QALISYA meletakkan kad biliknya di atas meja penyambut tetamu dan kemudiannya berlalu pergi. Hari ini hari cutinya tapi hatinya tidak mahu dia bersenang-lenang di bilik. Jadi dia pilih untuk masuk bekerja selepas waktu makan tengahari.
Tubuhnya masih lagi menyarungkan dress satin merah semalam. Tangannya yang bertompok ungu diusapnya dengan lembut.
"Argh!" Qalisya menyentuh kepalanya yang peri lantas dia bersandar pada dinding. "Kenapa sakit sangat?"
'Tak mungkin... tak mungkin... dia ada lagi.' Desis nuraninya ingin menyedapkan rasa.
Beg tangan yang berada di tangan tiba-tiba terlepas daripada genggaman.
"Sakit..." keluh Qalisya yang akhirnya menitiskan air mata. "Sakit sangat..."
Seperti kertas yang ditiup angin, dengan mudah sekali Qalisya rebah selepas angin sejuk menyapa dirinya.
Pipinya terasa di sentuh oleh seseorang namun matanya tidak bisa menebak sosok tersebut.
"Qalisya Irdeena!"
Beg tangan wanita itu dibuka lalu tangannya mencapai kad kunci bilik hotel yang didiami oleh wanita yang sedang rebah itu.
Pantas lelaki tersebut mengangkat tubuh Qalisya lalu diletakkan dibelakangnya. "Qalisya!"
Qalisya terjaga seiring dengan bunyi hentakan tangannya pada meja sisi katil. Pandangannya masih tidak jelas, namun suara lelaki yang sedang memanggil-manggil namanya seperti tidak asing bagi dirinya.
"Qalisya..." panggil lelaki itu lagi dengan penuh kelembutan.
Beberapa minit selepas itu, Qalisya kembali tidak sedarkan diri. Suhu badannya naik menandakan dirinya sedang demam.
Apabila pagi, dia terjaga dengan tuala yang hampir kering sedang terletak kemas di dahinya. Di meja sisi katilnya pula sudah ada ubat yang perlu diambil dengan secawan air kosong bertutup.
SOPHIE menikmati bau aroma teh herba sebelum perlahan-lahan menghirupnya. Bunyi kicauan burung di hening pagi memecah sepi. Sudah lama Hud tidak bertandang ke rumahnya semenjak 6 tahun yang lalu. Khabar anak keduanya itu hanya diterima melalui mulut Zarif sahaja.
"Tergamak mummy aniaya kandungan Haura? She is my wife! And he is your grandchild, mummy!" Tengking Hud sambil menangis dihadapannya. "How could you do this to me?!"
Sophie tersentak. "Haura, is it true with what Hud just saying? I ke yang tolak you jatuh?"
Haura hanya mendiamkan dirinya dibelakang Hud. Takut hendak bersuara di hadapan mertua seperti Sophie.
"Selama ni I trust you mummy! Hud sangkakan mummy akan terima Haura, akan sayang Haura selepas kami berkahwin as what you promised to me. Tapi... I salah. I gagal untuk buatkan mummy sayang Haura macam Haura ni anak mummy sendiri. Tak cukup dengan bencikan Haura, mummy aniaya anak Hud. Hud tak tahu kenapa Hud ada mak macam mummy."
Sophie menekup mulut menahan bunyi tangis. Kata-kata itu masih tersemat di dalam fikiran Sophie dan setiap kali teringat, wanita tua itu pasti akan mengalirkan air mata.
"Mummy tak buat semua tu, Hud. Haura yang tersilap langkah." Ujar Sophie selepas dirinya kembali tenang. "Tapi mummy maafkan Hud. Hud tak salah, mummy yang salah sebab tak jaga Haura betul-betul masa tu."
"Datin..."
Sophie menepis air matanya sebelum berpaling ke belakang melihat gerangan tersebut. Dahinya berkerut apabila lelaki itu berjalan ke meja yang sama dengannya.
"Zarif... mummy dah cakapkan banyak kali, jangan panggil mummy datin. Mummy is your mummy." Ujar Sophie seraya menjentik tangan Zarif.
Zarif menghambur tawa. "Mummy, I'm just kidding. Zarif kan anak mummy juga. Walaupun sekadar anak angkat, Zarif masih lagi anak mummy kan?"
Soalan Zarif dibalas dengan Sophie yang menganggukkan kepala.
"Busy sangat ke kat Alamanda tu sampai tak menyempat nak ziarah mummy kat sini?" Bunyi nada Sophie seakan merajuk. Sudah berbulan juga Zarif tidak menjelmakan diri di rumah ini.
"Busy sikitlah, mummy." Balas Zarif. "Hud tu, asyik cuti je kena jaga Haura. Kan Haura baru je sedar... itu yang asyik kena ke hospital. Jadi Zarif kenalah gantikan tempat anak mummy yang sorang tu."
Mendengarkan nama Haura membuatkan senyuman Sophie berubah sedikit. "Macammana dengan kandungan dia yang kali ni? Baik-baik saja ke?"
"Alhamdulillah, sihat je mummy. Mummy tak perlu risau." Zarif menjawab. "InshaAllah, hujung tahun ni dapatlah mummy tengok muka cucu mummy nanti."
Sophie menganggukkan kepalanya. "InshaAllah, kalau mummy dijemput... mummy datang."
"Nenek mana yang tak nak tengok muka cucu sendiri kan, Zarif?"
Haura berlari mengeluarkan isi perutnya selepas mencium bau hidangan di atas meja.
"Sayang, awak okey tak ni?" Hud mengusap-usap belakang badan Haura.
Haura mengambil nafas selepas membasuh muka. Tangan Hud ditolaknya.
"Susah sangat ke awak nak faham, Hud? Awak tahu kan yang tekak saya ni langsung tak boleh nak terima masakan awak sejak saya mengandung. Berapa kali saya nak kena cakap?"
Hud melorek senyum. "Sayang, apa yang saya masakkan untuk awak adalah beribu kali ganda lebih baik daripada masakan kat luar sana. Penuh dengan khasiat dan bagus untuk tumbesaran baby kita ni."
"Siapa kisah tentang khasiat sekarang ni kalau saya tak boleh nak makan masakan awak langsung. Awak tahu tak, Hud? Saya ni nak cium pun dah loya tekak. Apatah lagi nak makan? Eh, awak ni bodoh ke Hud?"
Hud terdiam mendengarkan ungkapan ayat terakhir isterinya. Mulutnya terkunci untuk berbicara. Dia hanya berdiri melihat Haura pergi mengambil mangkuk yang berisi lauk tadi.
"Makanan macam ni awak paksa saya makan... elok buang jelah."
Tanpa ragu-ragu Haura mencampakkan mangkuk itu ke dalam tong sampah dan itu sekali lagi membuatkan Hud pegun.
"Saya dah cakap banyak kali yang saya tak boleh makan masakan awak, anak awak tak boleh nak terima. Tak boleh, faham tak?"
Hud mengangguk kecil. "Then... up to you lah nak makan apa pun. I just want to try my best untuk jaga diri awak dan baby kita."
Hud terus pergi tanpa pamit. Kakinya laju menaiki tangga untuk menukar pakaian.
"Fine! Jadi biar je saya makan seorang diri!" Jawab Haura sambil berjalan laju menuju ke arah tangga.
KERETA yang dipandu Hud akhirnya berhenti di kotak parkir khas. Saat dia menoleh ke kiri, dia melihat kereta Qalisya sedang berada di kotak parkir juga.
"Bukan dia cuti ke hari ni?" Soal Hud sambil memandang kereta 'kosong' itu.
Butang lif cepat-cepat ditekan Hud lalu membuatkan pintu lif yang hampir tertutup itu kembali terbuka.
Dua pasang mata mereka bertembung. Masing-masing kaki di tempat mereka. Hud kaget dengan sosok tubuh Qalisya di dalamnya dan Qalisya juga terkejut dengan Hud yang tiba-tiba muncul dihadapannya, walhal masa dia memarkirkan keretanya tadi ruangan parkir kereta Hud masih kosong.
Hud berdeham dan menanggalkan kaca matanya saat melangkah masuk ke dalam lif.
"Kalau ikutkan jadual, aku rasa kau cuti hari ni. Kenapa kau datang?" Soal Hud dengan nada tidak terlalu ramah. Seperti tidak tertarik pun untuk tahu jawapan Qalisya.
"Saja. Tak pergi kerja rasa rindu pula kat hotel." Balas Qalisya yang sambil memandang pintu.
Hud berdecit. "Rindu konon. Sudah-sudahlah tu dengan lakonan kau, Qalisya. Aku tak termakanlah dengan lakonan kau tu. Hentikan. Hentikan." Sambung Hud dengan tawa.
"Saya tak berlakon, tuan muda. Lagipun bulan depan saya akan kembali semula ke Korea, jadi tak salah pun kalau saya nak meluangkan sisa waktu saya di Malaysia dengan berada di sini. Saya dah anggap Alamanda ni dah macam rumah kedua saya." Balas Qalisya.
Pintu lif akhirnya terbuka. Qalisya terus laju menghampiri pintu itu namun ditarik semula dengan Hud. Butang lif ditekan Hud.
"Apa maksud kau yang kau akan kembali semula ke Korea?"
Qalisya menarik tangannya yang digenggam Hud. "Bukan ke itu apa yang tuan muda nak sejak hari pertama saya jejakkan kaki di sini semula?"
Sekali lagi Hud merentap tangan Qalisya. "Jadi kanser kau dah tumbuh balik? Sebab tu kau nak terbang semula ke Korea?"
Qalisya tersenyum sinis. "Apa yang tuan muda risaukan sangat tentang diri saya ni? Sejak isteri tuan muda sedar... bukan ke tuan dah buang saya dan tak ingin saya muncul lagi dalam hidup tuan?"
Mata Qalisya tidak lagi bundar seperti selalu. Matanya sangat tajam saat itu.
Perlahan-lahan Hud melepaskan genggaman tangannya pada Qalisya. Butang lif ditekan Qalisya dan terus pintu itu terbuka luas.
Sambil Qalisya meletakkan minyak pada kesan lebam di tangannya untuk diurut, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Poketnya diseluk dan kemudian dibawanya keluar chain man tassel rose yang dijumpainya berada di atas lantai bilik hotelnya pagi tadi tadi. "Ini mesti lelaki tu punya. Jangan harap aku nak pulang selagi tuan kau tak muncul depan aku."
Hud menggeledah setiap laci almari biliknya. Jiwanya tidak tenang selagi hadiah yang Haura berikan beberapa hari lepas hilang.
"Ish, mana kau ni? Matilah aku kalau kantoi dengan Haura nanti." Hud semakin gusar. Setiap bucu, setiap laci, setiap ruangan di bilik hotelnya sudah diperiksa namun kelibat rantai ros untuk tuksedonya masih tidak kelihatan.
I ada amend chapter sebab ada perubahan plot. Sorry sebab buat semua kesayangan risya tertunggu-tunggu. I dah makin busy dengan life i, jadi tak ada masa untuk menulis. Sorry tau korang, love always <3
Share this novel
tq update tapi nampak sangat HUD ni bodoh.. cinta mati kat haura.. sanggup jadi anak durhaka dengan mak sendiri... harap tembelang haura pecah.. yg Di kendung tercicir yg d kejar x dapat.. hope hud menyesal seksa qalesya.. yg jahat sebnarnya adalah haura . hope hud bahagia Dalam imagination haura adalah yg terbaik ...
tq author for the update