berhadapan dengan Hud.

Di setiap hari Qalisya melangkah masuk ke dalam hotel, tidak pernah sekali pun hatinya tidak tergores luka. Hud seperti tahu-tahu saja kapankah waktunya Qalisya akan melapor diri. Waktu itu juga Hud dan Haura akan melangkah masuk ke dalam hotel.

Hud melayan dirinya seperti orang luar. Seperti tidak pernah mengenali Qalisya. Biarpun sudah hampir tiga bulan dia kembali bekerja di Alamanda, rasanya hari pertamanya dia kembali di situ adalah merupakan kali pertama dan kali terakhirnya dia berbicara dengan sang suami. Apa Hud benar-benar sudah melupakan status mereka sepenuhnya?

Walaupun mereka banyak kali bertembung di sana dan sini, tidak pernah sekali pun Hud memanggil namanya. Bahkan wajahnya juga tidak ditenung Hud.

Sedang asyik membawa langkah ke padang golf, kepalanya terasa peri. Langkahnya dijeda, dan cepat-cepat dia menarik keluar ubatnya dari poket kotnya.

Sejak akhir-akhir ini sakitnya kembali terasa seperti diawal simptom. Dia cuba berfikiran positif bahawa itu hanyalah sakit kepala yang biasa dan tidak mahu pergi ke hospital. Dia tidak punya wang yang banyak dan dia juga tidak mahu menyusahkan Hud.

"Qalisya."

Cepat-cepat Qalisya menoleh ke belakang, melihat gerangan yang memanggil namanya tadi.

"Tuan Zarif." Jawabnya yang diserta dengan senyuman.

Zarif meletakkan tapak tangannya dekat dengan kelopak mata sebelum dia melihat ke langit yang sedap panas memancar cahaya mentari.

"Panas-panas macam ni you ada kat padang ni dah kenapa? Nanti you pengsan macam hari tu macammana? I juga yang susah."

"Tuan Zarif ni, hari tu sebab saya pun join main golf dengan pelabur kita. Hari ni kan saya cuma berjalan-jalan kat tepi ni je. Mana mungkin saya akan pengsan, kan?"

"Degilnya Qalisya Irdeena seorang ni. I rasa i kena bagitahu Hud, biar Hud marah you. Kalau i je marah you tak takut sangat, kan?"

Terus Qalisya menggeleng laju. Walaupun dia yakin bahawa Hud tidak akan menghiraukan keadaan dirinya, namun dia juga tidak mahu bertembung dengan suaminya itu. Tambah-tambah lagi selepas khabar angin itu tersebar.
"Saya dengar khabar angin yang madam Haura mengandung, betul ke?" Soal wanita tersebut.

Zarif mengangguk perlahan. "Ya, betullah tu. I harap kandungan Haura cukup kuat kali ni. Kesian, dah lama sangat diaorang tunggu nak ada anak. Asal Haura mengandung je, mesti tak lama. Mesti akan keguguran. Hud pernah beritahu I yang rahim Haura tak cukup kuat untuk tampung baby. I kesian sangat kat diaorang."

Qalisya lantas angguk mengerti. Kedua-dua tangannya naik menyentuh rahimnya yang tidak mempunyai apa-apa. Sudah banyak kali dia pergi membuat pemeriksaan, namun hasilnya tetap sama. Dia tidak mengandung.

Qalisya berdeham sebelum kembali memandang wajah Zarif. "Tuan Zarif, sebenarnya... mungkin bulan depan saya... akan terbang ke Amerika semula."

"Ke Amerika? But why, Sya? You masih sakit ke?" Kening Zarif berkerut. Jadi maknanya, dia akan kehilangan Qalisya sekali lagi?

"Bukan sebab saya sakit lagi, tuan Zarif. Cuma tempat saya bukan disini lagi." Jawab Qalisya dengan nada layu, semangatnya tidak sama seperti dahulu. Sangka Zarif, dia akan kembali melihat Qalisya yang tegas dengan semua perkara, namun hatinya menafsir Qalisya sudah lemah dengan semua perkara yang telah berlaku di sekelilingnya.

"Hai, tuan Zarif! Jom kita pergi lunch?" Ayla terus mendakap lengan Zarif dan melentokkan kepalanya pada bahu lelaki tersebut.

"Apa ni you? Kalau Hud nampak perangai you macam ni, habislah kita." Balas Zarif dengan sedikit tegas. "Please be professional." Zarif menarik lengannya dan mengemaskan bahagian yang berkedut akibat disentuh Ayla.

Tiba-tiba ada bunyi tangisan. Sangkanya bunyi esakan itu akan datang daripada Ayla kerana ditegur Zarif, rupanya Qalisya. Terus sapu tangan Qalisya dibawa menepis air matanya.

"Saya pergi dulu." Ujar Qalisya sambil berjalan dengan pantas meninggalkan mereka berdua yang terkulat-kulat hilang petunjuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience